2018-12-22

Apa masalahnya?


2 hari lepas aku up status kat FB tentang streaming class yang dah officially dimansuhkan.
Aku tak bersetuju dengan keputusan tu.

Semalam aku up status tentang keputusan kemasukan anak-anak ke boarding school yang KIV-kan hak pelajar cemerlang lain hanya kerana ibubapanya bergaji melebihi gaji B40.
Aku pun tak bersetuju dengan keputusan ni.

Aku tak faham, what's wrong dengan....entah aku pun tak tau siapa yang patut disalahkan.
Tapi yang aku nampak ada yang tak betulnya dengan konsep dan sistem yang nak diterapkan di kalangan pelajar sekarang.

Mula-mula yang cemerlang dinafikan hak untuk diraikan di atas pentas.
No more announcement 6As on stage.
Katanya sebab nak menjaga hati those yang tak cemerlang.

Lepas tu yang cemerlang dinafikan haknya untuk berpindah ke kelas yang terbaik.
No more streaming classes.
Cemerlang atau tak cemerlang stay di kelas yang sama sampai habis skolah Darjah 6.
Katanya kesian bila budak-budak diasing-asingkan ikut kecermelangan.
Atau bahasa mudahnya nak menjaga hati those yang tak cemerlang.
Dah tu, bubarkan teruslah SBP and MRSM.
Tu pun sejenis streaming gak tu.
Yang bijak-bijak je terpilih masuk situ.
Eh tak pulak dibubarkan.
Berebut-berebut nak masukkan yang tak cemerlang kat dalam tu.

Then now yang cemerlang di-KIV-kan peluang ke boarding school hanya kerana mak bapaknya bergaji besar.
Pun sama, katanya nak bagi peluang pada anak-anak yang mak bapaknya berpendapatan bawah RM3K.
Ingatkan yang terpilih ni anak-anak yang 6As, rupanya 2A je pun boleh masuk.
So now sebenarnya bukanlah 6As yang menjadi kelayakan utama ke skolah berasrama nampaknya, asal parents berpendapatan rendah.
Halo..?? Budak-budak tu tak mintak pun dilahirkan dalam kalangan mak bapak yang berkemampuan.

Ada parents yang kata kawan anak dia dapat 3A je tapi layak ke boarding school.
Anak dia 6As, tak layak.
Mak dia kata lepas ni tak tau la apa motivasi untuk suruh adik-adiknya belajar sungguh-sungguh.
Dulu ada gak modal "Blaja pandai-pandai, dapat 6A ada peluang masuk skolah asrama".
Now, nak motivasi apa kat si adik pun tak tau.
Peluang nak masuk asrama pun takde nampaknya.
Maybe mak-mak boleh consider berhenti kerja la, biar pendapatan isi rumah less than RM3K, kot. Kan?

Dah la kau hold budak-budak cemerlang 6As ni ke sekolah berasrama hanya kerana mak bapaknya berduit.
Lepas tu kau mansuhkan pulak streaming class.
Kau nak budak-budak cemerlang ni jadi apa sebenarnya? Jadi bodoh kembali?

Oh sorry la ya, kalau word "bodoh" tu kasar sangat bunyiknya.
Kalau ada yang terasa mohon hadam je lah sebagaimana mak bapak yang anak-anak cemerlang terpaksa hadam semua sistem baru ni.

Aku tak setuju sebab anak aku pandai?

No.

Ada yang hantar PM kat aku cakap dia tau kenapa aku tak setuju (dengan status streaming class).
Dia kata sebab anak-anak aku pandai that's why aku tak setuju.

Ok now aku nak cerita how "pandainya" anak-anak aku.

Aku start dengan Rayyan.

Yang follow blog aku tau Rayyan ada mild-disleksia.
Dia bermula dengan kelas ketiga dari empat kelas.
Dah corot dah tu.

Waktu tu aku and En Wan tak tau dia ada disleksia.
Bila bulan pertama sekolah kitorang tengok dia susah nak memahami simple calculation, tulisan turun naik, tulisan condong, some huruf tulis terbalik, nombor 2 dia nampak sebagai Z, homework tak pernah bersiap, aku dah sense mesti ada something wrong.
Bila buat assessment, sah dia ada mild disleksia.

