2020-01-06
Pendaftaran Tingkatan 1
Minggu ni anak-anak yang dapat ke boarding school mula mendaftar.
Tahniah.
Aku tahu macamana rasanya letak anak kat skolah asrama ni.
Dan aku juga tahu macamana perasaan kena tinggal di asrama [eh!].
Kena tinggal di asrama. stress.
Tinggalkan anak di asrama pun stress tapi stress-nya lain.
Last week seronok tengok mak-mak update anak-anak masuk Darjah 1.
Ramai juga follower FB yang ada anak umur 7 tahun.
Tapi less-drama nampaknya.
Budak-budak sekarang dah berani sebab kebanyakkannya seawal umur 4 tahun dah dihantar ke tadika, jadi dah tak kisah kena pi skolah.
1. Tahun 1984, aku Darjah 1.
Jalan kaki pi skolah, bawak segala dokumen and some duit [aku pun tak sure duit apa, duit buku kot] untuk bagi kat cikgu.
Pak Aji tak berpeluang nak register untuk aku sebab dia pun cikgu juga waktu ni.
Yang aku ingat Pak Aji hantar aku sampai skolah, tunggu kejap sampai bunyi bell, pastikan aku beratur di kelas yang betul [Darjah 1 Putih], dan masa aku beratur tu Pak Aji gerak.
Dia cuma ingatkan aku jangan lupa bagi dokumen kat cikgu kelas.
Tapi masa tu aku dah lega sebab at least aku tak payah tercari-cari kelas kat mana sebab Pak Aji tolong.
Dah masuk kelas yang betul dah lega habis, tinggal nak serahkan dokumen je.
Maka bila cikgu masuk, beraturlah aku depan kelas bersama mak bapak yang lain untuk register diri sendiri.
Aku tak ingat ada ke tak mak bapak bersidai tepi kelas tinjau anak-anak.
Ada la kot. Ntah. Aku tak ingat sebab mak bapak aku takde.
Hari pertama sekolah, aku balik sendiri jalan kaki.
Bila cerita kat En Wan, dia tak percaya mak bapak mertua dia berani lepaskan aku macam tu je.
Aku pun tak percaya aku boleh lalui tu.
Tapi aku rasa budak-budak dulu lebih berdikari.
Tak surelah sekarang kenapa budak-budak lembik nau.
Maybe mak bapak sekarang [termasuk aku] terlampau sayang anak, semua benda kita nak buatkan.
Buku kita balutkan, buku kita tuliskan nama, kasut pun kita labelkan, pack buku tiap-tiap hari pun kita siapkan - sampai kita sendiri tak yakin anak ambil that tanggungjawab.
Aku rasa kalaulah zaman dulu ada FB, konfem mak bapak aku teruk kena kecam dengan netizen.
Alangkan zaman sekarang mak tak buatkan bekal skolah pun kena hencap, lagikan biar anak register skolah sendiri-sendiri. Memang kenyang kena viral.
2. Tahun 1990, aku Tingkatan 1.
Hari pendaftaran adalah hari Sabtu.
Mak Aji teman aku mendaftar.
Maybe masa ni pangkat dia dah tinggi sikit kot jadi dia boleh ambil cuti.
Lokasi skolah di belakang skolah rendah aku je.
Tapi memandangkan waktu ni kitorang dah berpindah ke Fasa 3, jadi lecak jugak ketiak menapak ke skolah.
Kitorang berdua jalan dari rumah dalam 1km, berpayung bagai sebab pendaftaran waktu petang.
Waktu aku belum beli baju skolah menengah pun lagi.
Aku pun tak sure kenapa, maybe pendaftaran tu dibuat awal 2 minggu sebelum sekolah bermula jadi preparation baju sekolah belum ready.
Aku taknak pi mendaftar, aku cakap aku malu pakai baju sekolah rendah.
Mak Aji bising-bising marah aku.
Apalah pilihan aku ada, terpaksa jugak sarung baju kurung skolah rendah pi mendaftar.
Kat sana, memang betul pun, aku sorang je pakai baju skolah rendah, orang lain semua pakai baju sekolah menengah.
Ada satu budak tu kerek gila, aku tak kenal siapa dia.
