2018-08-31

Adab dan ilmu tak ada kaitan.



Kita mesti pernah dengar orang kata "Dia tu padahal ilmu agama bukan main tinggi, ikut berdakwah sampai ke mana-mana tapi akhlak dengan keluarga sendiri punyalah buruk!"

Pernah juga kita dengar "Mak lagi suka kau pilih dia sebagai calon suami. Walaupun tak blaja tinggi, tapi rajin uruskan kebun ayahnya dan hormat orang tua pulak tu" [ni skrip Cerekarama].

Bahkan kadang-kadang ada jugak terdengar-dengar orang kata "Macam ni perangai budak-budak asrama? Nama je pandai, tapi merokok senyap-senyap. Ragging anak orang, pukul anak orang!"

Ada jugak yang skolah agama dari kecik sampai besar, tapi akhlak tak beribah jadi baik, malah makin rosak.

Some of us are busy studying tapi tak appy pun ilmu yang tinggi tu, especially pada attitude.
Sometimes, kita boleh nampak orang yang profilenya penuh dengan jawatan besar dan education background yang gempak, tapi bila berkomen dan menyampaikan hujah kurang beradab.
Sebaliknya, orang-orang yang nampak macam not-so-bijak, kata-katanya lebih menampakkan keikhlasan dan rendah hati.

Adab adalah cerminan dari apa yang ada di hati, reflexion dari keikhlasan dan ilmu.
Maknanya adab jauh lebih besar dari ilmu sebab ia merangkumi banyak hal.
Lagipun ilmu yang kita tahu tak semuanya kita amalkan.
Jadi yang sebebtuknya, ilmu hanyalah perantara untuk beramal dan bukan tujuan utama kita.
That's why kalau kita tengok salah satu ayat dalam Al-Waqiah ada cakap :

"Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Waqiah, 24).

Allah tak berfirman "Sebagai balasan apa yang telah mereka ketahui."

Ada bezakan?

Maksudnya, takde makna kalau kita sekadar tau tapi tak buat.
Dah tau sombong tu tak bagus, tapi kita buat.
Dah tau merendah hati tu baik, tapi kita tak buat.
Gitulah maksudnya.

Dulu, zaman aku kecik-kecik dulu, kalau ada kes-kes mencuri ke apa ke, mesti kita dengar orang tua-tua cakap "Tu la jadiknya kalau blaja tak tinggi, dah besar takde duit, mencuri!"
Tapi zaman skarang, banyak kes curi ni jadi di kalangan orang yang blaja tinggi dan jawatan besar. Eh!
Malah, nampaknya semakin tinggi title dan ilmu, lebih mudah jadi sombong.
Rupanya, ilmu dan gelaran juga satu ujian, bukan anugerah.

Itu menunjukkan baik buruk seseorang itu dilihat bukan dari pendidikannya yang tinggi, tapi dari tingginya akhlak dan adab yang dimiliki.
Maka, ketika ada orang lain melakukan kesalahan, berhentilah kaitkan dengan status pendidikannya.
Status pendidikan takde kaitan dengan adab.
Malangnya di zaman sekarang, orang lebih memandang status.
Boleh jadi sebab itulah ramai yang berlumba-lumba nak jadi kaya, berlumba-lumba nak kumpul macam-macam title.
Kerana kehendak persekitaran dah jadi begitu.
Demand orang sekarang dah lain, kalau kaya lebih disegani, kalau ada title baru nampak bijak, kalau ada jawatan besar baru dihormati, walaupun adab ke laut.

Ilmu tak menjamin seseorang itu selama-lamanya baik.
Apa yang menjamin seseorang itu selalu baik adalah akhlak dan adab yang dipelihara dengan baik, bukan level of education.
Tapi tak bermakna kita putting aside knowledge.
Kerana, tanpa ilmu manusia dah jadi macam binatang la pulak, takde hala tuju hidup.

Ilmu penting, dan tambah ilmu ke peringkat yang lebih tinggi pun tak salah.
Tapi, ilmu yang kita ada akan jadi bahaya bila tak dipadankan dengan adab yang baik.
Ilmu yang disertai dengan adab akan jadi lampu untuk tunjukkan kita ke jalan yang lebih betul.
Jadi, letakkanlah adab di atas ilmu.

Kat Malaysia ni, nak cari orang pandai tak susah.
Buktinya, almost every year ada je anak-anak Malaysia yang dapat anugerah the best in world, the best in Asia, the best itu, the best ini.
Yang sebetulnya, nak jadi bijak ni tak susah mana.
Kuncinya cuma belajar dan usaha.
Sesiapapun kalau gunakan formula ni dengan serius, insyallah dapat.
Tapi, kalau bijak tanpa disertai dengan akhlak dan adab yang baik, takde guna.

Contoh paling senang faham, orang yang pecah amanah.
Orang yang beradab, dah tentu takkan khianat sebab dia tahu mengkhianati amanah adalah sifat yang tak terpuji.
Tapi bila dia tak beradab dan takde akhlak, amanah dianggap peluang besar untuk dia ambik keuntungan.

Sekarang ni kita boleh tengok adab dan akhlak sesetengah dari kita bila menyampaikan ilmu pada those yang berbeza kefahaman.
Sepatutnya ilmu kita yang tinggi tu diterjemahkan dengan cara yang lebih baik.
Gunakan ilmu untuk memberi manfaat, bukan untuk tujuan berdebat.
Orang yang ilmunya tak setinggi kita takkan faham kalau kita explain ikut level kefahaman kita.

Explain sains menggunakan science jargon kat orang yang tak blaja sains, kat mana bijaknya?
Itu bukan menampakkan kita lebih bijak tapi lebih bodoh.

Sama lah jugak kita berniaga daging lembu kat kawasan pertempatan orang India.
Kan ke bodoh yakmat namanya?

Jadi, bila kita nak membuktikan sesuatu, jangan fokus hanya pada ilmu tanpa ambil kira adab.
Kerana manusia tak kira blaja tinggi atau tak, masing-masing takkan mengaku kalah dengan ilmu tapi akan kalah dengan adab.

Ulamak salafi zaman dulu blaja sampai 50 tahun tapi blaja ilmu (hadis) 20 tahun je, lagi 30 tahun blaja adab dan akhlak.

Sebab apa?

Kerana dengan mempelajari adab kita lebih mudah memahami ilmu.

Berbeza pendapat tak bermakna kita perlu bermusuhan.
Selalunya yang menyebabkan kita jadi musuh adalah kerana kita tidak beradab.
Kita hanya akan boleh ubah persekitaran bila kita ubah diri dulu terlebih dulu.





Promo '1 Gloei free 1 Cleansing Gel 25ml'.
Last day today.