2020-01-21

Kenangan komuter



Betul jugak cakap budak ni, aku nampak macam ustazah baru balik mengajar ðŸ˜‚.
Patutlah colleague aku yang non-Muslim masa mula-mula nampak aku bertudung, tanya "What happened?".
Mesti dorang ingat aku kena brainwash dengan grup ajaran sesat.

Banyak kenangan aku dengan komuter and LRT.


1. Zaman sebelum kahwin.

Pertemuan mata bertentang mata dengan En Wan buat kali yang pertama adalah kat Stesen Komuter Bangi, that was on 23 Disember 1998. Itulah first time aku jumpa En Wan secara live after 8-9 bulan berchatting and berbalas surat. Itupun awal-awal aku taknak jumpa. En Wan call aku pagi tu dari rumah Kak Ngah dia di Setiawangsa. Dia balik bercuti from Japan. Dia ajak jumpa. Aku taknak. Aku cakap "Takyah lah jumpa. Kita sembang-sembang kat chat je lah". Pastu En Wan cakap "La..takkan taknak jumpa. Dah dekat dah ni. Kalau kat Jepun tu takpelah sembang dalam chat". Ya, tak ya gak. Dah sampai bila asyik nak berchatting je kan.

Yang sebenarnya aku takde plan pun nak jadikan relation ni serious. Serik dah dengan exbf. Tapi aku tak sampai hati kecewakan En Wan sebab dia baik sangat dengan aku [dulu baiklah, sekarang kejam]. Lagipun aku segan sebab selama ni sembang kat chat je. Aku takut bila jumpa aku tak tau nak sembang apa. Tapi aku setuju jugak jumpa. Aku nekad, kalau ini the first and the last dia ajak jumpa pun takpelah, at least cerita ni habis kat sini je. Daripada aku elak elak elak, sampai bila nak buat alasan, kan.

Aku ajar dia naik komuter turun kat Stesen Bangi. Dalam kepala otak aku yang bergeliga amat ni, aku dok membayangkan stesen Bangi tu adalah stesen UKM. Aku memang tak pernah naik komuter pun sebelum ni tapi aku tahu kat UKM ada satu stesen komuter so aku ingatkan itulah stesen Bangi. Aku ajak Pak Aji bawak aku ke stesen Bangi [UKM] untuk fetch dia. Mak Aji dengar aku nak pi ambik En Wan, dia pun nak ikut juga! Sanggup keluar ofis awal ni sebab nak skodeng kawan baru anak dia. Sampai je stesen, aku mencari-cari mana satulah orangnya. Dalam 15 minit aku terpusing-pusing kat situ tapi tak nampak kelibat En Wan [aku cam muka dia sebab dia rajin hantar gambar]. Bila aku tanya kaunter, rupanya salah stesen. Stesen Bangi nunnnnnnn jauh ke belakang. Adehh! Terpaksa pulak ke Bangi. Zaman tu aku takde henfon, jadi tak dapat saling contact kalau jadi hal apa-apa macam ni. Maka gamble je lah aku pi stesen Bangi.

Sampai kat stesen Bangi, keluar je dari kereta, aku dah cam En Wan. Dia tengah duduk, sebelah dia ada plastik. Masa aku berjalan ke arah dia, dia bangun. Pheww! Lega dia cam aku. Bukan apa, sebab gambar-gambar yang aku bagi kat dia semua gamba aku tak bertudung, tapi bila aku jumpa dia, aku bertudung [dulu aku pakai tudung masa blaja]. Ayat pertama aku bila berdepan dengan dia "Kaler rambut ke?", sebab rambut dia warna brown persis rambut Rayyan. Dia reply "Eh, nampak lainlah pakai tudung. Tak ganas". ðŸ˜‚


2. Zaman dah bertunang

Zaman ni aku dah kerja. Masa tu Kementerian Sains di Bangunan Sime Darby, KL. Jadi everyday aku naik komuter dari stesen UKM ke Seri Kembangan. Dari Seri Kembangan naik LRT sampai stesen betul-betul sebelah Bangunan Sime Darby [aku lupa nama stesen tu]. Time bertunang ni ada a few cerita yang aku ada.


