2026-08-06

Jangan jadikan kekurangan material as reason untuk merendahkan diri sendiri.

Adakah ini hasil dari banyak sangat tengok drama merepek?

Bukan apa, aku dah suffocated dengan trend "Hina ke saya jadi housewife?", "Hina ke saya umur 30 belum ada rumah sendiri?", "Hina ke saya bla bla bla..."

Aku ni kalau ceritakan semuaaaaa yang aku lalu dari kecik, tak tahulah dak-dak sekarang nak percaya ke tak. Silap-silap dikatanya aku mereka-reka cerita. Takyah jauhlah, En Wan and anak-anak aku sendiri tak caya bila aku cakap aku takde buku latihan masa sekolah and takde bahan bacaan yang banyak.

Macam aku cakap kat komen budak tu, GUNAKAN APA YANG ADA.

Aku cerita kat Redza and Rayyan, dulu sekolah rendah aku takde buku latihan. Darjah 5 aku dah start kumpul soalan-soalan budak Darjah 6. Prektis buat. Naik je Darjah 6, benda pertama aku buat, cari soalan UPSR tahun sebelumnya. Buat. Sebab aku takde buku latih tubi. Buku rujukan aku hari-hari hanya buku teks. Sampai aku boleh hafal dah latihan and aktiviti buku teks.

Aku cakap, "Mama straight As UPSR dengan hanya buku teks. Korang kalau UPSR tak score tak tahulah nak cakap apa. Buku latihan lebih dari cukup mama belikan. Tinggal nak buat je"

Everytime kawan-kawan bawak buku cerita atau buku latih tubi, aku tumpang tengok kat tepi. Time kawan tu tengah buat, aku jeling-jeling kat tepi. Tengok samada aku boleh buat jugak ke tak soalan tu. Mencongak jawapan dalam kepala. Hahaha.

Buku cerita pun sama. Kalau kawan baca, aku tanya dulu boleh ke pinjam. Tak bawak balik pun, pinjam baca time rehat je. Sometimes dorang suruh aku sharpkan color pencil, sometimes dorang mintak aku buatkan duty roaster. Kalau hari tu dorang duty susun meja, aku buatkan. 

Aku tak rasa itu penghinaan. Aku anggap itu kerja yang berbaloi. Setakat susunkan meja, sharpkan color pensil, sebagai balasannya dapat pinjam buku cerita. Why not? Kat rumah lebih dari tu aku kena buat kerja . Setakat sharpkan pencil, apa adehal.

Point aku kat sini, JANGAN LEMBIK BOLEH TAK?

Jangan buat teruk. Jangan berdrama. Setakat pakai barang free dari Shopee, tak perlu nak rasa terhina. Sometimes, orang lain tak kisah pun mana sumber barang kau datang, janji ada. Orang lagi kesah kalau kau nanti 24/7 meminjam harta orang.

Masa Darjah 1, aku pernah beli buku pakai duit sendiri. Ada company jual buku datang sekolah, promote buku-buku latihan and buku bacaan. Sehari sebelum tu dah pi tengok-tengok and dia bagi list buku untuk kita tick nak beli mana satu. Nanti esok dorang akan bawa the buku untuk kita bayar.

Balik rumah, korek tabung. Tak berani mintak kat Mak Aji duit. Kalau mintak pun konfem tak dapat punya. 

Esoknya aku bawak 2 genggam syiling hasil korek tabung. Darjah 1 belum tahu kira duit. Main agak-agak je jumlah duit yang kena korek. Esoknya masa collect buku, aku hulur 2 genggam syiling. Now aku syak nilai yang aku bagi tu lebih dari harga buku. Tapi pakcik jual buku tu tak cakap apa-apa pun, dia main ambik je duit aku bagi. 

Dengan happynya aku bawak balik buku baru. Tapi kena sorok-sorok. Mampus kalau Mak Aji nampak.

Apakan daya. Aku hanya insan yang lemah. Nak sorok buku pun tak pandai. Mak Aji jumpa, sedap aku kena sebat. Dia ingat aku curi buku orang.

Sampai macam tu sekali ya mak aku buat. Entah apa dia punya troma agaknya. Maybe dia ingat kalau miskin senang nak jadi pencuri kot. Dia takut aku mencuri sebab dia tak mampu belikan buku. 

Ada ke patut intelligent gurllll like me mencuri? Purleaseeeeeeeeeeeee. Sebab aku intelligentlah aku korek tabung tau. Mencuri ni kerja orang bodoh. Aku punya otak sekufu dengan Mc Gyver. Sentiasa ada jalan keluar. Tapi tu je la sekali aku buat. Tak berani dah beli buku sendiri. Tersiat kulit betis aku karang.

Aku pernah pakai SATU singlet simis selama 3 tahun. Dari Darjah 4 sampai Darjah 6. SATU saja. Hari-hari basuh, keringkan dan pakai. Koyak, aku jahit. Tak pernah sekali mintak Mak Aji belikan simis. Kalau mintak pun tak dapat.

