2025-07-10

Makin dimudahkan cara untuk mintak kerja, makin AMBIL MUDAH pulak jadinya.

Nampak orang share screenshot whatsapp ni kat FB. Gelak je lah aku baca. Perasan tak makin ramai perangai dak-dak muda yang nak cari kerja, dengan cara ini. Makin dimudahkan cara untuk mintak kerja, makin AMBIL MUDAH pulak jadinya. 

Dulu, nak mohon kerja, kena hantar CV and resume kat email. Berbuih-buih cikgu BM ajar cara menulis surat rasmi. Masa ni lah apply dengan betul. Dah hantar email, call maklumkan email dah dihantar, minta tolong check kalau dah terima. Itu caranya orang yang bersungguh nak bekerja.

Now bila ada whatsapp sistem, dimudahkan untuk send resume ke whatsapp. Tapi resume pun macam taik. Cover letter takde, resume hauk. Ni ada pulak jenis yang mintak kerja macam nak beli makanan kat pasar malam. Ada yang bila dipanggil datang interview, melenggang bawak henbeg saja. Bila ditanya mana resume? Dia cakap "Kan dah whatsapp hari tu?" 

Ha'ah, memang dalam opis ni ada tukang print resume kau. Dia boleh melenggang datang interview dengan henbeg. Kau rasa?? 

Ini interview kerja, ya. Bukan open house raya. 

Bila ditanya kenapa berhenti kerja sebelum ni, jawabnya:

“Bos garang”

“Kerja banyak sangat tak setimpal gaji”

“Environment tak best”


Semua salah tempat lama. Tapi bila kita tanya apa sumbangan awak kat tempat lama tu, terus blur. Pastu tersipu-sipu bajet comel. Sebab tak tahu nak jawab apa. Why? Sebab kau sendiri tak memberi impak dalam company tu.

Ni bukan satu dua kes. Dah makin ramai. Kita majikan pun letih sebenarnya. Kita ni nak sangat bagi peluang, especially dekat budak-budak muda. Tapi bila yang datang tak bersedia, tak ada effort nak impress kita, takkan kita nak ambil pekerja semata-mata nak jaga hati? 

This thing has become the norm. Budaya 'asal boleh' is spreading more and more. Takde rasa malu datang kerja lambat, takde rasa tanggungjawab bila buat silap, takde rasa nak usaha lebih. Bila ditegur, kita ditanya toksik. Kena tekan sikit, terus quit. Pastu cerita tempat kerja tak ada work-life balance.

Hakikatnya, bila kita biasakan diri ambil mudah, kita bukan rosakkan peluang kita sendiri tapi rosakkan reputasi generasi. Seriously cakap, aku sendiri takut nak ambil generasi now bekerja. Yang betul-betul dedikasi ni tak ramai. Rare. Nowadays I tell you, most majikan bila dengar “budak sekarang”, rasa nak reject terus. Padahal bukan semua macam tu. Tapi sebab yang malas ni lebih lantang dan lebih ramai, yang elok pun terpalit sama.

Kalau betul nak kerja, tunjuklah effort. Jangan datang melenggang. Tunjuk kita serius. Jangan harap dihargai kalau attitude pun tak ada harga. Tu belum yang bila ditanya sikit pasal company pun tak tahu.

"Kerja apa ye sini?"

Kau dah duduk depan meja interview kot, baru nak tanya? Kau yang nak kerja sini, tapi tak buat homework langsung pasal tempat yang dimohon. Kalau diri sendiri tak bersungguh nak dapatkan kerja, macam mana majikan nak yakin kau akan bersungguh buat kerja nanti?

Kita ni dulu beria cari tahu asal company yang kita nak datang interview. Semak apa pengalaman yang kita ada yang boleh 'dijual' depan interviewer nanti. Seboleh mungkin nak cari kelebihan kita untuk 'diflexkan' time interview. Sebab kita betul-betul nak kerja. Tapi KEBANYAKAN budak-budak sekarang hanya nak kerja apa yang dorang tahu saja. Tak nak belajar benda baru, let alone buat benda yang dorang tak familiar.

