2026-05-11

Parenting needs flexibility.


Soalan macam ni kalau aku jawab, ada harapan mengundang kecaman, especially parent yang parenting ikut buku. Sebab aku punya style masih lagi follow Asian Mom’s style 😆.

Honestly, takde tips. Aku sendiri masih cuba try test menjadi emak. Try and error. Ada masa betul, ada masa silap. Kalau menjadi, menjadilah. Kalau tak menjadi, try kekdah lain. Gitulah konsepnya.

Aku ni banyak ikut kepala sendiri membesarkan anak-anak. Tak ikut trend parenting semasa. Apa yang terpakai dan praktikal untuk keluarga aku, aku guna. Walaupun melawan arus.

Dari awal ada anak, aku kategori “rebel” sikit. Contohnya, anak ke sekolah agama, aku tak buat. Anak bawak bekal, aku tak buat. Actually ramai je mak-mak yang macam aku. Cuma dorang punya life private. Aku ni kebetulan ada blog, tempat aku bercerita, jadi nampaklah macam aku melawan arus. Padahal ramai je macam aku.

Yang tak menetek anak, sumbat susu formula.

Yang tak jaga agak, bibik jaga.

Yang tak buat puree, beli ready-made puree.

Yang tak buat bekal anak.

Yang sumbat anak bersekolah asrama dari umur 13 tahun.

Ramai je macam ni cuma dorang tak expose. Maybe orang nampak aku membesarkan anak macam smooth. Padahal yang smooth tu sekarang.

Kau tak tengok 3 kali aku bleeding terpaksa bedrest masa mengandung Rayyan. Kau takde masa aku tersadai 2 bulan kat hospital bersalinkan Rayyan. Tak tengok masa Redza berjahit kepala 2 kali. Tak rasa situasi menguruskan Rayyan yang disleksia, speech delay, cyst di tulang, patah kaki…etc.

Maksud aku, apa yang orang nampak macam “smooth” sekarang, ada tough and rough days yang hanya aku and En Wan saja lalui strugglenya. Apa yang nampak smooth di mata orang tentang aku and anak-anak sekarang adalah balance dari rough days yang dah berlaku dulu.

Parenting ni sebenarnya tak payah ikut buku sangat. Ni bukan pertandingan perfect parent. Takde siapa sepatutnya nak jadi siapa paling Montessori, paling gentle, paling itu paling ini. Ikut apa yang kita selesa, mudah dan tak membebankan.

Aku always like that. Most of the time aku akan pilih yang menyenangkan hidup aku. Bunyinya macam selfish, kan. Tapi memang pun. Buat apa pilih yang menyusahkan kalau akhirnya aku serabut. Kalau ada cara yang lebih praktikal, yang less memenatkan, yang tak buat aku mental, aku akan pilih itu.

Contohnya, hire bibik. This is one of the BEST decision aku pernah buat. Dulu awal tahun 2000, mak-mak yang serah anak kat bibik untuk dijaga, kena kecam tau tak? Tak caya tanya geng-geng yang pakai maid awal tahun 2000. Mak-mak terus kena hukum masuk neraka! 🤣

Zaman tu bibik ramai kat Malaysia. Bila ramai pakai bibik, wujudlah group terpaling parenting yang “biarlah susah-payah, asalkan anak-anak aku makan air tangan ibunya”. Aaa gitu. So, kelompok yang tak berapa nak perfect parent macam aku memang kena hentamlah.

Nak pulak aku blogger. Semua benda aku cerita, sedaplah orang menghentam. Apa aje yang orang tak cakap? Anak aku esok takde bonding dengan mak katanya, sebab Redza tido dengan bibik. Anak aku makan makanan yang ntah hape hape bibik masak. Sampaikan En Wan tu pun dorang kata bakal kawen dengan bibik sebab semua benda aku serah kat bibik. Yang terpaling wife dan terpaling parent mengata aku tu cerai dah.

Gasaklah nak cakap apa. Setakat kat internet. Aku kena kecam bertahun-tahun dengan kawan-kawan sendiri dek si anu tu pun aku boleh buat dek, lagikan kau yang ntah sape sape aku kenal pun tak. Bukan aku tinggal serumah dengan kau pun. Sukati akulah nak letak anak kat bibik ke, anak tido dengan bibik ke, bibik masakkan untuk anak ke, bibik suap ke, bibik mandikan ke. Memang aku gajikan dia untuk memudahkan hidup aku. So?

Aku memang nak main-main Lego dengan anak je. Nak balik kerja rumah dah bersih, tenang, anak dah siap mandi. Aaaa gitu.

