2021-05-22

Pilihlah untuk jadi kaya

Mana yang lebih baik - miskin dan sabar ATAU kaya dan bersyukur?

Hidup umpama roda.
Sengaja Allah jadikan sebahagian dari kita boleh berdikari, tak meminta-minta, mampu bahkan kaya.
Sebahagian lagi miskin, serba tak cukup.
Ada yang sabar, ada yang tidak.
Orang kaya ada yang bersyukur, ada yang kufur.
Ada yang sombong, ada yang rendah hati. Itu kenyataannya.
Tapi, kalau disuruh memilih, kita nak yang mana?

Kalau aku, of course lah nak kaya.
Walaupun duit bukan segalanya tapi dalam keadaan ekonomi tak menentu waktu pandemik ni, rasanya lebih baiklah jadi kaya.
Masing-masing pun nampak kan kelebihan orang berduit ni macamana?
Bila tak berduit, seolah-olah hilang hak untuk bersuara.
Apa kau buat semacam tak valid.

Dia macam ni lah, kalau kau tak pandai, kau kena jadi kuat.
Kalau kau tak kuat, kau kena ada pengaruh.
Kalau kau takde pengaruh, kau kena kaya.
Tapi kalau kau ada kesemuanya, kau lebih menang daripada yang ada kaya sahaja. Kau faham tak?
This is the world that we are living in.
Cakaplah apa pun - duit tak bawak ke mati - hakikatnya selagi kau belum mati, duit juga yang orang pandang.

Aku tak nak cakap siapalah yang buat, tapi aku pernah rasa bila kau tak berduit (tak kaya), kau mudah jadi bahan lawak orang sekeliling.
Orang anggap kau layak dijadikan modal untuk buat lawak.
Dan kau juga always jadi budak suruhan.
Jangan feelinglah kau jadi orang harapan, takde maknanya.
Kau hanya jadi orang suruhan.
Apa-apa, kau yang disuruh, kau yang diminta buat itu ini.
Tapi bila part peluang, orang lain yang dapat.

Sebab tu masa kecik dulu Mak Aji selalu cakap “Kau tu bukannya cantik, jadi kena pandai!”.
True sangat.
Bila kau pandai (I mean bila orang nampak kau ada achievement), layanan orang pada kau berubah sikit.
Walau kau takde rupa, walau kau bukan kaya, rasa hormat orang pada kau dah mula ada.
Malas nak cakap panjang pasal ni sebab mungkin orang-orang yang terlibat ada baca tulisan aku ni.

Ok berbalik pada isu kaya-miskin ni, kalaulah statement aku tak disalahfahami, aku nak katakan jangan pernah pilih untuk jadi miskin walaupun dalam kesabaran.

“Kenapa? Bukan ke sabar tu baik?”

Ya, betul. Rasulullah saw pernah bersabda “Betapa luar biasa seorang Muslim kalau diberi kurnia dia bersyukur, kalau diberi cubaan dan kekurangan, dia sabar”.
Cuma dalam perspective ekonomi, mana yang lebih baik?
Si miskin yang bersabar memang baik tetapi baiknya untuk dirinya sendiri.
Tak merungut, tak mengeluh, sabar, redha, qanaah - insyallah baik.
Tapi, baiknya tu untuk dirinya saja.
Kalau seseorang itu kaya, dengan cara yang halal, rendah hati, tinggi pula syukurnya - itu bukan saja baik untuk dirinya malah baik untuk keluarganya, baik untuk orang bawahannya (pekerja), baik untuk lingkungannya, dan baik untuk bangsanya.
Bukan tu saja, tapi baik untuk masjidnya, kerana selalu berwakaf.
Baik untuk anak yatim kerana infaqnya.
Baik untuk orang susah kerana membantu meringankan bebannya.
Dan baik untuk kehormatan Islam kerana ada Muslim yang kaya. Subhanallah.

Jadi jangan pernah bercita-cita nak jadi sederhana apetah lagi miskin.
Selalu orang salah faham tentang “yang ramai disyurga adalah orang miskin”, lantas masing-masing prefer untuk jadi miskin supaya boleh menang syurga.
Actually jadi kaya pun boleh menang syurga kalau dengan kaya banyak manfaat yang kita buat, insyallah ada syurga untuk kita.
Orang Islam mesti kaya.
Bukan maksudnya kena duit harta bertumpuk-tumpuk.
Asal jangan sampai hidup meminta-minta.

Kaya tak salah, duit banyak tak salah, berharta pun tak salah.
Bak kata someone, hidup tak boleh sederhana, yang mesti sederhana tu GAYA HIDUP.
Bukan makna kata bila kaya maka gaya hidup harus mencerminkan kekayaan. No.
Gaya hidup boleh maintain low, takde masalah.
Tapi dengan kaya, zakat kita bertambah.
Itu yang seronok bila kita dapat berzakat and berinfaq dengan lebih banyak dari semalam.
Bak kata ustaz, umur dah 40, tapi hafazan balik-balik 4 Qul tak tambah-tambah.
Begitu jugalah dengan infaq.
Setiap tahun pendapatan bertambah tapi infaq kita sama stagnant sepanjang 10 tahun. Tak tambah-tambah.

Sekali lagi, JANGAN PILIH UNTUK MISKIN TETAPI SABAR, PILIHLAH KAYA TETAPI BERSYUKUR.
Itu lebih baik.
Kalaupun kita dalam keadaan kurang, harus berdoa, ikhtiar, dan belajar untuk keluar dari kemiskinan, kerana kemiskinan adalah PENYAKIT.
Penyakit hati, penyakit hutang, penyakit diri, bahkan boleh menghadirkan rasa suudzon kepada Allah dan mengaggap Allah tak adil.

Before raya hari tu ada terbaca post sorang lelaki kecewa tak dapat teman bapaknya warded.
Nak hantar ke private hospital lagi tak mampu katanya.
Dia kata dia kecewa sebab tak kaya.
Kat sini boleh nampak kan betapa nipisnya sempadan yang membezakan antara sabar dan kecewa.
Silap-silap boleh tergelincir - menyalahkan takdir. Nauzubillah.
Sedih aku baca post budak tu.
That’s why kalaupun kita dalam kesulitan, mesti usaha keluar dari kesulitan supaya paling minimum pun kita boleh berdikari (tak meminta-minta) dan tak sampai menyalahkan takdir.