Mak Aji maybe ingat anak dia kecil lagi. Pakai baju kurung tak payah pakai simis kat dalam. Dia tak terpikir agaknya nak belikan simis. Padahal baju kurung putih tu bukannya takleh nampak kesan puting tetek. Nasib baik arwah nenek selalu bawak balik baju-baju dari makcik Singapore. Baju yang dorang dah tak nak pakai. Terselit satu simis singlet warna putih. Aku pakai yang sehelai tu dari umur 10 sampai 12 tahun. Rabak, jahit. Rabak, jahit.

Pernah satu kali lepas PJ, semua orang salin baju kat toilet. Dalam keadaan ramai orang dan nak cepat, aku tak perasan simis tu tercicir. Tengah-tengah salin baju dalam toilet, dengar riuh kat luar "Oiii apa benda ni? Sape punya kain buruk?"

Rupanya itulah simis aku. Tercicir. That was the last aku pakai simis tu. Memang buruk sangat dah pun.

Aku rasa kalau situasi aku tu kena kat budak-budak sekarang, dah viral kata dibuli. Habis saman-menyaman bagai. 

One thing aku belajar, takde siapa boleh hina kalau kau tak allow them to affect your life. Penghinaan hanya berlanjutan kalau kau ambil kisah. Kau kena buat tak tahu, jalan terus and buktikan something bigger than that. 

Dari Darjah 1 aku kena ejek. Hitam. Baju buruk. Kereta bapak buruk. Tell me, apa je yang aku tak kena. 

Tapi aku tamatkan sekolah rendah dengan wakil Malaysia ke Fukuoka, straight As UPSR and ke TKC. Itu je caranya nak ubah nasib. Nak ubah pandangan orang and confidence diri. Jangan meratib pada benda yang di luar kawalan kita. Buat apa yang kita boleh ubah.

Kalau mak bapak takde duit nak siapkan barang-barang ke uni, siapkan saja semampu kita. Dapat barang free Shopee? Why not. Pakai baju sedekah dari orang? Apa yang salahnya? Acik sentiasa pakai baju belen-belen orang tak nak. Baju acik yang baru cuma 2 helai je setahun. Mujur ada raya. Kalau raya takde, takdelah baju baru nampaknya.

Masa sekolah menengah dah lega sikit sebab bila dah besar, duit raya pun besar sikit dapat dari makcik-makcik. Aku enjoylah duit tu beli buku latihan sikit-sikit. Beli buku cerita. Tak banyak, tapi bolehlah.

Satu yang aku pelik mak bapak aku ni, hadiah SRP aku dapat mountain bike. Hadiah SPM aku dapat mini compo. Tapi sebelum tu aku mintak buku latihan, buku cerita, dia kata takde duit. Sumpah tak paham. 

Maybe bagi dorang, kalau aku dibelikan buku, maknanya adik-adik aku pun kena dapat. Tapi kalau hadiah, based on performance sendiri. Kau nak, kau kena score. Gitulah agaknya kot.

Masa nak ke uni, preparation aku seadanya saja. Baju-baju aku hanya bawak apa yang ada kat rumah. Matrik kena pakai baju kurung. Jadi aku bawak baju-baju kurung Mak Aji. Siapa suruh satu size dengan aku kan? Dia je yang banyak baju kurung. 

Takde satu pun baju sendiri, atau dibeli baru. T Shirt pun bawak apa yang ada kat rumah. Satu-satunya baju baru adalah seluar jeans jenama LEA. Ini brand Indonesia, masa tu ada store kat Subang Parade. Ini makcik aku belikan. Dia check-check preparation aku, dia perasan aku takde jeans. So dia belikan.

Sebab tu sampai sekarang aku tak berapa kisah bab baju. Aku boleh ulang pakai baju yang sama bertahun-tahun. Selagi tak rabak, selagi muat, itulah yang aku pakai. Because dah biasa dengan tak ada. Jadi bila dah ada duit pun tak terasa nak membeli. Baik aku beli makanan. Tapi Montigo, takpe beli.

Komen aku kat post budak tu bukan nak pujuk dia, tapi aku nak ubah cara dia pandang situasi dia sekarang. Rasa malu tu datang daripada orang lain atau daripada pandangan dia terhadap diri sendiri? 

Jangan malu ada parents yang miskin. Keadaan kewangan yang terbatas lansung tak rendahkan value kita, selagi kita usaha sediakan yang termampu. Aku lagi menyampah kat orang yang dah tau miskin, meratib pulak tu. Kau meratib dapat apa, bingai? Geraklah!

Starting point kita dengan self-worth BERBEZA. Starting with less is nothing to be ashamed of. Ramai je yang start small. That doesn’t determine how far they can go. Tak caya tanya entrepreneur, dorang start dengan apa? Berapa banyak? Aku sendiri start company dengan laptop DAN printer 3 in 1 (print + scanner + copier) sahaja. Yang penting start! Guna dulu apa yang ada.

Bukan maksud aku takpe jadi miskin, miskin itu indah. Tak. Aku cuma nak orang faham jangan jadikan kekurangan material as reason untuk merendahkan diri sendiri. What matters is what you do with what you have. 

Now maybe kau tak boleh pilih apa yang kau ada, tapi kau masih boleh buat dengan apa yang kau ada. Yang menentukan maruah dan nilai diri kita is not how much you can afford to buy, but how you carry yourself and what you do with the opportunities you have.