2026-08-05

Kalau dah tahu insurans konvensional tak patuh syariah, kenapa masih ada agen jual kepada orang Islam?



Aku pernah tulis pasal insurans vs takaful. Tapi ni jumpa video ustaz explain, lega ada juga orang yang jelaskan kenapa orang Islam WAJIB pilih takaful berbanding insurans.

Aku nak tulis pasal ni lagi sekali. Sebab hari tu aku jumpa post bawah ni kat Thread:

Aku pelik juga dengan some agen yang dah ambil exam takaful, tapi masih belum faham keperluan dia untuk jual pelan takaful kepada client beragama Islam. 

Apa yang dia pikir masa promote pelan conventional eh? Pikir pasal sales saja ke camana?

En Wan pernah lepaskan beberapa prospek yang request nak conventional plan. Client yang mintak sebab lebih murah bayar bulan-bulan. En Wan kata maaf dia tak jual conventional plan. Aku sendiri dah warning En Wan lepaskan je deal tu. Sometimes, kesannya bukan pada kita. Karang timpa kat anak-anak. 

Ini bukan pasal takaful mahal or murah semata-mata, tapi untuk seorang Muslim, the question goes a little deeper. Sebelum kau jual atau beli pelan conventional, cubalah cari tahu serba-sikit.

Apa sebenarnya akad yang kita buat masa beli takaful/insurans?
Ke mana duit caruman kita pergi?
Macamana risiko tu diuruskan?
Adakah keseluruhan mekanisme sistem tu selari dengan syariah?

A lower price is no longer the main argument bila masuk bab patuh syariah. Sebab dalam Islam, tak semua benda dinilai based on berapa banyak kita jimat. Ada benda yang kita kena tinggalkan walaupun harganya lebih murah. Ada benda yang kita pilih walaupun lebih mahal. 

Why?

Sebab halal dan haram tak ditentukan oleh harga.

Kita kena faham kenapa insurans konvensional dipersoalkan dalam Islam. 

Kat Malaysia, insurans konvensional dah lama majlis fatwa discuss-kan. Dulu zaman aku pakai conventional insurans, takaful belum wujud. Jadi kita belum ada pilihan. Now, dah ada pilihan. Bila ada pilihan yang lebih baik, maka conventional insurans kita kena tinggalkan. Mana-mana yang masih dengan conventional plan, usahakan untuk tukar ke takaful.

Hari tu aku dengar En Wan sembang dengan prospek. Dia kata prospek tu blog reader aku. Orangnya dah ada conventional plan (beli lama dulu). Now nak tukar ke takaful. En Wan tanya "Dah pernah buat claim ke tak?"

Dah.

Kalau dah, jangan stop dulu. Teruskan, tapi at the same time apply takaful. Tengok dulu lulus ke tak. Sebab insurance dah ada rekod claim. Kalau takaful luluskan tanpa exclusion, baru stop conventional insurance. Kalau takaful letakkan restriction, stay saja lah dengan conventional. Nak buat macamana, sebab dah pernah buat claim. 

JAKIM dah putuskan conventional insurans is haram sebab ada gharar, judi dan riba.
Bank Negara luluskan takaful sebab pelan ni bebas riba dan gharar.

Jadi bila kita bercakap pasal insurans konvensional, kita bukan cakap pasal benda yang baru. Isu ni dah lama dibahaskan ulama.

“Takpe, polisi saya investment-linked”

“Saya pilih fund Islamic”

“Agent saya kata fund saya patuh syariah”

“Saya dah check fund tu tak melabur dalam arak”


Fine.

Tapi kena faham satu benda. Tukar fund pelaburan kepada fund patuh syariah TAK semestinya automatik insurans konvensional menjadi takaful. Sebab ada beza antara pelaburan patuh syariah dengan AKAD perlindungan patuh syariah. Dua benda ni jangan dicampur.

Kalau kita beli insurans konvensional, then kita pilih dana yang hanya melabur dalam aset patuh syariah, masih ada benda yang perlu diquestionkan, iaitu how is the protection contract actually structured? Gunakan konsep tabarru’ ke tak? Macamana cara risiko tu dikongsi? Apa cara company make profit? What’s the relationship between the participants’ fund dengan company's fund?

In other words, term “Islamic fund” dalam insurans konvensional TAK bermaksud produk tu adalah takaful. Tak semudah tu nak anggap "Islamic fund" is halal. 

Kalau nak cakap pasal halal dan haram, kena tengok keseluruhan akad, bukan satu bahagian je.

Katakanlah kita dapat duit dari sumber yang bermasalah. Then duit tu kita guna buat beli aset yang halal. The fact that the asset itself is halal doesn’t necessarily settle the question of where the money originally came from.

