2018-12-20

Penang - Part 1


First time buat update tentang 'cuti' di tempat percutian, tak tunggu balik.

Aku ada di Penang sekarang ni atas urusan kerja.
Tapi memandangkan cuti skolah, dan aku pulak sejenis takut tido sorang, jadi angkutlah semua sekali.

Aku ingatkan dah habis dah zaman aku jumpa customer biotek sejak tinggalkan market biotech 2 tahun lepas, akhirnya datang lagi ke sini, jumpa customer lama, masuk lab and discuss projek-projek disease detection.
Dulu, projek utama aku detection - samada halal detection atau disease detection.
Boleh tahan berkarat otak aku nak refresh balik memori tentang disease detection semalam.

Ok, sebelum cerita tentang Penang, aku nak cerita pasal Boat Noodle sebab ramai yang DM aku bila aku upload kat IG gambar bawah ni.



Aku tak penah masuk cawangan Boat Noodle tempat lain jadi aku tak sure makanan atas ni ada kat semua cawangan atau tak.
Rasanya macam tak sebab bila aku up gamba ni ramai yang tanya apa benda ni and kat cawangan mana aku masuk.
Ok ini Boat Noodle kat IOI Mall Puchong.
Ini kali ketiga aku masuk sini.
Tapi aku tak makan pun bendalah ni that day sebab takut batuk.
Batuk-batuk aku baru nak lega, kalau aku sumbat ni besar harapan rompong anak tekak aku karang.

Ini sebenarnya sejenis minuman.
Dia ala-ala ABC tapi yang ni kau cedok sendiri nak letak apa.
Nampak macam best, maybe kena gak pi try someday.



Air kat sini walaupun limited tapi semuanya best-best, especiallu teh ais dia.
Siapa pernah pi Bangkok mesti biasa beli teh ais dia.
Aku pi Bangkok tahun 2006 kalau tak salah, atas urusan kerja, kawan aku ajak try teh air dia.
Gila bapak punya sedap!!
Kalau pi Ho Chi Minh tak sah kalau tak rasa kopi dia, so kalau kau pi Bangkok wajib pekena teh ais pulak.
Yang lagi dua air aku dah lupa aku order apa, tapi semua sedap.



Kitorang datang sini Selasa baru-baru ni sebab Redza nak cari seluar futsal (seluar futsal lain eh?).
Jadi sekali harung lunch kat sini.

Aku kan tak paham pakaian bersukan zaman sekarang.
Dulu aku nak merentas desa ke, nak lompat jauh ke, nak main netball ke, semua pakai satu seluar yang sama.
Budak-budak sekarang seluar bola lain, seluar futsal lain, seluar workout lain.
Kasut pun camtu gak.
Aku dulu lenjan satu jenis kasut je - iaitu kasut skolah.
Sekarang, kalau join 10 sukan, maknanya 10 kasut berlainan ada kat rumah tu.
Ke memang semua benda ni sejak dari dulu memang dah ada, cuma aku je yang tak tau?



5 dari 6 mangkuk ni, aku yang makan.
Tapi sebenarnya 5 mangkuk ni bersamaan satu mangkuk maggi je.
Cuma bezanya kuah-kuah dia semua best.
Ada 6-7 jenis kuah untuk kita pilih.
Kesedapannya sangatlah best.
Selalunya aku akan tambah kulit ayam kat dalam tu, baru pehhhhh!
Tapi En Wan tak kasik aku makan banyak sangat kulit ayam, jadi hari tu aku makan keriuk-keriuk ni je la.



Tengok la.
Sikit je pun isinya.
Gempak je lebih nak bermangkuk-mangkuk bagai. Hipster katakan.
Ini 2 kali kaut je settle.




Ini first time Redza pekena Boat Noodle, sampai kuah pun dia hirup sampai licin.
Aku tak pernah hirup kuah dia.
Aku ambik mee je.
Akukah yang pelik di sini?



Ini juga yang win!
Hari tu En Wan and Redza ambik sorang satu je, yang lain semua aku perabiskan.
Ya, aku memang kuat makan.



Nasi Kra-Pow favourite Redza.
Nasi ni selain kat Boat Noodle, kat Black Canyon pun ada.
Dua-dua pun sejenis Thai restaurant.
Aku takleh makan nasi ni sebab pedassssss.



