2020-09-07

GreenAard di Living Health Pharmacy



Gambar seorang Diana di depan Farmasi Living Health.
Alhamdulillah, selepas product presentation di farmasi ni bulan lepas, pihak farmasi berminat dan bersetuju untuk beli GreenAard.
Ini bukan tumpang letak barang ya, tetapi memang pihak farmasi beli. 

Yang specialnya, di farmasi ni, mereka ada full set of pharmacist and dietitian dan mereka-mereka yang pakar tentang uabt-ubatan.
Jadi, they know what they sell.
Selain dari itu, dorang juga ada provide test seperti Complete Lipid Profile untuk check Total Cholesterol.
Jadi, sesiapa yang ada tanda-tanda kolesterol tinggi dan berminat nak cuba Nutrijuice, korang ada pilihan untuk ke farmasi ni untuk buat test.
Kita ada pakej Cholesterol check and Nutrijuice sekali.
Ini antara impian aku.
Aku always membayangkan one day GreenAard a wide range of health product dan boleh provide pakej macam ni.
Takpe, kita start dengan collaboration dulu.
Oh by the way, owner of this farmasi adalah seorang pharmacist juga, bukan some random business person, jadi this farmasi is real.

Semua produk GreenAard ada di sini, kecuali Bio-Cellulose Mask and Herba Rahsia Rimba.
Harga sama je macam beli dengan HQ, cuma kelebihannya untuk orang-orang yang berhampiran boleh dapatkan produk GreenAard dengan cepat.
Di samping tu hanya di sana saja kita ada Pakej untuk check cholesterol dan beli Nutrijuice sekali.
Kebanyakkan yang beli nak beli Nutrijuice ada tanda-tanda high cholesterol tapi bila aku suruh pi buat test dulu, ramai yang taknak, nak beli terus Nutrijuice.
So bila kita wujudkan pakej ni di Living Health, this is a good opportunity untuk korang buat quick test.
Harapnya lepas ni ada banyak lagi peluang GreenAard collaborate dengan farmasi-farmasi lain, insyallah.
Aku memang looking forward benda-benda macam ni.
Memang passion sangat-sangat bab kalau bab DNA, food and health products.

Farmasi Living Health ni ada satu lagi cawangan di Kajang.
Buat masa sekarang hanya cawangan Ecohill saja ada produk GreenAard.


Balik dari farmasi dah alang-alang lalu depan IOI City Mall takkan nak bagi tabik hormat je kot, harus ke dalam mengukur keluasan tanah.
Sebenarnya tekak aku teringin nak makan Dolly Dimsum.
Aku sebenarnya tak pernah teringin nak masuk Dolly Dimsum sebelum ni, tak tau pun apa kenikmatannya dalam tu.
First time masuk masa gathering geng-geng Dusty Pink Tits hari tu, terus terjebak takleh move on.
Sehingga ke hari ni aku dah lost count berapa kali aku makan sini.
Dengan En Wan sekali dah naik suka dengan Dolly Dimsum.
Ini tengah menaip ni pun ada terasa macam nak pi lagi.
Padahal kalau nak ikutkan makanan dia itu-itu je, tak banyak pilihan pun.
Tapi sedap-sedap.
Aku belum rasa semua makanan, tapi hampir kesemua dah rasa.

Suka aku bila En Wan dah terjebak, senang aku nak ajak datang lagi next time.
Jarang makanan yang aku suka kena kat tekak dia. 
Ni kali dia pun suka, alhamdulillah sangat-sangat. 


Dah lama aku tak review soalan-soalan yang aku dapat tentang GreenAard.
Actually ini bukan testimoni, tapi highlite tentang keperluan mengambil GC Plus.
Rasanya ramai yang keliru dengan body weight and body fat.
Kebanyakkan kita 'taksub' dengan angka pada penimbang.
Bila badan turun naik sikit dah gelabah.

Jangan gelabah dulu, sebab kalau berat badan naik 1-2kg dalam tempoh 1-2 hari, most likely itu adalah berat air, bukan lemak.
Nak naikkan lemak sebanyak 1-2kg memerlukan kita makan 10,000 kalori sehari, dan ini sangat impossible untuk dibuat.
Jadi, jangan panik dengan angka kat penimbang.
Berat badan kita ni consists of air, tulang, lemak and otot.
Belum tentu lagi lemak yang banyak, entah-entah air.

Ada sorang blog reader aku bagitau badan dia tak overweight pun tapi pinggang dia more than 32 inci.
32 inci untuk women is a NO, ya.
Kalau pinggang lebih dari 32 inci, itu petanda visceral fat tinggi.
Kadang-kadang badan kita nampak macam ideal weight, hakikatnya at some part of the body ada flabby skin here and there.
Inilah yang dinamakan skinny fat. Kurus tetapi banyak lemak.
Rupanya otot mengecut, bukan lemak yang mengecil.
That's why penting untuk check body fat. As long as body fat dalam range yang normal, angak pada skala tak penting.
Toksah aim terlampau kurus sangat, lainlah kalau kita model. Itu memang keperluan.
Ini karang kurus tak tentu hala tau-tau menopos awal.

Buat masa ni, di Farmsi Living Health belum ada mesin untuk test body fat, insyallah soon katanya.
Tapi, worry not.
Body fat ada kaitan dengan trigliserida [salah satu komponen dalam kolesterol].
Kalau trigliserida tinggi, boleh jadi itu punca kenapa berat badan susah turun.
Jadi, kalau korang ke Living Health Farmasi, boleh buat complete lipid profile test.
Kalau trigliserida tinggi, boleh beli terus Nutrijuice and GC Plus, insyallah.

Nah ni cuci telinga jap dengar suara aku :




2020-09-05

Working parent

 

Saw this on LinkedIn.

The term "working parent" has taken on a whole new meaning sejak Covid19 menyerang.
Kalau dulu, situasi membawa anak ke tempat kerja adalah almost an impossible practice tapi lepas kita semua kena work from home berbulan-bulan, have to juggle between work and house chores, maybe kat situ kita boleh faham sikit the struggle ibu-ibu yang ada anak kecil.
Berkerja, at the same time ada anak kecik kat rumah yang nak dipikirkan, bukanlah satu task yang mudah untuk di-multitsking-kan.
Apetah lagi nak attend interview dalam keadaan ada anak kecil yang takde siapa nak take over.

Dulu selagi takde kerja, aku tak nak mengandung.
Aku sendiri yang pilih untuk tak mahu ada anak lagi selagi belum ada kerja.
Yang pertama, nak membesarkan anak tak boleh main pasrah berserah semata-mata, kena ada financial planning juga.
Yang kedua, sebab nak mengelakkan ada 'gangguan'.
Bukan nak kata anak tu menyusahkan, tapi bukan semua majikan memahami.

Aku dah terkena sekali masa kerja kat Prudential dulu.
Masa interview kerja memang aku belum mengandung, lepas diterima bekerja aku mengandung.
Tapi waktu tu awal sangat kandungan jadi aku taknak heboh kat orang.
Nak dijadikan cerita, aku keguguran, terpaksa MC 2 minggu.
MC tau, bukan ambik cuti.
Masuk balik kerja, terus kena panggil dengan manager.
Dia tanya kenapa tak bagitau aku mengandung.
Aku cakap awal lagi, baru 9 minggu, lagipun aku sendiri baru tau aku mengandung tak lama before gugur.

Manager tu tanya kenapa masa interview dulu tak bagitau tengah planning nak ada anak?
Aku stuck kejap kat situ sebab aku betul-betul no idea kalau plan nak ada anak kena bagitau majikan ke?
Aku tak rasa pun HR ada tanya aku pasal nak mengandung ke tak sebab masa aku apply kerja aku dah kawen.

Aku bagitau dia, aku taknak bagitau awal-awal sebab nak mengelakkan perkara macam ni lah.
Selama aku mengandung [baru tahu sebulan], aku masih berkerja macam biasa.
Termuntah belahak pun aku datang ofis, satu MC pun tak pernah ambik.

Dia kata, kerja kat sini menuntut fokus yang tinggi, lebih-lebih lagi aku medical underwriter yang perlu balik malam dan datang kerja on public holiday so kalau ada anak payah dia nak susun task.
Aku macam....aku sorang je ke medical underwriter kat Prudential ni?
Tak salah aku ada 20 orang MU waktu tu.
Selama ni pun kalau ada medical history yang aku tak boleh carry contohnya history of multiple surgery, aku pass kat colleague lain yang willing nak ambik.
Bagi aku takde masalah menyusun task pun sebab medical underwriter ramai.
Lainlah kalau memang aku sorang je.