Tapi dia anak kepada kawan mak aku sebab mak aku bersembang dengan mak dia.
Selamba je dia kutuk aku pakai baju skolah rendah depan mak aku.
"Hek eleh, apa ni pakai baju skolah rendah? Tak nak membesar ke?"
Yang mak dia pun senyum je anak dia biadap macam tu.
Dah la bodoh. Macam la aku tak tau kau selalu dapat nombor corot.
At least kalau bengap tapi perangai cantik takpelah jugak, ada ampun lagi.
Ni dah la bodoh, perangai pun hodoh, memang good luck lah.
Tapi masa tu aku lega juga sebab at least aku buktikan kat mak aku kenapa aku taknak pakai baju skolah rendah masa mendaftar.
Biar dia tengok sendiri depan mata macamana anak dia kena ejek.
3. Tahun yang sama, mendaftar lagi di Tingkatan 1
Tak lama lepas masuk Form 1, aku dapat tawaran ke Sekolah Agama Maahad Hamidiah.
Sejenis sekolah berasrama tapi aliran agama.
Tak taulah apa kriterianya sampai aku terpilih masuk. Dah la tak pakai tudung.
Waktu ni aku excited nak masuk sebab bangga gila berjaya masuk sekolah asrama.
Terasa berada bersama golongan bijak pandai. Hahaha.
Antara yang membuatkan aku excited nak masuk asrama sebab aku akan dapat banyak baju baru!
Baju sekolah dah tentu baru.
Tudung dah tentu kena beli baru sebab aku tak pernah pakai tudung pi skolah.
Yang paling best, baju harian and baju tido kena beli baru! Yeay!
Mak aku takkan gamak nak suruh anak bawak baju lusuh free masuk asrama ye tak?
Lagipun dia sendiri tahu aku tak banyak baju. Selalunya kongsi-kongsi dengan Ima.
Aku ingat lagi baldi aku warna royal blue, tangkai warna merah.
Bakul toiletries warna pink.
Mak Aji siap belikan aku sponge nak sental badan.
Sepanjang hayat aku 12 tahun hidup baru hari tulah aku merasa badan bersental dengan sponge.
Sponge pun warna pink. Towel pun baru.
Boleh katakan banyak yang barulah sebab hat yang kat rumah semua dah buruk sangat.
Malangnya.......seminggu je aku duduk kat sana.
Minggu orientasi tak habis lagi, aku dah quit.
Aku culture shock.
Aku tak pernah bersekolah agama.
Walaupun dulu ada sekolah agama petang [baju putih kain hijau], aku and Ima tak pernah join.
Ilmu agama aku hanya belajar di sekolah.
Selebihnya dengan ustazah mengaji.
Itupun aku dah stop blaja mengaji selepas khatam masa umur 8 tahun [Darjah 2].
Then, aku sambung belajar berzanji saja.
Baca Quran di rumah.
Alih-alih dapat masuk skolah agama, pulak tu tak pernah bertudung, tak pernah bertudung labuh, tak pernah bertutup litup pakai stokin ke mana-mana - jadi, culture shock sangat expected.
Maybe mak bapak aku pun faham situasi tu jadi dorang dengan rela hati bawak aku keluar.
Aku masuk balik ke Tingkatan 1 sekolah lama.
4. Tahun yang sama, mendaftar lagi di Tingkatan 1 [kahkahkah]
Ya, tahun 1990 aku banyak buat 'onar'.
Keluar masuk skolah mendaftar Tingkatan 1 tak habis-habis kerja aku.
Lepas quit Maahad, aku patah balik skolah harian.
Tak lama lepas tu aku dapat offer ke TKC.
Honestly, aku tak excited dah masa ni, tak macam mula-mula dapat offer kat Maahad.
Aku dah taknak masuk asrama lagi. Aku serik. Aku homesick.
Tapi mak bapak aku super excited. Biasalah kan, mak bapak.
Pulak tu anak dapat TKC lagilah excited.
Aku faham situasi tu.
Mak bapak aku bukan universiti graduate, kerja pun tak se-gah orang lain. Bukan kerjaya yang orang pandang gitu.
