2019-12-31

Underpaid


Sejak kecoh-kecoh gaji doktor dikurangkan, maka profession lain berpusu-pusu nak highlite betapa underpaid-nya gaji masing-masing.
Memang kalau diberi pilihan antara gaji tinggi dengan gaji rendah, dah tentu semua nak gaji tinggi.
Tapi kalau diberi pilihan antara ada gaji dengan takde gaji....apa pilihan kita?
Kalau aku, dah tentulah ada gaji kerana having an income is better than feeling broke.
Yang tahu bagaimana rasanya takde duit kat tangan saja yang tahu betapa bersyukurnya ada kerja, walau gaji tak banyak macam orang lain.

Kalaulah kawan aku ni izinkan dirinya diperkenalkan, nak je aku tepek muka dia kat sini supaya orang tahu cerita yang aku tulis ni kisah benar.
Lebih dari 10 tahun yang lalu, kawan aku ni jobless.
Company yang dia kerja nak downsize, dia adalah di antara yang dibuang.
Life in KL dengan ada gaji pun hanya cukup-cukup makan, apetah lagi tak bergaji, jadi dia berpindah negeri.

Di tempat baru, dia gigih cari kerja tetap tapi belum ada rezeki.
Sambil-sambil cari kerja tetap, dia ambil peluang buat talk, seminar, and bukak kelas tusyen.
Tebalkan muka panjat satu sekolah ke satu sekolah, kolej ke satu kolej, untuk cari peluang buat seminar pendidikan.
Kawan aku ni pandai maths, jadi dia gunakan kelebihan tu untuk buat talk and kelas tusyen.
At the same time dia tetap cari kerja tetap.

So one day, dia bumped into his old friend, happened to be one of the manager kat satu company.
Kawan dia ni nak pakai orang untuk kerja di cawangan company di area tempat tinggal kawan aku, tapi post junior level.
Memandangkan kawan aku ni takde kerja tetap, dia offer diri untuk ambil post tu.
Dia cakap "Takpelah, gaji berapa-berapa pun.."

Demi Allah, aku tak tipu.
Dia memang ambil that post dengan tak kisah gaji berapa pun.
Aku tanya "Seriously, tak kisah gaji berapa?" sedangkan dia ada pengalaman bekerja 4 tahun dah sebelum tu.

Kawan aku cakap "Post tu untuk fresh grad. Habis kuat pun RM1800. At least RM1800 dah confirm dapat bulan-bulan. Sambil-sambil tu I can still do teaching".

Disebabkan dia buat teaching itulah, dia akhirnya digerakkan hati untuk sambung blaja ke MSc, kemudian ke PhD.
Sambil kerja, sambil buat part time, sambil blaja.
Now he owns a company.
Gaji dia sekarang jangan tanyalah kan. Dah tentu sesuatu yang tak pernah dia terbayangkan.

Apa yang aku nak cakap kat sini, ujian itu kalau disingkapi dengan baik, insyallah akan jadi baik.
Kalaulah syarikat lama kawan aku tu tak downsize, maybe dia pun tak pernah tahu he can teach.
Perjalanan kerjaya dia aku cukup seronok.
Aku nampak dia grow from nobody to somebody, Allahuakbar...berbaloi dengan kesabaran dan kegigihan dia berdepan dengan ujian.
Dia memang bukan spesis suka merungut.
Sepanjang aku kenal dia, dia tak pernah kelihatan takde mood.
Always senyum, buat lawak, kecuali penat, dia akan diam.

Life as a sales person, banyak ubah cara pandang aku terhadap pengurusan kerjaya.
Dulu aku cita-cita nak jadi scientist, duduk dalam lab buat research 24 jam.
Memang aku tak pernah terbayang cita-cita lain melainkan buat jadi scientist.
Tapi, takde rezeki.
Aku pusing ikut mana pun, hujung-hujung aku dapat tawaran interview untuk buat sales juga.
Last-last aku ambil the offer.
Sebab?
Sebab aku takde kerja [aku berhenti kerja]
Bila takde kerja, janganlah nak memilih sangat.

Lepas aku berhenti kerja, barulah aku rasa betapa azabnya tak pegang duit kat tangan.
Kita dah biasa pegang duit gaji, bila takde duit the feeling tu sangat lain.
Masa bekerja, gatal nak berhenti.
Seronoknya sebulan je, lepas tu stress sebab hanya boleh harap duit suami.
Banyak mana sangatlah suami boleh bagi, takkan sama dengan nilai gaji sebulan kita pernah dapat.
Rasa rendah diri toksah cakaplah.
Pi mall, rasa stress je bila takleh shopping sesuka hati.