Semalam, Rabu kitorang bergerak ke Penang.
Appointment aku start at 2pm, jadi pukul 7am dah keluar rumah sebab nak benti breakfast sekali.

Kesian En Wan, agaknya lately ni kepenatan ke sana sini uruskan hal kerja and anak-anak, sampaikan tak cukup rest.
Dah nak sampai Penang semalam, dia rasa tegang je bahagian tengkuk.
Kitorang ingatkan darah tinggi.
Masa kat Queensbay terus pi pharmacy untuk check, alhamdulillah semua normal.
Pharmacist tu kata maybe sebab tak cukup rest pun boleh menyebabkan rasa tegang kat belakang leher.
Dia suggest beli penampal ala-ala Salonpas (tapi brand lain), kejap lepas tu lega dah.

Ini sebenarnya 'penyakit' biasa setiap kali end of the year.
End of the year memang akan busy macam bulan nak raya.
Tahun ni extra sibuk sebab launching Halal in Home Kit sekali, pastu berkejar siapkan kerja sebab nak ikut aku ke Penang.
Mujurlah budak-budak kat opis tu ada, boleh la di harap handle Y.E.S yang start hari ni.

Oh by the way, Y.E.S Green Aard start hari ni ya.
Sila WHATSAPP SINI untuk tengok apa yang kitorang offer.




Punyalah beria aku tanya kat FB mana tempat makan yang best untuk makan kat Penang ni, penyudahnya makan kat Secret Recipe je sebab kesian En Wan tak sihat semalam, jadi depan farmasi tu ada Secret Recipe, terus masuk sini je la.
Macam biasa, kalau aku and En Wan makan sini tak lari la dari order dua menu ni.
En Wan Thai style fried rice, aku pulak spagetti meatball.
Aku sebenarnya tak kisah pun sepanjang kat Penang ni kena makan Secret Recipe, sebab yang penting bukan makanannya tapi tempatnya.
Nak makan kena tempat yang tenang bebas dari gangguan kucing, tu yang penting.



Mak seperti biasa, hanya makan nasi goreng and sayur sebab tak makan udang.
Jadi, cuba teka, siapakah yang merembat udang mak?
(mbahahahahha)




Redza punya.




Dia sorang je yang sejuk masuk Queensbay siap nak berjaket bagai.



Lepas lunch, hantarkan semua orang ke hotel, and aku terus ke Batu Maung with En Wan.

Ini pertama kali En Wan masuk sini.
Rasa best je kali ni ke sini En Wan hantar and ikut sekali.
Rasa dah mencecah ukur 41 ni dah takde mood nak jalan seorang macam zaman muda-muda dulu.
Zaman muda dulu segalanya aku berani buat.
Berani rambut merah, berani pakai seksi, berani ke sana sini outstation sorang, berani tido dlaam kereta kat basement, berani tido kat Shell pun.
Darah muda ni lain sikit kan.
Now dah tua rasa macam ke mana-mana nak suami teman.
Rasa safe and secure je.
Nampak macam tak independent kan?
Takpelah, aku dah puas independent zaman muda dulu.
Kasiklah aku bermanja-manja sekarang, dengan suami sendiri pun, bukan dengan laki kau. Kahkahkah.

Ini Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung.
Dulu tahun 2005-2007, 2 bulan sekali aku akan ke sini, samada alone atau dengan bos aku.
Selalunya dengan bos sebab projek-projek besar bos aku akan handle.
Aku ni bos aku always ajak sekali sebab aku orang kanan dia.
Jadi kalau dia cuti ke apa ke, at least aku tau projek apa dia sedang handle.

Semalam aku ke sana alone, jumpa dengan researcher yang terlibat dengan projek identification (pork detection in fish).
Best discussion semalam, bertukar-tukar maklumat tentang produk aku and research dia.
Salah satu kajian dia adalah mengkuarantinkan ikan yang diberi makan sumber babi.
Ikan tu diberi makan babi waste dan kemudian dikuarantinkan.
Setiap satu jam perut ikan tu akan di-monitor samada kesan babi waste tu ada lagi ke tak.
Kiranya dorang berapa lama yang diperuntukkan oleh ikan tu untuk semua babi waste keluar dari badan.

Fungsi?