Disebabkan dia hanya mild disleksia, maka dia tak diwajibkan untuk masuk skolah khas.
Instead, cikgu disleksia tu mintak aku usaha lebih sikit di rumah untuk perbaiki kekurangan dia.

Aku buat.

Kitorang train dia membaca hari-hari.
Sebab aku tau walaupun dia berada di kelas ketiga, cikgu mana ada masa nak ajar membaca kalau dah 40 orang semuanya slow kat dalam tu?
Jadi mak bapak kena usaha lebih, sama-sama tolong anak, sama-sama tolong cikgu.

Awal-awal tu memang slow sebab dia nampak huruf menari-nari.
Tapi takpe, teruskan juga membaca sampai jadi lancar.

Menulis pun sama.
Hari-hari prektis menulis.
Mula-mula tu tulisan kejap condong ke bawah, kejap condong ke atas sebab dia sentiasa nampak garisan tu bergerak.
Tapi lama-lama ok, now tulisan cantik helok.

Hari-hari ajar dia simple calculation.
Nak bagi dia biasakan dengan nombor 2, 7 and 9.
Tiga nombor ni always dia nampak bentuk lain.
Alhamdulillah, dulu 2+2 pun tak boleh buat, now Maths A.

Aku berterima kasih pada streaming class.
Kerana dia berada di streaming classlah (kelas ketiga), maka cikgu slow-kan pace kerana pelajar-pelajar di kelas tu semuanya slow learner.
Bila semuanya slow, maka cikgu ajar ikut rentak yang slow.
Lama-lama budak faham.

Naik Darjah 2 dia masuk ke kelas kedua, alhamdulillah.
Itu tanda ada peningkatan.
Di kelas kedua, dia berada di kalangan pelajar yang satu 'level' dengan dia.
Pace cikgu mengajar pun ikut standard pelajar di kelas kedua.
Alhamdulillah, di kelas itu, pada tahun ni dia dapat nombor 6.
Di seluruh darjah 2 dapat nombor 30.
Untuk yang ada mild disleksia, aku rasa itu dah bagus sangat dah tu.

Kalau ikut kelayakan, tahun depan dia layak pindah ke kelas pertama.
Bayangkan kalau dari awal Rayyan berada di kelas yang takde streaming.
Dah tentu dia akan terus ketinggalan.

So, adakah aku tak setuju streaming class dimansuhkan sebab aku kecewa anak aku tak masuk kelas pertama ke?

Tak.

Bukan itu kekecawaan aku.
Kalau aku nak anak aku nampak sentiasa bijak, sepatutnya aku sokong streaming class dimansuhkan.
Takyah naik kelas pertama tahun depan so that Rayyan ada peluang naik pentas tetiap tahun.
Kalau masuk kelas pertama nanti takde peluang naik pentas, betul tak? Hahaha.

Tapi tak.
Naik pentas bukan tujuan utama aku.
Tapi aku nak persekitaran yang memotivasikan.
Anak-anak kita perlu berada di persekitaran yang lebih baik untuk dia menjadi lebih baik.

Ni karang ada yang kata "Ye lah, nak kata kelas belakang tu bodoh-bodohlah tu".

Budak-budak kelas belakang tu bukan bodoh tapi slow learner.
Be realistik lah.
Terimalah kenyataan kalau anak kita memang slow.
Slow bukan bodoh tapi perlu bimbingan banyak sikit dari orang lain.

Rayyan adalah buktinya.
Dia ada salah sorang yang pernah berada di kelas belakang.
Dia buktikan pada aku, dia bukan bodoh, cuma dia slow learner.

Kalau kita boleh asingkan budak-budak autism dan budak disleksia ke satu skolah atau kelas pendidikan khas, kenapa yang slow learner tak boleh?

Autism is kelainan upaya.
Disleksia is kelainan upaya.
Slow learner is kelainan upaya.
Fast learner also kelainan upaya.
Dorang ni semua ada kelainan keupayaan dalam menerima arahan.
Apesal mesti mansuhkan streaming class?
Letakkanlah dorang di tempat yang betul, itulah namanya adil.
Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Streaming class ni bagus.
Objektifnya adalah untuk membolehkan pelajar bergerak mengikut pace yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan dorang.
Dangkal sangat pikiran kita kalau anggap streaming class ni tujuannya untuk membeza-bezakan pelajar.

