2020-01-02

Negative Self-Talk



Ini kisah benar!

Sejujurnya Law of Attraction itu wujud.
Bagaimana kita nak percaya, terpulang.
Tapi aku percaya apa yang kita cakap, apa yang kita minta, itulah yang kita akan dapat kerana kata-kata adalah satu doa.

Tak dinafikan kita semua ada inner critic.
Inner critic ni sebenarnya bagus sebab ia memandu kita supaya kekal berpijak di tanah.
Orang kata supaya merendah diri gitu.
However, inner critic can often be more harmful than helpful, especially bila kita dah bersifat negatif yang berlebihan. It can really bring us down.

Contohnya kawan aku tu lah.
Aku tahu, dia mungkin nak merendah diri saja.
Tak mungkinlah hidup bertahun-tahun masih di takuk yang sama je, kan.
Sesekali terserempak dengan kawan, dia mungkin nak mengelakkan diri dari ter-brag about diri sendiri, atau mungkin dia tak suka bercerita tentang diri sendiri maka dia pilih untuk "mengutuk" diri sendiri supaya tak nampak seperti berbangga-bangga.
Tanpa dia sedar apa yang dia cakap adalah satu doa.

Aku tak kata lah aku nampak hawt, tapi sejujurnya, aku pun terperanjat tengok apsal kawan aku tu nampak tua sangat. Seriously, aku yang seusia dia pun nyaris nak terpanggil dia Kak.
Nasib baik dia cam muka aku. Rupanya dia pun terkejut tengok aku.
Dia cakap aku tak nampak macam 40s and mula tanya aku makan apa, aku work out apa [Diana bersenam??], aku pakai krim apa, etc.
Masa aku jawab soalan dia, belum ter-register kat kepala aku tentang law of attraction.
Bila dah balik rumah, termenung kejap, then aku teringat ada betulnya bahawa kata-kata kita suatu doa.
Kerana badan kita ni ada roh. I mean sel-sel badan kita ni ada 'roh'nya sendiri.
Badan kita tak tau membezakan mana betul, mana salah.
Apa yang kita bagitau badan secara konsisten, itulah yang ia percaya.
Kalau tak percaya, cubalah setiap hari kau cakap "Saya sakit tekak".
Tak lama nanti mendapatlah sakit tekak tu.
Sebab itulah pepatah kata "Doa yang diucapkan dengan berulang-ulang umpama kita mengayuh basikal. Lama-kelamaan akan sampai ke destinasi".
Kalau apa yang kita sebut tu benda baik, maka benda baiklah kita dapat, kalau sebaliknya, maka yang buruklah kita dapat.

Negative self-talk memang ada kesan pada badan, fikiran dan kehidupan kita keseluruhannya.
Bunyinya memang macam merendah diri.
"Takdelah....aku mana pandai"
"Alah, aku biasa-biasa je"
"Aku tak layak kot dapat jawatan tu. Malu nak apply"
"Aku bawak keta kecik je, rumah aku kecik je, kerja aku biasa-biasa je..."
Hakikatnya, kata-kata "merendah diri" macam nilah yang mengehadkan keupayaan diri sendiri.
Lama-lama kita jadi layu dan kuyu dengan sendirinya.
Sebab itu penting untuk berada di persekitaran yang betul kerana aura persekitaran tu sangat kuat, masyallah! [Eh.]
Kalau terdedah dengan persekitaran yang baik, maka kita akan jadi baik, insyallah.

Jangan talk bad about diri sendiri.
Jangan tanam negative seeds ke dalam diri.
Ada banyak cara untuk kita merendah diri tanpa perlu memburukkan diri sendiri.
Bila dah terbiasa dengan negative self-talk, lama-lama kita jadi demotivated dengan sendirinya, ujung-ujung rasa helpless.
Yang selalu rasa lemau and demotivated tu, cuba ingat balik, mesti korang frequently talk bad about diri sendiri.
Konon nak merendah diri, padahal merendah-rendahkan diri sendiri.

Contoh, bila boss suruh kau buat sesuatu, belum apa-apa kau dah respond "Saya tak reti buat benda ni".

Yes, boleh jadi kau memang tak tau buat tapi tak bermakna tak boleh buat.
Belum buat dah cakap tak reti.
When you tell yourself you can't do something, lagi kerap kau cakap benda yang sama, badan kau akan percaya apa yang kau cakap itu betul.
Terus otak kau ter-jammed dengan sendirinya dan jadi bengap terus.
Bila kau cuba buat, kau stuck sebab otak dan badan dah start reject buat benda tu.

