2023-09-27

Isteri bila dah kaya gitulah, jadi kurang ajar!


Kelmarin aku share video seorang ustaz respond pada isu "Perempuan bila berduit, jadi berlagak".
Aku suka pandangan ustaz ni.
 


Betul. Sebagai perempuan aku akui perspektif ustaz ni betul.
Perempuan kalau dah sayangkan someone, semua nak dibaginya.
Semua benda dia nak kongsi.
Walaupun dia terpaksa bersusah-payah, dia sanggup asalkan dapat bersama dengan orang yang dia sayang.
Especially perempuan yang bekerjaya.
Mereka tak kisah kongsi duit.
Kadang tu, dia berkongsi lebih dari apa yang suami kongsikan. Takpe.
Sebab perempuan yang berduit, dia hanya mahukan perhatian, kejujuran dan kasih-sayang.
Because duit dia boleh cari sendiri.

Bak kata ustaz tadi, selalunya perempuan akan berubah sikap kerana dah terlalu suffocated dengan perangai suami.
Nak lagi suami jenis bawah ni:

Jenis suami macam ni memang elok sangat dapat isteri "bongkak".
Kau pikirlah, macamana isteri tak naik hantu.
Macamana isteri tak jadi kurang ajar.
Aku baca cerita isteri ni pun, mendidih.
Kau rasa dia yang hari-hari mengadap perangai laki macam tu, sampai bila agaknya boleh bersabar?

Sebab tu kadang-kadang sekali pandang kita kata "Perempuan kalau dah berduit, bukan main berlagak!".
Tak, ya. Tak.
Perempuan tu dah MUAK!
Dah muak dengan perangai lelaki yang segalanya nak dibantu.
Bil rumah dahlah berkongsi, tapi isteri yang contribute lebih.
Belanja barang dapur berkongsi, tapi isteri bayar lebih.
Belanja anak-anak berkongsi, tapi isteri hulur lebih.

Tak semua perempuan berlagak bila ada duit.
Sikap seseorang tak bergantung pada status kewangan.
Setiap orang ada personaliti, nilai-nilai, dan PENGALAMAN HIDUP yang berbeza.
Ada banyak sebab yang boleh mempengaruhi attitude seseorang bila ada duit.

UAI pernah cakap kat kuliah dia - "Suami yang tak memberi nafkah, tidak akan dihormati isteri".
Itu jelas. Betapa pentingnya tanggungjawab ekonomi suami dalam perkahwinan.
Semua tahu, suami adalah tanggungjawab utama untuk sediakan nafkah kepada isteri dan keluarga.
Tak payah tulislah apa tanggungjawab nafkah ekonomi tu.
Berbuih dah tulis.
Penting tak pentingnya nafkah ni, sekiranya suami gagal memenuhi tanggungjawabnya, boleh merosakkan marriage dan mengurangkan rasa hormat isteri terhadap suami.
Kekurangan dalam menyediakan nafkah boleh bagi tekanan ekonomi dan ketidakstabilan dalam marriage.

But of course, dalam marriage, mesti ada empati, tolak-ansur dan saling memahami.
Maka, selalunya isteri akan bantu.
Tapi, ada suami yang bila isteri membantu, dia anggap by default itu adalah tangungjawab isteri.
Bulan ni isteri bayar bil api, bulan depan suami buat bodooooo je bila bil api sampai.
Dia hulur pulak kat isteri "Ni, bil api".
Meh aku ajar.
Kau ambil bil tu, tepek kat dahi dia pulak.
Geram pulak aku haih.

Inilah yang jadi punca isteri naik baran.
Bukan berlagak, tapi BARAN sebab suami ambil mudah tanggungjawab.
Terima kasih dahlah takde.
Main suruh-suruh pulak isteri ambil tanggungjawab dia.
Bila isteri mengungkit dia kata isteri berlagak.
Masalahnya kalau tak ungkit, suami sedar ke tak salah dah tanggungjawab dia? Tak, kan?
Dah tu celah mana isteri nak perbetulkan keadaan?

Adakah bila isteri peringatkan "Bang, bil tu tanggungjawab awak. Bukan tanggungjawab saya" -- ini dikatakan mengungkit?

Adakah bila isteri cakap "Bulan lepas saya beli barang dapur, takkan bulan ni saya juga?" -- ini dikatakan isteri berkira?

Adakah bila isteri "Bil saya bayar, sekolah anak saya bayar, barang dapur saya bayar. Habis, duit awak beli apa?" -- ini dikatakan isteri berlagak bila berduit?

Membina perkahwinan adalah usaha bersama dan tak terletak pada satu pihak saja, ya.
Kalau dah tetiap bulan duit isteri lagi banyak keluar dari suami, lojik ke kau mencanang isteri tak respect kau? Kamonnnn.

Masa tengah bising-bising isu isteri berlagak ni, ada satu komen tu tulis, "Isteri bila dah berduit mulalah membandingkan suami dengan orang lain".

Dah tu??
Kalau tak nak dijadikan perbandingan, IMPROVE!

Bukan saja suami, malah isteri pun tersinggung bila tengok suami orang lain tak culas nafkah, tak culas tanggungjawab menanggung keluarga, dan tak menjadikan isterinya babu.
Tapi, apa isteri boleh buat?
Nak tegur suami, kena marah.
Nak mengungkit, kena cop derhaka.
Nak membandingkan suami, nanti orang kata "Celakalah suami yang memiliki isteri yang suka membandingkan suami".
Maka isteri pun diam, pendam, ujung-ujung depression.
Bila isteri depression, suami buat apa?
Kawen lain. Ceraikan isteri.
Alasannya isteri kurang siuman.
Padahal punca bini-bini gila kebanyakkannya, suamilah.

Dapat pulak suami yang potray diri hebat depan mak bapak macam screen shot tadi.
Dia terpaling bekerja.
Dia terpaling gaji tinggi.
Dia terpaling provider.
Bini kat tepi senyum je tak nak jatuhkan airmuka suami.
Padahal, si suami hanya terpaling mengote.

Suami-suami yang merasa isterinya berlagak bila berduit, bila dah kaya -- muhasabah diri please.
Identify kenapa isteri kau yang dulunya berlembut dan bertolak-ansur boleh jadi "berlagak" macam tu.
Jangan hanya canang "Isteri bila dah kaya gitulah, jadi kurang ajar".
Mustahil sangat isteri tu "berlagak" sekelip mata sebab duit.
Ada benda yang kau tak cerita, kan?