Last-last aku accept tawaran kerja sales exec, gaji permulaan RM1600 je.
Tapi syukurnya bukan main melangit sebab walaupun gaji rendah, at least aku ada gaji tetap, boleh pegang duit sendiri.
Nak lebih, aku kena pulun buat sales supaya boleh dapat komisyen.
Tahun pertama, bos letakkan monthly sales target aku RM80K.
Bulan-bulan pertama aku tak dapat hit.
Semangat dah mula merudum.
Mulalah aku questioned tentang sales target yang tak masuk akal.
Berkawan pulak dengan set-set yang performance pun hauk, jadi pemikiran pun sama-sama hauk.
Tapi at the same time aku terfikir apesal ada sales exec yang siap boleh tukar kereta?
Mesti komisyen lebat.
Macamana dia boleh achieved target?

Jadi, aku bertukar kelompok.
Aku start keluar lunch dengan set-set "kaya" ni.
Aku nak tengok macamana cara kerja dan cara hidup orang "kaya".

Rupanya set-set ni sambil makan pun bercerita pasal sales, pasal customer, pasal teknik nak close deal.
Masing-masing empower each other.
Yang willing untuk tolong preparekan demo speech pun ada! Gitu rupanya cara orang berjaya bersembang.

Yang aku dulu, time lunch sembang pasal artis, mengumpat bos, mengutuk colleague, patutlah tak termotivasi.
Orang kalau banyak mengutuk, bermakna dia rasa dia dah bagus, betul tak?
Bila rasa diri bagus, mana maunya termotivasi lagi sebab dah rasa diri best. Yang buruk semua orang lain.

Maka, aku pun terus menghimpit kelompok-kelompok yang berjaya ni, supaya pemikiran aku berubah dan boleh berjaya.
Sejak dari itu, aku tak pernah tak hit monthly sales target.
Buat sales like a piece of cake to me.
Aku sentiasa excited nak pi kerja.
Then tahun seterusnya, bos naikkan target aku ke RM100K.
Dalam hati aku cakap, "Ni mesti dengki aku boleh buat sales. Tak nak bagi aku komisyen lah tu!"

Cakap-cakap orang tak bijak memang gitulah selalunya.
Aku salah. Rupanya bos nak push potential aku.
Kalau dia tak naikkan target, aku pun tak tau aku boleh bring sales RM100K setiap bulan.
Mujur juga aku ni ada perangai 'pantang dicabar'. Lagi dia naikkan target, lagi aku prove aku boleh hit.

Tahun kedua, aku naik Sales Manager.
Bila naik Sales Manager, bos bagi aku pegang key account terus.
Aku dah start jual equipment harga ratus ribu dan handle custom project.
Sales target jadi semakin tinggi.

Selepas 4 tahun, aku jump pi company international.
Company ni hire aku untuk develop new department. Start from scratch.
STRESS!
Kerja banyak, tapi gaji basic hanya RM5K.
Sales target pulak tinggi.
Actually takde lah tinggi mana, around 400K je setiap bulan, cuma untuk new department yang baru setup dari scratch, aku rasa target tu tak sepadan. Patutnya rendahkan lagi [wahh, aku pulak memandai-mandai]
Kalau 3 bulan berturut-turut tak hit, dapat warning letter.
Setiap Monday meeting lajak sampai ke malam.
Life aku, keluar gelap, balik gelap.
Tu belum lagi dengan bos yang melahar.
Report kena baling kat muka aku pun pernah.
Aku jadi demotivated, aku start merungut semula.
Bila dah start merungut tu, mulalah aku sengaja cari sekecil-kecil buruk majikan untuk diperbesarkan.
Selalunya gitulah, kalau dah benci tu kan, benda yang kecil pun jadi besar.
Benda baik lansung tak nampak.

Tapi dalam keadaan tak suka, aku cuba jugalah cari sekecil-kecil baik majikan. Ternyata :

1. Walaupun bos somestimes macam neraka, tapi setiap bulan ada company lunch kat tempat best-best. Semua employee dijemput walaupun kau 3 bulan tak hit sales target. Bos bagi kebebasan untuk staff pilih nak makan kat mana. Masa turn aku pilih, aku pilih Hilton KL Sentral tu. Yang tak hit target sales yang paling banyak makan [selalunya gitulah, dia yang lebih-lebih].

