2026-07-15
Everytime perempuan mengadu penat, first reaction netizen mesti nak cari siapa yang patut dipersalahkan. Selalunya suamilah kena.
Tadi aku nampak satu post.
“Penatnya jadi perempuan. Semua benda kena buat. Masak. Mengemas. Beranak. Jaga anak. Weekend pun takde makna. Tak boleh berehat”
Lebih kurang ginilah dia tulis.
Pastu ada orang komen, “Suami akak tak tolong ke? Cacat ke?”
Pastu ada lagi “Nasib baik suami saya ringan tulang”
Aku faham maksud peng-komen tu. Tapi kan, sejak ada media sosial ni, everytime perempuan mengadu penat, first reaction netizen mesti nak cari siapa yang patut dipersalahka. Selalunya suamilah kena.
Kalau isteri penat…mesti suami tak tolong.
Kalau rumah bersepah…mesti suami malas.
Kalau anak bising…mesti suami tak function.
As if setiap masalah mesti ada sorang penyebabnya.
Aku bukan kata suami tak payah tolong. Of cos dapat suami yang ringan tulang, satu nikmat dunia. Apetah lagi dapat suami yang buat semua benda. Dia yang masak, dia yang mengemas, dia yang membasuh. Ada suami jenis ni.
Dan ada juga suami yang macam laki aku, dia tak banyak tahu pasal kerja rumah. Menggosok baju tak tahu. Memasak setahun sekali ada kot. Membasuh bilik air last 25 tahun lepas sebelum ada bibik. Menyapu, mengemop lagilah, out.
Ini bukan tentang suami siapa lebih green flag. Suami kita semua ada lebih dan kurang. Apa yang kurang kat dia, kita top up. Apa yang lebih pada dia, kita raikan.
Cuma aku tak setuju bila kita bercakap as if cuma ada SATU jalan untuk selesaikan beban isteri, iaitu suami mesti buat semua benda sama-sama. Sebenarnya ada alternatif lain. Cuma kita jarang bercakap tentang alternatif.
Contohnya, kalau penat memasak.
Adakah penyelesaiannya suami kena masuk dapur masak sama-sama?
Tak semestinya.
Boleh je makan kat luar. Boleh je order Grab. Boleh je beli ready-to-eat food. Boleh masak pukal seminggu sekali. Boleh beli frozen food.
Kalau penat mengemas rumah.
Adakah penyelesaiannya suami kena sama-sama pegang penyapu?
Tak semestinya.
Nowadays ada banyak cleaning service. Datang untuk 3-4 jam. Buat semua cleaning job. Selesai.
Kalau penat basuh baju?
Sekarang dah ada laundry service yang ambik, basuh, keringkan, lipat, gosok and hantar balik. Kau cuma tunggu depan rumah.
Kalau malas keluar beli barang dapur?
Ada personal shopper. Ada Grab Mart.
Kalau penat jaga anak?
Kalau mampu, bayar pengasuh. Tak pun, ambil maid. Boleh hantar taska. Bayar servis dari pagi sampai petang all-in. Boleh upah babysitter beberapa jam (apa ntah nama servis ni, lupa).
Alternatif tu wujud sebenarnya. Dalam banyak keadaan, alternatif kepada tenaga ialah duit. Sebab tu aku pernah cakap duit ni untuk memudahkan hidup, bukan memewahkan hidup. Yang boleh mewah tu kalau duit kau dah banyak sangat. Hat ni bolehlah mewah-mewah. Tapi kalau belum dapat bermewah-mewah, cukuplah kalau duit tu memudahkan hidup.
Ini prinsip aku dari awal kawen lagi. Ada duit, mudahkan hidup. Shopping and travel can wait. Janji hidup aku sehari-hari ni tak membebankan. Balik kerja tengok rumah bersih, rapi, anak senonoh, baju siap lipat siap gosok — TENANG! Sumpah, tenang. Barulah terasa macam rumahku syurgaku.
Balik kerja, boleh lepak-lepak golek-golek kejap dalam bilik. Pastu mandi berlama-lama dalam bilik air. Then lepas makan boleh berlingkar laki bini depan TV layan DVD (sebelum ada Netflix). Bila badan tak penat, balik rumah boleh rileks, terus hilang rasa stress. Tak payah kejap-kejap cuti nak healing. Aku rasa maybe inilah penyumbang kepada attendance yang tip-top time makan gaji dulu.
Aku jarang MC and EL. Aku tak kejap-kejap ambik AL. Selalunya aku punya AL ambil straight seminggu untuk travel. Seingat aku, tak pernah aku punya AL kena reject. Sebab aku sangatlah jarang cuti dan MC. Jadi bila time aku apply AL, komfem approve punya. Aku rasa inilah antara penyumbang tak burnout masa berkerja dulu. Because balik rumah aku really can berehat. Having a maid adalah antara decision terbaik aku pernah buat. Walaupun some maid tu hauk, itu masalah sikap. Tapi bab meringankan beban, having a helper adalah decision yang cenggini ha 👍🏻👍🏻.