[a] Awek follow aku sampai stesen Seri Kembangan

Kisahnya, every morning dari stesen UKM aku akan duduk di gerabak yang sama sebab ofismate aku akan naik the same komuter dari stesen Kajang. Jadi kitorang dah set akan duduk di gerabak yang sama so that nanti boleh bersembang dalam tu. Ada satu brader ni also duduk di gerabak yang sama. Always di gerabak yang sama. Tapi dia naik lebih awal. Maybe dia from Stesen Bangi kot. Maknanya, setiap kali aku masuk train, dia dah ada dalam tu.

After a few months, satu pagi tu, seat sebelah brader tu je yang kosong. Kawan aku pulak kebetulan dah start duduk dengan abang dia kat KL. Jadi, aku takde geng dah time ni. Aku tak kisah dah sape sebelah, laki ke perempuan ke, asal ada seat kosong aku terus duduk. Jauh perjalanan aku ni, takkan aku nak diri. 5 minit aku duduk, brader tu tegur aku "Awak ni rajin baca buku". Aku pandang dia, and angguk, senyum. Memang aku tengah baca buku pun masa tu.

"Suka tengok awak. Kalau baca buku tu kadang-kadang awak gelak sampai merah-merah muka". 

Oh, dia perati aku rupanya selama ni.

"Teruk sangat ke saya gelak tu?"

"Tak. Comel. Sebab awak macam dalam dunia awak sendiri tak kisah orang keliling".

COMEL.
Ok, ayat pickup line dah keluar.
Aku pun terus sambung baca buku.

"Awak orang mana?"

"Orang sini. Bandar Baru Bangi."

"Oh..saya ingatkan orang Kelantan".

First time aku dengar orang cakap aku nampak macam orang Kelantan.
Selama ni ramai ingat aku orang Penang sebab muka anak mami katanya.

"Huh? Kenapa pulak orang Kelantan?"

"Sebab orang Kelantan cantik-cantik".

Wowwwwww. Pickup line kedua.

Sepanjang perjalanan tu kitorang bersembang.
Aku bagitau dia aku kerja kat Kementerian Sains, dia pula di bank. Aku lupa bank mana.
Tapi aku perasan ada satu perempuan bertudung dok pandang je aku.
Budak tu naik dari stesen Kajang, berdiri [sebab takde tempat duduk], tapi dia asik pandang ke arah aku. Aku senyum kat dia, dia tak balas pun.

Aku cerita kat kawan aku pasal brader ni pagi tu di ofis. Tak sangka rupanya pagi tu, brader tu call cari aku. Dia tak tahu aku di unit mana, tapi dia dah tau nama aku and tempat kerja aku, jadi tak susah nak cari. Masa dia call tu aku terperanjat. Sejenis kegigihan sangat ni. Kawan aku syak brader tu nak tackle aku sebab dia perasan abang tu selalu pandang-pandang aku, tapi sebab aku dah bertunang jadi dia malas nak bagitau aku. At the same time kawan aku perasan ada sorang budak perempuan selalu nak duduk sebelah brader tu. Tapi brader tu macam tak nak layan. Budak tu kan naik from stesen Kajang, jadi kawan aku boleh cam sebab dia pun naik dari Kajang.