Rupanya memang ada bos yang tak berapa selesa staff ada anak kecik.
Kalau ada pun, takde tolak ansur di situ.
Bos aku masa tu anak dara tua, tu pasal bontot terluka [butthurt] tengok orang lain bahagia dengan family. Agaknya laaa...

Masa aku bekerja di company biotech, habis je probation, aku ditakdirkan mengandung Redza.
Cepat-cepat aku bagitau bos aku supaya pisang tak berbuah 2 kali.
Jawapan dia : "Tahniah!".Simple.
Semua ucap tahiah kat aku, dari CEO, COO, sampai ke manager-manager.
Takde pulak gelabah tetek sorang-sorang.
Sebab dorang tau ada ramai sales exec waktu tu, task boleh di pass-passkan.
Maybe disebabkan support begini, aku jadi bersemangat nak kerja, nak buktikan mengandung bukan satu masalah untuk aku perform. 

Now, dah jadi majikan, aku faham sangat situasi tu.
Managing an expectant employee can be tough, tapi kita boleh adjust.
Tahun lepas aku berpengalaman handle employee yang mengandung.
The moment aku tau dia mengandung, benda pertama aku tanya bila due date.
Dia start mengandung around Sept/Oct tahun lepas. Due date lepas raya, tahun ni.

Yang mengandung ni graphic designer. Satu-satunya grafik designer.
Kalau aku nak gelabah memang boleh sangat.
Tapi, aku susun jadual kerja dia.
Bulan 12 ada YES.
Bulan Jan ada New Year offer.
Bulan Feb ada Valentine offer.
Kemudian Ramadhan promo.
Design sampul raya.
Raya promo. 
In between tu ada Happy Hours, Customer Loyalty Reward, etc.
Semua benda ni nak kena pakai grafik. 
Tu belum lagi everyday punya update kat media sosial semua nak kena pakai grafik.
Jadi, start dari awal kitorang dah susun jadual kerja dia.
Bulan 4 semua grafik untuk big events dia dah settlekan, tinggal yang everyday update je untuk disiapkan.
Alhamdulillah, staff aku jarang ambil MC, semuanya sihat-sihat.
Tapi masa mengandung dia selalu ambil AL untuk appointment dokter, yang tu takpelah, kita pun pernah beranak jadi kita faham.

At the same time, aku ambil online course grafik supaya aku boleh buat sikit-sikit grafik selama dia takde.
Bagus jugak, kalau staff tak mengandung aku pun tak terfikir untuk ambik course ni. 
Kalau siapa follow IG aku, semua IGS dari bulan May-July, aku yang buat. 
Bolehlah setakat simple-simple grafik.

Menjadi majikan ni, jangan gelabah tetek tak tentu hala.
Benda yang kita boleh buat, kita buat.
Apa yang kita boleh cover, kita cover.



Ini baby kepada staff aku. Baby XZIZ Biotech namanya ni.
Baru-baru ni pengasuh bercuti merdeka, balik kampung.
Jadi staff aku minta izin untuk bawa anak ke tempat kerja untuk 1 hari.

Kalau ikut lojik, boleh je dia ambil AL, jaga anak di rumah.
Tapi aku lega bila dia pilih untuk datang kerja, buat kerja.
Takpelah, bawalah anak tu datang ofis.
Cuma ye lah, as majikan, aku pun tak nak ini dijadikan kebiasaan.
Bukan apa, tempat kerja, biarlah untuk buat kerja.
Tapi sesekali, boleh, kalau keadaan memaksa. 
Asalkan task hari tu siap, I'm fine.

Majikan punya fokus satu je - kerja mesti siap and sempurna.
Kalau boleh deliver ini, insyallah majikan boleh bertolak ansur.
Jadi as pekerja, kita pun kena give and take.
Jangan asyik nak question apa benda yang majikan boleh provide.
Kita tanya dulu kat diri kita cukup ke apa yang kita dah beri.
Sometimes kita rasa macam kita dah buat banyak, walhal majikan tu lagi banyak benda yang dia buat yang kita tak nampak.

Bila tengok gambar baby ni, satu je terlintas kat kepala aku - pengorbanan parents.
Bila dah jadi mak bapak, anak-anak dah jadi benda pertama.
Berangkut tilam bantal semua naik ke opis nak bagi anak tido selesa.
Dah takde kisah dah orang pandang-pandang, yang penting anak ok.


2020-09-04

My acitivity

Semalam birthday Redza yang ke -16.
Kat FB and IG ramainya yang wish Redza.
Rata-rata yang wish semua "kenal" Redza dari kecik.
Masing-masing tau je trademark Redza - Budazah.
Ada yang boleh recall balik gelagat-gelagat Redza yang aku pernah cerita kat blog, ada yang aku dah terlupa.
Bila ada yang bercerita balik, hah baru maknya teringat.

Dulu, blog aku penuh dengan gambar and aktiviti harian aku.
No wonder ramai yang "kenal sangat" dengan Redza.
Semakin meningkat usia, dah jadi malas nak tepek gambar kat blog.
Lagipun dah ada IG, jadi aku letak gambar kat sana je.

Tapi semalam bila baca banyaknya komen-komen aunty, uncle, akak dan abang-abang pembaca blog, rasanya hari ni aku datang mood nak tepek gambar.
Lama dah tak cerita aktiviti aku kan.

Mula-mula nak cakap pasal blog ni.
Ramai dah tanya kenapa aku tukar layout blog.
Aku tukar 2-3 minggu lepas.
Takde sebab-sebab yang khusus, saja je tiba-tiba rasa nak pakai free template yang lebih kemas dah tak banyak column.
Takde apa sangat dah aku nak highlite.
Dulu kan aku buat iklan, so column-column tu adalah keperluan.
Now ni semua benda tu tak buat dah, jadi biorlah "lapang" sikit blog aku ni.
Lagipun korang nak baca blog je kan, bukan nak tengok iklan.




Ni kerja semalam kat PWTC bersama-sama team Halal.

Tak nak cerita pasal team tapi nak cerita pasal situasi di PWTC semalam.
Semalam, tak plan pun nak ke PWTC, plannya nak jumpa di Sunway Mall depan tu je.
Tapi another team sedang busy nak prepare presentation at 2pm, jadi aku je lah yang ke PWTC.
Duduk dalam restoran ni, aku rasa awkward.
Sebab dalam tu mostly penuh dengan orang - bak kata kawan aku "melayu totok berbisnes".
Jenis yang sembang kuat-kuat bincang pasal figure juta-juta yang ntah ye ntah tak.
Gelak kuat-kuat macam dia otai kawasan tu.
Sapa orang dari jauh kuat-kuat "Assamualaikum Datuk! Apa khabar Datuk?"

"Ni orang kaya ni, orang kaya"

"Kejap lagi saya jumpa Dato'"

Pastu kejap-kejap toleh kat meja kitorang as if "Apehal budak-budak selekeh ni lepak sini?"

Alahaiii. Serius macam scene dalam Megah Holdings.
Jenis yang bersembang takde perkataan 'Datuk', takde perkataan 'juta', tak sah.
Nasib je takde perkataan "Papa nak Daniel kawen dengan anak Datok Zul".
Kalau ada, aku angkat kerusi, libas.

Rilek-rilek dah la. Beria nak highlite deal juta-juta.
Macamlah aku semalam sembang jual belacan.
Selalunya, ikut pengalaman aku, orang yang berdegar-degar sembang juta-juta ni, bendanya takde apa pun.
Baru peringkat planning je, paperwork pun takde.
Takde maknanya nak meeting kat restoran, kalau kat restoran tu selalunya baru nak plan.
Real work and meeting akan berlaku kat tempat yang serius dan khusus untuk berbincang.
Tak payahlah nak gelabah sangat.

Pernah dengar quote "Being the loudest makes you the weakest?"
Tak pernah dengar?
Maknanya tak pernah tengok American Gangster.
Itu quote dari Denzel Washington. Sangat terkesan.

Dia umpama orang yang lambakkan duit sebab nak buktikan bisnes dia berjaya. 
The thing is, people who really have money tak perlu nak tayang how much cash they have.
Just like melayu-melayu totok kat PWTC semalam yang bersembang kuat-kuat bab deal juta-juta.
You get into real business first then you know kalau boleh kau tak nak orang tau kau tengah ada projek juta-juta. 
Sebab kau nak fokus bekerja dan membangunkan bisnes dengan tenang.
Showing off only draws more attention and causes problems. 
Benda ni takkan bergerak selari dengan misi kau nak membangunkan bisnes. 



