2019-03-26

Kerana nak kenangkan jasa dan budi



PM di FB ni panjang tapi aku screenshot sikit je lah.
Kisahnya, this girl dah kembali ke fitrah, dah jumpa lelaki yang sayangkan dia and nak kawen dengan dia. Alhamdulillah.
Cumanya, memandangkan dia and her "ex" masih kerap bertembung sebab bekerja di tempat yang sama, jadi dia dihantui rasa bersalah sebab tinggalkan her "ex".
Dia berhasrat nak berbaik-baik and continue berkawan atas dasar mengenang budi.

Nasihat aku, DON'T!

Aku setuju juga bila ada yang anggap berkawan dengan ex adalah bukti kita semakin dewasa dan matang.
Ya betul, provided korang berpisah secara baik, dan takde dendam dalam hati dan yang paling penting takde lagi berbekas rasa cinta dalam hati [gitu ayat aku, kalah S Amin Shahab].
Kalau salah sorang masih ada rasa sayang, lebih baik jangan rapat-rapat.
Sometimes kita kembali kepada ex bukan kerana cinta tapi kerana budi.
Banyak sangat kenangan kita dengan dia buatkan kita rasa terhutang budi.
Aku pernah lalui benda ni dah sebab tu aku tau.

Masa aku decided untuk terima En Wan sebagai boifren [masa ni belum bertunang lagi], aku dan ex masih belajar di tempat yang sama.
Hari-hari jumpa.
Masa tu pulak dah final year, kitorang semua dah duduk luar kampus.
Nak pi kampus kena naik bas, nak makan pun kena menapak jauh, kalau nak makan kat warung-warung luar kolej kena naik motor.

Sebelum break dengan dia, ke mana-mana memang berdua.
Pulak tu Pak Aji kirimkan moto dia untuk ex aku guna [sebab ex aku ada lesen so aku boleh tumpang gi kelas. Ya, bapak aku benarkan anak dia naik moto berdua dengan ex. Jangan kecam bapak aku].
Bila kitorang dah break, dia masih lagi stop depan rumah aku untuk bawak aku gi kelas.
Masa tu hati aku sangat-sangat berat.
Part of diri aku cakap "Tumpang je la, tu kan motor bapak aku".
Another part of me cakap "Kau dah break dengan dia..."

Pulak tu dia bagi ayat power "Saya jemput awak gi class sebab ini amanah. Papa kirim moto ni untuk mudahkan saya bawa awak pi class".

Allahhhh....rasa luluh kejap jantung.
Mulalah hati tu berbolak-balik.
Mulalah hati tu kata "Betul jugak, aku susah nak gerak ke mana-mana dia yang tolong. Wan mana masa aku susah? Elok je duduk overseas, call seminggu pun sekali je, itupun 3 minit. Surat jarang dapat...bla bla bla...."

Haaa...mula dah kan?
Lupa dah aku kena terajang kena hempuk segala, hanya kerana dia offer nak hantar aku pi kelas.

Mujurlah kawan-kawan aku spesis hati kering, nak-nak lagi roommate aku.
Dorang yang banyak ingatkan aku, JANGAN!
Kawan aku si Rozie sampai 'pinjamkan' boifren dia kejap untuk hantar aku ke town sebab aku nak keluarkan duit.
Punyalah tak bagi dah aku terhutang budi apa-apa dengan ex aku.
Merasa aku peluk Ijad atas motor. Kahkahkahkah! [matilanakkk bergaduh laki bini ni karang baca blog aku].

Lepas tu kawan-kawan aku buat plan untuk outing ke town dengan girls saja.
Selama ni kalau outing semua pakat berdua dengan boifren.
Lepas aku kembali "single", sesekali dorang buat plan keluar ramai-ramai tinggalkan pakwe masing-masing sebab taknak aku keluar dengan ex aku.
Dan sejak aku break, seingat aku lah, kalau weekend, mesti ada sorang yang stay kat rumah temankan aku sebab dorang takut ex aku tetiba datang dan aku cair kembali.

Bak kata roommate aku masa dia brainwash aku dulu "Setakat nak kenang budi, apa dia sorang je ke yang berbudi sepanjang korang couple? Abis kau tak pernah berbudi? Kalau dia kenang budi kau dia tak hentak kau lah".