Be positive or be quite.
We are what we are today sebahagiannya adalah akibat dari apa yang kita katakan tentang diri kita. Words are like seed.
Apa yang kita cakap, we are giving life to it.
Kalau kita mengulang-ulang kata-kata yang sama, akhirnya perkara itu boleh jadi kenyataan.
Malangnya ramai yang suka mengulang-ulang kata-kata yang negative.

"Payah dah badan aku nak kurus"
"Bisnes slow. Rasanya lagi 3-4 bulan aku terpaksa stop"

Dalam tak sedar kita menjemput sakit dan susah datang pada kita.

Pepatah melayu pun ada kata "Kerana mulut badan binasa".
In other words, our tongue can bless our life OR curse our life.
You can't talk negative and expect to live a positive life.
Nak makan apple, tanam benih apple.
Nak makan oren, tanamlah benih oren, jangan tanam cactus. Sampai kiamat takkan jadi oren.
So, kalau kita tak suka dengan apa yang kita ada, start tanam new seeds.

Tak dinafikan, payah kita nak buang perasaan negatif.
Tipulah kalau kita boleh positif 24 jam.
The thing is, those negative thoughts come to all of us. Hat tu kita tak boleh stop.
Tapi, kita ada pilihan.
The pilihan is don't give the negative feelings life by speaking them out loud.
Jangan kita pulak yang pi jaja cerita susah kita kat orang lain.
Inilah ujian kita sebenarnya.
Kadang-kadang Tuhan sengaja uji kita nak tengok kita boleh kawal mulut sendiri ke tak.
Kerana pada saat-saat diuji, it's very tempting to vent our frustration kat orang sekeliling [dan kat status FB].
Padahal the more we talk about it, the discouraged we become.

Kita semua dibekalkan dengan 2 'suara'.
Dua suara ni always compete untuk dapatkan perhatian kita.
Yang satu, suara yang suruh kita fikir positif, yang lagi satu memaksa kita percaya yang negative.
Kita tinggal pilih je nak ikut suara yang mana satu.
Bila kita verbalize [menyuarakan] it.
Kalau kita pilih kata-kata negative, maka itulah yang kita akan dapat.
Sometimes the reason doa-doa kita tertangguh adalah kerana kata-kata kita sendiri.
Kalaulah kita boleh bayangkan begini :

Allah dah on the way nak kabulkan permintaan kita.
Dia hantar malaikat untuk hantar apa yang kita minta.
Malaikat dah nak sampai, tetiba Allah suruh stop.
Sebab ?

Sebab on the way tu, kita dah give up "Penat dah berdoa, tapi tak terkabul lagi. Dahlah, aku dah give up".

Negative words boleh menyekat doa kita dari dikabulkan.
Kerana Allah kata "Aku ada sebagaimana sangkaan HambaKu".
Kalau kita tak yakin pada DIA, maka itulah yang DIA akan tunjukkan.

Nabi Zakaria.
Dah tua tapi masih belum ada anak.
Tapi baginda tak putus asa berdoa.
Satu hari Allah menjawab doa itu dengan berkata "Kau akan mendapat anak".

Nabi Zakaria happy dan dia minta satu petanda "Berikanlah aku petanda jika permintaan ini Kau kabulkan".

Maka Allah kata "Tandanya, kau takkan dapat berkata-kata".

Satu hari Nabi Zakaria bangun tanpa dapat bercakap.
Dan akhirnya baginda dapat anak, kemudian barulah baginda boleh bercakap.

Allah tahu the power of words.
Allah tahu Nabi Zakaria juga manusia yang dibekalkan dengan suara positif dan suara negative.
DIA tahu kalau Nabi Zakaria give up, boleh jadi baginda akan terluah kata-kata negative oleh itu Allah jadikan Nabi Zakaria 'bisu' seketika.

Moralnya di sini, if you can't say anything positive, zip it up.
Terfikirkan perkara-perkara negative adalah normal but don't give it a life by speaking it out.
Pay attention to what you are saying kerana self talk boleh mengubah hidup kita.
Takdelah maksudnya sekelip mata hidup tu berubah, it takes a bit of effort.
Just konsisten cakap yang baik-baik tentang diri sendiri, lama-lama ia akan mempengaruhi our own behaviour, thoughts and feelings.
Macam Dato's Fadzilah Kamsah pesan, setiap malam bisikkan puji-pujian kat anak "Adik pandai, adik budak baik, adik dengar cakap mama, adik berani, adik energetic....".
Kalau kata-kata positive kepada orang lain pun boleh mengubah dia jadi hebat, apetah lagi cakap kat diri sendiri, betul tak?
Maka, silakan.