2018-04-27

Betul ke...?



Semalam aku share post (gambar) ni kat FB and IG aku.
Disebabkan ramai yang tanya pasal ni, ok aku create entry khas pasal ni.



Ada yang tanya kenapa dah 49kg masih nak kurus lagi?

Err....sebenarnya 49kg tu memang dah kurus, tapi yang sebelum 49kg tu ko tak tengok lagi.

Asal-asalnya akak dulu 58kg, dik.
Kalau pipi akak sekarang tembam, kau ce tengok dulu lagi tembam, dik.
Lepas mencekik GC Plus 4-5 bulan barulah berjaya turunkan berat ke 49kg.
Actualy bukan 49kg tepat-tepat, tapi dalam 49.6kg gitu.

Ok ni kat bawah ni aku jawab 4-5 soalan yang aku dapat dari followers FB/IG :


1. Masih ambil GC Plus lagi?

Ideal weight aku range 48kg-54kg.
Bila dah berjaya capai ideal weight, aku stop makan GC Plus hari-hari.
Aku makan selang sehari je, tak pun selang dua hari.
Bukan untuk kurus tapi saja nak bagi lawas.
Sekarang pun masih ambil tapi tak rutin macam dulu.
Aku takde masalah ke toilet, tak makan GC Plus pun tetap lancor perginya, tapi GC Plus lebih melawaskan. Lapang je rasa perut.
Kalau tak, macam terasa ada taik mendap je kat dalam. Kahkahkah.


2. Kena exercise tak bila ambil GC Plus?

GC Plus ni BUKAN FAT BURNER.
Kalau fat burner, kau kena work out right after ambi, barulah nampak kesan.
Tapi macam GC Plus tak perlu work out. Tapi kalau nak work out lagi bagus.

GC Plus ni formulanya untuk tambahkan jisim otot.
Aku punya formula untuk GC Plus ni inspirasi dari diet Atkins.
Diet Atkins, konsepnya adalah makan protein lebih untuk membina otot.
However, ada orang yang terlampau banyak ambik protein sampai tak sedar yang bila badan berlebihan protein, kalori protein tu akan diubah ke dalam bentuk gula dan lemak.
Akhirnya gemuk tanpa sedar juga.

Diet Atkins tak salah kalau kena dengan caranya.
Tapi kebanyakkan kita bila nak berdiet, kita ikut-ikut orang tanpa memahami keperluannya.
Bila orang kata kena makan protein lebih, kita pun lenjan semua meal dengan protein.
Lepas tu stress apesal berat badan makin naik.
Sebenarnya, terlebih protein boleh ganggu sistem badan termasuklah weight gain, body fat bertambah, damage pada buah pinggang, and dehidrasi.

Jadi, aku gunakan konsep Atkins untuk GC Plus, tanpa perlu involve too much protein.
Gabungan bahan dalam GC Plus ni meransang pertambahan otot.
Tapi pertambahan otot tu tidaklah selaju work out.
That's why GC Plus ni terhasil, khas untuk orang yang malas dan takde masa nak bersenam macam aku.
Kalau rajin bersenam, takyah ambil GC Plus pun takpe.
Gi bina otot kat gym bersama abang-abang body.


3. Kena diet tak kalau ambil GC Plus?

Aku always pesan kat pengguna GC Plus, JANGAN SKIP MEAL.
Mesti makan solid food. Jangan makan benda merepek-repek.
Kebanyakkan kita bila sebut nak diet je, mulalah mencekik salad semangkuk, bijirin semangkuk, makan karipap seketul, malam makan roti sekeping.
Lepas tu kebulur.

One thing kena faham, kita memang boleh tahan lapar untuk berdiet, tapi badan kita takkan faham yang kita tengah diet.
Bila badan sense ada kelaparan sedang berlaku, badan akan anggap kita sedang berasa dalam zon kebuluran.
Secara otomatik badan akan stop segala aktiviti pembakaran lemak untuk simpan tenaga.
Jadi, lemak takkan digunakan lansung.
Sebab tu ada yang kata "Makin saya tak makan, makin berat saya naik".
Itulah sebabnya kenapa berat naik. Kerana badan dah berhenti burn fat.