Which is, betul juga.
Bukan kita nak lupakan terus budi baik dia tapi kalau kita yakin si dia masih mengharap kita kembali, buat apalah nak torture perasaan dia lagi?
Nanti kita jatuh kesian, then simpati.
Hubungan yang berasaskan simpati tak akan kekal, percayalah.
Kerana yang satu berkorban perasaan, yang satu lagi happy sebab cinta dibalas.

Berbeza kalau korang berpisah cara baik, masing-masing clear cut tentang situasi masing-masing, dah tak ada rasa sekelumit cinta dalam hati, ok takpelah kalau nak berbaik.
Dalam situasi yang macam ni, berbaik dengan ex ada banyak sisi positif sebab dia dah kenal kita, pernah rapat dengan kita dan mungkin dah faham sangat kita ni macamana.
Dia boleh jadi tempat kita share stories, dia boleh jadi BFF [kalau nak lah..].

Actually kalau taknak berbaik dengan ex pun takpe, cukup sekadar tak bergaduh.
Salah satu tanda kita dah matang adalah bila kita boleh berada di satu tempat yang sama dengan our ex tanpa ada rasa sakit hati.
Itu je pun dah cukup membuktikan kita semakin dewasa, tak perlu berbaik-baik as if tak ada apa-apa pernah berlaku between you two.

Pada yang senasib dengan this blog reader yang dah ada new boifren tapi masih nak berbaik-baik dengan ex atas dasar mengenang jasa, fikirlah baik-baik.
Kalau ex tu masih mengharap, better jauhkan diri.
Letakkan diri kita di tempat dia.
Kalaulah kita jadi dia apa kita rasa bila ex sibuk nak berbaik-baik, nak bergurau-gurau macam dulu hakikatnya now hanya kawan biasa?
Tak sedih ke?

Dia dah cukup sedih dah tu bila kita pilih untuk berpisah, so tak payah nak menambahkan beban lagi.
Kalau bekerja di tempat yang sama, cukup sekadar senyum kalau berselisih.
Tak perlu cari alasan untuk ambil tau tentang dia.
Hari jadi dia esok, hantar whatsapp wish, cukup.

Bukan apa, kalau kita sibuk nak menjaga hati sana, nak jaga hati sini, lama-lama kita mula salahkan diri sendiri.
Bila start salahkan diri haaa mulalah nanti hati berbelah bagi.
Lupa habis dah segala punca dan penyebab kau berpatah arang dulu.

Dulu aku pun gitu juga.
Hajat hati tu nak berbaik-baik sebab kita dah kenal lama.
Masing-masing dah kenal keluarga masing-masing.
Kalau boleh taknaklah habis macam tu je.
Tapi lama-lama aku tak nampak kesudahan.
Yang aku ni sah-sah dah ada En Wan.
Yang dia hari-hari bukak cerita sedih yang buatkan aku rasa bersalah sangat.

"Dulu waktu-waktu macam ni kita mesti tengah makan kat....."

"Sekarang kalau pi outing lalu depan kedai aiskrim yang awak suka dulu...."

"Dulu selalu beli blueberry cheese cake untuk awak, tadi masa singgah beli roti kakak cashier tu tanya tak beli cheese cake ke?"

Adududududududu......camana lah aku nak move on gini?
Sekali imbas nampak akulah yang jahat ni.

Inilah punca-punca kenapa kita tak perlu nak berbaik-baik dengan ex.
Cukup-cukuplah tu.
Kita dan dia pernah ada 'masa' bersama dulu, tapi kita sama-sama tak gunakan masa tu dengan baik.
Now bila 'masa' tu dah takde, kenapa baru sekarang nak reminisce macam-macam?
Dah lah, tak payah nak kenang-kenang sangat.
Kita create new memories pulak dengan new partner, insyallah kali ni jauh lebih baik.




Korang yang beli Gloei silakan share gambar SUS Straw Set ni ya.
Share kat FB atau IG.
Tag GreenAard (FB) atau @greenaard_official (IG) and gunakan #strawgreenaard.
I give you RM5 off untuk beli apa-apa produk GreenAard.