Bila ada streaming class, cikgu dapat set-kan suitable pace and maintain that pace untuk seluruh kelas.
Tak ada risiko ada pelajar yang ketinggalan.
The whole class dicabar pada tahap yang dinilai sesuai untuk seluruh pelajar dalam kelas tersebut.
Cikgu pun boleh move ahead dengan cepat sebab seluruh kelas tak memerlukan banyak penyeliaan dan perhatian kerana semua berada di level yang lebih kurang sama.

Bagi aku, pelajar yang berada di level yang sama ni dapat saling memotivasikan each other because they possess similar abilities.
Di samping tu konfiden level dorang meningkat sebab dorang tak merasa rendah diri atau lebih bodoh dari orang lain.
In fact, they offer each other friendly competition which is, in itself, motivational.

Aku ni dulu bersekolah di zaman kelas streaming tak wujud.
Form 4 baru ada streaming class.
Form 1-3 takde.
Cuma masa Form 3 tu cikgu ada pilih those yang nampak macam bijak sikit untuk duduk dalam satu kelas.
Kira macam champion class lah ni.

Masa Form 1 and Form 2, setiap kali cikgu suruh buat kerja dalam kumpulan, ko rasa yang bijak-bijak ni nak ke ambik yang kurang bijak tu join group dorang?

Takde maknanya!

Bukan taknak geng dengan yang kurang cemerlang ni tapi kita nak projek kita berjalan dengan baik.
Kita nak group kita cemerlang and outstanding.
Dan untuk menjadi outstanding kita perlukan those yang A-list.
Jadi, yang kurang cemerlang akan terus berada dengan kelompok kurang cemerlang.
Dan group A-list akan terus conquer segala macam award yang ada.
Ingat cikgu ada banyak sangat masa nak ajar sorang-sorang?
Cikgu pun manusia jugak.
Dia pun tahu penat and bosan walaupun hakikatnya dia nak membantu semua pelajar.
Lebih bagus kalau ada class streaming, yang slow learner takkan tersisih dan ketinggalan.
Anak aku adalah salah sorang buktinya.

Dia punya analoginya macam aku buat training untuk agen GreenAard.
Yang ada basic biologi senang faham, yang takde basic biologi aku kena explain from scratch.
So apa jadi dengan yang ada basic biologi ni?
Kejap-kejap pi toilet sebab BOSAN.

Bukan dorang berlagak macam dah faham semua, tapi aku faham situasi tu.
Bila kau dah tau, tapi speaker dok repeat sesuatu yang ko dah tau, ko akan rasa buang masa berada dalam kelas tu.
Itulah nanti yang jadi pada budak-budak di skolah.
Bila cikgu dok me-repeat benda yang sama, yang dah faham akan jadi bosan dan malas sebab balik-balik cikgu dok ngulang benda yang sama.

Redza kata di skolah dia, bulan 6 cikgu dah habis ajar semua topik.
Dari bulan 6 onwards banyak buat revision and latihan je.
Tetiba aku teringat zaman aku blaja dulu, manjang je topik tak sempat cover.
Aku rasa sebab itulah.
Cikgu dah tak dapat kejar masa sebab pelajar dalam kelas ability tak sama.
Penyudahnya exam tinggal lagi 2 minggu, topik tak habis-habis lagi.

Pelajar cemerlang, bila berada di unstreamed classed among low ability students, yang pace has to be much slower than their own, lama-lama hilang minat dengan apa yang berlaku dalam kelas dan mula cari alternatif untuk make themselves occupied.
Mulalah nanti perangai berubah.

Pernah tak dengar cikgu kata "Budak ni bijak tapi nakal"?

Itu adalah kerana dia bosan.
Dia bukan nak pun jadi nakal.

Ok now Redza.

Redza is considered as fast learner.
Darjah 1 sampai Darjah 6 always kelas pertama dengan nombor tak pernah exceed 10.
Dari 40 orang di dalam kelas pertama tu, cikgu pilih 20 orang untuk masuk Champion Group.
Group ni katanya group yang cikgu "bela" untuk dapatkan keputusan UPSR yang cemerlang.
Redza salah sorang ahli group tu.

