2026-08-04

Kenapa aku suruh En Wan cari kerja lain padahal umur dah 46?

Kenapa aku suruh En Wan cari kerja lain padahal umur dah 46?

Ini sebenarnya post yang dah lama aku nak buat, sebab ada yang bertanya macamana En Wan boleh terpikir nak jadi agen takaful at age 40-an.

Jawapan sebenarnya… aku yang suruh dia. 😂

En Wan ni jenis yang nak kena push. Kalau tak push, dia akan duduk kat situ buat benda yang sama. Kena ada something yang pressure dia.

Masa jadi engineer kat 1st company, dia bertahan 9 tahun. 9 tahun dalam satu company, padahal umur masih muda. Tak ramai orang umur muda bertahan kat satu company. Kebanyakannya, muda-muda rajin melompat company. Tapi dia tak. Dia stay. Sebab pengaruh Jepun kuat dalam diri dia. Jepun kan bangsa yang setia.

Bila boss Jepun-nya balik ke Jepun, diganti boss baru, dia tak sebulu dengan new boss. Barulah dia beralih company.

Kat company kedua, dia bertahan 6 tahun. Lamalah juga. Dia left sebab dinaikkan pangkat ke Asistant Manager. Banyak buat paper work. Kena banyak fly ke Jepun. Dia tak suka. Dia lagi suka bercakap dengan mesin. Maka dia resign.

Masa dia resign kali kedua, aku dah run own company selama 7 tahun. Kebetulan masa tu aku dah start dengan GreenAard. Sebelum ada GreenAard, aku buat biotech supplies. Banyak kerja, tapi tak sebanyak masa run GreenAard. Dengan GreenAard, kita produce own product, jadi banyak sangat benda kena jaga, especially bahagian production and operation.

En Wan memang jaga production masa kat kilang, so aku gunakan pengalaman dia tu untuk jaga production and operation GreenAard. 7 tahun dia jaga GreenAard memang ok sangatlah. Aku boleh tumpu kat business development saja.

Dia tak jaga GreenAard saja. Dia jaga Fleur sekali. Aku bagi dia task handle Fleur Men. Zaman covid dia handle Pure Effective. Production and operation memang his playground-lah. Tip top dia jaga.

Masa tu aku dah ada satu lagi cabang benda yang aku buat, iaitu education & training. Masa ni aku attach dengan company lain. Dari 2019 sampai 2023 aku juggle time buat 2 benda - GreenAard and Education. Buat syllabus, kurikulum, meetings with uni, etc. Masa ni aku kerap ke sana sini.

En Wan dah mula boring bila aku always takde kat ofis dan start buat benda lain selain GreenAard. Dia risau aku hilang fokus sedangkan GreenAard perlukan aku. Serabut juga aku masa tu bila dia dah start bising aku banyak buat syllabus. Memang waktu tu banyak masa aku habis kat prepare syllabus. Lama-lama aku pikir, aku kena carikan dia ni "kerja" supaya dia tak kacau kerja aku. Hahaha.

Aku started to realize yang selama 7 tahun dengan XZIZ Biotech, laki aku ni buat kerja yang simple sangat. Kerja yang aku bagi dia tu mudah sangat untuk dia, sebab tu dia banyak masa nak kisahkan hal kerja aku. So, aku nak mengalihkan tumpuan dia.

Aku rasa dia boleh buat lebih lagi. Wasted lah kalau kelebihan yang dia ada ni duduk dalam small company. Sebab dia punya management skill sangat bagus. Lagipun, aku tengok penampilan dia menjak kerja dengan aku, selebet maut. Sebab dia handle production and operation, tak berjumpa dengan ramai orang. Jadi penampilan dia makin lama makin santai dan selekeh. Sakit mata aku.

Aku nak dia jadi smart macam masa jadi engineer. Gi opis pakai tie, kemeja long sleeves, meet a lot of people, konfiden bercakap dengan orang ramai. Maka aku suruh dia suka-suka hantar resume. Tak dapat takpe, position kat opis aku tu masih ada. Saja je nak dia try cari kerja lain. Eh sekali dapat.

Dia dapat offer jadi General Manager satu kilang Jepun kat Port Klang. At the same time dia dapat offer program PruVenture Manager di Prudential. Dua-dua offer gaji 5 angka, cuma Prudential offer rendah sikit dari kilang Port Klang. Bila pikir-pikir balik, rasa macam penat pulak nak jadi engineer katanya. Cukuplah 15 tahun. Malas nak kerja dengan Jepun lagi. Lalu, dia ambil offer Prudential.

Makna kata, dia tak pernah terfikir pun nak jadi agen takaful. Nak cari kerja lain pun tak pernah terfikir. Aku yang push dia untuk tukar environment. 

Bukan apa. Aku rasa dah cukup lama dia dalam environment yang sama. 7 tahun. Cukuplah tu. Dia dah membuktikan dia boleh run a company. Cuma aku rasa dia boleh pergi lagi jauh. Aku nak dia ada lebih ramai kawan, network yang besar and yang penting kembali smart macam dulu. Aku tak nak laki aku selekeh.

