2023-09-11

I don't have the time and energy to live life to meet other people's expectations.


Aku tak aktif dalam aktiviti charity atau volunteer program di universiti [zaman belajar dulu].
Jangankan group yang besar, study group pun aku tak join.
Jarang sangat nak terserempak aku berlonggok buat study group. Hampir takde.
Kalau terserempak, tu maknanya tengah discuss group project.
Bukan apa, selalunya study group ni bersembang je lebih.
Dapat pulak group yang dari 6 orang, sorang je boleh diharap. Terus jem.
Sorang tu je la harapan untuk memberi input.
Yang lain melopong salin nota.
Dey, kalau gitu caranya, itu bukan study group ya.
Tu namanya kelas tusyen.

Di group sekolah anak-anak pula, aku lebih suka jadi pembaca.
Orang suruh vote, kita vote.
Orang minta sumbangan, kita sumbang.
Selalunya sumbang duitlah.
Kalau sumbang tenaga, akulah paling tak nampak muka.
Bukan sebab takde masa.
Bukan juga sebab jadual padat.
I could make time.
Cuma, aku tak berapa minat terlibat secara lansung dengan kebanyakkan program sukarelawan.
Kalau terlibat secara tak lansung macam chip in money tu boleh, insyallah.

Aku tau confession aku ni bakal mengundang macam-macam komen, but aku cuma menjadi jujur.
Sejujurnya, aku memang tak minat bergotong-royong.
Senang cakap aku ni malaslah.
Kalau nak tengok aku beria-ia angkat tangan volunteer pasangkan langsir kelas, basuh kelas, hias dinding bilik darjah anak - tak kot.
I mean I will do if it needs to be done [kalau dah takde orang lain] tapi kalau nak tengok aku berebut volunteer, memang taklah.

Hari tu masa dorm Rayyan ada buat gotong-royong, aku join.
Bukan kerana aku nak join, tapi dah alang-alang datang sana untuk jenguk Rayyan.
Apa salahnya sekali harung join.
Singgah kedai beli penyapu and tuala good morning 5 helai untuk lap-lap tingkap.

Aku tahu ada orang yang tak berapa suka dengan orang semacam aku.
Dorang anggap "Tak acilah asyik contribute duit tapi tak pernah datang tolong gotong-royong".

Entahlah, aku tak nampak apa yang teruknya kalau selalu sumbang duit, tidak tenaga.
Everyone ada cara yang berbeza untuk bagi sokongan kepada komuniti.
Lagipun selalunya kita diberi pilihan, "Sesiapa yang nak beri sumbangan pun boleh".
Selalunya gitulah.
Jadi, apa juga pilihan kita, is valid and can also have a positive impact.

Yang penting, keikhlasan dan niat untuk membantu.
Sumbangan duit can be used to fund initiatives atau program yang perlukan financial resources to operate.
Yang datang gotong-royong tu takkan datang saja takde buah tangan bawa balik, kan.
Duit yang mak bapak sumbang bolehlah beli air, makanan dan goodie bags untuk yang datang membantu.
Apalah yang jaki nau orang tak datang gotong-royong?

Aku always pilih untuk sumbang duit.
Bukan sebab berduit, tapi aku tahu kalau ada orang yang pemalas macam aku, mesti ada orang yang rajin.
Dan selalunya yang rajin-rajin ni lebih bersemangat buat kerja.
Kerja pun tak berkira dan mereka lebih teliti.
Kalau kau perasan, orang-orang yang into charity work selalunya adalah muka-muka yang sama.
Itu bermakna, their passion memang ke arah tu.
Orang macam aku, yang malas dan takde passion dalam bergotong-royong, selalunya buat memenuhkan tempat je.
Mengabihkan boreh. Buat kerja pun terkibai-kibai.
Baik duduk rumah lagi bagus.
Tak menyakitkan mata orang lain.