Ini cerita Jumaat lepas, di UPSI.
Punyalah selama bertahun-tahun aku ada projek di sana tapi tak pernah ada satu pun gambar aku di UPSI sebab waktu tu aku bergerak sorang.
Takkan nak berselfie kot tengah-tengah dunia tu.
Now ada partner, barulah ada gambar-gambar ni untuk kenang-kenangan.

Aku ada banyak memori dengan UPSI.
Sejarahnya bermula tahun 2004, hanya selepas 4 bulan aku bekerja sebagai Sales Exec.
UPSI pasa waktu tu bukanlah institusi yang gah dengan kerja-kerja research, jadi biotech player tak ramai kat sana.
Sebab research work dorang pada waktu tu tak sebesar UKM, UM, UPM [to name a few].
Jangankan kata biotech player yang lain, even company tempat aku berkerja tu pun tak pernah terfikir nak masuk UPSI untuk promote produk.
Budak-budak sales exec yang lain pun taknak enter UPSI sebab penat katanya, tak berbaloi dengan perjalanan jauh tapi belinya tak banyak.

Memandangkan aku budak baru masuk kerja, jadi orang macam aku ni always kena 'lanyak' untuk buat kerja-kerja yang orang lain tak mahu buat.
So bos aku hantar aku pi UPSI "Diana, pi try masuk UPSI tengok apa ada sana. Promote produk kita".

Baru 4 bulan masuk dah kena 'ragging' bukak market baru.
Tapi takpe, aku pun mula gugel website UPSI, scan-scan nama penysarah dan bidang dorang, untuk tengok mana yang relevan untuk aku approach.
The thing is, nak buat appointment ni adalah cerita kedua.
Cerita pertama tu macamana aku nak create reason nak buatkan dorang berminat untuk block date jumpa aku.

Pikir punya pikir, aku beli DNA extraction kit dari company tempat aku berkerja.
Kit tu dalam RM285 gitu.
Aku bawak masuk kit tu dalam lab, aku dilute dalam tube-tube kecil, kemudian aku re-pack untuk dijadikan sample.
Dapat dalam 10 sample [1 tube boleh buat 5 extraction].
Dah siap sample, aku pun call sorang-sorang lecturer di UPSI.
Aku bagitau aku nak minta kerjasama untuk guna kit tu, it's free, just guna and bagi feedback saja.

Benda yang aku bagi free ni adalah benda yang orang biotech MUST use.
Of course dorang kena extract DNA dulu sebelum buat PCR.
Extraction kit mahal kot, kalau dapat free 5 kali extract, why not kan.
Cut story shot, first time aku ke UPSI aku berjaya buat appointment dengan 5 orang lecturer dan 2 orang pegawai sains.
Dan the rest was history.

Lepas tu, kerap dapat purchase dari UPSI.
Barulah lepas tu di kalangan colleague aku ada yang propose nak jaga akaun UPSI sebab dah alang-alang selama ni dia jaga USM, jadi why not sekali harung dia pegang akaun UPSI.
Eh banyak cantekkk??
Kerja keras kau taknak buat.
Bila orang dah bukak jalan, dah ada customer database baru sibuk nak claim.
Masa kau turun naik USM dulu takde pulak kau terpikir nak singgah UPSI buat appointment?
No way! Sampai ke hari aku resign, UPSI kekal dalam tangan aku.
Sampai aku dah ada company sendiri, the customer yang aku jaga semua aku tarik beli produk aku.

Nak cerita, takde jalan mudah nak senang.
Kau nak senang atas kederat orang lain, cari new customer taknak, bila orang lain dah tarik customer kau sibuk nak cover, pastu acah-acah kau power buat sales?
Dengan orang lain kau boleh taichi lah, dengan aku sorry.

Memang ada orang yang perangai gini.
Nak senang cepat.
Nak kerja mudah.
Nak kerja ringkas.
Tapi malas buat kerja dari bawah.
Tapi bab mencanang cerita hebat pass kat dia.

Kita tak tau apa yang Allah dah susun untuk kita.
Kita tak tahu apa yang menanti kita di hujung sana.
Just like kit yang aku beli untuk jadikan free sample tu, kawan aku pernah cakap "Sanggup kau beli kit tu jadikan sample?"
Seolah-olah aku ni bermati-matian untuk cari sales nak bagi majikan kaya.

Yang sebenarnya, kalau kau sukakan kerja kau, kalau kau benar-benar nak jalankan amanah yang majikan kau dah bagi, kau akan cari jalan supaya task itu menjadi.
In my case, aku tak dapat apa-apa pun dari tu.
Sampai sekarang bos aku tak tahu aku beli kit untuk jadikan sample.
Aku cuma nak cari peluang untuk customer cuba produk tu, kalau ada rezeki, dia akan beli.
Kalau tak, at least aku mencuba.

Tapi aku yakin, kalau kita ikhlas buat, pasti Allah akan bagi sesuatu.
Kalau tak sekarang, esok.
Kalau tak esok, bulan depan.
Kalau tak, bulan depan, lagi 5 tahun akan datang.
Just like dengan UPSI, aku pun tak pernah sangka aku akan kembali ke sini untuk collaboration dengan fakulti yang sama.
Seronok berjumpa balik dengan customer-customer lama yang semuanya dah ada strong title but still humble and friendly, menjadikan setiap meeting sangat smooth.

Mungkin inilah yang Allah dah sediakan antara aku and UPSI.
Kalau difikirkan balik, tahun 2004 dulu masa terima task untuk masuk UPSI, hati aku terdetik cakap "Nak ragging aku la ni".
Rupanya, Allah nak beri sesuatu yang lebih istimewa, 16 tahun kemudian.
Kadang-kadang apa yang kita buat sekarang, tak nampak hasilnya sekarang.
Kadang tak nampak benefit yang jelas, tapi entah kenapa kita tetap buat juga.
Just like aku dulu, aku tak tau ke mana XZIZ Biotech akan bawa aku, tapi aku redah dan langgar je.




Ini aktiviti Selasa baru ni, 3 hari lepas.
Di UniKL-MICET.

Sementara nak tunggu meeting kat UniKL-MICET, kitorang bertiga [tukang ambik gamba takde dalam gambar di atas] lepak jap kat Freeport A Famosa.
Baru aku sedar ada 2 tempat makan je situ - KFC and Papa Rich.
Kitorang lepak KFC, member aku si Ayda mata dia melilau je pandang kaunter, pandang lantai, pandang siling.

"Kau tengok apa?"

"Ni kalau aku yang audit sah-sah kena ni. Apa ni, siling ada satu je fly trap. Berlalat. Restoran yang betutup mana boleh ada lalat. Lantai kau tengok, takde orang mop ke? Tu kasut pekerja dia dah koyak, patut tak boleh ni".

Hmm...baru aku tau begitu detailnya orang audit restoran.
Selama ni tengok orang audit company je.
Sampai ke kasut pekerja pun dia perati rupanya.

UniKL-MICET also tempat aku dulu.
Aku tau ramai blog reader aku kat UniKL-MICET.
Tak salah aku, dulu pernah ada blog reader bagitau satu jabatan baca blog aku.
Seram je aku dengar.

UniKL-MICET pun dulu di-pass kat aku sebab takde sales exec nak this area.
Banyaklah kau punya alasan - jauhlah, takde significant research work lah - yang sebenarnya kau nak kerja senang.
Nak jaga big place macam UTM senang masyuk komisyen.

UniKL-MICET tempat pertama aku bagi talk tentang Basic DNA and run workshop DNA analysis.
Masa tu untuk budak-budak undergrad. Seronok, the lecturer sangat friendly.
Kali ni aku ke sana, the same lecturer dah jadi Dekan dah pun.

By the way, training Retort Technology yang akan datang 28-29 September ni adalah collaboration kitorang dengan UniKL-MICET.
So pengusaha makanan akan dapat direct input not only dari orang industry tapi dari academician.
I tell you, this training is worth your money.



Bring your product guys, kita akan test your product untuk diretortkan.
Bawa produk pada hari kedua ya.
This is where you learn the technique untuk memanjangkan hayat produk makanan dan packaging yang betul so that your produk TAHAN LAMA dan boleh dipos ke mana-mana confirm TAK PECAH.


Esok sambung ceritalah, tetiba rasa nak makan.


2020-08-31

Nak tunggu hidayah sampai bila.


Meninggalkan solat atau ibadah-ibadah yang lain dah menjadi hal yang biasa.
"Belum dapat hidayah" adalah jawapan yang biasa kita dengar dari mulut mereka-mereka ni, termasuklah aku, dulu.

Hidayah adalah petunjuk kepada manusia.
Hidayah mengajar manusia menjadi yang baik.
Lalu, adakah hidayah memang perlu ditunggu?