Ni bukan nak berlagak, tapi sekadar nak bercerita pengalaman sendiri. 

Tahun 2002, sijil yang aku ada adalah Biotech and Food Science. Aku apply kerja as Medical Underwriter di Prudential yang mahukan graduate Medicine, Biomedic or any related Biology graduate. Kalau ikutkan, aku takde kelayakan pun tapi sebab aku pegang pada "biology-related", maka aku apply. 

Masa tu aku tahu, their preference mestilah medic and biomedic. Kalau tak, dia takkan highlite specific certificate, ye tak? Aku dapat panggilan interview. Terus prepare. Nak prepare apa? Kat rumah internet pun takde. Henfon pun aku takde masa ni. Apa yang nak di-preparekan?

Aku prepare cara menjawab dengan konfiden. 

Everyday aku practice self-introduction because first impression is important. Aku practice possible question yang dorang bakal tanya pasal company. En Wan masa ni dah jadi client Prudential, jadi dia banyak explain kat aku pasal medical card dan pasal insurans.

3-stage interview, aku lulus. Disebabkan aku bukan background bio-medic, aku beli buku Merck Manual Medical Information. Everyday baca buku tu and fahamkan jenis-jenis penyakit. Orang lain tak baca buku tu hari-hari, aku punya kulit buku tu dah naik lunyai sebab everyday mentelaah. Sebab aku tahu, aku tak setanding orang lain yang ada background bio-medic, jadi aku kena usaha lebih. 

Budak-budak now? Tak nak buat lebih. Nak kerja senang. Nak buat kerja yang ada kena-mengena dengan teori yang dia belajar dalam kelas saja. Nak kerja yang tak stress. Tak nak tambah ilmu. Tak nak buat benda baru. Dia rasa bila dah grad tu dah tahu semua. Dah pandai. Perasan!

Kita ni bila kerja, kalau boleh nak ada growth, nak create impact, nak contribute sesuatu yang significant. Bila diberi job scope, bukan bermaksud kalau comply dengan semua job scope tu kita dah cemerlang. Tak, sayang. Bukan macam tu. Job scope tu adalah MINIMUM REQUIREMENT yang kita kena buat.

Kalau job scope kata kena buat marketing material, it can be sekadar poster biasa yang cukup syarat, yang asal ada, asal siap. Tapi kalau betul-betul nak grow, kita akan fikir beyond that. Kita akan tanya, “Macam mana nak hasilkan material yang bukan je cantik, tapi mampu tarik perhatian dan convert jadi sale?” Kita akan kaji data, explore trend, test design, improve copywriting, sebab kita tahu kita bukan buat untuk cukup syarat, tapi untuk bagi hasil.

Kalau job scope kita adalah marketing and creative operation, it can be sekadar siapkan poster, update media sosial, atau susun kempen. Tapi kalau kita nak lebih dari sekadar “buat kerja”, kita akan fikir lebih jauh. Macam mana nak bagi kempen tu betul-betul impactful, macam mana nak naikkan engagement, macam mana nak bantu team sales close lebih banyak deal melalui material yang kita hasilkan. Kita kaji insights, faham target audience, test pendekatan baru, dan cari cara untuk improve dari satu kempen ke kempen yang lain. Bukan sekadar tunggu arahan dan buat, tapi buat dengan rasa ownership. Kalau kita sendiri tak challenge diri untuk perform beyond job scope, macam mana nak grow?

Excellence bukan datang dari ikut arahan semata. Excellence datang bila kita take ownership, buat dengan niat nak bagi nilai tambah, bukan cukup syarat. Compliance dengan job scope tu hanya baseline. Nak cemerlang? Kena ada inisiatif, kreativiti, dan mindset untuk sentiasa tambah nilai. Faham?

