2020-08-25

Melaka - melegakan ketegangan kejap.


Ahad lepas aku kerja di UTHM Pagoh, buat kali keduanya ke sana.
Patut plan nak drive sorang, colleague aku akan gerak sekali, asing-asing, jumpa di sana.
Sekali En Wan nak ikut sebab dah alang-alang ke Pagoh dia nak jumpa kawan dia yang sama-sama blaja kat Jepun dulu, since kitorang kawen dia dah tak jumpa dah dengan kawan ni.
Tau je lah En Wan punya perangai, dia mesti ada plan lain punya.
Rupanya dia cadang malam tu stop kat Melaka, lepak 1 malam.
Dah alang-alang keluar jalan jauh, biar berbaloi katanya.
Kebetulan Isnin (semalam) tak skolah, jadi tak payah nak pikir siapa nak menghantar Rayyan.



Ni kat kedai roti canai. Breakfast.

Ahad 7am dah keluar sebab nak stop kat ofis jap ambik dokumen aku, pastu zassss terus ke Pagoh sebab meeting at 10am.
Best gila jalan pagi-pagi, smooth je jalan, cuaca pun mendung.
Sempat aku membuat 15 minit.
Sampai Pagoh around 9.15am, lambat sebab En Wan bawak slow and steady kali ni.
Lansung tak bertempik aku dalam kereta. Aman.
Benti makan jap kat kedai sebelah kedai Wak Adan.



Pitching aku agak tinggi, jadi aku bercakap tak perlukan mic (yang sebenornya aku tak reti punat mana nak ditekan, jadi aku tinggikan suara aku).

Yang pernah tanya "Kak Di dah tak buat GreenAard lagi ke?"

Ishh, mana boleh tak buat.
GreenAard adalah produk XZIZ Biotech.
GreenAard adalah brand, XZIZ adalah company.

XZIZ Biotech bukan ada GreenAard saja tapi ada Halal in Home kit yang digunakan oleh makmal and IPTA.
At the same time XZIZ Biotech juga run biotech custom project macam DNA detection and training/workshops.
Tapi memandangkan halal kit and biotech project ni bukannya produk untuk orang awam, jadi aku tak banyak bercerita pasal ni di media sosial. Yang selalu aku cerita cuma GreenAard je.
Maybe sebab itulah bila aku dah start cerita sikit-sikit pasal project aku yang lain, ada yang ingat aku drop GreenAard.

Dengan UTHM ni juga adalah collaboration di antara subject matter experts dengan academician.
Siapa yang follow IG aku mesti tahu aku tak pernah tinggalkan GreenAard.
Everyday aku akan educate followers aku the science behind GreenAard product.
Doakan je lah aku sihat boleh terus kerja, ok?



Ramai nau yang tanya seluar tu aku beli mana.
Aku beli kat ELLE. Ada banyak lagi tu, pergilah beli.
Aku terpaksa pakai heels semata-mata nak pakai seluar ni.
Bukan main lagi aku ber-catwalk hari tu sambil berdoa janganlah terpeleot.

Meeting sepatutnya nak dipanjangkan lagi after lunch tapi Ayda ada appointment halal project dengan bakery kat Muar.
Insyallah aku akan ke UTHM lagi bulan depan.
After lunch, masing-masing membawa diri.
Ayda ke Muar, aku ke Melaka.

Perjalanan ke Melaka masih mendung, alhamdulillah.
Jauh juga dari Simpang Ayer Keroh nak ke Double Tree Hilton.
Jenuh aku menahan kencing.
Nasib baik urusan check in smooth. Bilik pun selesa.



Yang gambar kanan tu kasik chan la nak beramas-mesra.
Aku suka bilik dia sebab tak malap.
Menyampah betul aku kalau bilik hotel jenis malap.
Hilangkan nak nampak aura romentik, terus nampak aura seram.

Masuk bilik untuk letak bag je, then terus keluar cari makan.
Padahal aku dah makan lepas mesyuarat, tapi sebab En Wan belum makan, aku temankan.



Ini cara-cara aku temankan orang makan tau.
Nasi ayam sepinggan.
Kalau aku yang memang nak makan, tak taulah besar mana lagi pinggannya.



Dah rupa orang bangun tido dah dengan rambut gitu.
Entah kenapa rambut dia tercokeng macam tu. 




Berdepan dengan restoran aku makan nasi ayam tu ada warung kuih ni.
Mula-mula tak terasa nak makan kuih pun tapi tengok punyalah ramai oranh beratur, terus teruja.
Tanya adik yang kerja kat restoran tu apa benda yang warung ni jual, dia kata macam-macam kuih melayu.

