2019-01-05

Jangan buat silap yang sama 3 kali


Jangan percayakan dia yang kecewakan kita sebanyak 2 kali.

Yang pertama, mungkin itu kesilapan.
Semua orang berhak dapat peluang kedua, kan?
Ok kita maafkan dan bagi peluang lagi sekali.
Tapi kalau kali kedua dia masih buat salah yang sama, cukuplah.
Jadikan itu the last time.

Nak bagi peluang, cukuplah sampai peluang kedua je.
Kalau dia betul-betul insaf, peluang kedua dah memadai.
Tapi kalau dia buat lagi salah yang sama, why wait?

Oh ye lah, kita masih sayang.
Sebab tu kita sanggup makan hati, betul tak?

Generally, ketika kita start a relationship, none of us predict hubungan tu tak akan bahagia.
Kerana kebiasaannya setiap perhubungan berlandaskan saling percaya-mempercayai.
Saling percaya bahawa masing-masing adalah pasangan yang serasi dah tepat.
Saling percaya bahawa masing-masing saling mencintai dan saling membahagiakan.
Takde siapa nak bercinta separuh jalan.

But life is not always as smooth as we want it to be.
Cinta tak selalunya membara (gitu ayatnya...) dan sometimes akan pudar.
Itu biasa.
Kadang-kadang faktor kesibukan membuatkan hubungan tu dah tak se-warm dulu.
Masalah yang macam ni selalunya boleh dipulihkan dengan take 5 - bercuti berdua.

Tapi kalau salah sorang dah start buat perangai yang menyakitkan hati, hat ni yang payah sikit nak tolerate.
Selalunya bila jadi macam ni, kebanyakkannya akan bagi peluang kedua untuk rebuilding the trust.
For some people, mereka pilih untuk memaafkan and bagi second chance atas pelbagai sebab.
Ada yang demi menjaga nama baik, status, keadaan kewangan, dan anak.
Kalau kita dah pilih untuk memaafkan, maka belajarlah untuk benar-benar memaafkan.
Jangan tak ikhlas, nanti esok-lusa bertekak, kau akan mengungkit balik benda-benda lama yang sepatutnya tak perlu diungkit lagi.

Tapi kan, walau dibagi second chance, hubungan takkan se-warm dulu.
Surface je nampak warm, hakikatnya tak.
Kerana salah sorang akan jadi lebih berhati-hati kali ni.
Bila ada yang terlalu berhati-hati dalam perhubungan, dah takde fun dah.
Tapi takpelah, at least orang kata masih ada ikhtiar untuk kekal bersama.

Cumanya, kalau dah 2 kali dibagi peluang pun masih salah sorang buat perangai yang sama, udah-udah la.
Yang dah berumahtangga, aku taknak campur.
Yang aku cerita ni yang belum kawen lagi.
Kalau dah sampai 2 kali dia buat perangai yang sama, cukup-cukuplah tu.
Tahun 2019 baru masuk hari kelima, jangan nak semakkan fikiran dengan memikir masalah yang sama berulang-ulang.

Bila kita terlalu sayangkan seseorang, ia akan bagi impak pada diri dan mengubah diri kita.
Kalau pasangan kita tu baik, alhamdulillah, kita pasti akan terikut jadi baik.
Tapi kalau dia jenis yang 'berperangai', lama-lama kita pun kena tempias perangai dia.
Kita memang tak nampak benda ni mengubah hidup kita, tapi orang sekeliling akan nampak.

Aku pernah ada sorang kawan yang bukan sejenis suka melepak tak tentu arah.
Nak dijadikan cerita dia terjatuh cinta dengan sorang lelaki yang .... entahlah.
Nak kata hensem memang tak lansung.
Nak kata bijak, jauh sekali.
Nak kata perangai baik sangat, pun tak.
Cakap pun meleseh-leseh je.
Tapi maybe sebab gaya.
Lelaki tu bergaya.

Akhirnya dorang bercouple.
Dan sejak hari tu aku macam tak kenal dah dengan kawan aku ni.
Dia sama naik melepak dengan geng-geng yang 'takde masa depan', aku rasa kecewa sangat.
Bukan pandang rendah pada orang lain, tapi kita boleh nampak mana satu budak yang ada peracangan untuk future dan mana yang tak.

