2020-01-16
Assignment
Ada pressure dalam society kita untuk masing-masing rebut jadi nombor satu.
Kalau kita bukan yang terbaik, bukan yang terpantas, bukan yang paling berbakat, bukan yang paling cantik, atau bukan yang paling berjaya, kita diajar untuk tidak merasa selesa dengan diri kita sendiri.
Kalau jiran kita pindah rumah baru atau renovate rumah, instead of being inspired, kita rasa terancam dengan kelebihan dorang.
Itu belum lagi kalau kawan-kawan kita ada kehidupan yang jauh lebih baik, lagilah terancam.
Of course lah terancam kalau dia dok bercerita kejap-kejap pi holiday overseas, yang kita asal cuti je balik kampung, tu pun 20 km je dari rumah sendiri, betul tak?
Situasi macam tu sebenarnya normal, bukan kita sorang je yang rasa.
In fact, orang yang dah jauh lebih berjaya pun ada yang masih lagi rasa intimidated dengan orang yang lebih hebat dari dia.
This is normal, but kalau tak betul-betul jaga, kita akan hidup dengan rasa insecure sepanjang masa.
There will always be someone or something making us feel we are not up to par.
Contohnya macam yours truly di gambar atas.
Gitulah jadinya bila sibuk nak melawan orang tak pasal-pasal kena patah balik jalan jauh.
Sibuk sangat nak compete kan. Suruh masuk fun run tak nak!
Apa yang kita always lupa is kita semua ada 'assignment' yang berbeza-beza.
Allah dah bagi kita exactly apa yang kita perlukan untuk buat that assignment.
Bukan semua benda yang ada pada orang tu kita perlu in order nak siapkan assignment kita.
Ok fine, maybe kawan kita ada significant gift yang boleh outperform kita. That's ok.
Because kita bukan nak compete dengan dia pun. Our assignment berbeza.
They have what they need for their assignment, dan kita ada apa yang kita perlu untuk assignment kita pula.
Kebanyakkan kita always rasa kalaulah kita ada apa yang orang lain ada, hidup kita akan jadi lebih baik.
Kalaulah aku secantik dia.
Kalaulah mak bapak aku sekaya mak bapak dia.
Kalaulah suara aku sedap macam suara dia.
WRONG!
Sebenarnya kalaulah kita ada apa yang dia ada, itu takkan menjadikan kita lebih baik, malah menghalang kita pergi lebih jauh.
Belum tentu lagi kita tahu gunakan apa yang dia miliki untuk kebaikan diri kita, entah-entah bawak kita lebih hanyut.
I am all for having goals, stretching and believing big because that's important tapi kita kena accept apa yang kita ada dan make full use of it.
Jangan rasa kita takde apa-apa yang bagus berbanding orang lain.
Nabi Daud masa berlawan dengan Raja Jalut, takde siapa percaya yang baginda akan menang sebab Nabi Daud bukan siapa-siapa pun waktu tu sedangkan Raja Jalut ni ada segalanya.
Tapi baginda sangat yakin dengan kekuatan yang dia ada.
Tahu tak apa yang dia ada ketika tu?
Baginda cuma ada LASTIK BATU.
Kat mana lojiknya boleh bunuh Raja Jalut dengan lastik batu?
Of course Allah yang bantu baginda but that's not the point.
The point is, bagaimana baginda yakin dengan apa yang dia miliki, walau hanya sekadar lastik batu.
Baginda tahu lastik batu tak mungkin setanding dengan kelengkapan tentera Raja Jalut tapi baginda tahu baginda adalah sharpshooter lastik batu.
Dengan skill itulah dia kalahkan Raja Jalut.
So the key here is, we don't have to have a great gift to use it in a great way.
Tak perlu ada duit yang banyak baru boleh start bisnes.
Tak perlu menang banyak competition baru boleh dikatakan hebat.
Tak perlu ada banyak award baru boleh dikatakan successful.
Apa yang ada pada kita ni pun rasanya kita belum make full use pun.
