2018-07-06

Just remember to be patient.


Hari ni aku kena explain pasal Gloei sebab questions dah start masuk bertalu-talu.
Memang aku tak berapa nak sempat explain detail pasal Gloei sebab busy dengan Herba Rahsia Rimba.
Rupanyan melambak-lambak orang ada masalah period and keputihan.
Kalau aku tau, dari dulu aku buat reasearch pasal ni.

Ok takpe, hari ni nak fokus kat Gloei.
Kesian staff aku, macam-macam jenis soalan dapat.
Soalan-soalan kat bawah ni antara yang paling ramai tanya, so aku jawab kat sini.
Lepas ni aku akan cut and paste jawapan ni untuk letak kat website under FAQ.


1. Berapa lama nampak kesan lepas ambil GLOEI? (jangkamasa pendek)

Soalan ni boleh dikatakan semua yang nak tanya pasal Gloei, akan tanya soalan ni dulu.
Firstly, nak bagitau Gloei tak ada kolagen.
Gloei ada plant extract untuk skin treatment as well as kandungan vitamin C yang tinggi.
Plant extract dan vitamin ini yang akan stimulate kolagen kita sendiri.

Secara teori, 50 peratus kandungan perut akan dikosongkan after 4 to 5 hours.
Then, another 2.5 to 3 hours diperlukan untuk lagi 50% dikosongkan dari usus pulak.
At this point, kebanyakkan nutrien dah diserap oleh badan.

Itu cerita tentang jangkamasa pendek.
Tempoh yang aku sebut standard time untuk badan serap nutrient.


2. Berapa lama nampak kesan lepas ambil GLOEI? (jangkamasa panjang)

Hasil jangka panjang dari ambil Gloei bergantung kepada beberapa faktor.
Bukan semua orang akan dapat hasil yang sama pada tempoh yang sama.
Ini tak boleh tak, adalah fakta yang kita kena terima.

Kena ambil kita faktor umur, aktiviti harian, general health and diet (apa yang kita makan).
Macam yang aku cakap hari tu, apa benda yang kita ambil untuk treat health, mesti berpantang.
Aanaloginya, kalau dah tau batuk dan kau togok lagi air sejuk tak benti-benti, batuk kau takkan hilang walau kau makan ubat batuk 10 botol.

Maksudnya kat sini, sesiapa yang ada masalah sunburn, bila minum Gloei, jangan pulak kau bersidai lagi bawah terik.
Gloei ni buakn magic portion, sayang.
Dia bantu percepatkan pemulihan kulit.
Tapi kalau kau tadah badan kat panas terik, makan Gloei sampai 14 tahun pun payah nak nampak kesan.


3. Berapa lama kesan jerawat hilang?

Macam aku, kulit aku takde masalah jerawat.
Hanya masalah kulit tua saja.
Jadi, tak sampai 6 months dah nampak ok kulit aku.
Takde la flawless mana, tapi better dari before.
Dah kurang kesan macam lebam-lebam.

Macam En Wan pun ambik jugak Gloei.
Bukan aku je jadi guinea pig, dengan dia dia sekali aku jadikan tikus putih.
Tapi dia tikus putih yang memang putih. Aku tikus tak berapa nak putih. Mbahahahahahha.

Kulit En Wan ada parut jerawat.
Dulu dia ada masalah jerawat macam macam budak ni.
Siapa ada masalah jerawat macam tu, kulit akan ambil masa untuk pulih.
Dan lubang-lubang jerawat tu takkan sembuh sepenuhnya sebab cyst and nodul dah tembus ke dalam kulit, so bila dia sembuh, lubang tu kekal ada cuma dah bersih dari infection.
Insyallah, dia akan jadi lebih baik seiring dengan masa dan penggunaan.
Macam En Wan, after 4 months guna, lebih lembut pipi dia.

Kalau kulit kita jenis kering, hasilnya berbeza dengan yang berkulit beminyak atau normal. Begitulah sebaliknya.

Otot-otot bawah kulit pun jadi faktor cepat atau lambat.
Kulit orang yang dah 40an kurang elastin dan kolagen dari kulit 30an.

Kalau genetik kita kulit gelap, dah tentu kebarangkalian kita berkulit gelap.
Warna kulit pun bagi respon yang berbeza.

Sunburn.
Kalau kita terdedah dengan cuaca yang terlampau panas (matahari) pun akan buatkan skin tak dapat regenerate properly.

Merokok.
Kalau merokok pun ada peluang besar kulit jadi teruk.

Nmapak tak berapa banyak faktor yang boleh bagi kesan lambat atau cepatnya kulit kita pulih?


4. Boleh ambik kolagen lain tak?

Lagi satu, gunakan dosage yang betul.
Ikut aturan. Be konsisten.
Sebab dosage dan kadar serapan sangat berkait rapat.
Badan kita hanya boleh serap certain amount dalam satu-satu masa.
Macam minum air jugak lah, mana larat nak minum 3L air sekaligus. Boleh belahak.

Jangan ambik lebih.
Kalau dah ambik supplement kolagen lain, tak perlu ambil Gloei.
Walaupun Gloei takde kolagen, tapi dia tetap akan hasilkan kolagen juga cuma kolagen tu dari dalam badan sendiri, bukan kolagen haiwan.

Takde maknanya makan banyak-banyak kulit kita lagi cepat cantik. Nan hado.
Kita ni kalau disuruh keje lebih masa hari-hari pun akan lemau.
Bila dah lemau, stress pastu breakdown.
Macam tu jugak dengan badan.
Kalau kau dah makan kolagen lain pastu kau nak makan Gloei pulak, that's a big request already.
Badan penat wei keja extra hours everyday.
Badan kita ni ada banyak receptor.
Dia nak tukar dari vitamin C ke protein pun ambik masa.
Dah kalau kau sumbat 2-3 jenis bendalah yang sama untuk fungsi yang sama, lama-lama sel kau rosak.
Itu yang lama-lama boleh defect buah pinggang dan hati.
Sebab kau ambik lebih dari sepatutnya.


5. Expectation untuk nampak kesan? 

Secara biologi, badan kita ambil masa lebih kurang 4 bulan untuk ganti tisu kulit yang rosak dengan sel baru.
Ini tempoh penggantian sel rosak sepenuhnya.
Tapi dalam tempoh 4 bulan tu, kulit akan nampak perubahan sikit demi sikit.
Jadi, secara klinikal, Gloei akan menampakkan kesannya dalam tempoh empat bulan tapi perubahan sedikit demi sedikit boleh nampak lebih awal dari tu.

Lagi satu kena ingat, Gloei ni food suuplement, bukan food replacement.
Jangan bergantung pada Gloei semata-mata untuk dapatkan kulit cantik.
Gloei ni cuma bantu mempercepatkan proses saja sebab dan ada bahan-bahan khas untuk tujuan cantikkan kulit dalam ni.
But still, dalam masa yang sama kita kena bantu dengan healthy eating, tidur yang cukup, dan jangan skip ambil Gloei.

Please, you shouldn't expect results overnight.
Even weight loss pun, kalau kau bersenam seminggu, belum tentu turun 3kg.
Tapi kalau bersenam secara rutin, at the same time jaga makan, jaga kalori, rest yang cukup, tidur yang cukup, jangan stress-stress, your body will take care of the rest.
Just remember to be patient with any type of treatment :)





1. Nama
2. Email
3. Saya mahu: Gloei, RM123 (Semenanjung)
Gloei, RM123 (Sabah/Sarawak)
4. Alamat penuh beserta poskod
5. No Tel
6. Maklumat tambahan (jika ada)
.