Kalau memang mesti ditunggu, adakah hidayah itu datang berkali-kali?

Atau adakah menunggu hidayah datang umpama menunggu hari jadi setiap tahun, atau perayaan lain yang hanya datang setahun sekali?

Sampai bila pula kita kena tunggu datangnya hidayah tu?

Kalau betul Allah hanya datangkan hidayah pada waktu tertentu [1 atau 2 kali saja], what if it turns out we missed that important moment?
Itu bermakna selama-lamanya kita akan kekal dalam kesesatan.
Kalaulah begini formulanya, selamanya kita tidak akan dapat bertaubat, dan jelas masuk neraka.

Adakah Allah sekejam itu memberikan hidayah hanya beberapa kali saja? 
Bukankah Allah bersifat Maha Menolong?
Kalau betul hidayah datang beberapa kali saja bermakna Penolong di sini bersifat selfish.
How can Allah be selfish, padahal Allah tak perlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah?

Allah juga Maha Pengasih, yang bermaksud selalu memberikan kasihNya setiap waktu.
"Maha Pengasih" adalah salah satu bukti kasih sayang Allah kepada manusia.
Mustahil dengan sifat Maha Pengasih itu Allah hanya memberikan hidayah 1-2 kali saja.

Pandangan peribadi aku, ketika seseorang kata "ketika datangnya hidayah" - ini adalah moment di mana keangkuhan dan kesombongannya yang selama ini menolak atau mengabaikan hidayah yang Allah telah benar-benar ditekan sampai level minimum.
Pada ketika ini, dah hilang keangkuhannya menolak perintah Allah dan merasa bersalah melakukan apa yang dilarang Allah.

Contoh mudah, ketika azan.
Azan adalah panggilan untuk segera menunaikan solat, tetapi bila hati ditutup dengan kesombongan, manusia akan mengabaikannya.
Azan dianggap seperti angin lalu saja.

It's not just about adzan, melihat orang lain solat, mendengar orang mengaji, melihat akhlak orang soleh juga adalah hidayah atau petunjuk dari Allah.
Semua itu adalah hidayah yang non-stop Allah berikan.
But like I said, kesombongan dan keangkuhan manusia yang menutup hati masing-masing sehingga menolak petunjuk atau hidayah yang setiap saat Allah berikan.

Nampak orang bersedekah, itu adalah hidayah untuk kita sama-sama bersedekah.
Tapi kita kata "Sedekah tak payahlah tunjuk-tunjuk. Itu riak namanya".

Nampak orang lain menjaga aurat dengan syari'i, itu adalah hidayah untuk kita sama-sama menjaga aurat.
Tapi kita kata "Sikit-sikit dah la. Extreme sangat kau ni".

Nampak orang lain ambil video tengah bagi gelandangan makan, itu juga hidayah.
Tapi kita kata "Nak buat baik tak payahlah rekod. Attention seeker je ni".

Niat dia nak raih Likes atau perhatian manusia, itu urusan dia dengan Allah.
Tetapi, Allah takdirkan kita nampak that video adalah petunjuk buat kita.

I'm not saying I am better than others, tetapi sekadar berkongsi pandangan tentang apa yang aku rasakan dan fikirkan.
Aku cuma rasa ada kekeliruan tentang persepsi "Masih belum dapat hidayah" yang perlu diperbetulkan. 
Phrase "masih belum dapat hidayah" ni buat manusia semakin sesat ke arah yang kurang baik.

Kalau phrase itu kita terus-terus tanam dalam fikiran, maka sampai bila kita nak menunggu hidayah? Untuk apa kita tunggu hidayah kalau hidayah itu boleh dihampiri?
What if it turns out kita menunggu hidayah yang tak datang-datang kerana kita menganggap hidayah mestilah petunjuk yang bila ia datang boleh buatkan kita terduduk terngaga barulah boleh dikatakan hidayah?

Cubalah dari sekarang belajar membuka hati dan merendahkan kesombongan supaya kita dapat lihat, dengar dan merasakan hidayah yang tak pernah berhenti hadir.
Tak pernah ada kata terlambat untuk sesuatu yang baik.
Yang ada hanyalah "lambat sedar" dan "cepat sedar".


2020-08-27

Nampak macam aku demand?

Fresh from the oven punya post, baru naikkan tak sampai 2 jam.
Aku rasa aku perlu buat post ni.
Aku harap mereka yang berkenaan, yang pernah mengharapkan aku bagi free service, bacalah dengan lapang dada dan nada yang lembut.

Sekali baca, maybe nampak macam aku demand.
Dah guna barang orang, lepas tu tak nak promote, kan?
Ok sebenarnya macam ni.
Aku faham expectation orang yang berniaga.
Kalau boleh kita nak orang review product kita dengan sungguh-sungguh dan bagi feedback yang positif.

Tapi, aku tak reti nak bagi feedback yang positif kalau benda tu aku tak berkenan.
Contohnya, nasi goreng.
Walaupun nasi goreng tu tak sedap kat tekak kau, asalkan sedap kat tekak aku, aku akan puji kaw-kaw sebab aku yang review.
Aku akan review free of charge. 
Tak perlu bayar untuk dapatkan pujian aku kalau benda tu memang aku berkenan.
Jadi, kalau ok dengan cara aku ni, silakan hantar produk untuk aku cuba.

But, kalau nak aku promote no matter what, aku buka ruang untuk marketkan your product.
Nak kata review pun tak, nak kata memberi testimoni pun tak.
Lebih kepada mengiklankan.
Cara ni lebih bagus sebenarnya untuk orang yang berniaga, sebab orang yang berniaga selalunya nak meluaskan nama produk/brand.
They don't care ada untung ke tak dari pengiklanan tu because they know benda ni takkan jadi semalaman.
Takde maknanya promote hari ni, esok beratur orang beli. Belum tentu lagi.

Untuk option yang ini, buat macam standard pengiklanan service je lah.
Aku iklankan di blog/IG/FB, aku cerita tentang what your product can do, aku buat demo kalau perlu.
Tapi service ni bukan free, dah tentu-tentu ada charge-nya.

But to some people, dia nak segalanya berlaku dengan senang, cepat dan kalau boleh FREE.
Kalau boleh tak nak rugi apa-apa.
Persepsi ni sebenarnya tak betul.
Memang ada je orang yang willing bagi free service asalkan dapat free product, tetapi bukan semua orang macam tu.
Jadi jangan anggap "Saya dah bagi free product, awak buatlah free marketing". Eh?

Nak berbisnes, modal bukan setakat pada kos produk tetapi modal marketing mesti ada.
That's why nak berbisnes kena ada ilmu.
Bila tak ada ilmu, inilah jadinya.
Berbisnes pun cara cincai. 
Aku bagi kau kek free, kau promotekan. Hello..? 

Jangan salah faham.
Bukan maksudnya everything mesti tip top dari segi sistemnya, databasenya, packagingnya - not necessary.
Yang penting konsep berbisnes tu mesti faham dulu, bahawa dalam bisnes mesti ada modal untuk marketing.
Kenapa ramai orang yang berbisnes tak put aside modal marketing eh?
Sales & Marketing tu datang sekali tau, bukan asing-asing.
Di mana ada sales, di situ ada marketing.

Yang paling penting kena faham, bukan semua benda yang kita iklan hari ni, esok dah berjujuk orang datang beli.
Sometimes, iklan itu convincing tapi takde keperluan untuk orang beli that product.
Iklan fungsinya untuk market the brand/product, not necessarily untuk tarik orang beli.
Iklan ni lebih kepada bagi awareness, biar orang tahu produk itu wujud.
Maybe ini yang some people tak boleh terima.
To them, kalau aku dah keluar duit untuk kau iklankan, modal tu kena patah balik. Segera!

Inilah hakikat berniaga yang maybe tak ramai tahu.
Sebab kita 'tertipu' dengan gambaran bahawa orang bisnes itu wajib kaya, hidup mewah, pakai branded, kereta besar, shopping everyday, etc.

Yang kau tengok tu setelah dia berjaya.
Time dia tengah susah-payah dulu mana ada dia tunjuk sebab dia pun tak yakin bisnes dia boleh berjaya.
Dah berjaya ni, barulah dia tunjuk macam-macam.
Yang kita dok pandang sekarang ni time dia dah berjaya.
Kalau kita tengok time dia tertonggeng tertiarap membina bisnes dulu, konfem kita tak selera nak berbisnes.

