2021-06-25

Bos perempuan cerewet?

Post hari ni aku nak mulakan dengan share cerita 5 tahun lepas:

Ex-bos aku ni adalah bukti aku juga ‘kering hati’ bila berkerja.
Dia memang hard to please, but not hard to work with.
Orang macam ni dia keras dalam urusan kerja je.
Nak lembutkan hati dia senang - kerja kena meet expectations.
Kau nak buat kerja sambil layan FB ke, layan lagu ke, dia tak kisah asalkan sales hit, kerja siap, tip top.

Selalunya tugas men-top barang-barang pantry adalah kitorang.
Setiap bulan ada sorang di-assigned untuk beli barang pantry.
Tapi kalau one day dia masuk ofis dengan menjenjet plastik makanan, itu tandanya disaster bakal berlaku 😆.
Samada meeting drag sampai 11 malam, ataupun ada tender nak kena siapkan maka makanan yang dia bawak tu adalah bekal untuk kau makan dalam ofis - JANGAN KELUAR!
No reason untuk keluar sebab makanan semua dia dah siapkan.

She is hard to please.
Kau tak payah la nak ambik hati dia dengan memuji-muji.
Tak makannya dia.
Boss beginilah yang kebanyakan pekerja kata “bos perempuan cerewet”.
Padahal bukan cerewet, it’s purely work.
Kalau kau tak perform, kau puji dia melambung pun sia-sia, tetap appraisal kau teruk.

Aku pula suka dengan bos yang macam ni.
Yang kalau marah pun kerana kerja, bukan sebab lain.
Ex-bos aku masa kat Prudential jenis perangai bukit.
Jenis micromanage.
Kalau kau balik pukul 6pm sharp 3 berhari berturut-turut kau kena panggil.
Padahal 6pm dah habis waktu kerja.
Sebab dia anak dara tua, agaknya jaki orang lain ada life, dia takde.

Aku kena panggil sebab setiap hari balik 6pm.
Blur kejap aku apesal balik pukul 6pm tak boleh?
Dia kata aku tak komited macam orang lain.
Orang lain stay back aku tak.
Aku cakap aku tak tau pun wajib stayback.
Dia kata tak wajib tapi show some respect pada bos (dia la tu).
Selagi bos tak balik patutnya aku takleh balik. Apabenda sial? Padahak kerja aku takde backlogs.

Aku cakap it’s already 6pm, aku bukan duduk sebelah Prudential.
Rumah aku kat Subang Jaya.
Aku nak berjalan kaki ke stesen Dang Wangi tu satu hal.
Nak kejar LRT satu hal. Nak kejar komuter satu hal lagi.
Cara-cara balik 6pm pun sampai Subang 7.30pm.
Kau nak suruh aku sampai rumah pukul 9 malam ke camne?
Dah la esok pagi aku kena catch train 6.20am.
Kalau terlepas train ni konfem masuk lambat karang kau panggil aku lagi.
Imagine life aku masa kerja Prudential starts at 5.30am-7.30pm hanya untuk urusan kerja saja.
Meletihkan.
Balik rumah buat gitu-gini, paling lambat 11pm dah kena tido.
Nasib baik masa ni belum ada anak.

Masa di sana aku keguguran (first pregnancy).
Maybe stress, atau tak cukup rehat.
Aku MC 2 minggu. MC, ya. Bukan ponteng.
Punnnnn aku kena panggil.
Alasannya aku baru masuk kerja and she didn’t expect aku to mengandung.
Sumpah pelik.
Aku cakap apa kaitan kalau aku mengandung dengan kerja?
Berapa ramai staf yang dah kawen kat Prudential tu, memang semua tak mengandung ke?

Bos gini yang aku takleh tahan.
Dia mencari pasal kat bukan hal kerja.
Kalau bos terakhir aku tu lain.
Apa benda dia mengamuk pun pasti hal kerja, never hal personal.
Laptop ofis aku letak screensaver Leslie pun dia tak kisah.
Sorrylah aku memang tak reti nak micromanage macam ni.
Semua benda nak perati nak kelebet.
Banyak masa kau, ya?
Staff-staff aku memang aku biarkan dorang buat kerja sendiri.
Yang aku nak tahu - task kena submit on time, sales hit target, and production on track.
I’m happy.

Takde keje aku nak kelebet dia main FB ke, dengan lagu ke, apa ke.
Cuma disebabkan nature of bisnes is sales, jadi masing-masing kena faham.
Yang production kena tahu bila masa stok kena top up, bila masa kena check raw material.
Yang buat packing kena tahu Pos Laju kutip 2.30-3pm, jadi kalau nak makan pukul 11am ke, pukul 2pm ke, tak kisah.
Yang penting sebelum Pos Laju datang semua pakej dah siap, no pending delivery.
Yang grafik, I don’t care nak start kerja pukul berapa, janji task siap.
Jenis bos apa yang kelebet benda-benda kecik?
Tak letih ke benda kecik pun nak perati.

