2021-12-21

Not everyone is happy about your success.


Sesekali cakap omputih la kita.
Bukan apa, kalau tulis in english, nampak sikit politenya.
Kalau tulis in Malay karang, aku terbancuh kaw-kaw pulak.

Pernah kan kita tengok situasi apa saja yang seseorang tu buat, pasti ada yang sakit hati.
Ada je yang tak berkenan di mata.
Seboleh-boleh nak dicari sekecil-kecil salah.
Kadang tu dah takde arah nak cari salah, Hamba Allah tu keluar pakai kaftan pun dia kondem.
Yang pelik-pelik je perangai manusia.

Rasa ketidakpuasan hati pada seseorang, especially bila seseorang itu achieve another milestone, atau achieve sesuatu yang kita tak sangka dia boleh capai, selalunya akan menerbitkan rasa iri hati.
Dan selalunya perasaan iri tu datang kerana kita kecewa dengan pencapaian diri sendiri.
Cuba tengok ketika kita rasa happy, segalanya ok di mata, kan?
Hanya ketika kita kecewa dengan situasi hidup, mudah untuk kita merasa sakit hati bila nampak orang lain berjaya capai sesuatu.

Dan selalunya bila kita merasa jealous dengan seseorang, gap antara kita dan orang tu, besar.
Bukan sahaja huge gap but noticeable too.
Contoh, there is a big difference between someone making 10K sebulan dengan someone yang buat 1 juta sebulan.
There is a huge difference between someone yang single dengan orang yang dah berkeluarga.
There is a major difference between someone who is obese and a supermodel. The list goes on...
That gap memberikan rasa yang tak best.

Dalam media sosial, gap ni lebih ketara.
Dari segi bilangan likes, followers, how much comment you get - ini semua boleh jadi punca orang bitter tak tentu pasal.
Padahal orang tu hanya ada followers yang ramai saja, bukan ada duit banyak pun.
Bila followers ramai, dah tentulah banyak komen dapat, banyak likes dapat, ramai yang share post-post dia.
Yang tu pun jadi sakit hati pada si iri hati.
Bila nak compete tak boleh, maka dia carilah cara untuk menjatuhkan.

The thing is, walaupun orang tu berjaya diburukkan, kau tetap tak hebat.
Orang tetap tak nampak kau hebat.
Kau tetap tak dikenali ramai.
Followers kau tetap tak bertambah.
At the end kau tak dapat apa-apa kebaikan pun melainkan dapat penat dan dapat stress.
Dan yang pelik tu, walaupun stress, dia jugalah yang paling rajin stalk dan penfollow tegar orang yang cuba dijatuhkan tu. Pelik, kan?

Kenapa jadi macam tu?

Kerana, dia sendiri ada masalah dalaman yang belum settle.
Bahagia tu kan datang dari diri, bukan dari orang lain.
Bermakna, apa juga perasaan tak best yang kita rasa adalah kerana ada perkara yang belum settle tentang diri kita.
Hanya kita yang boleh buat diri bahagia.

Kuncinya, banyakan bersyukur, kurangkan expecxtation.
Bersyukur ni nampak macam takde apa tapi manfaatnya sangat besar.
Nak kurangkan rasa iri hati pada orang lain, banyakkan bersyukur.
Bak kata ustaz aku dulu, "Carilah reason untuk kita bersyukur".

Toxic level of jealousy ni can ve very very very destructive, baik untuk diri penjealous atau diri orang yang dijealouskan.
Manusia kalau dah sakit hati, biar dia tak berjaya pun takpe, asalkan orang lain jatuh.
Sampai macam tu sekali kegigihannya nak tengok orang lain gagal.
Padahal kegigihan dia tu kalau dia channelkan pada hard work, insyallah dia juga boleh berjaya.

Sebab tu aku selalu pesan kat IGS, jangan publickan your next move.
Bila orang tak tahu your move, dia tak tahu apa nak attack.
Dah siap, baru kau BOOM!
Masa tu kalau dia nak buat taik pun susah dah sebab kau dah accomplish.
Lagipun, bila kau tak bercerita, motivasi kau tak terganggu.

Look, ada dua jenis orang yang akan bagitau kau yang kau tak boleh buat.
Yang pertama, orang yang takut mencuba.
Yang kedua, orang yang takut kau berjaya.
Bila kau dah berjaya nanti dia start la canang sana sini "Alah, siapa-siapa pun boleh buat".
Dah tu, apesal kau tak buat?
Bila orang lain buat dan berjaya, kau bitter.
Tu kan nampak sangat ada unsettled issue dalam diri?

One thing for sure, not everyone is happy about your success.
There is a famous saying, “There are two ways to build the tallest building in town. Build a taller building, or tear down all the other buildings around it.”
Weak people will choose to tear.
Walau dah tear habis, dia tetap unnoticeable dan tak berjaya. Trust me.