Tapi tahun tu adalah tahun pertama KBAT.
Results UPSR memang haywire, macam nak kiamat satu Malaysia bila keputusan UPSR diumumkan.
Sekolah Redza cuma 2 orang je dapat 6A tahun tu.
Redza sendiri 3A3B saja.
Dia kecewa.
Aku sedih juga tapi disebabkan aku tau bukan dia sorang yang terperanjat dengan keputusan tu malah mak bapak satu Malaysia pun merempan, jadi aku bertenang-tenang je.

Kitorang dah takde fikir pasal boarding school dah time tu sebab tau dia tak layak.
Terus carikan skolah menengah yang ada sistem streaming class.
Alhamdulillah dia dapat masuk kelas terbaik di skolah tu.
Tapi lepas sebulan Redza dapat tawaran ke MRSM Langkawi.

Disebabkan tahun tu yang dapat 6A sangat sikit, jadi yang dapat 3A3B pun ada peluang ke boarding school.
Redza dapat 2 tawaran - Sekolah Menengah Sains Kuantan and MRSM Langkawi.
Dia pilih Langkawi.

Redza mendaftar di MRSM Langkawi dengan perasaan rendah diri.
Apetah lagi dia tau dia antara paling rendah keputusan UPSR di situ (3A3B adalah kelayakan minimum).
Awal-awal tu dia memang susah nak catch-up.
Menangis-nangis dia bagitau dia tak layak berada di Langkawi sebab dia lemah, tak sebijak kawan dia.

Aku and En Wan janji yang kitorang bagi dia cuba 1 lagi exam.
Kalau betul dia tak boleh carry, kitorang akan tarik dia keluar.
Aku takde masa nak berbangga-bangga dengan orang yang anak aku berskolah asrama tapi hakikatnya anak aku stress dan tak boleh carry.
Kau tak boleh carry, keluar. Habis cerita.
Sebab aku faham skolah macam tu mesti nak jaga reputasi.
Jadi aku taknaklah disebabkan keputusan anak aku yang lemah akan menyebabkan reputasi skolah tercalar.
Penat-penat cikgu pulun 24 jam nak jaga reputasi.

Sebelum exam akhir tu dia ada beberapa kali cuti.
Setiap kali cuti, kitorang hantar ke tusyen.
Hire cikgu one to one untuk ajar subject yang dia lemah.
Aku and En Wan cakap kalau latihan intensif macam ni dia masih takleh cope, ok kita bawak dia keluar dari Langkawi.

Alhamdulillah mungkin memang rezeki Redza untuk terus blaja di situ.
Exam dia nampak peningkatan.
Dari awal exam until now dia masih kekalkan pointer 3 above.
Dan dia pun semakin seronok nampaknya blaja kat situ.
Setiap kali balik dia akan usaha tanya subjek-subjek yang dia tak faham kat kitorang.
As mak bapak, results adalah yang kedua.
Yang pertama adalah effort anak.
Kalau anak tu sendiri nampak usahanya memang sungguh-sungguh, tu dah cukup membanggakan.

Aku selalu pesan kat Redza, yang penting mesti rajin.
Orang yang pandai tapi malas, dia hanya dapat pandai saja.
Ada kemungkinan esok dia adalah orang yang kejap-kejap benti kerja.
Sebab apa?
Malas.
Tapi orang yang rajin, dia mesti berjaya.

Tak perlulah kita nak terasa hati sangat kalau anak-anak kita dibezakan mengikut kelas.
Patutnya bila anak kita berada di kelas bawah, kita sebagai mak bapak berterima kasih sebab itu semacam 'amaran' untuk kita sama-sama guide anak supaya dia dapat belajar dengan lebih baik.
Bukan nombor yang penting, tapi peratusan mesti ada peningkatan.

