2026-05-13

Tak naik pentas tetiap tahun pun takpe. Jadi pandai tak semestinya kena naik pentas tetiap tahun.


Ya, aku push anak-anak aku jadi pandai. Tapi takdelah push dorang jadi very outstanding. Tak payah dapat nombor 1 tetiap tahun. Tak naik pentas tetiap tahun pun takpe. Jadi pandai tak semestinya kena naik pentas tetiap tahun.

Aku cakap kat anak-anak aku, korang ada 2 pilihan je.

Samada kau jadi kuat.
Atau kau jadi pandai.

Kalau kau tak pandai, kau kena jadi kuat.
Kalau kau tak kuat, kau kena jadi pandai.
Tu je pilihannya.

Hari tu masa lalu depan kawasan renovation rumah, aku cakap kat Rayyan "Kalau adik kuat, boleh guna kederat, sanggup berpanas, angkat batu and simen, bolehlah kerja macam ni. Tapi kalau adik tak kuat, maka belajarlah rajin-rajin"

Ini bukan menghina kerja buruh. Orang yang kerja guna tulang empat kerat ni orang yang ada skill. Bukan senang kerja fizikal. Penat dia tak macam penat duduk office beraircond. Balik kerja, badan sakit-sakit.

Tapi I am talking about reality. Ramai takut nak cakap tentang realiti sebab takut bunyinya harsh. Takut orang kata menghina. No, ini bukan menghina. Anak-anak kena faham yang hidup ni memang ada consequence dan trade-off. Kalau kau takde kekuatan fizikal, maka kau kena ada kekuatan otak.

Aku tak pernah paksa anak aku dapat nombor 1 kat sekolah. Baik Redza, baik Rayyan. Aku tak letakkan syarat kena naik pentas every year atau mesti nombor 1. Cukup aku cakap jangan report kad ada C. Kalau ada C, maknanya kau tak belajar.

Aku sendiri masa sekolah dulu tak pernah jadi murid paling pandai. Bukan setiap tahun naik pentas. Tapi aku always berada di best class. Cukuplah tu.

Masa sekolah rendah, aku aim nak straight A UPSR. Dulu, paper UPSR ada 5 - BM, Maths, English, BM Karangan and BM Oral. Dari Darjah 5 aku dah latih tubi 5 paper ni saja. Walaupun exam sekolah ada Seni, Muzik, Alam & Manusia, Agama - yang ni aku study sekadar study nak lulus. Tapi 5 paper tadi aku pastikan boleh score.

Darjah 6 aku tusyen. Yang mengajar tusyen tu cikgu sekolah aku juga, tapi dia mengajar kelas lain. Cikgu Khadijah namanya. Setiap hari sebelum tamat kelas dia buat buat test. Dan setiap kali test, marks aku tinggi. Cikgu tu serba-salah agaknya aku masuk kelas tusyen, dia kata "Diana kenapa nak tusyen? Diana dah pandai".

Padahal aku kat sekolah tak naik pentas pun. Ada yang lagi pandai dari aku. Contohnya kawan yang aku datang birthday party dia dulu. Dia tu every year naik pentas. 

Cikgu Khadijah tak mengajar aku kat sekolah, dia mengajar semasa tusyen saja. Jadi dia tak dapat gambaran penuh pencapaian akademik aku yang sebenar. Dia cuma tahu aku excel in 5 subjects UPSR. Tu pasal dia ingat aku pandai.

And sebab itu jugalah masa aku dapat offer TKC, kawan-kawan yang biasa naik stage hujung tahun terkejut aku dapat. Dorang jadi pelik. Ada sorang tu disbelief betul "Macamana kau boleh dapat?" Gitu kau.

Sebab aku bukan muka naik pentas. Nombor aku dalam kelas masa sekolah rendah below 10. Average nombor 7-8. Exam sekolah mengambil kira semua subjek. Sedangkan aku tumpu pada subjek UPSR saja. Aku syak 5 paper tu aku score tu pasal aku dapat TKC. Zaman acik dulu boarding school kita tak apply. KPM yang offer based on UPSR result. 

Approach yang sama aku buat semasa kat uni. Aku aim nak convert loan kepada scholar. Aku tak pernah terlintas nak jadi best student. Sebab misi aku lain. Untuk convert loan ke scholar tak perlu pulun pointer 4.0. 3.54 pun boleh. Settle. 