Business is neither too risky nor too rewarding.
Macam main chess, kita kena analyse, kena pilih, dan kena decide dengan teliti.
Bisnes akan jadi sangat berisiko kalau kita sendiri tak faham tentang bisnes yang kita buat.
Sebab itu, bisnes yang terbaik adalah bisnes yang kita tahu.
Jangan main belasah orang buat itu, aku pun buat.
Orang buat ini, aku pun buat.
Kalau kita pandai masak, buatlah food business.
Kalau kita pandai menjahit, buatlah bisnes pakaian.
Kalau kita pandai mengajar, buatlah bisnes coaching.
Buat apa yang kita tahu. Itu yang terbaik.
Tapi tak bermakna kita tak boleh buat bidang yang kita tak pakar.
Kalau kita ada resources dan kesungguhan apa salahnya.

Yang penting jangan jadi wannabe.
Orang berniaga, kita berniaga.
Orang jadi entrepreneur, kita pun nak.
Orang expand bisnes, kita pun sama buat.
Orang pasang billboard, kita pun nak pasang.
Orang keluar magazine, kita pun nak satu dunia recognise kita.
Tapi etika kerja takde, kesungguhan takde. 

Ada duit untung, selain memewahkan diri, mesti invest untuk self-development.
Jangan manjang reward diri sendiri dengan material.
Mesti invest dalam kelas - kelas marketing, kelas personal brand, kelas public speaking, etc.
Dunia perniagaan ni berubah dengan cepat sebab bila trend berubah, demand juga berubah.
Kalau kita tak persiapkan diri dengan skill, kita akan stuck.
Ikut pengalaman aku, at least 3 tahun membina bisnes baru boleh bernafas lega.
Dalam tempoh 3 tahun pertama, belum lagi masa nak bermewah.

Aku harap, orang faham apa yang aku sampaikan.
Kalau rasa-rasa faham dan masih mahu mencuba khidmat aku, silakan.
Kalau nak aku come out with marketing package pun, insyallah boleh.
Email staff aku : halina@xzizbiotech.com.
Nak DM aku pun boleh.

p/s : Jangan PM FB aku sebab En Wan boleh baca nanti dia dah baca pastu dia lupa nak bagitau aku siapa send mesej.


2020-08-25

Melaka - melegakan ketegangan kejap.


Ahad lepas aku kerja di UTHM Pagoh, buat kali keduanya ke sana.
Patut plan nak drive sorang, colleague aku akan gerak sekali, asing-asing, jumpa di sana.
Sekali En Wan nak ikut sebab dah alang-alang ke Pagoh dia nak jumpa kawan dia yang sama-sama blaja kat Jepun dulu, since kitorang kawen dia dah tak jumpa dah dengan kawan ni.
Tau je lah En Wan punya perangai, dia mesti ada plan lain punya.
Rupanya dia cadang malam tu stop kat Melaka, lepak 1 malam.
Dah alang-alang keluar jalan jauh, biar berbaloi katanya.
Kebetulan Isnin (semalam) tak skolah, jadi tak payah nak pikir siapa nak menghantar Rayyan.



Ni kat kedai roti canai. Breakfast.

Ahad 7am dah keluar sebab nak stop kat ofis jap ambik dokumen aku, pastu zassss terus ke Pagoh sebab meeting at 10am.
Best gila jalan pagi-pagi, smooth je jalan, cuaca pun mendung.
Sempat aku membuat 15 minit.
Sampai Pagoh around 9.15am, lambat sebab En Wan bawak slow and steady kali ni.
Lansung tak bertempik aku dalam kereta. Aman.
Benti makan jap kat kedai sebelah kedai Wak Adan.



Pitching aku agak tinggi, jadi aku bercakap tak perlukan mic (yang sebenornya aku tak reti punat mana nak ditekan, jadi aku tinggikan suara aku).

Yang pernah tanya "Kak Di dah tak buat GreenAard lagi ke?"

Ishh, mana boleh tak buat.
GreenAard adalah produk XZIZ Biotech.
GreenAard adalah brand, XZIZ adalah company.

XZIZ Biotech bukan ada GreenAard saja tapi ada Halal in Home kit yang digunakan oleh makmal and IPTA.
At the same time XZIZ Biotech juga run biotech custom project macam DNA detection and training/workshops.
Tapi memandangkan halal kit and biotech project ni bukannya produk untuk orang awam, jadi aku tak banyak bercerita pasal ni di media sosial. Yang selalu aku cerita cuma GreenAard je.
Maybe sebab itulah bila aku dah start cerita sikit-sikit pasal project aku yang lain, ada yang ingat aku drop GreenAard.

Dengan UTHM ni juga adalah collaboration di antara subject matter experts dengan academician.
Siapa yang follow IG aku mesti tahu aku tak pernah tinggalkan GreenAard.
Everyday aku akan educate followers aku the science behind GreenAard product.
Doakan je lah aku sihat boleh terus kerja, ok?



Ramai nau yang tanya seluar tu aku beli mana.
Aku beli kat ELLE. Ada banyak lagi tu, pergilah beli.
Aku terpaksa pakai heels semata-mata nak pakai seluar ni.
Bukan main lagi aku ber-catwalk hari tu sambil berdoa janganlah terpeleot.

Meeting sepatutnya nak dipanjangkan lagi after lunch tapi Ayda ada appointment halal project dengan bakery kat Muar.
Insyallah aku akan ke UTHM lagi bulan depan.
After lunch, masing-masing membawa diri.
Ayda ke Muar, aku ke Melaka.

Perjalanan ke Melaka masih mendung, alhamdulillah.
Jauh juga dari Simpang Ayer Keroh nak ke Double Tree Hilton.
Jenuh aku menahan kencing.
Nasib baik urusan check in smooth. Bilik pun selesa.



Yang gambar kanan tu kasik chan la nak beramas-mesra.
Aku suka bilik dia sebab tak malap.
Menyampah betul aku kalau bilik hotel jenis malap.
Hilangkan nak nampak aura romentik, terus nampak aura seram.

Masuk bilik untuk letak bag je, then terus keluar cari makan.
Padahal aku dah makan lepas mesyuarat, tapi sebab En Wan belum makan, aku temankan.



Ini cara-cara aku temankan orang makan tau.
Nasi ayam sepinggan.
Kalau aku yang memang nak makan, tak taulah besar mana lagi pinggannya.



Dah rupa orang bangun tido dah dengan rambut gitu.
Entah kenapa rambut dia tercokeng macam tu. 




Berdepan dengan restoran aku makan nasi ayam tu ada warung kuih ni.
Mula-mula tak terasa nak makan kuih pun tapi tengok punyalah ramai oranh beratur, terus teruja.
Tanya adik yang kerja kat restoran tu apa benda yang warung ni jual, dia kata macam-macam kuih melayu.

"Kuih keria ada tak?"

"Ada kak. Tapi kalau nak keria yang famous tu bukan sini. Itu kat Limbungan".

Tak kisahlah femes ke tak, janji keria.

Boleh tahan gak keria dia, not so sweet. Just nice kat tekak aku.
Tapi sebab takde geng nak lawan makan kuih dengan aku, jadi aku beli keria je.
Kalau Mak Aji or mak mertua aku ada sekali ni, mau dia ambik setiap satu kuih.
En Wan tak berapa makan kuih, dia takat goreng pisang atau kepok lekor bolehlah.



Malam, ke HRC.
Rasanya ini kali ke-ompek aku makan sini.
Dia punya Chicken Mac & Cheese kena sangatlah dengan tekak aku.
Cuma, portion dia boleh makan 3 orang. Memang tak habis.
Jangankan aku punya, kueytiaw En Wan pun banyak gila boleh makan 3 orang.

Sebelah HRC ni Jonker Street.
Aku cuak je nak masuk sebab takut padat dengan orang.
Padahal takde apa nak cari pun, tapi dah alang-alang sampai, nak gak masuk.
Nak masuk pun ketat, dia scan semua and umur 13 ke bawah takleh masuk.
Nasib baik tak bawak Rayyan, kalau tak memang En Wan je la masuk sorang.
Ramai yang bawak anak kecik frust takleh masuk.

Actually some yang datang ke Jonker bukan nak beli barang kat gerai-gerai tu tapi nak makan kat restoran dalam tu.
Contohnya restoran Nyonya Laksa yang best ada kat celah lorong dalam nun.
Aku betul-betul kenyang dah time ni, kalau tak, memang aku seret En Wan pi makan Nyonya Laksa pulak.
Pernah je dulu lepas makan kat HRC, aku sambung makan laksa pulak kat dalam tu.



Mac & Cheese aku.



Kueytiaw En Wan.
Laki aku ni kan nak order kueytiaw pun segan.
"Kalau abang order kueytiaw takpe ke?"