Nak dijadikan cerita, the next day kawan aku naik komuter sama. Dapatlah kembali bersembang berdua. Aku ni kalau dapat bersembang, memang tak pandang kiri kanan. Aku tak terperasankan yang budak pompuan ni dok tenung aku. Bila sampai stesen Seri Kembangan, kitorang tukar naik LRT. Budak pompuan tu pun keluar. Tapi, dia keluar dan menyeberang ke platform sebelah. Maknanya dia nak berpatah balik ke arah dia datang tadi. Aku syak dia nak turun Serdang tapi maybe ralit tenung aku sampai terlajak. Ataupun boleh jadi dia sengaja follow aku nak tengok aku turun stesen mana. Uiii scary oi time ni. Tak pernah aku jumpa pompuan possesive gitu. Good luck lah siapa jadi laki dia. Konfem tak boleh lansung ada kawan pompuan. Kawan aku gelak-gelak "Diana, dia follow awak! Sanggup dia patah balik". That was the last aku jumpa dia and brader tu sebab lepas tu aku dah masuk gerabak lain. Tak kuasa aku nak jumpa dorang lagi karang tak pasal ada scene Hindustan dalam komuter.


[2] Mamat yang menggelikan

Mamat ni aku kenal kat chatroom Alamak jugak. Tapi aku kenal masa aku dah kerja. Kat tempat kerja, sambil buat kerja, sambil bukak chat u ollss sebab kadang-kadang En Wan online. So aku kenal this mamat kat chat. Dia ni kalau dari persembangan hari-hari macamkan hot sangat kekdahnya. Kerja dengan company ayah, grad overseas, orang have-have. Dia very transparent dengan aku, segala benda yang dia pernah buat masa kat overseas, semua dia bagitau aku. Dia cakap dia taknak selindung-selindung. Biar dapat bakal isteri yang ikhlas terima dia seadanya. Oklah, aku pun layankan je, aku anggap kawan. Aku tak pernah mintak pun nak tengok gamba dia sebab no point. Aku bukan nak cari pakwe, aku dah ada tunang.

So one day dia ajak jumpa. Aku cakap aku tak reti nak keluar-keluar jumpa orang yang tak dikenali, lagipun aku kerja. Balik dah petang. Aku tak biasa keluar malam dan aku tak boleh keluar tanpa mak bapak. Lagipun aku dah bertunang. Dia cakap takpe, dia akan tunggu aku kat stesen komuter Seri Kembangan. Masa aku kat stesen tu menunggu komuter sampai, kawan aku cuit dari tepi, "Diana, saya rasa budak ni la yang awak cakap tu".

Aku toleh, terus bersentuh dengan dada dia. Punyalah rapat dia duduk belakang aku! Tak pasal-pasal aku berdebar-debar sebab agak scary bila ada lelaki berani rapat-rapat macam nak melekat kat badan perempuan. Dah la baru first time jumpa. Orang kiri kanan ramai pulak tu memandang. Dari awal lagi aku dah tak berasa selesa dengan dia, nasib baik kawan aku ada. Dia ikut aku naik komuter tau tak? Sanggup dia park kereta dia kat stesen Seri Kembangan, beli tiket komuter semata-mata nak ikut aku masuk. Perjalanan balik selalunya ramai jadi kena berdiri. Punyalah rapat dia berdiri depan aku sampai aku terpaksa tolak dia "Eh, apesal rapat sangat ni?". Biar orang lain dengar, biar dia malu.

Ada ke dia tanya aku "Apesal awak bertunang cepat sangat? Awak belum jumpa saya lagi".

Ya ampunnn, konfidennya kau. Geli aku.

Bila kawan aku turun Kajang, bertambah rapat pulak dia berdiri depan aku sampai nak berlaga tetek aku kat dada dia. Kot ye pun train tu penuh, tapi takdelah sampai kena rapat macam tu sekali kan. Dari stesen Kajang sampai UKM bukannya jauh sangat tapi terasa lamaaaaa sangat petang tu. Sampai je stesen, cepat-cepat aku keluar and lari tinggalkan dia. Aku cakap aku takleh tunggu dia sebab aku tumpang kereta orang. Zaasssss sepantas Watson Nyambek aku pecut. Lepas tu aku dah lost contact, aku dah tak angkat call dia lagi and tak chat dengan dia lagi.