Betapa cinta kadang-kadang boleh jadikan kita bodoh.
Sanggup ubah gaya, ubah pergaulan, ubah persekitaran, ubah circle of frens semata-mata nak buatkan si dia terus jatuh cinta.
Bila kita korbankan identiti semata-mata kerana nak orang lain sayang dan jatuh cinta, itu petanda kita dah masuk ke fasa kebodohan.

Orang yang betul-betul sayangkan kita tak akan paksa kita untuk ubah cara dan ikut cara dia.
Dia akan respect identiti kita seadaanya.
Bukan ke dia suka kat kita semasa kita menjadi diri kita sendiri?
Kenapa kita perlu berubah bila dah start bercouple dengan dia?

One day kalau cinta tu tak berakhir seperti yang kita nak, kita akan mula mengungkit.
Masa tu lah kita ungkit balik yang kita dah berkorban banyak, yang kita sanggup tinggalkan kawan-kawan, yang kita sanggup korbankan impian kerana nak bersama di........bla bla bla.

Masalahnya, ada dia suruh kau berubah?
Takde kan. Kau yang nak sangat.

Lagi satu, kalau kita dapat pasangan yang salah, tujuan hidup kita pun akan berubah.
Sebelum kita kenal dia, we already have an ideal picture of how our life will work.
Kita dah tahu apa yang kita nak buat lepas grad nanti, kita tahu kat mana kita nak apply kerja, kita dah tau apa investment yang kita nak buat, etc.
Pendek kata kita dah atur plan kita cantik dah.
Tunggu kalau kau dapat pasangan yang salah, dan pasangan tu pulak lebih dominan dalam relationship tu, bersiap-sedialah untuk plan kau huru-hara.

Yes, boleh jadi dia ada impian yang berbeza dengan kita.
Tapi boleh jadi juga we are being blinded by love, sampai sanggup adjust impian kita with the purpose of his life.

Cinta sepatutnya buatkan kita jalan bersama-sama.
Bukannya sorang terpaksa buat 180 darjah pusingan semata-mata untuk kekal bersama.
That is so wrong!

Kalau terpaksa berpindah tempat kerja kerana mengikut suami yang bertugas di luar kawasan - that is a different story.
Asalkan masing-masing masih meneruskan misi, itu takpe.
Yang aku nak cerita ni adalah those yang kerana cinta sanggup korbankan sesuatu yang bagus demi sesuatu yang way less than that.
Cinta apa macam ni?
Cinta yang tak menjadikan kau lebih baik dari sebelumnya?
Lepas tu tak sudah-sudah kena mengalah.
Tak habis-habis minta maaf untuk sesuatu yang bukan salah kau pun.
Takut nau kena tinggal.

Loving someone deeply does not mean to continue to blame yourself.
Bila dia buat salah, dah kenapa kita pulak kena minta maaf?
Dalam setiap perhubungan perlukan usaha dari dua-dua pihak.
Bukan kita je kena usaha perbaiki hubungan, tetapi dia juga.
Kalau kita salah, kita minta maaf.
Kalau dia salah, dia kena minta maaf.

Kadang-kadang salah satu punca kenapa kita berdepan dengan masalah yang sama berkali-kali adalah kerana sikap kita sendiri.
Kita yang mudah sangat memaafkan.
Belum apa-apa dah maafkan dulu.
Orang yang buat salah tak sempat nak menyesal kita dah maafkan.
Memang patut lah pun dia buat perangai yang sama again and again.

Janganlah kejar cinta sampai macam tu sekali.
Kita hidup nak happy, nak santai, taknak stress sangat.
Kalau berdua pun dah cukup stress, ko rasa kalau dah kawen nanti, dah bertiga, agak-agak boleh reda stress kau?
Belum tentu.

Tak puas hati, cakap je. Jangan pendam.
If one is going to suffer, the other person should at least know.
What's the point suffer sorang?




5 hari saja lagi sebelum kita tamatkan Y.E.S GreenAard.
Nak tanya pakej dan harga Y.E.S, sila KLIK SINI.