2019-01-02

Jangan takut sangat, bertanya dulu ok?


Ni aku nak jawab soalan-soalan pengguna baru and lama yang beli Herba Rahsia Rimba (HRR).
Sorry la, aku memang tak plan nak jawab satu-satu.
Memang plan nak jawab sekaligus banyak sekali jalan senang nak refer in future.


1. Keputihan yang keluar berbau selepas ambil Gloei, that's why now nak ambil HRR pula.

STOP.

Jangan beli HRR dulu sebelum kenalpasti ciri-ciri yang aku sebut ni.
Jangan terlampau risau bila ada keputihan keluar dari vagina.
Vagina kita tak boleh terlalu kering, memang perlu sedikit cecair/lendir, asalkan tak berbau, tak berwarna dan tak gatal.

Tak berbau maksudnya tak bau hanyir.
Vaginal discharge yang biasa pun ada baunya tersendiri, tapi tak hanyir.

Dia punya konsep macam ni - apa-apa saja makanan yang boleh buatkan nafas kita berbau, akan menyebabkan vaginal discharge berbau juga.
Perasan tak, some makanan yang bagus untuk kesihatan badan like bawang putih, bawang merah, even asparagus pun buatkan nafas kita berbau.
Tu semua makanan sihat tau, bukan jajan.
Maksudnya kat sini, bukan semua yang berbau tu petanda buruk.
Aku rasa orang perempuan faham kot bau yang macamana yang aku maksudkan.
Asalkan tak bau hanyir dan gatal, tak perlulah ambil HRR.

Gloei tu banyak ekstrak tumbuhan.
Dalam Gloei ada extract Chamomile.
Chamomile ni bau dua busuk tau tak, kalau tak percaya gi beli EO Chamomile.
Busuk!
Sebab tu vaginal sedikit berbau tapi percayalah itu bukan bau hanyir, itu hanya bau yang 'lain dari yang biasa'.
Asal tak gatal, tak perlulah ambil HRR.
Tapi kalau rasa nak ambil jugak, silakan.


2. Sedang berdiet dan bersenam. Keputihan keluar dengan banyak dan period lintang-pukang. Nak ambil HRR untuk perbetulkan period cycle.

Pengguna ni sebenarnya dia tak bagitau dia sedang berdiet and bersenam dengan aktif.
Dia cuma kata "Lately ni keputihan saya datang dengan banyak and period cycle haywire. Saya nak ambil HRR".

Aku tanya "Kenapa lately ni dia datang dengan banyak? Ada makan apa-apa supplement atau diet?"

Dia cakap dia sedang berdiet at the same time work out gila-gila sebab nak kawen bulan 4.

Aku tanya keputihan berbau ke tak?

Dia cakap tak, tapi keluar dengan banyak jadi dia tak selesa.

Ok fine.

Dia macam ni tau.
Bila kita berdiet atau bergerak aktif, kitaran period kita memang akan berubah.
Bila kitaran period berubah, keputihan juga akan keluar dengan tak menentu.
Ini perubahan semulajadi sebab ia bergantung pada paras estrogen and progestron.
Bila badan dah get used dengan diet and senaman rutin, lama-lama nanti semua jadi ok.
Biasa la tu, sama macam kita start kerja kat tempat baru.
Awal-awal masuk memang lintang-pukang semua benda, segalanya kena start baru.
Tapi lama-lama dah jadi otai.
Gitulah perumpamaannya.

Jadi, kalau rasa boleh tunggu, tunggu.
Kalau rasa taknak tunggu, silakanlah ambil HRR, moga-moga kitaran haid jadi betul.


3. Keputihan saya berwarna kekuningan.

Kalau tak gatal, tak apa.
Tapi tak seharusnya keputihan jadi berwarna.
Kalau berwarna kekuningan, ini namanya kurang air.
Kalau kita tak cukup minum air, kencing kita jadi kuning.

Macam tu jugaklah dengan vaginal discharge, kalau tak cukup air dalam badan ia akan bertukar jadi kekuningan.
Minum air dulu, kalau ok, then tak perlu ambil HRR.
Kalau masih tak berubah, ok boleh cuba HRR.
Tapi kalau vaginal dischatge tu tebal, macam cheese, ok boleh ambil HRR terus,
Yang tu memang yeast infection.

Especially yang kuat bersenam, kalau tak minum air dengan cukup memang pantyliner kau akan nampak kekuningan.
Apetah lagi kalau berpeluh dengan banyak, pakai pulak spender yang tak berangin, memang senang la nak dapat infection kat bawah tu.

Oh lagi satu nak bagitau ya.
Ladies, setiap kali selepas intercourse, tolong pi kencing.
Intercourse boleh menyebabkan bacteria masuk ke bladder.
Kalau lelaki lain, dorang ada big distance because of the penis length tapi kita tak.
Kalau kita sejenis yang prone tu infection, silakan kencing setiap kali lepas intercourse.
Ini untuk avoid UTI.
Ya, aku faham kencing ni bukan boleh dipaksa-paksa.
Tapi mesti practise untuk kencing setiap kali selepas intercourse sebab penis ada potensi 'menolak' bacteria masuk lebih ke dalam that's why kita orang perempuan lebih terdedah untuk dapat UTI.
Caranya, lepas intercourse, minum air.
Mesti lepas tu terkencing.
Standby botol air 1L tepi katil.

Dia punya indicator gini.
Apa-apa yang selain dari aku list kat bawah ni adalah masih OK :

- berwarna macam ada nanah.
- discharge keluar dengan tebal macam cheese.
- bau hanyir and busuk pelantung.
- warna keladak, yellowish, greenish and ada tompok-tompok merah.
- gatal, pedih and sakit macam melecet

Kalau takde ciri-ciri di atas, itu namanya vaginal discharge yang biasa.


4. Keluar cecair putih banyak datang sebelum period.

Ini keputihan yang biasa setiap kali nak datang period.
Bila horon estrogen menjadi hormon yang dominan, vaginal discharge kita akan jadi lebih berair.
Tapi kalau hormon progesteron lebih dominan, warna discharge akan jadi off white dan berlendir.

Apa-apa pun aku seronok tengok ramai yang concern dengan masalah kesihatan dalaman.
Period lewat 4 hari dah risau.
Keputihan datang banyak sikit dari biasa (tapi tak berbau) dah risau.
Period datang sikit sangat pun risau.

That's good.
Itu maknanya kita sangat ambil berat diri sendiri.
Jadi aku nak identify masalah pun senang.
Ini ada yang bila aku tanya "Apa awak makan dalam 2 minggu lepas"

Jawapannya "Saya tak pasti"

Dah macam Redza pulak.

Y.E.S masih lagi berlansung sampai 10 Feb.
So kalau nak HRR tu silakan lah.




Offer 4 pakej istimewa ni tamat malam ni.
Siapa belum tengok apa pakejnya, KLIK SINI.