2. Birthday setiap staff ada celebration walaupun performance kau hauk. Tetap bos instruct company belikan kek.

3. Parking staff company bayar. RM9/day u ollls. Kau nak bayar sendiri ke? Phewww! Mujur company tanggung. Ye lah, dah la tol pi kerja sah-sah tak boleh claim, kalau parking pun kena bayar sendiri, hazab.

4. Setiap bulan company provide duit kat staff untuk shopping-kan barang pantry. Belilah apa nak beli dengan budget dia bagi. Kalau turn aku shopping, siap ada ice cream aku beli. Rasanya groceries rumah sendiri pun tak semewah tu. Selalu je staff-staff tu breakfast and lunch pakai barang pantry. Jimat.

5. Walaupun aku sorang je Malay dalam company, dia tetap arrange for company berbuka puasa kat hotel.

6. Everytime outstation, company book-kan tempat tinggal yang best. Sorang staff dapat satu bilik.
Kadang-kadang aku angkut En Wan. Dapatlah ber-honeymoon free. Tu belum lagi everytime outstation kat Tganu, satu family aku angkut balik kampung. Sejak tahun 2005 sampai 2008, everytime aku balik Tganu tak pernah se-sen keluar duit minyak and tol kecuali balik raya. Aku claim minyak and tol. Alang-alang dah kerja tu kan.

Bila extract macam tu, barulah aku nampak banyak juga yang company berlebih kurang dengan staff.
Tu belum lagi kira sambil buat kerja sambil layan FB, baca blog.
Pukul 2pm dah habis waktu lunch baru sibuk nak solat.

Now, aku rasa macam tak dapat berterima kasih dengan cukup pada semua pengalaman yang aku dah lalui especially masa makan gaji dulu.
Kena "drill" cukup-cukup dengan majikan benar-benar develop diri aku sekarang.
Dah ada company sendiri, dah ada staff sendiri, baru aku realized apa yang majikan aku dulu buat sebenarnya ada sebab tapi staff selalunya tak faham. Aku dulu pun tak faham.
Dulu aku sama juga question "Kenapa aku buat sales juta-juta tapi increment aku RM200 je?"
Hat increment tu aku nampak.
Yang aku tak nampak padahal komisyen aku dah bantai sedap tetiap bulan.
Padahal bonus dapat. Padahal company trip dapat. Makan-makan dapat.
Parking berbayar. Claim dapat. Gaji tak pernah sangkut.

Bila aku run bisnes sendiri baru aku nampak mana pergi duit sales yang banyak-banyak tu.
Rupanya, nak order barang kat principal bukan boleh order setakat RM1-2K.
Nah! Minimum order USD10K terus.
Nak tak nak kena letak duit in advance.
Bila stok sampai, kena push stock kasi jalan.
Kadang-kadang barang A je jalan, barang B tak jalan.
Tapi nak re-stock barang lagi tetap kena bagi USD10K.
At the same time, gaji staff kena jalan.
Utilities tak boleh sangkut.
Claim staff kena bayar.
Duit marketing kena jalan.
Semua tu bos kena pikir.
Nak pulak bila ada staff dah start buat loan rumah, loan kereta, nak beranak....semua tu bukan kau sorang pikir ya.
Tu semua duduk atas batu jemala bos juga.

Selalunya nampak macam bos tak buat kerja.
Hah, ye lah tu. Betul sangat.
Try jadi bos satu kali, run own bisnes, own company with staff, tengok kau cukup tido ke tak.
Kawan aku yang aku cerita tadi, menjak run own company, masa dia dengan family pun terhad.
Masa dia dengan family memang on weekends je, even weekdays also not at home.
Masuk ofis hari Isnin, keluar hari Khamis.
Bila aku tanya tak penat ke?
Dia cakap "I nakhoda kapal. I dah tarik budak-budak ni masuk kapal, macamana pun I kena bawak kapal ni jugak. I tak boleh biar".

Dulu, masa aku run own bisnes, dia masih makan gaji.
Dia selalu tanya aku "You tak penat ke, hari ni kat Penang, esok kat KL, lusa kat Melaka, pastu Pahang..."
Now, aku tengok dia, aku senyum je. Dia tau dah aku senyum sebab apa.
Sometimes, kita kena rasa dulu baru kita tahu.

Bos bukan mengangkang tak buat kerja tapi terkangkang-kangkang siapkan kerja.
Staff pukul 6pm dah balik.
Bos pukul 2am masih depan latop.
Sebab tu siapa tengok IG bos-bos, selalu nampak bos update makan luar.
Bukan sebab malas masak atau banyak duit ya, tapi tak sempat nak masak sebab too much work to do.

#sekianjustifikasidariseorangbosyangselalutakmasaktapirajinupdategambamakanankatig