Macam Rayyan, aku tak kisah pun dia dapat nombor 6 dalam kelas sebab peratusannya 91% dan subjek UPSR semua A, cukuplah.
Yang dapat naik pentas tu kita ucapkan tahniah.
Nak dengki apanya dengan budak-budak yang cemerlang.
Baguslah kalau ada budak-budak cemerlang supaya ada modal untuk kita jadikan motivasi kat anak supaya dia ada semangat nak jadi cemerlang juga.
Berlapang dadalah dengan kejayaan orang lain.
Sampai bila asik nak mintak orang faham kita, kesiankan kita 24 jam?

Anak-anak yang kurang bijak bila berada di tempat yang cream (macam kes Redza), perlu sokongan mak bapak.
Bila dia berada di kelompok yang cream, kita pastikan dia boleh catch-up.
Bukannya biarkan je dia terkontang-kanting dengan alasan "At least dia di kelas terbaik".

Memang ada mak bapak yang seronok sangat bila takde streaming class ni.
Seronok sebab takdelah nampak anak dia tu slow sangat.
Lega katanya bila semua anak-anak ni SE-LEVEL.

Selevel hapenya?

Hanya kerana takde streaming class maka kita assume anak-anak itu satu level kemampuan belajar?

Sekarang ni aku tengok menjadi cemerlang seolah-olah salah.
Yang cemerlang sekarang ni macam-macam tak dibenarkan buat.
Umum keputusan atas pentas tak boleh.
Masuk kelas terbaik tak boleh.
Semuanya kerana nak kesiankan yang kurang cemerlang.
Esok-esok yang berjaya score 1st class time konvo jangan bagi dorang convert loan kepada biasiswa.
Bukan apa, kesian pulak yang tak cemerlang kena bayar loan sorang-sorang.
Biar semua orang bayar loan regardless cemerlang ke tak.
It's ok, takpe.
Budak-budak cemerlang ni semua cekal, tak kisah hak mereka ditarik sikit demi sikit.

*sigh*

Ingatkan menjadi berjaya dah cukup menakutkan, rupanya sekarang ni menjadi kaya dan berjaya jauh lebih menakutkan bila anak-anak yang cemerlang di-KIV-kan dari masuk boarding school kerana memberi keutamaan kat anak-anak dari yang kurang berkemampuan.
Alasannya adalah untuk bagi anak-anak ni peluang dapat pendidikan yang lebih baik dan persekitaran yang lebih selesa untuk blaja.

Ok that's good.
Aku sokong.

Tapi tak adil jika yang dapat 2 ketul A pun dapat tawaran sedangkan bersepah 6A tak dapat tawaran hanya kerana yang dapat 6A ni mak bapaknya orang ada-ada.
Yang dapat 6A ni pun dapat kerana usaha, bukan kerana mak bapak dia beli A tu.

Kalau betul nak membantu anak-anak orang susah, pilihlah yang cemerlang dan waive-kan yuran-yurannya serta bantu kelengkapan skolahnya.
Kalau nak utamakan anak-anak yang kurang berkemampuan, go ahead.
Saringlah dulu anak-anak yang kurang berkemampuan ni, takpe.
Pilih yang 6As.
Dah habis semua 6As dari kalangan anak-anak kurang berkemampuan, pilih pula 6As di kalangan anak-anak yang berkemampuan.
Then pick yang 5As pula di kalangan anak-anak kurang berkemampuan.
Pastu pick 5As dari kalangan anak-anak orang kaya. Dan seterusnya.

Kan boleh buat macam tu.
Cuma kita taknak buat kan?
Sebab kita memang taknak bagi.

Kalau kita boleh kesiankan anak-anak yang kurang berkemampuan, kenapa tak boleh kesiankan juga anak-anak yang bekemampuan sedangkan dorang sama-sama berusaha.
Bukan semua yang kaya tu anaknya cemerlang.
Cemerlang takde kaitan dengan kekayaan.
Ada juga anak orang kaya yang benak walau dah dibagi private tusyen 24 jam.

Regardless kaya atau tak, hanya yang berusaha saja yang berjaya.
Yang miskin pun berusaha, yang kaya pun berusaha.
Bagilah peluang mereka juga.
Bukan salah mereka dilahirkan dalam keluarga senang.




Y.E.S GreenAard dah masuk hari ketiga hari ni.
Gambar di atas adalah salah satu special kalau beli the package.
Kalau nak tengok harga produk lain, boleh WHATSAPP SINI.