Aku suka staff datang kat aku "Kak, apa kata bulan ni kita buat macam ni...." - ini baru namanya buat lebih dari sekadar datang punch card. Setakat hadir ke tempat kerja, tunggu arahan baru nak buat, tak payah ada degree pun boleh buat. Sebab takde inisiatif. Tunggu arahan bos je hari-hari.

Aku nak cari intern pun pikir 10 kali sekarang. Sebab terlampau ramai intern yang datang untuk bersuka-suka, daripada yang nak belajar. Masih ramai yang ingat internship ni "kerja part time". Dorang nak treatment sama macam pekerja lain. Nak je aku herdik muka sorang-sorang "Hoih! Kau tu student, bukan pekerja. Datang sini belajar. Tak boleh monteng!" Tapi takleh. Sentap. Dia yang salah, dia yang sentap.

Tu belum lagi kalau mintak buat benda lain. Perasan macam course yang dia ambil tu gempak sangat sampai tak selayaknya buat kerja-kerja clerical. Mintak maaf aku cakap. Jenis ni esok dah kerja, TAKKAN KE MANA! 

Aku dah tengok macam-macam perangai. Jenis yang entitle macamkan course dia tu heybatttt sangat, selalunya paling hauk sekali kerjanya dan attitude-nya. Jenis yang willing to buat lebih dan ada inisiatif sendiri, ini yang akan pergi jauh dan cepat. Dari zaman aku makan gaji sampailah menjadi majikan, aku always witness orang yang ada effort lebih, mahu belajar dan ada inisiatif sendiri memang cepat naik.

Yes, sebab tu aku cakap majikan yang bagus adalah majikan yang "not a nice guy". Jadi majikan tak boleh nice tak bertempat sebab some pekerja jenis pijak kepala bila majikan terlalu bertolak ansur. Bila majikan terlalu lembut, semua benda nak disuap, kerja cincai, attitude teruk tapi tetap expect dipuji dan diberi peluang lebih dari orang lain - kau dah macam membela sorang lagi anak yang nak ditatang-tatang tapi tak boleh dimarah.

Majikan yang tegas, yang tak layan alasan, yang push pekerja untuk perform - itu yang sebenarnya yang sayangkan pekerja. Sebab dia nak orang dalam team tu grow, bukan statik dengan mentaliti asal boleh. Jadi “not a nice guy” bukan kejam, tapi sebab nak jaga standard dan integrity kerja. Kalau semua benda nak jaga hati sampai tak boleh ditegur, itu bukan leadership. Itu babysitting.

Bagi aku lah, kalau parents nak manjakan anak kat rumah, itu hal dorang. Kalau cikgu nak manjakan anak murid, let them. Kalau lecturers nak belai-belai student, that's your call. Tapi kalau kau masuk company aku, kau kena ikut cara aku kerja. Benda pertama sekali, cara kau apply kerja tu biar beradap. Kemudahan yang diberi (boleh apply kerja thru whatsapp) kena diseiringkan dengan attitude dan adab. Kalau tak, akan lahirlah generasi yang anggap kerja tu macam benda main-main. Sukatilah kau nak cakap "kereknya company tu", at least aku tak perlu hadap attitude macam ni tiap-tiap hari. Senang, dari awal lagi reject.

Hari ni ramai majikan pening sebab budak-budak baru kerja dua minggu dah demand nak cuti. Baru training seminggu dah tanya boleh tak kerja dari rumah. Entah siapa yang tanam idea kerja tu tak perlu susah, tak perlu stress ntah.

Bila kita kerja, kita dibayar sebab tenaga dan masa kita tu bernilai. Bukan sebab kita "cuba-cuba". Dan majikan bukan job trainer yang gajikan kita untuk datang belajar suka-suka. Majikan hari ni bukan cari staff yang tahu semuanya. Tapi yang kami nak ialah orang yang boleh diajar, boleh ditegur, boleh berdikari. Sebab attitude yang baik boleh kalahkan sijil kau yang konon-konon gempak tu. Tapi attitude yang teruk, walau pointer 4.0 pun, tetap menyusahkan.