2021-04-15

Jangan layan provokasi

Post hari ni macam ada aura toksik sikit tapi buatkan aku faham kenapa 'toksik' ni berlaku.
Kelmarin aku buat post pasal artis-artis lelaki yang sesuai berlakon cerita cinta, kan?
Then ada sorang blog reader ni email bagitau dia pernah provoke and buat cerita bohong salah sorang artis yang aku senaraikan tu kerana TERLALU MINAT.

Ceritanya gini.
Dia kata dia minat sangat dengan artis tu, selalu stalk IG that artist sampai create fake accounts.
Dek kerana terlalu minat, dia selalu berharap artis tu respond pada komen-komen dia.
Malangnya tak.
Well, artis kot.
Aku yang tak retis ni pun kadang tak larat nak reply semua komen, apetah lagi artis yang sah-sah komen melambak-lambak.
Jadi this person gunakan kaedah provoke untuk mendapat respond.
Katanya takde niat lain, hanya nak dapat respond (attention).
Ya aku faham perasaannya.
Bila kau tengok setiap movie/drama dia, kau follow dia, kau tau semua update tentang dia, then one day dia respond kat komen kau.
Of course terasa macam kau adalah sebahagian dari chapter hidup dia.
Dah tentu lepas tu kau akan usaha untuk dapatkan perhatian dia lagi.
Aku membayangkan kalau tiba-tiba Leslie balas surat aku, mesti lepas tu sehari 7 pucuk surat aku tulis dengan harapan akan dapat balasan lagi.

This person cakap, dia go up to an extend memprovoke dan buat cerita pasal artis tu, semata-mata nak dapatkan perhatian.
Agaknya susah sangat nak dapat attention, dia buat cara 'lain' supaya artis tu bengang lantas membagi perhatian.
Ada la bendanya yang dia buat (bahasa kasarnya, menfitnah), tapi taknak ceritalah.
Benda dah lepas pun.
Cuma pada waktu tu dia tak rasa itu adalah satu fitnah.
Dia thought nak main-main je, saje nak tengok artis tu meloncat.
Cut story short, dia dapat apa yang dia mahukan.
The artis bengang dengan dia.
Dia kata dia got nothing to lose sebab dia pakai fake akaun.

Ok sampai situ saja.
Kisahnya panjang, tapi aku taknak cerita pasal tu.
Anyways, confession dia membuka mata aku, bahawa sesungguhnya memang ada orang minat kita tapi at the same time memprovoke macam-macam, bukan kerana benci tetapi kerana terlalu suka.
Dia suka kita.
Atau maybe dia suka apa yang kita ada.
Dia tak benci kita.
Dia hanya nak jadi sebahagian dari hidup kita.
Mungkin dia nak jadi kawan tapi tak dapat.
Jadi dia pilih untuk jadi "haters" as long as dapat tarik perhatian kita.

Aku baru tahu benda macam ni wujud.
Make sense juga cara ni.
Ye lah, nak jadi kawan kepada seseorang yang famous, bukannya senang.
Orang famous selalunya out of reach.
Nak jadi kawan orang-orang macam ni mesti ambik masa.
Dorang pun takkan sewenang-wenangnya nak accept just anyone as a friend, ye tak?
Kalau kita di tempat dia pun dah tentu kita berhati-hati memilih siapa yang boleh ada access to us.

But at the same time aku rasa macam 'comel' pulak cara tu - memprovoke dan menfitnah demi nak dapat perhatian.
Seriously aku tak terfikir pulak itu salah satu cara nak "berkawan".
Agaknya selama ni anonymous-anonymous yang bercakap-cakap belakang tentang kita walhal kita tak kenal dia, adalah spesis ni.
Dia suka kita, dia suka life kita, atau dia suka apa yang kita ada.
Dia tahu kalau setakat komen "I adore you!" takkan dapat perhatian sebab ramai yang adore juga.
Jadi dia komen "Alahaiii poyonya kau!", so that akan dapat perhatian.
Secara lojiknya, komen-komen berbaur kecaman lebih dapat attention.
Itupun kalau orang tu jenis sensitif.
Kalau dapat kat hati kering, dia tak banyak cakap.
Terus dia block kau. Done.

Apa-apa pun, aku masih berpegang pada prinsip "Lantak kau lah".
Kalau itu membahagiakan kau, silakan provoke sebab aku tahu bahagia manusia tak sama.
Ada orang bahagia bila tengok orang lain susah, ada orang bahagia bila tengok kawan dapat musibah, ada orang bahagia bila dapat pukul anak bini, ada orang bahagia bila dapat menfitnah orang lain.
Kalau itu cara kau cari bahagia, silakan.
Because ujung-ujung, yang sakit kau jugak bukan aku.

Jangan dilayan provokasi, especially kalau kita tahu apa yang dikata tak betul.
If you don't have anything to come back with, then just shrug it off using words "Whateverrrrrrrr".
Sebelum terjebak dengan dunia blogging ni pun, aku memang tak berapa melayan provokasi because it doesn't prove anything.
Kau nak menang sangat, silakan. Ambik.
If you win it doesn't mean you are better than me pun.
That's exactly how aku deal dengan ejekan orang time skolah dulu.

Aku hitam?
Ok.

Aku tak cantik?
Ok.

Basikal aku buruk?
Ok.

Aku iklan Milo bergerak?
Ok [sebab aku selalu pakai T shirt free Milo].

Habis kuat pun sampai situ je.
Aku takkan argue, aku takkan layan.
Because I know people like this, they know I am better than them.
Or maybe aku ada apa yang dorang takde.
Aku tak taulah apa bendanya, tapi cuba kau fikir.
Kalaulah aku ni buruk nau, buat apa nak kisahkan aku, ye tak? Tak masuk akal.

Bila aku tak melayan, provokasi tu tak berpanjangan.
Most people say offensive things to get reaction kau je, which takes the fun out of it for them.
Kalau kau react, itulah yang dorang nak then they will continue to say more offensive things.
Orang macam ni dia tunggu je kita respond.
Bila kita respond dia rasa hebat sebab kita akhirnya masuk trap dia. Eh boleh jalannnn.
The lion doesn’t turn around when a small dog barks. Ahgiteww.