Sebab, ada fatwa yang mengharuskan (membolehkan) ikan yang diberi makan sumber babi untuk dimakan oleh manusia, dengan syarat ikan tu mesti dikuarantinkan dulu.
Bila semua waste tu dah keluar, baru boleh dimakan.

Aku senyum je dengar.

Sebab aku tau benda ni kalau kita cakap kat orang luar (public), konfem ada yang melenting - SYUBHAH! HARAM! TAKBIRRRRR!

Padahal benda ni dah difatwakan harus.
Bukan semua benda kita boleh cop haram.
Kita kena ambil kira advantage-nya pada orang yang duduk kat overseas.
Bayangkan kalau fatwa katakan semua ikan yang diberi makan sumber babi adalah haram, apa yang akan berlaku pada orang Islam yang duduk kat luar negara?
Kita ni kat Malaysia ni lainlah, semua benda halal senang nak cari.
Yang duduk overseas tu kalau semua benda haram, dorang nak makan apa?
Fatwa tak boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa mengambil kira kebajikan orang Islam di luar Malaysia saja.
Jadi bila fatwa dah kata hukumnya harus (boleh makan ikan yang diberi sumber babi dengan syarat dikuarantinkan), kan dah lega orang Islam yang duduk kat overseas.

Tapi tu la, bak kata Dr yang aku jumpa semalam, dia kata isu halal-haram ni masih ramai yang tak nak belajar lagi.
Hanya ambik yang surface je.
Dia cakap aku berani sebab produce Halal in Home kit sebab orang boleh salah guna kit ni untuk create chaos.
Ya, aku tau.
Tapi ini dakwah aku.
Jadi tak jadi belakang cerita, semoga usaha ni Allah nilaikan sebagai ibadah.

Ada banyak lagi yang aku discuss pasal isu halal-haram ni semalam.
Kena buat entry berasingan, nantilah kalau ada masa ya.



Lepas ke IPP, pegi pulak ke NaFISH kat Batu Maung juga.
Ni pun tempat biasa pergi selama ni.

Dulu, tahun 2006 aku buat projek detection kit dengan a group of researcher kat dalam ni.
Semalam, the same group invite aku untuk buat projek penyelidikan TiLV (Tilapia Lake Virus Detection Kit).

Terharu.
Tapi, aku terpaksa lepaskan offer ni.
Rasanya nak cuci tangan dari buat projek biotech yang heavy macam tu.
Bagilah peluang budak-budak muda take over.
Aku nak concentrate kat plant research saja lepas ni.
Sejak 3-4 tahun lepas start buat RnD plants and herbs rasa seronok pulak.



Semalam dah ada yang DM aku tanya "Kak Di pakai seluar ke skirt?"

Ni haa....seluar.
Seluar Kendo Japan namanya.
Boleh beli kat ELLE, RM159.

Kasut aku tu taknak tanya ke?
Hahahahaha.



 Malam semalam memenuhi selera tekak ke Padang Brown untuk pekena pasemboq sotong.
Aku imagine akan makan banyakkkkkk sangat sebab teringin sangat rasanya.
Alih-alih sotong aku ambik sekor je, tauhu 2, telur 2 and udang 1.
Mencebik En Wan tengok "Ini je??"

Cara-cara "ini je" pun dah RM29 sepiring okeh?



Aku rasa air Starbucks semalam tu dah men-spoil-kan selera aku.
Dah jadi kenyang, tu pasal tak dan nak makan pasemboq banyak-banyak.



Ini kerang rebus. Yang bakar takde kat sana.
Rebus pun bolehhhhhh.
RM23.



Mee goreng ayam untuk Redza.



Mee sotong En Wan.



Mak makan mee rebus.




Gini la cara aku akan pasemboq - tanpa sayur dan tanpa kuahnya.
Makan kering gini je.
Aku memang tak suka makanan aku berlendir dengan sos.
Bukan setakat burger je kena kosong tanpa sos ya, tapi pasemboq pun sama juga.

En Wan tanya apalah rasanya makan kering gitu.

Rasanya SEDAP.

Ok, hari ni aku akan ke USM pulak.
Lepas tu I am free untuk jalan-jalan sampai esok. Yeay!!!



Y.E.S GreenAard start hari ni.
Refer harga sini and WHATSAPP SINI untuk beli.

Selain dari harga-harga ni, ada pakej istimewa untuk korang.
Refresh blog ni and klik link pada pop out window.