"Kuih keria ada tak?"

"Ada kak. Tapi kalau nak keria yang famous tu bukan sini. Itu kat Limbungan".

Tak kisahlah femes ke tak, janji keria.

Boleh tahan gak keria dia, not so sweet. Just nice kat tekak aku.
Tapi sebab takde geng nak lawan makan kuih dengan aku, jadi aku beli keria je.
Kalau Mak Aji or mak mertua aku ada sekali ni, mau dia ambik setiap satu kuih.
En Wan tak berapa makan kuih, dia takat goreng pisang atau kepok lekor bolehlah.



Malam, ke HRC.
Rasanya ini kali ke-ompek aku makan sini.
Dia punya Chicken Mac & Cheese kena sangatlah dengan tekak aku.
Cuma, portion dia boleh makan 3 orang. Memang tak habis.
Jangankan aku punya, kueytiaw En Wan pun banyak gila boleh makan 3 orang.

Sebelah HRC ni Jonker Street.
Aku cuak je nak masuk sebab takut padat dengan orang.
Padahal takde apa nak cari pun, tapi dah alang-alang sampai, nak gak masuk.
Nak masuk pun ketat, dia scan semua and umur 13 ke bawah takleh masuk.
Nasib baik tak bawak Rayyan, kalau tak memang En Wan je la masuk sorang.
Ramai yang bawak anak kecik frust takleh masuk.

Actually some yang datang ke Jonker bukan nak beli barang kat gerai-gerai tu tapi nak makan kat restoran dalam tu.
Contohnya restoran Nyonya Laksa yang best ada kat celah lorong dalam nun.
Aku betul-betul kenyang dah time ni, kalau tak, memang aku seret En Wan pi makan Nyonya Laksa pulak.
Pernah je dulu lepas makan kat HRC, aku sambung makan laksa pulak kat dalam tu.



Mac & Cheese aku.



Kueytiaw En Wan.
Laki aku ni kan nak order kueytiaw pun segan.
"Kalau abang order kueytiaw takpe ke?"

Dia segan nanti nampak macam kampung nau pulak perangai.
Kau rasa ada orang kisah kampung ke tak?
Dorang lagi suka kita masuk makan kueytiaw dalam tu.
Kalau ada nasi dagang pun bagus gak.



Melaka ni memamg colorful waktu malam, especially area ni.
Dengan beca lip lap, lampu-lampu kat river, bot, Jonker Street - memang hidup.
Pegi banyak kali pun masih tak bosan.
Bagus juga hari tu aku pergi senang dapat parking, banyak pulak tu.
Orang dah tak ramai keluar kot sekarang. Ataupun sebab baru lepas hujan, orang malas nak keluar.
Tapiiiiiiiiiiii, on the same night, nampak ada orang update kat FB Serkam orang queue nak makan ikan bakar.

Lepas round Jonker Street, beli air kelapa, balik.
Aku tido awal malam tu sebab letih. En Wan tido pukul berapa tak tau sebab dia tengok ulangan bola.



Esok paginya, aku ada video meeting at 9am.
Jadi dah alang-alang bersiap, lepas aku meeting, terus kitorang balik, tak tunggu pukul 12pm pun.
Lagipun budak-budak kat ofis kerja, on the same day jugak buat Merdeka Offer.
Jangan buat pasal la bercuti this week, karang delivery semua tergendala.
Inipun dah cuak Cleansing Gel dah tinggal 2 karton.

Breakfast kat hotel sangat best, dah lah sedap, variety pulak tu.
Dan dorang memang jaga betul SOP post Covid.
Nak masuk beratur, hanya family yang dah complete saja dibenarkan masuk.
Kau tak boleh, "Kami masuk dulu, jap lagi ada 2 orang lagi sampai, jadi kami nak meja 8 orang".
No way.
Kau tunggu depan sana sampai semua cukup baru boleh masuk.

Lagi satu, nak makan dalam ni, mask hanya boleh dibuka ketika nak makan saja.
Everytime nak ambil makanan, kalau tak pakai mask, kau tak boleh masuk ke dalam kawasan makanan.
Ada lorong in and out siap-siap dia buat.
Dan, semuanya staff dorang akan ambilkan.
Kau cakap je nak apa, nak roti bakor 2 keping, nak croissant 1 ketul, even nak air teh atau air sejuk pun dia yang ambikkkan.
No way guest ambil pinggan and cawan sendiri.
Memang dia betul-betul jaga.

Ok, dah penat membaca kan?
Apa kata mendengar pula.
Meh dengar akak bercakap pulak, tak lama. 7 minit je.