2021-02-16

Free time buat apa?


Mungkin sekarang kita dah tahu dan dah memahami bahawa ujian Allah itu berbeza, malah keseronokan boleh menjadi ujian bagi kita.
Hanya secara praktikal kita selalu lupa yang keseronokan adalah satu ujian sangat berat.
Termasuk aku, selalu lupa.

'Masa' adalah ujian.
Seorang ustaz berkata di akhirat esok, jangankan harta, waktu yang kita guna pun akan disoal - apa yang dah digunakan dengan waktu yang Allah beri.
Rupanya, 'free time' juga adalah ujian.
Kita ni dok lah ingat free time adalah petanda 'blessed'.
Dulu aku begitulah.
Tengok orang lain ada free time, aku pun nak free time juga.
Tapi bila aku ada free time, tak banyak perkara manfaat pun yang dibuat melainkan gi jalan-jalan mall, tengok TV, makan, tak pun membuta.
Sekarang waktu Subuh 6.19am. Lambat.
Mujurlah sekarang ramai yang work from home.
Kalau tak, konfem tergopoh-gapah nak urus anak ke sekolah, nak pegi kerja.
Solat Subuh pun terpaksa skip zikir and doa.
Silap-silap sunat sebelum Sunuh pun skip sekali.
Hanya buat mana yang wajib je.
Nak buat macamana, karang lambat pulak keluar rumah.

Bila sesekali dengar ustaz/ustazah tazkirah kepentingan berjemaah di masjid waktu Subuh, kita bitter.
"Mana sempat, ustaz takde anak bolehlah cakap. Kami nak uruskan anak pi sekolah".

Ustaz kata lepas Subuh sebaik-baiknya duduk dulu atas sejadah bermuhasabah diri, kita bitter.
"Ustaz tak kerja bolehlah. Kami kena pi kerja. Lambat karang, jem".

Sentiasa ada justifikasi untuk kita menangkan diri sendiri.
Penyudahnya kita begitu je tak berubah.
Hanya "teringin nak buat'. tapi tiada usaha ke arah tu.
Tiba hujung minggu atau public holiday, kita masih tak berkesempatan. Malah, kita tambah waktu tidur (aku la tu).
Dalam hati berkata "Kalaulah hari-hari macam ni, flexible working hours, mesti best".

Ramai yang nak dapat peluang macam tu.
Boleh bangun lambat, lepas Subuh tido balik, tak huru-hara keluar awal tempuh jem bagai, tak kelam-kabut nak bersolat, nak bersiap segala.
Best boleh berilek-rilek pagi-pagi ketika orang lain huru-hara bersiap nak ke ofis.
Bak kata kawan aku bila aku tanya samada dia dah hafal Al-Mulk ke belum sebab dia selalu bagitau teringin nak hafal Al-Mulk.
Apa dia jawab?

"PKP hari tu (PKP 1.0), punyalah banyak masa, aku tak hafal-hafal surah tu. Entah apa aku buat".

Hakikatnya ramai tak nampak bahawa susah atau senang masih lagi sebuah ujian.
Orang susah ujiannya lain, orang yang senang ujiannya lain.
Bak kata ustaz, ujian kesenangan lebih mudah membawa kita jauh dari Allah.
Jarang orang ingat Allah bila tengah senang.
Kita mudah ingat benda lain, especially kalau ada banyak sangat free time.
Belum tentu lagi kelapangan waktu adalah satu anugerah.
Dalam kebanyakkan waktu, ia adalah sebuah ujian yang kalau tak digunakan dengan baik akan membawa lebih banyak keburukan.
Sejauh mana kita manfaatkan masa yang terluang itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Aku tak terkecuali, pernah diuji dengan kesibukan dunia.
Sibuk yang teramat sibuk.
3/4 masa aku hanya untuk dunia.
Solat sekadar yang fardu.
Mengaji kalau sempat.
Zikir jarang.
Puasa sekadar bulan Ramadhan.
Terawikh kalau tak penat.
Sesekali terbukak ceramah agama di TV terdetik kat hati nak jadi macam orang lain - Subuh sempat mengaji, lepas solat sempat berzikir, sempat boleh buat dhuha.
Tapi tu lah, habis kat terdetik je.
Hakikatnya, bila hujung minggu aku tak buat pun semua tu.
Helok je merewang ke mall cuci mata.

Kemudian Allah uji aku dengan kelapangan waktu.
Rumah dekat dengan ofis.
Nak pegi boleh, taknak pegi pun boleh.
Nak bercuti bila-bila masa pun boleh sebabh kat ofis sentiasa ada orang buatkan kerja.
Bulan Ramadhan, orang lain balik 4.30pm, aku pukul 3pm kadang-kadang dah balik.
Padahal bukan aku yang masak, semua bibik buatkan.
Siap boleh tido kejap 2 jam kat rumah sebelum bangkit berbuka.
Itupun sementara nak tunggu waktu berbuka boleh pulak melayan drama kat TV.
Tercapai impian aku nak banyak masa untuk diri sendiri.

Tanpa aku sedar, itulah ujian untuk aku.
Ujian kelapangan waktu.
Dulu sibuk sangat nak free time, nak mengaji, nak zikir, nak itu nak ini.
Bila dapat free time, ada aku buat semua tu? Tak.
Solat gitu jugak, tak tambah.
Mengaji gitu jugak, tak tambah.
Zikir jangan harap.
Ada je alasan aku.



2-3 hari ni aku share gambar dari bullet journal, di IG.
Aku suka buat bullet journal untuk track task seharian - dari minum air 2L sehari, ke membaca, ke study - segalanya ada tracker.
Niatnya cuma untuk mendisiplinkan diri.
Hidup berjadual ni seronok, terhindar dari procrastination.
Bila ada tracker, masa lebih terisi dan susah nak buang masa.

Ini adalah ikhtiar aku untuk menjaga masa.
Orang lain maybe tak perlu buat gini sebab segalanya dah jadi habit.
Aku suka segalanya di-dokumentasikan.
Lega bila hidup 'diatur' dengan tracker yang aku buat sendiri.
Ini juga adalah sebahagian dari usaha untuk menggunakan kelapangan waktu dengan lebih baik.
Kalau tak, entah apa yang aku buat. Maybe tido.

Bila ada tracker macam ni, diri lebih termotivasi.
Contohnya gambar nombor 1 (atas kiri), sengaja aku buat corak begitu supaya ada taburan warna yang sekata.
Jadi untuk jadikan warnanya tak hanya bertumpu pada 1 jenis saja, nak tak nak, aku kena follow tracker supaya design tu lebih berwarna-warni hasilnya.
Tapi of cos kita kena be realistik, especially ladies.
Setiap bulan akan ada hari kita tak boleh solat, dah tentu warna solat berkurangan dari warna-warna yang lain.
Tak kisahlah kalau orang kata "Baca Quran sebab nak penuhkan tracker".
I don't mind because akhirnya aku tetap buat sesuatu yang bermanfaat untuk aku.


p/s : Bullet Journal ni aku lukis sendiri. Jangan pulak kau tanya mana aku beli planner ni. Apa ingat tangan aku tak berseni?