Kalau korang ambil GC Plus, please jangan menyiksa diri untuk berlapar.
Tak perlu.
Apa yang korang kena buat, makan ikut masa - breakfast, lunch, dinner.
Kalau makan dengan betul, tak perlu dah minum pukul 10am, minum pukul 4pm, supper pukul 10pm - semua tak perlu dah.


4. IG Kak Di selalu pos gambar makanan tapi badan Kak Di tak naik-naik pun?

Ok dia macam ni.

1kg lemak dengan 1kg otot adalah sama berat.
Tapi 1kg otot menempati ruang yang lebih kecik berbanding 1kg lemak kerana sifat lemak adalah  mengambil ruang, flabby, menggeleber.
Berbeza dengan otot, sifatnya padat dan solid. Dia mengambil ruang yang lebih kecil dalam badan.
That's why bila ambil GC Plus, berat adakalanya tak berubah sangat sebab ketika lemak dibakar, dalam masa yang sama otot pun bertambah.
However, baju-baju lama semua boleh pakai sebab ruang yang diambil oleh lemak dah berkurangan dan diganti dengan otot yang lebih solid and fit.

Baju yang aku pakai now UK8, berbanding masa berat aku 49kg dulu UK10.
Bermakna dulu masa berat 49kg, aku memang dah susut tapi belum fit lagi.
Now berat badan baik 3kg, tapi baju aku turun 1 size.
Baru-baru ni aku pass nak dekat 30 helai blouse aku kat anak-anak sedara En Wan.
Semua memang dah longgar. Kalau jubah tu takpelah gak masih cantik lagi nak pakai, tapi blouse kalau longgar dah macam baju pinjam je gayanya.

Bila badan kita ada komposisi lemak yang rendah, walau kita makan banyak, berat takkan naik dengan mendadak.
Tapi kalau berat kita naik mendadak bila makan, contoh sebulan puasa turun 5kg, tapi raya kedua dah naik 3kg, itu maknanya yang 5kg turun tu kebanyakkannya berat air, bukan lemak.

Body fat aku now 28%. Ini range healthy. Healthy range 25%-31%.
Tapi kalau fit punya range, body fat around 21-24%.
Baru-baru ni aku balik Tganu.
Kalau tengok IG aku boleh nampak macamana aku habiskan masa kat sana dengan mentekadarah.
Nasik minyak tetiap pagi, sotong celup tepung, seafood, AnW, roti paung segala.
Tapi selama 3 hari aku mencekik kat sana, berat aku naik 300g only.
Aku rasa ini ada kaitan dengan komposisi lemak badan.


5. Boleh tak GC Plus bagi rasa kenyang?

Tak boleh, tapi boleh mengurangkan rasa lapar.
Dengan syarat, ikut arahan pengambilan yang betul.

Aku tambah keistimewaan pada GC Plus ni bila boleh meransang penghasilan serotonin dalam badan.
Serotonin hanya akan dirembeskan dengan cukup dalam masa 30 minit selepas ambil GC Plus.
That's why lepas ambik GC Plus, jangan makan apa-apa selama 30 minit.
Lepas tu baru boleh makan apa-apa.
Kerana, bila serotonin dah cukup, barulah dia akan trigger rasa kenyang dan can block new fat.
Actually bukan kau akan rasa kenyang macam kenyang baru lepas mentekedarah nasik minyak 2 pinggan.
The kenyang-ness tu lebih kepada rasa kurang lapar. Badan akan block hormon lapar (ghrelin).

Ok cukup menjawab 5 soalan.

Berbalik pada gamba first tadi - badan naik 3kg tapi baju-baju lama masih boleh pakai.

Yes, betul. Akak tak tipu kau, dik.

Actually aku happy sangat after almost 3 years GC Plus in the market, aku dapat buktikan kat diri aku sendiri yang formula ni memang berjaya.
Aku punya aim bukan untuk kurangkan berat secara lansung tapi secara tak lansung.
That's why formula GC Plus ni lebih fokus kepada menambahkan jisim otot.
Bila otot bertambah, metabolisme akan meningkat kerana metabolisme datang dari otot.
Bila otot bertambah, barulah lemak dibakar dengan lebih cepat.