Tu pasal masa Redza SPM dulu aku cakap kat Redza aim 7A saja, tak perlu straight As. Aku taknak dia pressure. Sebab kelayakan untuk apply scholar MARA, JPA dan lain-lain is minimum 7A. Tapi Redza sekufu dengan bapak dia. Dorang berdua ni jenis yang kalau boleh ambik 18 subjek, mau sampai 18A dorang pulun.

Dorang berdua ni jenis yang NAK BUAT. Tengoklah En Wan baru-baru ni dapat Valedictorian Award untuk course Islamic Financial Planning. Aku cakap kat dia, kau nak grad je kan, perlu ke sampai Valedictorian? Kalau aku asal grad dahlah. Kahkahkah.

That's why aku bagi pilihan kat anak-anak aku kalau kau tak pandai, kau kena jadi kuat. Kalau kau tak kuat, kau kena jadi pandailah. Memandangkan korang berdua basuh kasut pun bibik buat, makan pun berhidang, tido pun nenek kejutkan, maknanya korang tak kuat. Jadi, pilihan yang ada adalah be pandai. Tak perlu terpaling pandai, asal pandai. Asal hit minimum requirement.

Rayyan sama macam aku. Kitorang berdua jenis yang TAKNAK BUAT. Kalau aku nak sambung PhD boleh, tapi aku tak nak buat. PhD ni untuk orang yang nak buat. Yang jenis tak nak buat macam aku ni sila minggirrrrr.

Rayyan bukan jenis score semua. Dia pilih ikut apa dia aim. Sebijik macam aku. Jadi, aku punya requirement kat dia, kau nak ambil course apa? Kita check syarat minimum. Kita tengok requirement universiti. Kita tengok course tu perlukan result macam mana. Kau hit that target. Cukup. Malas aku nak serabutkan kepala. Let alone nak bertanding dengan anak orang lain. Hoih!! Banyak lagi benda aku nak pikir.

Bukannya aku kata usaha jadi top scorer tu tak bagus. Bagus. Kalau anak memang jenis suka competition, suka academic challenge macam Redza, pergi. Tapi aku masih lagi berpegang kepada functionality dalam kehidupan.

Achievement and functionality dalam kehidupan ada beza. 

Functionality dalam hidup tak perlu jadi budak paling pandai dalam sekolah. Cukup sekadar competent untuk masuk ke jalan hidup yang dia pilih. Kalau anak kita ada target, ada usaha, ada direction dan tahu tanggungjawab dia, honestly, itu dah ok. 

Cuma jangan santai sangatlah sebab mak bapak kau bukan old money. Kalau aku old money, takpe nak hidup santai belajar sambil lewa ikut passion. Malangnya mak bapak kau marhaen, jadi nak tak nak kau kena at least pandai. Tak payah jadi paling pandai pun takpe.

Mak Aji dulu gitulah pesan dia kat aku, tapi pesanan dia kejam sikitlah.

"Kau tu dahlah tak cantik, kenalah jadi pandai!"

Gitu Asian Mom style.

Tapi apa yang Mak Aji cakap tu betul. Because beauty privilege is real. Kau tak pandai tapi kalau kau cantik, opportunity akan terbuka dengan banyak. 

Sebab itulah dress code pergi interview kena mantap. Kerana kau bukan hanya dinilai dari segi akademik and skill, tapi impression. Jangan heran kenapa budak-budak yang result biasa-biasa senang dapat kerja berbanding dak-dak result jauh lebih bagus. Ini realiti. Acik tak nak explain lebih pasal ni, karang panjang ceritanya. Cukuplah acik cakap impression bagi markah tinggi dalam interview walaupun resume kau biasher-biasher saja.

Acik bagi contoh mudahlah untuk korang pikir.

Perasan tak those yang bekerja dengan people macam sales people, front office, PR, consultant, receptionist, customer-facing roles selalunya cantik, bergaya atau ada aura tersendiri? Dan selalunya, yang nampak polished dan attractive ni jugalah yang cepat naik, lebih successful and lebih senang dapat peluang. Because whether people like it or not, human memang makhluk visual. First impression matters.

Cuba tengok luxury brand. Kenapa staff dorang semua polished? Kenapa airline cabin crew sangat jaga presentation? Kenapa hotel front office nampak kemas and elegant? Fikirlah. Nasihat Mak Aji tu betul. Tapi disebabkan aku tak cantik, maka aku pilihlah untuk jadi pandai. Itu lebih senang, tak banyak makan modal. Mbahahaha.