Dia segan nanti nampak macam kampung nau pulak perangai.
Kau rasa ada orang kisah kampung ke tak?
Dorang lagi suka kita masuk makan kueytiaw dalam tu.
Kalau ada nasi dagang pun bagus gak.



Melaka ni memamg colorful waktu malam, especially area ni.
Dengan beca lip lap, lampu-lampu kat river, bot, Jonker Street - memang hidup.
Pegi banyak kali pun masih tak bosan.
Bagus juga hari tu aku pergi senang dapat parking, banyak pulak tu.
Orang dah tak ramai keluar kot sekarang. Ataupun sebab baru lepas hujan, orang malas nak keluar.
Tapiiiiiiiiiiii, on the same night, nampak ada orang update kat FB Serkam orang queue nak makan ikan bakar.

Lepas round Jonker Street, beli air kelapa, balik.
Aku tido awal malam tu sebab letih. En Wan tido pukul berapa tak tau sebab dia tengok ulangan bola.



Esok paginya, aku ada video meeting at 9am.
Jadi dah alang-alang bersiap, lepas aku meeting, terus kitorang balik, tak tunggu pukul 12pm pun.
Lagipun budak-budak kat ofis kerja, on the same day jugak buat Merdeka Offer.
Jangan buat pasal la bercuti this week, karang delivery semua tergendala.
Inipun dah cuak Cleansing Gel dah tinggal 2 karton.

Breakfast kat hotel sangat best, dah lah sedap, variety pulak tu.
Dan dorang memang jaga betul SOP post Covid.
Nak masuk beratur, hanya family yang dah complete saja dibenarkan masuk.
Kau tak boleh, "Kami masuk dulu, jap lagi ada 2 orang lagi sampai, jadi kami nak meja 8 orang".
No way.
Kau tunggu depan sana sampai semua cukup baru boleh masuk.

Lagi satu, nak makan dalam ni, mask hanya boleh dibuka ketika nak makan saja.
Everytime nak ambil makanan, kalau tak pakai mask, kau tak boleh masuk ke dalam kawasan makanan.
Ada lorong in and out siap-siap dia buat.
Dan, semuanya staff dorang akan ambilkan.
Kau cakap je nak apa, nak roti bakor 2 keping, nak croissant 1 ketul, even nak air teh atau air sejuk pun dia yang ambikkkan.
No way guest ambil pinggan and cawan sendiri.
Memang dia betul-betul jaga.

Ok, dah penat membaca kan?
Apa kata mendengar pula.
Meh dengar akak bercakap pulak, tak lama. 7 minit je.




2020-08-21

Aku tak layak katanya

 


Awal minggu ni kecoh sekejapan pasal tweet ni, kan?
Isu ni dah selalu sangat Azizan Osman keluarkan.
Ini memang tektik dia nak trigger emosi orang, sebab dia tahu manusia lebih suka membincangkan hal negatif dari positif.
Selama ni pun, orang lebih suka bersembang hal buruk orang lain, jarang berhari-hari orang nak sembang benda yang baik-baik.
Tapi kalau benda buruk si anu buat 10 tahun lepas, now dia dah jadi baik, orang tetap akan korek hal 10 tahun lepas tu untuk dijadikan bahan bercerita.
Konsep inilah yang Azizan pakai.
Siapa yang pernah mendaftar dengan mana-mana kelas dia mesti perasan, right after tweet ni viral, ada masuk SMS pasal kelas terbaru dia, betul tak?
Sebab aku dapat, En Wan pun dapat.
Aku dah lama perasan tektik dia ni.
Apa-apa benda yang viral jadi pada dia, mesti SMS kelas terbaru akan masuk. 

Tak, bukan aku sebelahkan si Azizan, tapi memang aku dah faham sangat tektik dia ni.
Kebetulan pulak Azizan dah banyak kes yang buatkan orang tak berkenan dengan dia.
Especially kes 8 PhD dia tu.
Disebabkan itulah apa je yang dia buat akan jadi perhatian dan kecaman.
But I guess, dia pun tak kisah sebab dia tahu walaupun dia hanya "menjual air liur" tapi apa yang dia sampaikan adalah betul.

Macamana aku tahu apa dia ajar adalah betul?

Sebab aku banyak baca motivational books and marketing books.
Apa yang Azizan cakap pasal strategi marketing, semuanya aku dah baca.
Tapi bak kata Azizan, tahu belum tentu buat. Ramai orang bila diajar, kata tahu. Tapi tak buat pun.
Maka sebab itulah aku join kelas dia untuk dapatkan cara nak buat.
Walaupun kebanyakkannya aku dah apply tapi sesekali nak jugak tengok cara orang lain apply macamana, just to make sure I am in the right track.

Cuma satu je "silap" Azizan ni - dia takde physical product yang dijual.
Disebabkan inilah kredibiliti dia sebagai marketing guru diragui.
Orang always question kelayakan dia sebagai seorang yang power in marketing [katanya] sedangkan dia sendiri takde produk di pasaran.

To be fair, kebanyakkan lecturer yang mengajar bisnes and marketing pun takde physical product.
In fact some of them takde bisnes pun tapi tak ramai yang question tentang tu, kan? Why?
Because dorang ada kepakaran on paper. Dorang ada title.
Title inilah yang buatkan mereka layak untuk mengajar orang buat bisnes walaupun mereka takde pengalaman buat bisnes, betul tak?

Ok aku nak cerita sikit apa yang aku alami a few days ago.

Aku dijemput oleh satu IPTA untuk bagi talk tentang entrepreneurship.
The program tu makan masa berhari-hari, tetapi aku ditawarkan slot setengah hari untuk bercakap pasal keusahawanan.
That day aku berjumpa dengan academician terlibat untuk present module.

To my surprise, salah seorang "pakar" kata module aku tak sesuai untuk students.
Katanya students are not ready with this kind of module.
Aku tanya dia balik, jadi modul apa yang sesuai untuk students?
Dia cakap aku kena sediakan notes and cerita tentang sejarah keusahawanan, bagi contoh tentang usahawan-usahawan berjaya, etc.
Aku smile and cakap "Sebagai orang dalam industri, kami mahukan bakal pekerja datang interview dalam keadaan dah ready untuk masuk industri. Jadi modul yang saya sediakan ini adalah dari sudut pandang saya selama 17 tahun dalam industri. Bila masuk dalam industri, kami dah tak peduli mereka tahu ke tak pasal sejarah keusahawanan, berapa orang jutawan ada kat Malaysia, development of global marketing and all. Kami nak orang yang datang interview dah ready untuk bekerja".

The "pakar" diam.
In fact meeting room jadi senyap sepi.
Tak, bukan aku nak tunjuk terer, but some people sangat sombong dengan kelayakan on paper dia, sampaikan dia rasa hanya cara dia saja betul.

Learning ada banyak cara.
Kalau nak suruh spoon fed dengan nota-nota, I am so sorry, orang dalam industri tak provide nota yang banyak.
I will teach you through exchanging experience, non-formal activities including games, group discussions, group presentations, virtual visit ke kilang proses makanan untuk tengok flow of the business, later buat role play sorang jadi customer sorang jadi sales mempromosikan product, etc. 
This is what we orang insdustri do.
Maksud aku kat sini, sebagai academician, you jangan expect the same learning module kita akan ajar student.
Kalau we follow your module, then lebih baik you je yang ajar.



Ni aku share sikit modul teaching aku.
This is how we do it.
Kita nak students terbiasa dengan dunia industri, bukan depend pada nota-nota lagi dah.
Maybe kita provide nota 30% je, selebihnya praktikal terus supaya the moment you habis belajar you dah ready untuk masuk industri.
I tell you, sebagai orang dalam industri kita kalau boleh dah tak nak ajar selok-belok macamana cara nak buat sales, macamana cara nak tarik crowd, macamana nak communicate, macamana nak ice-breaking - LETIH!
Letih nak ajar semua benda from scratch.

Sometimes aku rasa terkilan bila sesetengah pakar memperlekehkan kredibiliti orang yang takde kepakaran on paper macam aku ni.
Walhal aku ada experience 17 tahun doing ACTUAL sales & marketing local and international sale.
Jadi product endorser pun pernah.
But to them pengalaman berbelas tahun doesn't count, unless ada tauliah on paper.
Jadi, perlukah aku dapatkan title Adjunct Prof baru suara aku sebagai orang industri didengari?

Berbalik pada kes Azizan Osman tadi, dia adalah salah satu contoh someone yang ada ilmu [marketing] tapi takde fizikal produk.
Produk dia adalah ilmu, tapi masyarakat tak iktiraf sebagai layak memberi ilmu kerana dia takde tauliah.