[3] Mamat dari Kuching

Aku jumpa mamat ni kat stesen komuter UKM. Seriously memang hensem aku tak tipu. Kulit putih, muka macam mix Arab sikit. Daripada tepi dah macam Antonio Banderas. Macam biasa, aku bertukar train di stesen Bandar Tasik Selatan. Dia pun ambik LRT di sana. Chances untuk kitorang saling cam wajah each other tu tinggi sebab yang turun ke stesen Bandar Tasik Selatan tak ramai mana. Dulu, hari Sabtu government kerja. Hari Sabtu pakaian aku lebih kasual, begitu juga dia. Every Sabtuday, makin hensem mamat ni sebab dia pun pakai smart casual. Setelah 2-3 bulan macam tu, one fine Sabtu, aku terlambat catch train dari UKM, jadi aku sampai LRT stesen Bandar Tasik Selatan lambat sikit dari biasa. Bila dah lambat tu of cos by the time aku sampai stesen LRT orang dah tak ramai mana. Masa turun tangga aku nampak mamat ni duduk kat bench tengah baca buku. Aku macam eh? Bangun lambat jugak ke dia ni?

Elok je aku turun tangga, LRT sampai. Aku terus berdiri depan pintu train. Then ada suara kat belakang "Ingatkan tak datang hari ni". Aku toleh, nampak dia senyum. Oh sweet gila! [kahkahkah]. Tapi aku controllll. Aku senyum balik and terus masuk train cari tempat duduk. Mamat tu berdiri sebab takde seat. Next station, amoi yang duduk sebelah aku keluar. Kebetulan mamat ni pandang arah aku, so aku bagi signal supaya dia datang duduk seat sebelah. Hoih, daring gila aku dulu siap boleh bagi signal-signal mata lagi. Oh Tuhan, ampunkanlah aku.

"Nasib baik saya tunggu awak", dia cakap.

Kau tunggu aku? Oh my myyyyyy.
Hahahaha.

Dia mintak nombor henfon aku. Aku mana la ada henfon masa ni. Aku bagi je nombor rumah. Gasak kau lah, kalau berani kau call. Esok tu aku tak nampak dia dah. Seminggu tak nampak. Alih-alih satu malam tu dia call. Kebetulan aku angkat phone. Seb baik aku yang angkat. Kalau tak, mampus kau kena bersoal-jawab ngan Mak Aji. Masa dia call tu dia kat airport, baru touch down dari Kuching.

"Awak boleh keluar malam tak?"

"Tak boleh and tak pernah".

"Saya lapar. Ingat nak ajak awak makan. Parents awak ada kat rumah ke?"

"Memang la, ni rumah dorang. Kalau dorang takde pun saya memang tak boleh keluar malam".

"Takpelah, pukul 10 nanti saya call lagi".

Memang betul pukul 10 malam dia call.....untuk bagitau dia ada kat luar rumah. Cuak aku. Nasib baik aku ramai kawan lelaki and kawan-kawan lelaki aku memang suka bersidai dengan aku kat luar pagar malam-malam. Selalunya kawan-kawan aku tak masuk rumah walau diajak oleh Mak Aji dengan alasan nak merokok. So Mak Aji tak syak sangat bila aku cakap nak jumpa member kat luar kejap. Tapi jantung aku macam nak luruh sebab mak bapak aku kenal semua kawan lelaki aku. Aku harap sangat mak aku tak mengintai budak lelaki ni. Kalau takkkkk. Al-mati guwe.

Rupanya mamat ni call sebab nak hantar nasi goreng.

"Saya nak makan dengan awak. Saya bungkus satu untuk saya, satu untuk awak. Jap lagi saya call. Kita makan sama-sama sambil cakap kat phone. Boleh?"