Tapi nak membuktikan bahawa GC Plus sememangnya membina otot bukan kerja sehari dua.
Bukan makan hari ni, lusa dah turun 4kg.
No, GC Plus tak bertindak macam tu sebab nak bina otot ambil masa.
Nak-nak pulak kalau jenis yang malas bersenam macam aku ni, lagi lah ambik masa.
That's why setiap pembelian GC Plus aku sertakan weight tracker kad.
Kad tu macam ni :



Point yang paling penting dalam kad ni adalah size pinggang sebelum dan selepas ambil GC Plus.
Kerana, berat badan kita yang appear kat penimbang tu adalah berat keseluruhan badan.

Berat tulang + berat air + berat otot + berat lemak.

Kalau kau puasa 30 hari, memang berat akan turun, tapi belum tentu yang turun tu adalah lemak, entah-entah air.
Ataupun otot yang mengecut tapi lemak stay dalam badan tak berganjak-ganjak.
That's why penting ambil ukuran pinggang sebelum dan selepas.
Kerana pinggang akan menunjukkan komposisi lemak dalam badan.
Kalau pinggang berkurangan inci, itu bermakna lemak berkurangan.

Walaupun berat badan pada skala tak berganjak, ataupun bertambah (macam kes aku tambah 3kg), jangan risau asalkan ada inchloss pada pinggang.
Kalau rajin, ambik sekali ukur lilit lengan dan peha.
Testimoni yang paling aku ingat datang dari pengguna GC Plus, dia loss 4 inci dalam masa 10 hari.
Tapi berat dia turun 1.2 kg je dalam masa 10 hari tu.
Kalau sekali pandang macam frust je kan tengok penimbang alahai turun 1kg je?
Tapi jangan terpedaya dengan berat pada penimbang, belum tentu yang turun tu lemak.

"So, kalau berat pada penimbang tak penting, kenapa pada kad tu disuruh jot down berat badan selama 10 hari?"

Kerana, berat badan yang normal dan sihat akan turun sekurang-kurangnya 580g dalam masa seminggu.
Tak kira program diet apa pun kau join, dalam tempoh 10 hari berat badan mesti turun at least 580g.
Kalau berat badan capai target 580g dalam masa 10 hari, itu menunjukkan badan kau takde masalah kesihatan yang menggangu berat badan.
Tapi kalau berat badan turun kurang dari 580g dalam tempoh 10 hari, boleh jadi korang ada masalah kesihatan yang korang tak sedar.
It could be PCOS, thyroid problem, Cushing's Syndrome, high kolesterol atau guna birth control.
Jadi, weight tracker 10 hari tu cuma indicator untuk tengok badan korang normal ke tak, bukan penentu sebenar kehilangan lemak.

Yang nak guna GC Plus, sebelum korang whatsapp admin untuk beli, pastikan :

1. Check BMI dulu. Kalau berat badan excess 5kg and below, takyah la ambik GC Plus. Ko exercise je sudah.

2. Pastikan takde ambik ubat-ubatan hospital secara rutin termasuk birth control. Kalau ada ambik ni, takyah ambil GC Plus sebab berat badan jadi slow untuk turun.

3. Yang ada sakit buah pinggang definitely cannot ambik GC Plus.

4. Yang ada gastrik tak digalakkan ambil. Gastrik go ambil Nutrijuice.

5. Ibu yang menyusu anak, pastikan anak at least 9 bulan baru ambil GC.

6. Ibu mengandung definitely cannot take.

7. Yang sedang merancang untuk hamil, tak apa kalau nak teruskan ambil GC Plus. Tapi kalau dah mengandung, please stop.

8. Elakkan makan/minum yang manis-manis sebab bila benda manis masuk dalam badan, badan akan stop bakar lemak. Instead, badan akan gunakan gula sebagai sumber tenaga. Jadi lemak dalam badan kekal tak berusik. Rugi.

Sekian sajalah entry ilmiah setahun sekali.

Kalau yakin dengan penjelasan and terasa nak try GC Plus, SILA WHATSAPP SINI.






Shawl ni baru official shoot petang semalam, tapi warna ni dah tinggal sehelai je malam tadi.
Aku tak tau apa khabarnya warna ni pagi ni. Boleh cekidaut sini.