2021-04-16

Nak buat baik, buat cepat.

Abu Bakar RA adalah sahabat pertama Rasulullah saw yang memeluk Islam.
As soon as dia masuk Islam, Abu Bakar segera ajak seramai mungkin orang untuk masuk Islam.
Salah satunya ialah Usman bin Afan RA.

Suatu hari Rasulullah saw bagitau umatnya dia sangat memerlukan air.
Pada zaman tu sumber air dibeli.
Rasulullah saw cakap sesiapa yang boleh beli sumber air, orang tu akan masuk ke syurga.
Usman tak menunggu. Dia segera kata, "Saya beli Rasulullah" .

Ini bukan satu-satunya jariah Usman yang membawa banyak manfaat kepada ramai orang hingga sekarang.
Ada banyak lagi sumbangan Usman - sedekah, zakat, wakaf - untuk masyarakat pada zamannya, yang diturunkan hingga sekarang.
Kebajikan terus mengalir untuk Usman hingga hari ini selagi semua yang dia sumbangkan membawa manfaat bagi umat manusia.
Dan kerana orang yang mengajak Usman untuk memeluk Islam adalah Abu Bakar, semua pahala Usman juga merupakan pahala Abu Bakar.
Amazing, right?
The only thing Abu Bakar did was BERSEGERA mengajak Usman memeluk Islam, dan itu memberi manfaat kepadanya throughout the ages.
Begitulah juga dengan Usman.
Tak pernah menunda, selalu bergegas ke depan untuk menyediakan berbagai keperluan umat.

Keywordnya, JANGAN MENUNDA KEBAIKAN.
Jangan sesekali menangguhkan kebaikan walaupun sekejap.
Tergerak nak belanja member, buat.
Tergerak nak hantar makanan berbuka untuk kawan, buat.
Tergerak nak belikan mak bapak sesuatu, buat.
Tergerak nak mengaji, capai henfon bukak apss Quran, terus baca.
If ada someone minta dibimbing dan kita bertangguh, kemudian orang tu mati sebelum dapat dibimbing, maka kita bertanggungjawab.
Walaupun hanya sesaat setelah kita tunda.

Pernah tak terfikir kenapa memberi makan (menjamu) adalah sedekah yang paling baik, walaupun sebiji kurma?
Kerana, bila kita bagi orang makan, seluruh amalan orang itu - puasanya, solatnya, zikirnya, sedekahnya - akan turut dapat pahala kepada kita.
Ini selari dengan hadis "Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun" (Tirmidzi).

Lagi satu sebab untuk jangan bertangguh adalah kerana kita tak pernah tahu sampai bila kita di sini.
Tak akan rugi kalau bersegera buat kebaikan kerana siapa tahu kebaikan itu menjadi amal yang sangat diredhai Allah.
Jangan sesekali menunda kebaikan kerana peluang tu mungkin tak datang lagi.
Hati manusia boleh berubah, iman kita juga boleh berubah, dan orang yang dapat kita bantu tidak semestinya memerlukan pertolongan kita pada masa yang lain.
Kalau terlepas peluang itu bermakna terlepaslah peluang untuk kita mendapatkan pertolongan di akhirat.

Orang yang ramai pengaruh sangat senang buat kebaikan.
Bila crowd ramai, apa yang dibuat akan diperhatikan dan tak mustahil jadi ikutan.
Contohnya Ustaz Ebit Liew. Followers dia ramai.
Dan dia menggunakan medium dia dengan sangat baik.
Padahal dia takdelah obvious mohon sumbangan ke apa ke.
Tapi kerana dia tunjuk kebaikan, ramai yang buat benda sama.
Banyaknya pahala UEL.
Ni aku sebut-sebut kebaikan dia pun berdesup-desup pahala dia masuk agaknya.  
Seronok aku mengira pahala orang. Pahala sendiri sedih.

Dan followers ramai juga mudah jadi asbab keburukan.
Followers yang ramai menjadi hal yang dipertanggungjawabkan di akhirat esok kerana apa yang disampaikan/ditunjukkan boleh menjadi ikutan.
Semoga apa yang diikut hanyalah yang baik-baik.

In future, those who are influential will be those who control social media.
Sekarang pun kita dah nampak.
Zaman dulu, cikgu-cikgu ada pengaruh besar pada masyarakat, dari murid ke orang tua.
Kalau sebut cikgu, orang respect.
In future, cikgu mungkin takde pengaruh lagi pada murid-murid.
Mak bapak pun mungkin takde pengaruh pada anak-anak.
Those yang ada pengaruh adalah mereka yang ada ramai pengikut.
Manusia akan lebih dipengaruhi oleh dunia maya.
Dek kerana pengaruh media sosial terlalu kuat, alim ulamak pun dah mula berdakwah melalui media sosial.
Kerana zaman sekarang orang lebih ramai di media sosial dari di masjid maka berdakwah juga harus ikut peredaran teknologi.

Tapi tu lah, bila segalanya di media sosial, maka siapa yang ramai followers atau berpengaruh boleh beri kesan positif atau negatif dalam kehidupan.
Orang dah tak dengar lagi cakap para sarjana agama, ilmuwan sains, academician, pakar-pakar dalam bidang tertentu.
People go for followers.
Kalau kau takde followers yang meyakinkan, apa kau cakap tak valid.
Maka berhati-hatilah sesiapa yang ada pengaruh dalam media sosial.
Impaknya besar.
Bukan saja bertanggungjawab di dunia malah di akhirat kelak.
Jangan ingat ramai follower tanda success.
Success tidak diukur pada ramai follower.
Orang yang berpengaruh mesti ada adequate knowledge.
Or at least adequate behavior supaya tak tersalah langkah.

Becoming a blogger with followers, rajin followers minta mendoakan.

"Doakan saya istiqomah, kak".
"Doakan saya pakai tudung, kak".
"Doakan anak saya sihat, kak".


Seronok bila menyampaikan doa orang.
Bukan bermakna doa kita ni konfem makbul tapi peluang mendapat doa malaikat tu yang nak dikejar.
Kerana setiap kali kita mendoakan orang lain, malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.
Antara doa kita dengan doa malaikat mana satu lebih makbul? Dah tentu doa malaikat.

Kebaikan adalah pelaburan akhirat.
Tapi tak ramai yang nak bersegera buat.
Sebenarnya, kebaikan sangat dekat.
Dia ada di sekeliling kita, bila-bila masa, di mana saja dan siapa saja yang kita dapat berbuat baik.
Tinggal lagi hati ni tergerak nak buat atau biarkan peluang tu berlalu begitu saja.