Bagi aku, anak membesar dalam suasana rumah. Energy mak bapak kena positif. Kalau aku penat dengan kerja pastu balik nak menguruskan rumah, aku takkan dapat bertenang-tenang handle anak and suami. Jadi aku kena pilih salah satu. Aku tak bercadang nak handle all. Aku tak bercadang pun nak jadi terpaling parent. Sebab parenting ni ada macam-macam cara.

To me, aku percaya if mom is happy, the whole family will be happy. Jadi untuk the whole family happy, aku kena kekal waras. In order to kekal waras, aku pastikan aku tak penat sangat, boleh rest and relax dan masih boleh live life yang aku enjoy macam tengok midnight dengan suami, terlentang depan TV with suami layan HBO, blogging dengan aman, fokus kerja, etc.

Dulu aku midnight movie dengan En Wan tinggalkan Redza dengan bibik pun kena kecam, ya. Bermamak di tengah malam berdua pun kena kecam. Alasannya sebab aku tinggalkan anak kat rumah sedangkan anak kecil lagi. Tu belum lagi aku cerita anak aku makan jajan and frozen food. Boleh kiamat.

Parenting ni bukan proses membesarkan anak semata-mata, tapi mematangkan diri kita. Anak sulung especially membesar dengan versi parent yang paling blur, paling anxious, paling banyak trial and error. Kita sedang belajar bersama-sama. That’s why relationship parent-anak yang strong and healthy tak semestinya kerana parenting parent tu perfect, tapi sebab parent PRESENT dalam hidup anak-anak.

Bonding ni tak semestinya kat special moments macam vacation, cafe hopping, heart-to-heart talk atau family activities. Tak dinafikan semua ni bagus. Tapi the real bonding sebenarnya banyak terbentuk dalam daily rutin yang membosankan. Macam membebel suruh mandi, setiap waktu tanya “Dah solat ke belum?”, marah sebab tak kemas bilik, teman gi Giant, borak dalam kereta, beli Mixue sama-sama.

Benda-benda kecik yang direpeat bertahun-tahun ni yang sebenarnya yang create bonding tu. Sebab tu parents just perlu present je, bukan ikut buku parenting.

Seriously, JANGAN COMPARE family masing-masing. Jalani je apa yang kita dapat. Kita dapat pre-eclampsia tersadai berminggu-minggu dalam wad? Jalani saja. Takyah nak bitter tengok orang lain bersalin 3 hari dah keluar, kita tak keluar-keluar.

Anak kita lahir tak cukup bulan, kena lepak NICU sebulan? Jalani saja bahagian kita. Takyah nak compare anak orang lain kenapa sihat walafiat.

Anak kita disleksia? Jalani saja. Ikhtiar semampunya. Takyah jeles anak orang lain umur 4 tahun dah boleh menulis lancar tapi anak kita tak. Kalau kerana itu kita terpaksa usaha lebih buat latih tubi, maka buatlah. Itu bahagian kita.

Life ni kalau nak compare dengan semua orang, memang kau akan kalah banyak. Sebab kita always compare dengan yang lebih fortunate. Kau takkan boleh hidup tenang dengan meng-compare.

Nak admire, boleh. Terinspirasi, boleh. Tapi jangan copy. Mintak tips parenting boleh. Tapi kalau mintak dengan aku, memang takdelah tips tu. Sebab aku just jalani saja apa yang aku dapat. Aku buat ikut kepala aku. Asal benda tu tak membebankan and hasilnya ok, dipersetujui bersama dengan En Wan, aku ON je.

Kadang-kadang some of kita-kita ni nak ikut trend yang sedap mata memandang. Contoh, anak orang lain kenal huruf seawal 2 tahun, kita pun nak buat. Maka merentan-rentalah kita mengajar anak supaya laju macam anak orang. Last-last kau yang stress.

Contoh lagi. Anak orang tu mak bapaknya masukkan tahfiz, kerana culture dalam family dah memang konsep keagamaan. Kau ikut. Kau pun hantar anak ke sekolah agama. Rasa proud kalau anak hafal Quran, anak boleh jadi imam, anak boleh jadi bilal. Bagus, bukan tak bagus. Tapi kau sendiri Al-Mulk Al-Waqiah pun tak hafal. 

Contoh lagi. Orang hantar anak ke SJKC, kau pun hantar. Tapi tak build foundation from beginning. Pastu tak support anak dengan extra classes. Hujung-hujung anak orang lain laju, anak kau masih merangkak. Menyusahkan cikgu.

Contohhhhhhh.