Kalau ada duit lebih, spendlah kepada perkara yang memudahkan hidup dulu. Aku kadang tak tahulah nak cakap camana dengan dak-dak muda ni. Bab merentan nombor satu tapi berkiranya ya ampun!! Tapi hidup nak mewah. Duit dia hanya untuk dia saja. Hanya untuk spend kat items. Pastu merungut penat penat penat. Bila penat pikir nak healing. Spendddddd duit lagi. Kan ke lagi bagus dah tahu penat, cari penyelesaian untuk kurangkan beban penat tu dulu.
Like, kau dah tahu laki kau pemalas, dan kau tak larat nak buat semua, kau ada plihan samada:
(1) mintak suami duit untuk selesaikan masalah, atau
(2) pakai duit sendiri untuk selesaikan masalah, atau
(3) sama-sama jangan buat apa-apa. Lantakkan saja.
This is my unpopular opinion.
Aku tak nafikan tanggungjawab suami sediakan keperluan, TETAPI semampunya. Kalau suami punya kemampuan takat beli barang dapur, bayar rumah and utilities, takde extra untuk hire cleaning servis, apa salahnya kita belanja sebab kita yang taknak penat. Daripada bertekak isu yang sama, baiklah aku keluar duit hire tukang bersih.
Dalam rumahtangga, jangan terlampau rigid sampai semua benda nak kira “siapa wajib tanggung, siapa tak wajib tanggung”. Kalau kita ada duit lebih, kita pun dapat manfaat dari hire cleaning lady. Kita jugak yang dapat rehat. Kita jugak yang kurang stres.
Sometimes orang terlalu fokus pada “ini tanggungjawab suami”, sampai lupa rumahtangga bukan tentang siapa kena buat A, B, C dan D. Kalau suami mampu, baguslah. Dia tanggung semua. Tapi kalau memang belum mampu, sedangkan kita ada kemampuan, apa salahnya kita sama-sama ringankan beban? Sebab bagi aku kita kahwin supaya dua-dua hidup lebih mudah.
Aku tak rasa isteri yang bayar cleaning service tu rugi. Yang rugi tu bila dua-dua letih, pastu bergaduh every week, mengeluh kat Thread sebab penat rumah bersepah sedangkan masalah sebenar boleh diselesaikan dengan kerjasama. Bila kahwin, duit dia dan duit kita mungkin datang daripada poket yang berbeza, tapi kesan setiap decision yang kita buat semua orang dalam rumah tu akan merasa.
Menjak dulu lagi manusia memang guna duit untuk beli masa dan tenaga.
Kalau kita travel KL-Penang naik flight, kita membeli masa.
Kalau kita guna mesin basuh, kita membeli tenaga.
Kalau kita guna dryer, kita membeli masa.
Kalau kita panggil cleaning service, kita membeli tenaga orang lain supaya tenaga kita boleh digunakan untuk buat benda lain. Bukan sebab kita malas. Tapi sebab kita boleh gunakan tenaga untuk buat benda yang lebih baik, sesuai dengan kepakaran kita.
Tak tahulah sekarang ni macam everthing semua benda nak kena equal. Suami kena buat 50%. Isteri kena buat 50%. Logik ke?
Bukan semua rumah sesuai dengan formula tu.
Ada suami kerja 12 jam sehari.
Ada isteri work from home.
Ada suami kerja syif.
Ada isteri suri rumah.
Ada couple berniaga bersama.
Ada couple dua-dua doktor.
Ada couple dua-dua run own bisnes.
Macamana kau nak expect semua pakai the same formula?
Yang penting bukan siapa buat apa. Tapi samada beban tu berkurang or not?
Aku rasa zaman dah berubah kot. Tengok beberapa hari ni berita kata kelahiran dalam negara dah berkurang. Lagi 20 tahun negara ni ramai orang tua dari orang muda. Maybe juga lepas ni ramai yang tak kawen sebab masing-masing takut. Yang lelaki takut dapat isteri yang menghabiskan duit. Yang perempuan nak cari lelaki provide semua benda. Yang lelaki takut dapat isteri demanding. Yang perempuan takut kena 50/50.
Aku rasa zaman sekarang lain sangat. Zaman kita dulu, tak kisah berkongsi and start dari bawah sama-sama dengan suami. Zaman sekarang kenot. Dari bercinta lagi lelaki dah kena bagi nafkah bulan. Nak bercinta kena mampu tanggung her skincare. Aku macam …. dah kenapa skincare yang kau mampu beli sendiri sebelum kawen, suami kena tanggung lepas kawen?
Entanlah. Bukan zaman aku kot sekarang ni. Nasib baik.