Ada orang, join sukarelawan semata-mata nak melibatkan diri.
Bukan melibatkan tenaga.
Buat memenuhkan tempat je.
Pegang baldi kejap pastu layan bersembang 2 jam.
Pegang penyapu set set set set, pastu duduk membawang 2 jam.
Lepas tu claim jadi volunteer. Bladihel.

Aku suka berbuat sesuatu kalau perkara tu aku boleh buat dengan sepenuh hati.
Kalau tak, aku tak buat lansung.
Kalau buat sekadar nak menjaga hati orang lain, aku takkan buat sebab nanti konfem aku buat sambil lewa.
Dan yang paling teruk sekali chances are, aku buat sambil merungut dan mengungkit.

Bukanlah aku tak pernah terlibat lansung dalam kerja-kerja charity.
Ada, tapi tak banyak.
Things like bersorak tepi court time anak game hoki, adalah "charity work" yang aku enjoy buat dengan sepenuh hati.
Suara aku je dah mewakili 10 orang suara mak bersorak bertempik tepi padang tu, insyallah.
Mak-mak yang lain boleh duduk tepi dendiam. Let me handle this. Gitu.

Seingat aku, aku tak pernah jadi sukarelawan untuk sebarang program di sekolah anak-anak.
Dari Redza and Rayyan sekolah tadika, sekolah rendah sampai ke menengah.
Tapi kalau menyumbang duit dan makanan, atau prepare goodies bag, sanggup aku bangun awal pagi mem-prepare.

Tak kisahlah apa orang nak cakap.
I don't have the time and energy to live life to meet other people's expectations.
Setiap orang ada perkara yang diletakkan as priority dan ini terpulang pada pilihan masing-masing.
Ada orang letakkan anak-anak sebagai priority utama.
Ada yang letakkan family sebagai priority.
Ada yang letakkan kerjaya.
Ada yang suka charity work yang memang look forward untuk volunteer apa-apa program.
Ini semua pilihan masing-masing.
Masing-masing ada kecenderungan yang berbeza.
If everything demand our attention, we will never have focus.

Untuk itu, aku bukan sahaja belajar untuk say NO kepada orang-orang yang hanya mahu ambil kesempatan kat aku, tapi belajar say NO juga untuk perkara yang aku tak mampu atau tak mahu buat.
Ini penting untuk maintain emotional health.
Bila kau tak tahu macamana nak say NO pada perkara yang kau tak suka atau tak nak buat, it will effect your personal productivity.
Buat sesuatu supaya orang lain suka itu bagus, malah sangat mulia.
However kalau selalu sangat buat sesuatu dengan terpaksa, lama-kelamaan hidup dan fokus kita bercelaru sebab sibuk nak settlekan keperluan orang lain berbanding diri sendiri.
Kerja kita juga jadi makin banyak, tetapi kerja tu tak bagi real value untuk kita pun.

To be honest, aku dapat banyak request setiap hari. Banyak.
Sometimes bila aku refuse untuk accept request, rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Kalau boleh aku nak elakkan sebarang konflik.
Kalau boleh, aku nak accept semua request sebab kalau aku refuse, the friendship suffer.
Jadi, aku pun layan je semua request.
One day aku realized that, everytime aku berikan 1 jam untuk orang lain, itu adalah 1 jam masa aku berkurangan untuk diri aku, suami dan anak-anak.
Every time I gave someone 2 jam [untuk prepare FREE product review], that was 2 jam energy aku berkurangan untuk kerja hakiki aku.
Every time aku say YES to someone else, it is a NO to my list of priorities.
Sejak dari itu, aku start being honest.
Kalau aku refuse to do something, aku cuba sampaikan in the most polite way possible.
Bukan semua request aku refuse.
However, tak semua request aku accept.
Ada yang boleh terima, ada juga yang argue.
Yang argue, aku tak boleh buat apa.
Mungkin aku pun tak berada di tempat dia, tapi to be fair dia juga tak berada di tempat aku.