Oh sebut pasal award ni, that day kawan aku cakap baru-baru ni ada award caremony untuk SMEs.
Aku cakap yang menang tu semua kena bayar.
Because baru-baru ni [end of last year] one of company yang organize award-award macam ni approach aku.
Dia nak invite aku untuk dapatkan award for Halal in Home Kit sebab dia kata sangat rare kit ni.
Aku ingatkan ye ye lah dia nak bagi award rupanya kena bayor ya.
Nak participate kena bayar RM500.
Company yang less than 5 years award nama lain.
Company more than 10 years award nama lain.
But semua nama yang best-best lah.
Tapi kau kena bayar around RM30-50K.
Memang ada juri tapi kau confirm akan dapat award.
Aku rasa juri-juri tu fungsinya untuk mengkategorikan produk kau dapat award mana satu je.
Maybe "Best Muslim Natural Food Product Bake From Home" - haaa, gitu panjangnya nama kau dapat nanti sebab kau dah bayar kan, so kau pasti menang. Hahaha.
Bukan tak bagus award ni, baguslah untuk marketing.
Tampalkan kat produk kau supaya orang lebih yakin.
Tapi, kalau kau tak promote produk kau, orang takkan tahu pun kau ada award tu.
Jadi, the keyword is, kau kena market your own produk.
Kalau marketing kau bagus, produk kau bagus, you don't really need those award pun.
Dah selalu sangat kita aim nak kan titles and positions, thinking we will feel good about ourselves when we have them.
Just like title award and title untuk diri sendiri. Berebut masing-masing nak dapatkan.
No, there's nothing wrong with titles but we don't need a title to do what Allah has called us to do.
Jangan tunggu orang akui kemampuan kita baru kita nak buat sesuatu.
Guna apa yang kita ada now and the title will come.
Nak jadi leader, tak perlu tunggu dapat jadi manager baru nak lead. Lead saja.
When orang nampak kita boleh lead, eventually title manager tu dapat kat kita.
Nak jadi YDP PIBG, tak perlu tunggu ada title Dr, ada title Datuk.
Kalau kau buat kerja as if kau YDP, insyallah, next election, kau yang orang undi.
Tunjuk kat orang apa yang kita boleh buat, then the recognition and the reward will come.
Ibu-ibu yang tak berkerja, jangan rasa intimidated dengan life orang yang berkerjaya.
Jangan sesekali rasa "Aku homemaker je. Duduk rumah jaga anak. Masak, kemas, masak, kemas".
Nampak macam takde apa sangat yang kita buat, hanya masak and kemas rumah tapi kita tak tahu apa yang Allah akan buat kepada anak and suami kita.
Asbab makan pakai yang terurus tu, boleh jadi suami lebih fokus buat kerja dan akhirnya naik pangkat.
Perut anak kenyang dengan masakan sedap kita, lalu dia bertenaga di sekolah dan lebih mudah menerima ilmu.
You may be raising a great scientist, a business leader or a Prime Minister!
Mungkin kita tak 'touch' the world directly, tapi anak kita yang akan menggegarkan dunia.
"Assignment" kita sekarang akan membenihkan sesuatu yang lebih hebat.
Kalaupun kita tak sempat merasa hasilnya, anak cucu akan merasa.
Aku percaya pada usaha dan big dreams tapi aku juga percaya bukan semua orang boleh jadi leader, bukan semua orang boleh run company, bukan semua orang boleh makan gaji.
Mesti ada orang yang tolong bukakan pintu.
Mesti ada orang yang tunjukkan kat mana tempat duduk.
Mesti ada yang tunjuk kat mana nak park kereta, kat mana nak beli makanan, etc.
We have our own assignment.
Buat assignment kita sudah, jangan sibuk assignment orang lain apetah lagi nak berlawan-lawan.
Bila kita tak compete, tak compare, tak try to be someone else, hidup jadi lebih tenang and mudah.
Allah tak judge kita based on kelebihan jiran kita, kelebihan kawan-kawan kita, atau betapa hebatnya kita membina kerjaya tetapi kita di-judged based on assignment yang DIA bagi.