2026-04-11

Aku sangat relieved En Wan tak pernah sekat aku punya cita-cita.


Seperti yang aku agak. Sebagaimana komen aku dalam post pasal terima offer RM300K to blew up kat Thread, respond yang sama aku dapat kat IG. Ramai betul DM. Kebanyakannya share kisah yang lebih kurang sama.

Masa bujang, kerja. Dah kawen berenti.
Dapat anak, berenti.
Dapat ambil degree, berenti sebab kawen.
Ikut suami berpindah negeri, benti kerja.

Dah jadi macam Kak Sri Siantan aku membaca luahan hati pembaca.

Yang mintak aku bagi nasihat, mintak maaf. Sebab ini urusan rumahtangga korang. Aku menulis post tu sekadar share pandangan aku saja. Kalau aku bercerita pun dari pengalaman sendiri. Kalau keputusan tu korang dah buat, and you are not happy with it, then do something. Kalau tak mampu do anything, maka berlapang dada sajalah dengan apa yang korang dah decide. Berlapang dada, move on.

Actually bila ramai orang share cerita yang hampir sama, ada root cause yang aku nampak. Dari perspektif aku, ini adalah isu tak sekufu dari segi mindset dan hala tuju hidup. Kalau rela hati, mesti tak menyesal. Tapi bila ramai yang meluahkan, maybe dari awal lagi tak rela tapi takde pilihan lain.

Sekufu dari segi mindset lagi penting. Kalau boleh biarlah sama-sama ada cara fikir yang serupa tentang self-growth. “Berhenti” takde masalah kalau itu pilihan sendiri. Tapi kebanyakannya berhenti kerana keadaan, bukan pilihan sebenar. Contoh, berhenti sebab ikut suami, berhenti sebab expectation family, atau berhenti sebab dah kahwin.

Bezanya besar bila kita yang pilih untuk berhenti (empowerment) vs terpaksa berhenti (resentment). Resentment nilah yang bahaya sebab awal-awal ok, tapi slowly makan hati. Tu yang kejap-kejap kat Thread tulis "Gagal ke saya jadi surirumah? Hina ke saya jadi surirumah?" Ini semua golongan yang TERPAKSA jadi surirumah, bukan sebab dia sendiri nak. Kalau sendiri nak, dia takkan terfikir nak rasa terhina, sebab dia yang pilih untuk berhenti.

Sama-sama kena jelas sebelum kahwin. Perempuan kena tanya diri sendiri aku nak jadi siapa lepas kahwin? Aku okay tak kalau kena pause career?

Lelaki pula kena pikir dari awal aku nak isteri macam mana? Aku boleh support growth dia tak kalau dia pergi jauh dalam career?

Sebab ada yang kata “Saya support je dia kerja…”, tapi bila anak lahir, suruh berhenti. Bila suami kena pindah, expect isteri ikut without kompromi.

Kalau ada mindset yang sekufu, dua-dua akan faham sacrifices yang perlu. Dua-dua akan negotiate, bukan satu pihak je decide. Dua-dua grow, bukan sorang naik sorang lagi lost. 

Kalau dua-dua jenis career-oriented, dorang akan cari solution. Contohnya, hire maid untuk bantu urusan di rumah. Atau cari flexible working hours. Kalau dua-dua jenis family-first pulak, dua-dua memang dari awal. Masalah berlaku sekarang bila sorang career person, sorang lagi traditional expectation. Tu yang konflik.

Sebelum kahwin, soalan ni kena clear.

“Kalau dapat anak, siapa sacrifice kerja?”

“Kalau kena pindah, macam mana dengan kerja masing-masing?”

“Apa yang NON-NEGOTIABLE dalam hidup aku?”


Sebelum kawen aku dah plan lepas grad, nak kerja Dan alhamdulillah belum ada reason besar untuk aku berhenti kerja. En Wan pulak sebelum jumpa aku dia plan nak kerja kat Kerteh (oil & gas). Bila dah jumpa aku, dia tukar plan ke Shah Alam (kilang). So bab kerja dah settle bincang sebelum kawen.

Then, nak duduk mana pulak. Disebabkan sebelum En Wan grad lagi dia dah tahu yang dia bakal kerja kat Shah Alam, dan aku masa tu di Putrajaya (Kemeneterian Sains), jadi kita plan duduk rumah Mak Aji dulu. Tapi dari awal En Wan kata tak nak duduk dengan parents lama-lama, sebelum hujung tahun kena pindah. Sebab adik-adik aku semua ada kat rumah. En Wan jenis suka berlenggeng dengan short zaman muda. So bab tempat tinggal pun dah decide sebelum kawen. 3 bulan lepas kawen, kitorang pindah ke Subang Jaya.

Satu lagi yang kitorang plan sebelum kawen adalah MAID. Hat ni aku yang usulkan. Aku cakap maid ni kena ada selepas bersalin. Sebab aku tak nak sacrifice kerja hanya untuk jaga anak. Dia setuju. So bab siapa nak jaga anak ni pun dah settle bincang.

Rumah pertama kitorang hanya plan setelah berkahwin and settle down. Bila masing-masing dah konfem kerja kat mana, baru pilih rumah kat mana. Masa tu aku kerja kat Subang Jaya. En Wan kat Shah Alam. So kita pilih Putra Heights.

Benda yang kitorang tak pernah plan adalah, aku benti kerja untuk run own bisnes. Yang ni memang lama juga berpikir-pikir berdua. Sebab komitmen aku dah tinggi masa tu. 

Awal-awal run bisnes banyak yang aku kena cut. Sebahagian besar belanja En Wan kena take over. Agak tak adil jugalah untuk dia. Tapi aku pun tak mudah nak handle bisnes. Dah sedap makan gaji tetiba nak berbisnes yang tak tahu boleh dapat gaji ke tak setiap bulan, ni benda yang tak mudah. Tapi alhamdulillah En Wan bagi izin. Dia bagi syarat 1 tahun je, kalau takleh make profit aku kena cari kerja lain.

Dalam tempoh aku run bisnes tu takde apa yang kitorang cut. Astro masih ada. Maid masih ada. Medical card masih ada. Kereta masih sorang satu. Yang kita cut hanyalah holiday dan shopping. Sebab dua benda ni bukan komitmen. 

Aku ingat lagi En Wan cakap "Kalau kita cut komitmen, kita sentiasa ada reason untuk tak buat kerja sungguh-sungguh"

Jadi, macamana sekalipun, komitmen jangan cut. Just stop buat hutang baru dan berbelanja yang tak perlu. Shopping and holiday ni semua belum penting lagi.

Aku sangat relieved En Wan tak pernah sekat aku punya cita-cita. Cuma dia kuat mengondem. Apa benda yang aku buat, dia akan kondem dulu. Maybe dia tahu aku jenis yang lagi kau kondem, lagi aku buat sampai jadi. Agaknya la.