2026-05-09

Sebenarnya kita perlukan maternity leave yang REASONABLE saja.


Ramai nampak isu maternity leave ni dari sudut emosi saja.

"Ibu penat”
"Ibu perlukan masa untuk heal”
"Bonding dengan anak penting”


Yup. Semua tu betul. Sangat betul.

Mengandung, melahirkan dan berpantang is not an easy job. 

Aku mengandung 4 kali, berpantang 2 kali, melalui morning sickness 3 kali.

Dua kehamilan, berjaya menghasilkan seorang "Tak kisah" dan seorang "Korea". 
Yang lagi 2 takde rezeki.
 
Yang satu sempat merasa morning sickness. Yang lagi satu 5 weeks dan buat DnC (paksa korek buang) sebab high risk untuk aku.

2 kandungan pertama semasa aku makan gaji.
2 kandungan terakhir semasa aku dah jadi majikan.

In other words, aku dah merasa semua situasi. Jadi jangan kata aku "pandai cakap" je.

Bila bercakap pasal polisi kerja dan paid leave, kita kena tengok juga dari sudut realiti ekonomi kat Malaysia. Kena tengok operasi syarikat, fair atau tak fair kepada pekerja lain and sustainability sesuatu bisnes. Nak menuntut “1 tahun PAID maternity leave” on surface nampak macam kurang berpijak pada realiti dunia pekerjaan.

Cuba fikir logik. Company hire pekerja untuk buat kerja. Not to carry someone’s entire personal life for a whole year with zero productivity. Kalau someone absent for 12 months tapi masih dapat gaji penuh, siapa yang cover kerja dia? Bisnes tetap jalan. Client tetap kena servis. Deadline tetap ada. Sales target tetap kena hit.

And in the end, what happens?

Kerja kau terpaksa dilambakkan pada staff lain.

Benda ni yang ramai tak terfikir. Sometimes orang terlalu fokus pada “hak si ibu yang bersalin” sampai lupa hak pekerja lain juga wujud. 

Imagine satu team ada 5 orang je. Sorang dapat cuti setahun full paid. Yang tinggal 4 orang kena cover workload tambahan selama 12 bulan. Gaji maintain sama. Stress bertambah. Burnout bertambah. Last-last staff lain pulak resign. Adil ke?

Kalau company besar macam Google, Microsoft atau multi million dollar companies maybe dorang mampu absorb cost tu. Tapi MAJORITI company kat Malaysia ialah SME (small medium enterprise). Yang margin keuntungan tak besar mana pun. Ada yang survive cukup-cukup makan. Ni nak bayar sorang pekerja setahun without output sambil mungkin kena hire replacement sementara? Tu dah double cost.

Contoh simple aku bagi.

Staff A cuti maternity setahun. Company tetap bayar gaji Staff A RM4K sebulan. At the same time company kena hire temporary replacement yang gajinya around RM3-4K juga.

Meaning the company is spending almost RM100K on just ONE position alone. Untuk small company, itu beban yang besar. Pastu orang pelik apesal some majikan takut hire perempuan yang baru kahwin.

Sebab inilah realitinya.

Sometimes policies that are too one-sided end up backfiring on women themselves. Majikan akan nampak pekerja wanita as high risk hiring.

Orang mungkin marah baca post aku ni, tapi aku cakap benda betul. Aku dah almost 20 years as majikan, memang nampak benda ni berlaku. Bila kos and risiko terlalu tinggi, company akan mula pilih lelaki, atau pilih perempuan yang lebih berumur, atau pilih orang bujang atau avoid promote pekerja wanita tertentu. And in the end, it’s women’s opportunities that get affected.

Sebab tu polisi kerja kena balance antara compassion dan practicality.

Yes, ibu perlukan masa untuk recover.
Betul, bonding dengan anak penting.
Setuju, postpartum is real.

Tapi dalam masa yang sama, company bukan badan kebajikan. Kita tak buat charity kat sini.

Ramai orang suka compare dengan Europe yang bagi maternity leave panjang. 6 bulan paid leave. Setahun paid leave. 

