2021-10-21

Mudahnya main dulu-dulu.

[Ladies keluar bertenet bersama-sama, bapak-bapak jaga anak]

Last week rumah Mak Aji penuh dengan cucu, anak dan menantu after setahun tak merentas negeri.
Last aku jumpa Ima December tahun lepas masa ke JB. Ima pulak last balik Bangi raya puasa last year.
Maknanya setahun lebih dia tak balik Bangi.
Dah macam duduk kat Zimbabwe lagaknya.
Padahal dalam negara je semua.
Itulah penangan PKP.
Itu menunjukkan kami sejenis yang akur dengan undang-undang. Gitewww.

Cucu Mak Aji belum ramai, baru 6 orang.
Redza (batch 1) memang out of the league.
Takde geng kalau balik Bangi sebab cousin-cousin lain semua kecik lagi.

Rayyan, Jannah and Mirza (batch 2) lebih kurang sebaya, boleh main bersama.
Tapi masing-masing dah mengadap online games je sekarang.
Tak berkuntau sangat.

Iskandar 3 tahun (batch 3) tengah melasak.
Izzudin masih baby, blom reti main.

Walaupun ada 6 cucu tapi ada gap yang agak besar antara Batch 1, 2 dan 3.
Berkumpul satu rumah tapi ada group-groupnya.
Yang sorang berlonggok main Roblox, yang sorang bersilat tengah-tengah rumah dan yang satu lagi maybe kalau dia ada, tengah tido (Redza).

Rumah Mak Aji tu kalau nak dengar bising pun bukan suara cucu tapi suara anak-anak.
3 orang je anaknya pun tapi suara aku je dah mewakili 10 orang.
Sepanjang PKP jiran-jiran Mak Aji aman takde dengar suara perempyan mengilai kat dapur.
Eh tetiba last week dah ada suara mengilai. Sure tension dia.



[Dimsum time]

Masa kitorang tengah lepak-lepak sambil perati-peratikan budak-budak ni main, aku dengan Ima layan bersembang.
Ima cakap "Dulu kita main rumah sikit tak bersepah kan?"

Yes, right! Memang tak bersepah.
Nak mampos sepahkan rumah Mak Aji?
Beliau libas dengan pemukul lalat, terus game over.

Anak-anak sekarang asal nak main je mesti kena ada barang mainan.
Si Rayyan masa kecik dulu setahun 14 kali beli set dokter-dokter.
Tahanlah dalam setengah jam, pastu stetoskop terbelah dua.
Kalau barang memasak jangan cakap la.
Aku rasa lemari Ikea yang aku beli untuk dia simpan barang mainan tu, 3 laci je dah penuh dengan kitchenware dia je.
Belum masuk barang lain.

Aku terpaksa akui betapa hebatnya zaman kanak-kanak dulu bermain.
Rumah sikit tak semak dengan barang mainan.
Seingat aku, aku dengan Ima takde barang mainan.
Maybe ada la 2-3, tak banyak dan takde yang meninggalkan kesan.
Setakat teddy bear, ada. Dam Aji, ada. Dan Darjah 6 dapat Monopoli.
Tapi kalau mainan masak-masak, dokter-dokter, ke kebun, ke pool ni semua takde.

Masa Ibal wujud barulah ada mainan-mainan ni semua dalam rumah.
Agaknya excited anak lelaki kan, kejap-kejap dibelikan mainan.
Lepas tu yang tukang kemas balik-balik aku.

Aku tanya Ima "Ingat tak kalau kita start main mekap-mekap kat kampung, kita guna apa?"

Ima cakap "Bedak!"

Ya, adik-adik, bedak ya.
Bedak Johnson & Johnson powder tu.
Main kat kampung katakan, nenek aku mana ada mekap.
Bila datang seru nak main mekap-mekap, walau takde alat mekap, permainan itu harus diteruskan juga, ya.
Bahan yang available untuk dijadikan alat mekap waktu tu cumalah bedak.
Bedak ada 2 jenis, satu yang powder, satu lagi yang patsegi buat baling anjing tu.
Alah, yang gambar depan dia pompuan muka putih selepom.
Bedak tu kan kesat sikit.
Aku gunakan bedak tu untuk cabut uban arwah atok.
Bedak tu memang available untuk dicapai, nenek takkan syak punya aku buat main bedak tu sebab itulah satu-satunya bedak easy access.
Bedak tu dalam kotak kan, so macam feeling guna barang mekaplah.



[Nasib baik CT ada anak kecik standby kat rumah, kalau tak, mahu lajak pi karaoke lepas makan]

Jadi, macamanakah kami gunakan bedak tu sebagai alat mekap?

Senang.
Kita berimaginasi sahaja 😆.