Ramai orang ingat dah 46, nak start benda baru?

So what?

46 bukan expired date. Kalau umur 46 masih ada energy, willing nak belajar, masih nak cuba benda baru and ada keberanian untuk bermula dari bawah, why not?

Yang penting, jangan berhenti kerja tanpa backup. At least savings ada. Paling tak, ada 1 tahun savings untuk settlekan komitmen bulanan yang besar-besar. 

Kita boleh reinvent diri kita berkali-kali. Aku buat. Aku push En Wan buat. Sebab bagi aku, kita kena jadi orang yang tolak pasangan keluar dari comfort zone. Dulu masa aku nak berhenti kerja untuk start bisnes, dia support. Now, why not aku buat benda yang sama. 

Walaupun ramai yang kata "Dari engineer, jadi agen takaful?"

Nampak macam downgrade, kan? 

Well, kita nampak macam downgrade sebab kita anggap kerjaya agen takaful ni takyah belajar tinggi pun takpe. Buat apa belajar tinggi-tinggi sampai ke Jepun, dapat biasiswa JPA, balik jadi engineer tapi akhirnya pilih untuk jadi agen takaful? Ye tak?

Tapi ada beza antara agen takaful yang educated dan berpengalaman jadi engineer dengan agen takaful yang tak educated dan takde pengalaman kerja.

En Wan jadi engineer bukan 1 tahun. Dia jadi engineer selama 15 tahun. Dari engineer, ke senior engineer, ke asistant manager. Jangan samakan dia dengan agen takaful ada dalam imaginasi kau.

Sometimes at age 46 tulah baru kita betul-betul tahu apa kita nak. And siapa tahu, benda yang kita mula pada umur 46 tu akan jadi keputusan paling penting dalam hidup kita.

46 ni dah tua ke?

Belum.

Aku tak paham apa yang orang risaukan dengan umur. Nak-nak lagi kat Thread dak-dak muda ingat umur 40-an ni dah tua sangat.

Umur 40an ni kalau most of benda penting dalam hidup dah achieved, hutang besar dah habis, savings ada sikit, dan masih sihat bertenaga, kau nak takut apa untuk start benda baru? Buat je lah apa pun yang kau nak buat. 

Bagi aku, zaman muda dulu kita buat banyak benda sebab terpaksa buat. Kita buat apa saja kerja sebab kita nak membina sesuatu. At age 40-an ni usia sesuai utuk buat benda yang kita suka pulak, yang benar-benar kita enjoy buat.

Aku kenal pattern En Wan. Kalau pressure biasa-biasa, dia relax je. Tapi bila pressure tinggi, bila ada target, bila ada expectation, bila ada something dia kena prove, dia akan jadi lebih fokus. Lagi tinggi challenge, lagi dia serius. Lagi busy, lagi saraf otak dia bersambung.

Sales sebenarnya sangat sesuai dengan character dia. Sebab sales ni bukan kerja yang duduk tunggu orang datang. Ada target. Ada rejection. Ada pressure. Hari ni boleh close, esok belum tentu. Kena cari client. Kena follow up. Kena explain. Kena convince. Kena tahan kena reject. 

En Wan sebenarnya perlukan environment macam ni. Dia perlukan pressure yang healthy. Dia ni jenis kalau satu benda tu betul-betul challenge dia, dia akan duduk fikir sampai jumpa solution.

Umur 46 adalah umur yang cukup matang untuk tahu apa yang kau nak dan cukup berpengalaman untuk handle pressure. En Wan bermula at age yang bagi aku sangat sesuai. Dia dah pernah makan gaji, dia dah pernah run bisnes. Masa dengan GreenAard dia dah pernah menjual kat booth and exhibition. Itu semua training ground untuk dia. Mungkin itu sebenarnya jalan yang Allah dah susun untuk dia. Dia di-trained bertahun-tahun dulu, sebelum akhirnya join takaful.

Umur bukan alasan untuk stop growing. Aku sendiri sampai hari ni still suka challenge diri. Belajar benda baru. Ambil risiko baru. Nak discover kemampuan sendiri. Sebab kadang-kadang kita bukan takde potensi. Kita cuma belum jumpa pressure yang betul untuk keluarkan potensi tu.

Untuk En Wan, aku rasa sales + target + pressure + challenge = memang kombinasi yang sesuai dengan dia. Dia lagi grow bila kerja sendiri. Sebab dia ada saka Jepun. Saka Jepun ni disiplinnya tinggi. 

Some people bila kerja sendiri jadi slow sebab terlalu flexible sampai motivasi and disiplin ke laut. Some other people, bila kerja tak terikat dengan rules orang lain, dia lagi boleh pecut jauh.

Macam ayat yang pernah En Wan bagi masa talk kepada agen-agen muda yang tanya macamana dia boleh konsisten MDRT 4 tahun berturut-turut.

"Kita semua mendaki bukit yang sama. Bezanya, awak dapat bahagian yang landai. Jadi awak berjalan lenggang-lenggang nak ke puncak. Bahagian saya bukit saya curam. Saya tak boleh santai-santai berjalan. Saya kena panjat, lompat dan lari supaya cepat sampai"