Hello? Europe tu bukan baik hati bagi cuti setahun. Sistem dorang dibina atas cukai yang sangat tinggi, sistem sosial yang tersangat mahal, ekonomi and budaya kerjanya pun berbeza. Pastu kerajaan dorang absorb banyak cost. Maksudnya, maternity leave panjang kat sana bukan majikan tanggung sorang-sorang.

Dalam banyak negara Europe, big part of bayaran maternity leave datang daripada social security, insurance negara, payroll tax, dana kerajaan. Maknanya rakyat dorang sendiri dah bayar awal melalui cukai sepanjang bekerja. Benefit besar dorang tu datang bersama tax yang besar. Sedangkan Malaysia belum sampai tahap tu. Kita tak boleh copy polisi negara kaya without looking at our own economic reality first.

Lagi satu benda yang orang jarang cakap, kalau maternity leave terlampau lama, ada kemungkinan SOME perempuan tu sendiri struggle nak masuk balik workforce. 

Setahun tu lama, ya. Macam-macam perubahan dalam setahun. Especially in sales, dalam setahun banyak produk baru muncul, banyak new client, client lama berpindah, market trend berubah, etc. Kau akan struggle nak catch up. Bila struggle, mulalah esok masuk kerja kejap-kejap MC, kejap-kejap EL.

Dunia kerja ni bergerak laju. Sistem berubah dengan cepat. Dalam setahun skill boleh berubah. Team dynamics boleh berubah. In certain industry, absent termpau lama boleh buat kau disconnected, hilang momentum and payah nak adapt balik. Sebab tu ada ibu yang tak nak cuti terlampau panjang. Antaranya aku.

Masa bersalin Redza, aku berpantang tak cukup 60 hari dah masuk ofis. Padahal aku belah perut ni. Sebab aku tak nak lost touch. Sepanjang bercuti everyday aku baca email ofis, macam-macam new campaign, strategi, new technology, new instrument dorang discuss sesama dorang. Oh I is kenot. Tak sabar nak masuk balik kerja sebab aku tak nak lost. 

That explains kenapa Redza umur 43 hari maid dah sampai. And please jangan tazkirah aku pasal bonding apa segala, ya. Anak aku dah 22 tahun. Ok je bondingnya ngan mak bapaknya sampai sekarang.

Fairness dalam workplace pun penting. Kalau banyak sangat benefit fokus kepada satu kelompok, pekerja lain akan rasa resentful. Contohnya pekerja yang single, pekerja lelaki, atau pekerja yang takde anak. Dorang pun ada kehidupan sendiri. Ada susahnya. Ada parents sakit. Ada yang menjaga adik-beradik. Ada yang struggle financially. Tapi tetap datang kerja.

Workplace benefits can’t just focus on one type of lifestyle as if everyone else tak penting. Sebab workplace ni bukan dibina ikut emosi orang semata-mata. It’s built on balance within the system.

Sebenarnya kita perlukan maternity leave yang REASONABLE saja. Dan Malaysia dah pun extend maternity leave kepada 90 hari. Itu improvement besar berbanding dulu. 

Kalau nak improve lagi maybe boleh mintak flexible working arrangement, atau hybrid work, atau WFH sementara, atau company bagi daycare support, atau shorter working hours sementara. Hat ni lebih practical daripada demand 1 tahun full paid leave.

Honestly, kalau ada yang memang nak fokus sepenuhnya kepada anak selama setahun, tak salah. Ambiklah career break. Dah stabil esok, cari kerja baru. 

Kita kena adil juga dengan company. Not every stage in life can be covered by majikan. Itu point utama aku sebenarnya. Bukan aku cakap ibu berpantang tu tak penting. Aku cuma cakap "Company hire employees to work”

Dan itu adalah FAKTA. Kadang-kadang media sosial sound too dreamy with “you deserve this, you deserve that” sampai lupa setiap benefit ada kos kat belakang. Kalau kos terlampau tinggi, company tu boleh bungkus. Bila company banyak bungkus, peluang pekerjaan berkurang. Akhirnya semua orang suffer. Sekian, tamatlah cerita.