Oh sebut pasal wallpaper, ada sorang lagi bos perempuan masa aku di MOSTI.
Aku letak wallpaper gamba aku and En Wan dia marah.
Dia cakap tak patut letak gamba personal pada bukan harta kita.
Aku macam…? Ok takpelah, aku buang.
Walaupun benda tu tak menganggu kerja aku pun.
Maybe dia sakit mata sebab yes, she is anak dara tua. Jaki agaknya.

Bos aku arwah En Megat tu sikit tak kisah nampak gamba aku and En Wan kat wallpaper desktop, siap ajak sembang lagi kisah cinta aku.
This kind of bos tahu kerja-kerja di opis dah cukup menstresskan jadi tak payahlah merumitkan keadaan dengan mencari pasal perkara yang tak perlu.
Tapi aku hormatilah harta kerajaan, jadi aku buang gamba aku.
Aku gantikan dengan frame gamba letak gamba aku and En Wan.
Menjeling-jeling je dia tengok frame aku bila masuk cubicle aku.
Aku tunggu je dia sound. Nasib tak.
Kalau dia sound, aku nak cakap “Kawen je lah..tenat sangat dah nampaknya”.

Ada sorang lagi bos perempuan, dia ni pun tough kalau berkerja.
No-nonsense punya orang.
Tapi dia boleh gurau-gurau, makan sama, sembang pasal family.
Tapi bila masuk opis karakter bertukar.
Kat sinilah ramai orang silap.
Kebanyakan orang anggap bila kat luar kamceng dengan bos, makan sama, shopping sama, bercuti sama maka segalanya boleh kaw tim.
Bila kena marah, terus sentap.
Habis dijajanya rahsia orang tu.
Apa yang disembang di luar waktu kerja dicanangnya habis-habis.
Tapi part dia kerja tak betul dia tak cerita pulak.

Conversation aku dengan bos MJA.
Aku tanya dia if aku ‘keras’ bila berkerja.
Sebab aku handle program Halal and Food Safety di MJA, so dia ‘letakkan’ dua staff dia bawah aku.
Senang kalau aku nak mintak buat task apa-apa, tak perlu melalui dia.
Memandangkan aku tahu perangai aku bila berkerja, jadi aku tanya dari pandangan dia aku ni macamana.
Bukan apa, kalau teruk sangat boleh aku adjust, karang lari pula staff dia.

“Perempuan..”

To be honest sepanjang aku berkerja be it semasa makan gaji dan menggajikan orang, perempuan SELALUNYA tak ngam bila bos dia juga perempuan.
Because some perempuan anggap bila perempuan sama perempuan perlu lebih memahami.
Ya, betul. Itulah kelebihan bila berbos-kan perempuan.
Tapi kita jangan ambil kesempatan.
Hal kerja is kerja.
Kalau nak dia bertolak-ansur hal peribadi, boleh.
Tapi kalau sampai hal kerja huru-hara, that’s not good.
As pekerja kita pun kena memahami kedudukan bos dalam bisnes.
Kalau dia buat charity maybe dia tak kisah kau buat kerja ke tak.
But she is running a business here.
Karang bisnes takleh sustain kau jugak yang takde gaji.

Kadang bukan hanya bos perempuan, dalam berkawan pun yang saling berdengki pun perempuan juga.
Especially kalau work together.
Some perempuan bila berkerjasama, bukannya outcome of the projek yang dipikirkan tapi siapa yang lebih outstanding di antara mereka.
Kerja tak siap lagi ni, masing-masing dah sibuk nak menang antara satu sama lain.

Idea siapa paling diguna pakai.
Siapa yang paling menonjol.
Siapa paling dapat perhatian.
Siapa lebih bijak.

OMG! Fokus girls, fokusssss.
Kita ni dalam team.
Utamakan keberhasilan projek, bukan siapa nak menang siapa.
Lagi satu bila dah rapat kemudian berkerja pula satu group, payah.
Payah nak bagi arahan, payah nak perbetulkan salah, payah nak tolak cadangan, payah nak assign task sebab bukan semua orang faham konsep THIS IS PURELY WORK.
Nak bertekak biar hal kerja saja.
Jangan drag perkara-perkara di luar hal kerja.

Aku rindu sebenarnya nak ada team macam ex-bos aku tu.
Dia hard dalam urusan kerja tapi itulah punca aku banyak belajar and bisnes dia pun make millions easy peasy.
Kerana cara kerjanya.
Aku suka berkerja dengan orang yang strict macam tu supaya aku fokus and less procrastinate.
Walaupun dia sarcastik, dan a bit harsh, semuanya atas urusan kerja.
Sesekali kena bambu bagus juga.
Sesekali kena lempar sales report kat mula pun bagus.
Barulah ada improvement.
Kalau asal kena marah ssyik nak sentap je, tak letih ke.
Sesekali tengoklah diri, mana tahu memang kita perlukan improvement.

Ada competitor macam ex-bos aku ni best.
Dia call tanya khabar, bagi advise, bagi tunjuk ajar.
Bayangkan kau dapat guide dari competitor?
Another level of competition!