Aku pun gitulah agaknya.
Takde ilmu business secara formal, hanya ada experience.
Experience pun baru 17 tahun. Tak layak.
Maybe aku kena ambik MBA dulu pastu cukupkan berniaga sampai 30 tahun baru layak share ilmu.

2020-08-18

43rd Birthday


Menyambut birthday macamkan anak dara, padahal dah masuk 43 tahun.
Maybe inilah yang dikatakan beruntungnya jadi satu-satunya perempuan dalam family, dimanjakan sampai ke tua. Kahkahkah.

Celebration bermula Khamis malam, 13 Ogos.
Selalunya memang gitulah, samada celebrate sehari awal atau sehari selepas. Never on the same day. Why?
Sebab on 14th, bos I busy dengan Founder's Birthday Sale kat ofis.
Memang tak boleh kacau lansung dia on that day sebab selalunya on special event macam ni, Pos Laju sampai 3-4 trip datang collect barang kat ofis.
So, hari tu jangan aku nak mengacau En Wan and team dia, mampuih aku kena lahar.



Terharu tengok post En Wan yang ni.
Aku memang tak plan nak makan kat mana-mana, tak reti nak decide.
That night En Wan bawak aku ke AEON Shah Alam and suruh aku pilih nak masuk restoran mana.
Terasa tempting pulak nak try lobster, lalu ke Red Lobsterlah kita.

Ya, memang aku always tak minta yang mahal-mahal sebab aku tak tau nak minta apa.
Maybe mahal bagi aku, tak bagi dia. Maybe mahal bagi dia, tak bagi aku.
Jadi, jalan paling senang takyah mintak.
Kalau terasa nak beli, beli je sendiri, melainkan dia surprisekan hadiah, aku hambikkkkk.

Malam tu dia tanya aku nak henbeg tak.
Terus aku "Tak payah".
Bukan apa, aku ada a few handbags yang tak pakai-pakai pun.
Paling aku regret 2 tahun lepas gatal tangan pi beli LV, last-last tak sampai 5 kali aku pakai.
Last year aku pi wedding blog reader, ambik gambar tepek kat IG, followers tanya "Wahhhh, Kak Di pakai beg baru!"
Sampai aku naik segan nak menjawab "Tu beg lama", "Tu beg beli last year".
Nampak sangat beli jadi tukun.
Aku selesa je ke mana-mana pakai Hush Puppies yang tak sampai RM400 ni. 
Lagipun beg Hush Puppies ni tahan lasak and besar.

Dalam ertikata lain, seperti tahun-tahun sudah, memang takde hadiah hari jadi.
Yang pasti makan-makan, ada.



Red Lobster, AEON Shah Alam. Not bad.
Aku memang seafood person, jadi tempat ni sangat sesuai di tekak aku.
Salmon grill dia sedap.



Seperti biasa, Rayyan tak ikut.
Celebrate macam ni, kitorang suka berdua je sebab aku tau nanti akan ada next round celebrate dengan anak-anak and mak bapak pulak. Selalunya makan-makan juga.



Ni food dia. 
Aku ambil grill salmon and lobster. En Wan ambil fried lobster.
Jadi boleh tukar-tukar and rasa.
Rasanya aku punya lagi sedap sebab grill.
Salmon sangat juicy, on point sangat dia grill.
Yang En Wan punya lobster macam macam udang goreng biasa je. Sedap tu sedap tapi sebab bergoreng so kureng di tekak aku.

Malam tu, itu je lah agenda kitorang - makan and lepakking together.
Kalau nak ikutkan, aku and En Wan ni selalu sangat lepak bersama.
Maunya tak - kerja setempat, tinggal serumah, tido sebilik takde gangguan anak-anak, anak-anak pun dah besar - memang boleh sangat nak privacy berdua.
Tapi bila sesekali dapat makan berdua on special occasion, enjoying food, pastu jalan-jalan pusing mall keluar masuk kedai tak beli apa-apa [kahkahkah], membuang masa berdua - ini sangat terapi.
Itupun kan, lepas mentekedarah kat AEON, on the way balik En Wan tanya aku dalam kereta "Nak lepak mamak?"
Pakkal aku ada slides nak prepare malam tu, kalau tak, JOMMMMMMM!

Oh by the way, kat IG ramai nau yang DM aku tanya aku sambung blaja ke, aku buat program apa asyik prepare slides?
Aku sebenarnya produce satu program Master di IPTA.
Segala modul and kurikulum untuk that course adalah dari aku [with my team].
Dalam erti kata lain, we are the program owner.
Student intake dah tak lama dah ni, tu pasal kelam-kelibut prepare teaching slides.
Nanti tunggu IPTA tersebut keluarkan iklan tentang course ni, aku tepek la di sini.
Sesiapa nak sambung peringkat Master, bolehlah kita berjumpa nanti, ok?
Insyallah, cikgunya tak garang. Pitching je tinggi sikit.
Jangan risau certified ke tak course aku ni, dah lulus senat dah pun.

The next day, 14 Ogos, genap umur 43 tahun.
Alhamdulillah, jejak juga aku ke umur 43 tahun, ingatkan tak sampai.
Ye lah, dulu kan masa sebut pasal Wawasan 2020, rasa macam tua dah masa tu, ntah sempat ke tak.
Syukur, bukan saja sempat jumpa 2020, tapi di usia begini, aku masih ada mak mertua and mak bapak.
Inilah keramat-keramat hidup aku.
Aku berada di mana aku berada sekarang kerana doa dorang, bukan atas usaha aku.
Aku always cakap kat En Wan, kita ni cara-cara ada doa mak bapak pun kadang-kadang stress dengan ujian Allah.
Kalau esok dorang dah takde, dah takde doa dorang, macamana agaknya kita harung ujian hidup?

Pagi Jumaat tu, aku istiharkan diri aku cuti. Sendiri celebrate birthday sendiri.
Pagi tu ada discussion pasal Halal Training, pastu member aku balik, aku pun merayap kat IOI City Mall keluar masuk kedai.
Aku sebenarnya mencari kasut pengawas baru.
Asyik keluar masuk Bata sejak last week tak jumpa-jumpa kasut pengawas yang berkenan.
Rasa macam semua design kasut pengawas aku dah beli.
Dorang ni tak reti keluarkan new design ke.

Esoknya, Sabtu 15 Ogos.
En Wan bagitau dia dah book satu hotel-kondo kat KL nak spend time sama-sama with mok, Mak Aji and Pak Aji.
Nak pi jauh-jauh sangat macam tak seronok sebab Redza takde sekali.
Jadi, kita bercuti dalam KL je lah, buat syarat.



Tapi sebelum ke KL, makan dulu kat Main's Place USJ ni ha.
Hajat di hati tu nak pekena Absolute Thai tapi dorang takde meja yang besar untuk muatkan 6 persons [post Covid].
Kena duduk 2 meja asing, Taknak lah. Terus pi kedai lain, Thailand juga.



Kebetulan pulak masing-masing pakai warna nude.
Dalam banyak-banyak mask, mask mok paling ceria, kan?
Mask tu aku belikan dari sepupu aku, dia kerja menjahit.
So masa awal-awal tengah kelam-kelibut dengan Covid dulu, aku tempahkan siap-siap mask ni.
Aku beli a few pieces, tapi mok yang pilih sendiri warna ni.
Kesimpulannya, mok ambe berjiwa periang. Hahahaha.

Ya, aku tau ada yang nak tanya mask aku tu Jovian punya ke?
Haah, memang Jovian.
Ceritanya, kawan aku Ayda nak beli mask yang aku jual tu.
Kebetulan birthday dia nak dekat, jadi aku order mask Jovian hitam ni, aku satu, dia satu, sebab dah alang-alang order online jimat duit pos sekali harung order dua terus.
Takkan nak bagi hadiah birthday dia barang aku, kan.
Kita bagilah barang orang lain, brand lain.
Masa ni aku belum buat tie-on mask lagi. Tapi now kitorang dah ada tie-on mask, jadi aku pakai tie-on je.
Mudah. Gilir-gilir kadang pakai mask RM14 [aku punya], kadang pakai mask RM79 [Jovian].




Lunch di Main's Place.

Yang simple-simple je sebab petang tu around 6pm dah order delivery Mandy Rice.
Tapi aku kebulur time ni sebab dari 7 malam semalamnya aku tak makan sampailah ke pukul 2pm besoknya. 
Bukan buat IF, tapi buat kerja sampai terlupa nak makan, tau-tau En Wan dah tido.
Nak turun bawah buat maggi takut, maka aku tido dalam kelaparan. 
Besok paginya cepat-cepat siapkan kerja sebab nak pi bercuti, sampai tak sempat nak makan.
Tu pasal kebulur.