Jadi, bila anak dapat berada di sekolah yang terbaik, di kalangan pelajar yang terbaik, of course dorang bangga and excited.
Masa aku dapat offer ni, aku tengah bercuti sebab kena chicken pox.
Masa mendaftar tu, badan aku masih ada krim-krim putih chicken pox.
Jadi, warden blok aku dulu [Mahsuri] benarkan aku balik berehat.
Dah betul-betul baik, baru datang balik.
TKC is a very huge school.
Buildingnya gah, tennis court gah, padang gah, court bola keranjang gah, dewan makan gah - serba-serbi sangat gah di mata aku, buatkan aku takut nak masuk situ.
Aku anak B40 waktu tu.
Aku tak biasa dengan tempat yang gah macam tu.
Aku rasa aku sangat tak layak berada di situ.
Aku jadi rendah diri, takut, malu and rasa serba-serbi tak kena.
At the same time, aku dah penat direndah-rendahkan, diejek-ejek.
Alangkan di skolah biasa pun aku selalu kena ejek, apetah lagi berada di kelompok yang the best, aku rasa aku jauhhhhhh di bawah.
Aku takut aku semakin direndah-rendahkan lagi.
Aku rela duduk di persekitaran yang tak puji aku, asalkan jangan hina aku.
Aku kembali ke TKC lepas chicken pox gone dengan perasaan yang meronta nak balik rumah.
Tapi melihat mata Mak Aji terbeliak jegil kat aku, aku cuba stay.
Kakak angkat aku nama Ely [anak Dato], aku lupa nama penuh dia.
Dia baik, dia yang tolong susunkan baju aku.
Ramai orang kata aku beruntung sebab dapat dia as kakak angkat.
Tapi masa tu tak pandang dah semua tu, aku punya fokus pikir camana aku nak quit dari situ.
Kawan-kawan, biasalah, ada yang ok ada yang tak.
In fact, hari pertama aku join tu pun, dalam dorm tu dah sedia ada berpuak-puak [sebab dorang 1st intake].
Tapi sebab aku tak kaya, jadi takde apa yang orang nak jealouskan kat aku agaknya, so aku takde musuh.
Lagipun aku ada kawan.
Kawan sekelas aku masa skolah rendah duduk satu dorm dengan aku.
Aku katil atas, dia katil bawah.
Cut story shot, aku quit dari TKC selepas habis exam pertengahan tahun.
Aku ni jenis yang kalau kepala aku dah set "taknak", agak payah nak ubah setting aku ni.
TKC ok, aku je yang tak ok.
Aku homesick, aku tak mahu duduk asrama.
Aku pun tak pasti apa penyakit aku.
Kalau nak kata tak boleh belajar, aku boleh belajar.
Aku boleh buat exam, aku boleh siapkan homework, cuma time prep aku tak blaja, aku banyak mengelamun mikir camne nak lari dari skolah.
So, itulah sedikit sebanyak kenangan pendaftaran skolah seketul Diana Ishak.
Mak bapak yang anak-anaknya mendaftar hari ni [MRSM], siapkan mental yang kuat.
Awal-awal ni banyak sikit karenah nak melayan.
Redza dulu pun macam tu, stress katanya duduk sana.
Tapi mak bapak jangan ambik serius sangat komplen anak tu, kena refer dengan homeroom teacher dia dulu.
Like Redza, asal aku call je, dia cakap nak quit nak quit, stress stress.
Tapi bila aku tanya home room teacher, oklah pulak.
Cikgu cakap Redza nampak macam takde mood, tapi semua activiti dia join, makan tetap makan, bersembang tetap bersembang, masa hari terakhir orientasi dia yang initiate idea untuk persembahan kumpulan katanya.
Kebanyakkan budak-budak akan rasa stress masa minggu orientasi sebab kena bangun awal, bersiap awal, penuh dengan program, program habis lewat, pastu esok nak kena bangkit awal.
Jadi agak tertekan kat situ.
Mohon bertabah anak-anak and mak bapak, ya.
Insyallah lepas minggu orentasi dorang akan lebih tenang and happy.
Good luck anak-anak!
Pesanan free dari,
Pakar quit boarding school.