Ya Allah, cairrrrr.
Lupa kejap dah ada tunang kat Jepun.
Patutlah En Wan cakap dia risau aku duduk Malaysia sebab kat Malaysia banyak pilihan.
Ya lah, betul. Memang banyak pilihan. Kahkahkah. *pangggg! lempang diri sendiri*


3. Zaman dah kahwin

Masa aku kerja di Prudential, aku dah duduk di Subang Jaya. Masa ni dah ada kereta tapi aku takde lesen. Kereta tu Mak Aji hadiahkan. Kancil. Jadi, aku ke Prudential di Jalan Sultan Ismail [HQ] naik komuter, kemudian stop kat KL Sentral lompat naik LRT pula. Aku mesti naik komuter pukul 6.30am dari stesen Subang. Jadi, lepas Subuh terus masuk kereta, zasssss. Scene berlari-lari nak kejar komuter berlaku hampir setiap hari. Nasib baik waktu tu muda lagi, berat pun baru 41kg. Kalau sekarang nak suruh aku berlari kejar komuter, mau tercicir lemak-lemak aku.

Dalam komuter ni aku perasan ada sorang lelaki [maybe waktu tu dia dah end of 30s atau early 40s] selalu pandang aku. Ni bukan pandang-pandang tau tapi memang PANDANG dari awal aku masuk sampai aku keluar. Gila tak selesa betul kalau dapat segerabak dengan dia. Masalahnya, dia ni pun naik dari stesen Subang Jaya. Jadi mana aku berdiri, kat situ jugak dia berdiri. Aku takde chance nak berlari ke gerabak lain, dia mesti ada je dekat-dekat dengan aku. One day, masa aku tengah beli tiket, dia baru sampai. Lepas dapat tiket, aku terus berlari [platform nak ke KL kena lintas jejantas]. Kau tau tak, dia pun sama berlari belakang aku? Walaupun aku gelabah, dalam masa yang sama aku sedapkan hati sendiri "Agaknya dia pun berlari sebab takut komuter sampai".

NO!

Dia memang kejar aku, bukan komuter. Agaknya selama ni tak berpeluang nak tegur aku sebab kat platform ramai orang, jadi, atas jejantas ni dia ambik peluang. Beria dia berlari. Aku saja nak test dia, aku stop berlari. Eh dia pun stop jugakkkkk.

"Hi, lambat ya hari ni?"

Itulah mukadimah dia.
Aku tak jawab, aku toleh pandang dia and aku pandang depan balik. Dia ada tanya aku keje mana, aku diam tak nak jawab sebab cara dia menakutkan. Gelojoh nau nampaknya. Geli aku laki pesen gini. Gaya nampak macam kerja bagus - dengan baju kemeja lengan panjang, kasut kulit, bawak briefcase, tapi tak gentleman lansung. Aku harap dia dah kawen. Kalau belum kawen memang kesianlah skill mengorat awek gitu. Geli okeh? Dalam komuter dia sambung pandang aku sampai KL Sentral. Gitulah rutin dia everyday, sepanjang jalan pandang aku. Seksa kalau dia dapat seat mengadap-ngadap. Segan aku sebab dia takde cover-cover tenung aku. Dah satu hal aku tengok buku tunduk tak angkat-angkat kepala. Asal aku angkat kepala karang nampak dia. Nasib baik time pegi je jumpa, time balik tak pernah terserempak.

Apa-apa pun, masa kerja Prudential lah banyak menguji kesabaran aku and En Wan.
Sama-sama kena bangun awal pagi.
Padahal rumah kitorang 10 minit je dengan kilang En Wan tapi dia terpaksa keluar awal pagi nak hantar aku ke komuter.
Lepas hantar aku, dia akan masuk kilang, sambung tido dalam kereta sampai 8.15am.
Aku akan sampai stesen semula around 7.30pm, kadang 8pm.
Jadi En Wan ambil peluang buat OT until 7.30pm, then ambil aku di stesen.
Kalau aku sampai awal pukul 7pm, melanguk lah aku tunggu sejam sampai dia fetch aku pukul 8pm.
Kalau dia sampai awal, dia akan tunggu aku pulak.
Takde phone calls untuk inform aku dah gerak atau dah ada dalam train atau train sangkut atau train delay. Takde. Sebab aku takde henfon masa ni.
Konsepnya - marilah tawakkal dan bersabarlah sayang.