En Wan book suite kat ARTE PLUS.
Serviced condo macam ni memang payah sikit bab keluar masuk.
Segalanya nak menjaga privacy.
Awal-awal tu standardlah kena pening dulu sementara nak memahamkan dia punya flow keluar masuk, tapi lama-lama nanti ok.
Orang macam aku sesuai pi tempat gini sebab aku kalau pi bercuti suka duduk dalam bilik tak keluar-keluar.



Kiri bilik Mak Aji.
Kanan bilik mok and Rayyan.



Ini bilik aku with bathroom.
Kat luar ada satu lagi bathroom.
Ada pantry only, no cooking-cooking.
En Wan kata yang dia booked ni kategori hotel.
Ada juga kategori apartment yang boleh masak-masak sekali.



Oklah tempat ni, selesa.
TV clear habis. Puas tengok.
Selalu kalau pi hotel sekalipun, TV mesti tak berapa clear.

Aku memang tak expect lansung En Wan nak buat "party" untuk aku kat sini.
Memang ingatkan buta-buta nak melepak bersama family je.
Lagipun En Wan kata pukul 6pm nasi Arab sampai, kita makan sama-sama.
Pastu kalau lapar, kita keluar malam-malam makan kat KL sambil ronda-ronda.
Aku ok je, janji ada makan. 

Petang tu, lepas layan Baahuali kat TV3 [untuk ke 67548 kalinya], aku masuk bilik tido.
Apa nak jadi kat luar tu jadilah.
Rupanya masa aku membuta tu En Wan bekerja keras nak siapkan deco untuk celebrate birthday aku.
Entah bila masa dia buat planning.




Sejenis kegigihan. 
Mak Aji kata sambil-sambil tengok TV, dia meniup semua belon-belon ni, alone.
Memang takde siapa berani menawarkan diri nak tolong tiup sebab semua orang faham SOP En Wan macamana.
Karang belon tak sama besar dia stress.
Jadi sebelum dia stress dan semua orang pun stress, biarkan je dia settle semua sendiri.

Aku bangun tido tengok semua dah siap.
Kagum and terharu jugaklah dengan effort dia nak buat party untuk wife.
Orang lain buat benda-benda gini untuk anak pompuan je, yang aku, dah umur 43 masih ada party.
Masa aku keluar bilik dia takde.
Tanya mana dia pegi, Mak Aji jawab dia turun bawah ambil kek.

"Kek???"



Kejap lepas tu dia masuk bawak kek siap nyanyi lagu happy birthday sorang-sorang.
Seriously cantik sangat kek ni.
Kat mana dia order pun aku tak taulah, tapi memang cantik and sedap.

Ceritanya, dia kan di-warned awal-awal jangan bagi bunga.
Aku dah penat dapat bunga, sampai dah tak tau nak buat apa dengan bunga tu.
So aku pesan jangan bagi aku bunga.
Tapi En Wan kata, tak best kalau takde bunga, sebab dia nak bagi aku hadiah pun aku tak mintak apa-apa.
Macam tak best kalau on celebration day tak hulur apa-apa.
Jadi beliau mendapat idea tempah kek yang menyerupai flower bouquet.
Memang menjadiklah surprise beliau, cantik sangat kek ni.



Selain bakat menjadi party planner, beliau boleh offer pakej fotografi sekali.



Mandy Lamb and Mandy Chicken for dinner.
Tapi lepas Maghrib baru start makan-makan.
Ini kali ke-7 aku makan nasi Arab Saba. Sedap.
Tapi ada satu kedai nasi Arab kat Seksyen 7 Bangi tu lagi sedap.
Lupa nama kedai.
Ada satu lagi Nasi Arab kat TTDI Shah Alam pun sedap - Aroma Hijrah.



Excited nau muka birthday girl bukak kek, macamkan first time celebrate birthday. Padahallll.
Aku cakap kat En Wan, perancangan Allah tu hebat tiba pada masa yang tepat.
Dulu masa kecik tak berpeluang nak sambut birthday macam ni, pernah pun sekali je, itupun tumpang party tupperware Mak Aji.
Now dah tua-tua ni kemain galak pulak menyambut birthday.
Berganda seronoknya bila suami suka libatkan mak bapak mertua sekali untuk celebrate birthday bini dia.

Aku percaya Mak Aji and Pak Aji seronok tengok anak perempuan dia 'dijaga' begini di tangan orang lain.
Aku pun mak juga.
Kalau aku ada anak perempuan, aku pun seronok tengok ada orang nak tolong jaga anak kita.
Aku harap anak-anak lelaki aku paling tak pun, biarlah macam perangai apak dorang ni yang bersungguh-sungguh bab menyeprisekan wife.
Tapi perangai apak kau yang perfectionist a.k.a OCD tu kau takyah ikutlah. Stress pulak bini kau nanti.
Tak pun, carilah isteri yang penyabar macam mak korang ni [up diri sendiri gituuu].



Kelihatan mak-mak sedang menyusun meja makan sebab anak nak ambik gambo.
Kesian mok, berkelubung dengan towel sebab sejuk sangat.
Rumah tak besar mana tapi aircond 4 bijik, bukak satu pun dah sejuk amat.
Si Rayyan punya bilik dah macam North Pole sejuknya.
Yang En Wan pun satu, dah tau nak bawak mok duduk hotel pegi lah bagitau mok bawak sweater ke apa ke.
Ni tak, dia nak surprisekan aku, penyudahnya dengan mok sekali suprise kesejukan.
Selalunya kalau nak duduk hotel, mok akan prepare sweater and stokin sekali.
Hari tu berkelubung mok dengan towel seharian.



Inilah rupa kek tersebut.
12 cup cakes red velvet disatukan jadi jambangan bunga.



Tengah makan, Mak Aji datang tepi hulu beg Habib Jewel. Terpekik I kejap.
Tak expect lansung nak dapat emas lagi.
Last year, Mak Aji bagi aku gelang masa birthday ke-42.
Gelang tangan yang aku pakai tu Mak Aji yang hadiakan.
Tahun ni dia bagi rantai.

"Apesal rantai ni singkat sangat, tak labuh?"

"Kalau aku bagi yang labuh nanti kau kejap-kejap bukak pastu tak pakai lansung. Beli yang pendek biar kau tak pandai bukak".

Oh dia dah boleh syak apa yang bakal aku buat rupanya.

Aku ni kalau Mak Aji tak belikan emas, memang tak ber-emaslah badan aku.
Sejenis bukan peminat emas.
Tapi rezeki Allah nak bagi, aku terpaksa pakai emas juga akhirnya.
Mak Aji kata "Ni mama dah belikan rantai, jangan pulak kau biar togel je gitu tak berbuah. Pegilah buat buah dia".

Aku nak pegi kedai emas?? Memang tak lah.
Takpe, kita tunggu je birthday ke-44 nanti, insyallah dapat buah rantai pulak. Kahkahkah.



Steady je Pak Aji dengan T Shirt Surau Al-Sobah dia, kan?



Punca En Wan book Arte Plus ni sebab sini ada tempat bergambar yang cantik.
Ni atas ni antara yang kau boleh jumpa di sana.
Atas bangunan tu dah macam taman dah.
Cuma kecik je, takde lah besar macam dalam gambar ni.
But oklah untuk bergambar-gambar, kan.

Banyak gambar kitorang kat tempat ni, tapi malaslah pulak aku nak tepek sini.
Kalau korang plan nak lepak KL berehat, bolehlah gi sini.
Takdelah this is the best, tapi ada lah option selain dari hotel.

Lepas bergambar-gambar, kitorang berempat terus keluar jalan-jalan KL.
Saja je ronda dalam kereta mengharungi kesesakan lalu-lintas kat Kampung Baru and Chow Kit.
Ajak Pak Aji and Mak Aji mengimbau zaman muda duduk area situ.
En Wan pun turut sama mengimbau lokasi-lokasi dia selalu outing masa blaja kat UTMKL dulu.
Aku syak tempat-tempat yang di bawak aku ni tempat dia keluar tenet dengan ex-gf kot.
Aku pun ada gak nampak port-port aku melepak dengan ex-bf dulu, tapi dendiam je lah simpan dalam hati. Hahahha.

Malam tu kami sudahi dengan roti canai kuah kari ikan with teh tarik di Bistro depan KPJ Ampang.
Lega betul dapat pekena teh tarik.
Itulah saja celebration birthday ke-43.
Yang simple-simple saja, takyah nak rak sangat, kau bukannya celebriti pun.