Bukan kondem pilihan masing-masing cuma tak praktikal kalau kita pun tak mempraktikkan sama. Takde involvement. Pastu bila anak orang lain excel, kita question anak kita apesal dia takleh catch-up. Kan tak menyambung tu?

Kalau anak minat music, enroll je lah dalam kelas muzik. Anak minat melukis, carikan je lah kelas yang sesuai. Kalau kita mampu bagi exposure kat anak, bagi je. Parenting sangat dipengaruhi oleh support system. Aku percaya ramai parents sebenarnya tahu apa yang bagus untuk keluarga dorang. Tapi at the same time kena fikir kemampuan diri sendiri like tenaga, emosi and masa. Parenting yang terlalu memaksa diri hanya untuk look good di mata orang lain akhirnya akan makan diri sendiri.

Aku tak suka culture compare parenting. Sebab ada orang boleh buat macam-macam aktiviti dengan anak because dia ada flexible working hours, ada helper, ada parents yang tolong jagakan cucu, ada partner yang share responsibility. Sedangkan orang lain survive hari-hari pun dah cukup struggle.

So kau takleh compare benda ni. Jalani je bahagian kita. Jangan membandingkan. Nak jalani bahagian kita pun dah berat, pastu kau nak tambah dengan mengcompare with yang lebih fortunate. Meroyan kau nanti.

Maybe tips yang aku boleh cadangan ialah, mak kena HAPPY. Mak jangan berkorban tak patut padan dengan tenaga. If you must get help, then get help! Jangan semua benda kau nak buat sebab nak jadi terpaling mak. Dan jangan letak diri last. No! Letak diri kau dulu sebelum anak. Kau kena waras to take care of orang-orang di bawah kau. Kalau perlu makan dulu, kau makan dulu baru suap anak.

Mak yang penat melampau, burnout, tak cukup tidur, buat semua benda seorang diri, her nervous system pun dah survival mode. Dalam keadaan macam tu, susah nak jadi gentle sepanjang masa. Motherhood ni keras, ya. Apa je jadi kat anak, mak yang dipersalahkan dulu. Jadi, mak kena be selective. Apa yang kau boleh buang, buang. Apa yang kau boleh manage, manage.

Kadang-kadang aku rasa motherhood ni macam recovering from one thing to another. Belum sempat tarik nafas, dahhhhh datang benda lain pulak. Sebab tu kau kena TENANG. Pilih yang tenang.

Jangan takut jadi Asian parents. Dah memang kita orang Asia. Memang parenting culture orang Asia kadang-kadang overbearing. Membebel tak berhenti. Tapi Asian parents sangat involved dalam hidup anak, ya. Dia punya penyampaian je tak cantik, tapi presence ada.

Aku rasa orang sekarang takut nak jadi strict sebab takut traumakan anak. Sampai ada parents takut nak marah anak.

“No Daniel. Don’t touch. No no no”

Halah halahhhhhh.

Kalau dapat kat aku “Kau sentuh barang tu, berbirat badan kau nanti!”

Boundaries itu penting. Anak perlukan structure and rules. Parent kena lagi strong dari anak. Takyah nak jadi fren sangatlah. Bukan suruh kau jadi dictator, tapi leader.

Lagi satu, anak kita pandai baca energy parents. Kalau parent unstable, anak boleh rasa. Sebab tu menjaga hubungan suami isteri pun sebahagian daripada parenting.

Ramai orang tak sedar benda ni. Cara suami bercakap dengan isteri. Cara parents handle stress. Cara parents bergaduh. Cara parents recover lepas bergaduh. Semua tu blueprint pada anak.

Anak belajar tentang relationship bukannya dari ceramah kat YT. Dorang belajar dari apa yang dorang tengok at home. Sebab tu bonding dalam family takleh ikut parenting book. It’s really just the result of thousands of little moments over the years. Most things just happen naturally through everyday life. Bukannya duduk baca manual parenting 24/7.

Parenting needs flexibility. Kadang-kadang kita kena tegas. Kadang diam. Kadang mendengar. Kadang kena lepaskan. Ni semua takde formula and tips. Sebab setiap anak pun berbeza. Apa yang menjadi untuk anak pertama belum tentu menjadi untuk anak kedua.

Bahaya sebenarnya bila social media jual parenting hacks as if semua orang boleh apply benda yang sama. Parenting advice patut jadi guideline, bukan pressure. Ambik mana yang sesuai, tinggalkan mana yang tak kena dengan lifestyle kau. Tak payah terpaksa buat semua benda semata-mata sebab internet kata that’s the right way.