Samalah macam insurans. Kita takleh ambil one komponen yang patuh syariah and assume the whole sistem jadi patuh syariah.

“Tapi syarikat insurans saya tak invest dalam arak”

Kalau ada bukti, tunjukkan. Taklau takde bukti, jangan suka-suka sebut. Tak payah nak kuatkan hujah agama kau dengan something yang kau tak boleh buktikan. Sebab isunya bukan samada company kau melabur kat saham arak or not but insurans konvensional tu sendiri tak patuh kehendak syariah.

Takaful lain. Konsep takaful dibina atas prinsip saling membantu dan share risiko. 

Dalam takaful, kita bukan setakat bayar caruman bulanan supaya company tanggung risiko kita. Tapi kita menyumbang ke dalam satu dana untuk tolong peserta lain yang ditimpa musibah. Syarikat takaful manage dana (caruman) berdasarkan akad yang kita dah buat masa sign up. That’s the key thing that sets takaful apart from conventional insurance.

Ada je orang buat lawak tak kelakar. Dikatanya takaful ni sama je macam insurans. Cuma takaful insurance conventional versi Arab.

NOPE. Tak sama.

The whole sistem takaful adalah patuh syariah. Bukan sekadar tak melabur dalam judi dan arak, tapi sistem muamalatnya sendiri follow syariah.

Yang aku tertanya-tanya sekarang, dah tahu konvensional insuranse tu tak patuh syariah, kenapa ada client still pilih?

Memanglah premium insurancenya lebih murah. Coverage lebih tinggi. Medical card lagi murah. Tapi macam aku cakap tadi, adakalanya kita kena pilih yang mahal sebab yang murah tak patuh syariah. Itu sebab utamanya.

Arak RM5 and air halal RM15. Kau sanggup ke cakap “Ambil araklah, sebab murah"?

Bab makan minum faham pulak konsep meninggalkan sesuatu kerana Allah. Apesal bab kewangan, boleh kona lipat pulak?

As client, kita bukan takde pilihan. Kita ada pilihan iaitu takaful.

Ni aku nak cakap kat agen-agen Islam. Kalau kau orang Islam and kau tahu insurans konvensional tak patuh syariah, apa sebab nak offer kat orang Islam?

Jangan jawab “Customer yang nak”

Kau as sales person patut tahu apa yang lebih baik. Educate customer. Kalau customer datang mintak something yang kita tahu bermasalah dari sudut agama, does your responsibility end just because the customer asks for it?

Jangan jawab “Saya nak ada sales, sebab itu income saya”

I understand that you need an income. Ada keluarga. Ada commitment. Aku faham. Tapi keperluan mencari rezeki tak bermaksud semua sumber pendapatan menjadi halal. If we genuinely believe something is haram, we should make an effort to find another way.

Ni karang ada yang spin "Abis tu yang kerja kat McD and Starbucks tu kena cari kerja lainlah? Sebab bisnes tu pun invest pada benda yang haram"

Nope. 

Kerja di McDonald’s TAK BERMAKSUD kita sokong semua yang McDonald’s buat. Ada beza antara someone yang bekerja untuk mencari rezeki dengan someone yang secara langsung terlibat dan membantu aktiviti yang dia sendiri dah tahu haram.

My question now, kau adalah agen takaful. Kenapa tak fokus kepada produk takaful saja? Kenapa nak jual produk lain?

Maybe agen akan counter cakap “Abis tu kalau kerja aku cikgu, aku kena fokus mengajar je ke? Aku tak boleh buat side bisnes jual tudung?"

Dey, dengar sini aku cakap.

Isu kat sini bukan sekadar kenapa jual benda lain, tapi adakah benda yang dijual tu halal and how is the transaction carried out. Ada faham?

Menjual adalah satu bentuk penglibatan. Kalau produk tu bermasalah dari sudut syariah, we should have the integrity to say "Maaf, saya tak jual produk, dan saya tak selesa nak jual pada orang Islam".

Jangan salah faham. 

Aku tak kata agen Islam yang jual conventional insurance tu jahat. Dia cari rezeki and tolong client dapatkan protection. Good. Tapi niat baik tak semestinya mengubah hukum sesuatu akad. Ini bukan personal attack. Ini soal prinsip.

Kalau really takde alternatif, contohnya kau duduk kat overseas and takde plan takaful, lain cerita. Ini kat Malaysia, tak darurat pun. Takaful ada. Pilihlah takaful.

As client, memilih plan takaful berbanding conventional adalah satu bentuk amanah kepada keluarga. Kita nak rumah yang selesa. Makanan yang halal. Kesihatan terjaga. Cara kita manage kewangan pun sebahagian daripada amanah. Maka ambillah yang selari dengan agama.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)