Bedak tu aku gunakan sebagai eye shadow.
Itulah jugak blusher.
Lipstik takyah, lipstik pakai air liur je.
Jilat-jilat sikit bibir dengan air liur biar nampap kilat ala-ala lip tint.
Padahal bedak tu bila sapu kat mata dah sah-sah nampak setepek putih kat kelopak mata, kan?
Salah! Itu pandangan mata orang tua.
Pandangan mata budak-budak, kalau aku cakap bedak tu adalah eye shadow, maka ia jadi eye shadow.
Kalau aku cakap bedak tu adalah blusher, maka itu adalah blusher.
Memang menjadi!
Dah settle ‘mekap’ tengok kat cermin, wow cunnnnn!
Walaupun sebenarnya putih je, tapi imaginasi budak-budak power tau.
Kau je nampak putih, tapi kitorang yang main tu nampak kelopak mata biru, pipi merah!
Kau mana tau semua ni.

Sama lah kekdahnya kalau main masak-masak kat kampung.
Takyah guna barang-barang dapur nenek aku, kuali periuk sudu segala.
Kitorang tak kacau.
Segala-galanya ada kat luar rumah.
Dunia ini ada banyak benda untuk dimanfaatkan.
Kalau aku kata buah pokok jenjarum tu adalah bawang, maka itu adalah bawang.
Kalau aku cakap "Ima, pegi carik sayur”.
Ima dengan otomatiknya petik daun rambutan, bunga raya nenek aku, kaut sikit dedak ayam kat reban tu.
Eh kata nak buat sayur campur kan, haruslah warna-warni sikit. Gitu kreatifnya.
Sebulan duduk kampung, dedak ayam nenek aku licin buat main 😆.

The same goes bila main nenek-nenek.
Walaupun cuma bunga kertas + bijik buah jenjarum ditumbuk-tumbuk dan dibalut dengan daun bunga raya, ia tetap menjadi sirih!
Kalau kau cakap tu bukan sirih, kau takleh main. Blah!
Kalau kau nak main, kau kena percaya itu adalah sirih.
Kalau aku cakap kau kena makan sirih tu, kau makan. Mbahahhahah.
Ada elemen-elemen kejam sikit dalam permainan ni.

Imaginasi budak-budak kau jangan buat main-main.
Kalau aku kata “Jom kita panjat pokok kelapa” adekah wajib ada pokok kelapa?
Tak payah okeh.
Cukup dengan hanya tiang porch nenek aku.
Kalau aku cakap itu pokok kepala, maka itu adalah pokok kelapa.
Beria aku panjat. Siap ikat tali rafia kat pinggang buat selit kayu.
Konon macam parang la.
Nasib baik masa tu aku tak terfikir nak bawak beruk sekali naik 'pokok kelapa' tu.
Kalau tak, mesti Ima yang jadi beruk aku. Kahkahkahkah.

Hari hujan? Mo mantaiiii.
Boleh main dalam rumah. Nak main apa, cakap?
Main pondok-pondok? Bolehhhh.
Ambik nasi kosong tuang kicap, makan bawah meja.
Meja adalah pondok. Otomatik jadi orang miskin.

Kalau jadi orang kaya macamana?
Tu haaa kusyen nenek aku banyak.
Susun kusyen keliling buat ‘rumah’.
Siap ada karpet tau rumah aku.
Tu ha sejadah atok aku jadikan karpet.
Langsir pun ada! Kain saprah nenek aku jadi langsir.

Tu nak bagitau imaginasi budak-budak. Jauh perginya.
Tapi yang lebih penting, lepas main kena kemas balik.
Kalau tak, jauh tak cukup tanah kau lari bila kena jerkah nanti.



[Lepas makan dimsum, makan lagi]

Budak-budak sekarang, nak main masak-masak kena beli mainan, nak buat kuih kena beli Play-Doh, nak main mekap kena beli set mekap Barbie.
Macam si Rayyan dulu.
Datang seru dia nak jadi dokter, jam tu jugak aku kena carikkan mainan dokter kat Giant.
Bila aku cakap “Nah pakai penyepit bihun ni jadikan spatula”, taknak dia!
Dia gugel pulak youtube tunjuk kat aku set mainan dokter yang dia nak.
Nak main 15 minit sampai RM100+. Ehhhh kosser aku.

Aku dulu nak main dokter-dokter, pakai spek mata bapak aku je dah cukup menjadikan aku seorang dokter.
Selebihnya ambik kat dapur - penyepit baju, penyepit mihun (jadi spatula), kain tudung mak aku jadi anduh.
Helo kamonnnnn. Banyak kot barang 'mainan' dalam rumah mak kita semua.
Tinggal nak explore dengan taknak je, betul tak?

Nak main ofis-ofis? Lagi senang.
Pen ada, kertas ada, yang paling penting typewriter bapak aku ada.
Barulah feeling ofis ada bunyi tap tap tap tap typewriter.
Siap gunting kertas berkeping-keping buat cheque book!
Dari kecik dah feeling sign cheque 😆.

Aduiii, free and easy betul masa kecik.
Tak takut lansung nak imagine jadi apa-apa.
Terasa semuanya kita boleh jadi.
Bila dah besar semua benda takut nak buat.
Nak bagi talk takut, nak buat presentation takut, nak jumpa orang takut. Kan?

Ok, aku kena bagi talk sales jap gi.
Nak breakfast dulu.