2017-09-13

Rumah nenek aku


Siapa follow blog aku mesti ingat aku pernah merempan pasal penyewa rumah arwah nenek kat Tampin yang buat rumah nenek aku macam kandang buat bela beruk. Sampai aku konfius dia ni memang bela beruk dalam rumah nenek aku atau dia yang beruk. Jahanam teruk rumah arwah nenek dia kejekan. Tahun lepas, dengan segala hormatnya dipersilakan keluar. Mak Aji pun dah naik menyampah buat baik dengan dia agaknya. Dah la sewa tak bayar, rumah jahanam, yang paling best masa dia blah, barang nenek aku dia angkut sekali. Kabinet nenek aku pun hilang, boleh? Gila bapak punya kedana manusia macam ni.



Ni keadaan dalam rumah nenek aku masa dia menyewa. Ni pun Ibal curi-curi snap masa masuk rumah dulu. Sebab tu gambar bergegar. Masa kitorang tengok gamba ni memang terperanjat gila.
Rumah nenek aku tu rumah lama, la takde la cantik mana pun. Tapi takdelah berselipat macam ni. Dari dulu lagi aku dah kata penyewa ni gila, agaknya dia buat rumah nenek aku tu stor letak barang-barang niaga dia. Masa tu Mak Aji tak caya cakap aku. Dia kata aku emosi. Masalahnya, aku pun orang berniaga jugak. Dulu zaman aku belum setup opis, stok-stok aku semua aku letak dalam rumah ni. Tapi rumah aku takde la pulak jadi kandang beruk aku buat.

Tengok rumah nenek aku jadi macam tu, mana-mana orang berniaga pun agree ini bukan karakter orang berniaga. Ni karakter orang bodoh. Bangsa otak tersumbat celah pantat. Camni la gayanya.
Bila hari tu Mak Aji ngan Pak Aji masuk rumah nak bersihkan, sampai tak tau nak start kat mana. Memang jahanam teruk rumah. Dengan paip pecah, dinding pecah. Beruk ke apa yang sewa rumah nenek aku ni? Nenek aku bertahun duduk rumah tu, kalau sesekali balik kampung sampai bersusun tilam dari depan pintu ke dapur. Punyalah ramai umat. Tapi tak pernah sekali pun dinding pecah. Memang kecewa betul Mak Aji. Tu la kan, time aku cakap halau je orang tu dulu taknak caya cakap aku. Mulut aku ni memang spesis jahat tapi aku tau apa yang aku cakap tu betul.



Cuti sekolah baru-baru ni Ima balik Tampin, dengan Mak Aji and Pak Aji sekali.
Ini keadaan rumah nenek aku sekarang.
Beza, kan? Ni baru namanya rumah.

Banyak lagi kena repair rumah ni sebab teruk sangat dia tinggalkan. Dinding-dinding semua berkerak, sekerak muka dia agaknya. Aku pelik apesal dinding rumah nenek aku ni berjelaga? Ko buat unggun api dalam rumah ke hape. Yang sewa rumah nenek aku ni Red Indian agaknya.

Lantai tu nak kena beli tikar getah baru, now masih bersimen sebab nak kena cat dinding dulu baru letak getah. Nasib baik set kerusi ni dia tak angkut sekali. Ni kerusi klasik ni. Zaman arwah atuk lagi. Teringat dulu bila nak raya kena ambik turn salin kusyen.
Langsir pun Mak Aji beli yang ready made je, buat mana yang basic je dulu sebab nak tidur sana takkan tak berlangsir pulak kan.

Mak Aji ngan Pak Aji memang berbelanja besar jugak nak cantikkan balik rumah ni.
At least biar nampak macam sebiji rumah, bukan sebiji reban.
Beli TV, beli radio, beli set katil untuk bilik-bilik, beli washing machine, beli esbok, eh macam-macam. Macam pindah masuk rumah baru gayanya.




Dulu nak masuk ke dalam rumah ni, boleh buat jungle tracking!
Sebab dari pintu gate sampai ke rumah penuh dengan semak samun. Sebab tu aku pelik macamana dia boleh duduk anak-beranak dalam rumah ni bertahun. Apa jenis tak takut ke ular ke masuk rumah?
Oh tapi maybe betul sangkaan aku. Dia spesis haiwan jugak agaknya. Binatang ngan binatang kan geng.

Now dah lapang halaman. Mak Aji upah orang kampung kat sana kemaskan halaman, tanamkan pokok, siram. Isteri dia pulak akan kemaskan dalam rumah 2 kali seminggu. Mak Aji nak tanam balik bougainvilla and bunga raya feveret arwah nenek. Dulu atas laman ni penuh pokok bunga raya and bougainvilla.

Aku belum balik Tampin lagi.
Tengah tunggu En Wan free, baru aku balik. Aku plan nak tido at least 1 malam. Nak bawak balik Rayyan. Rayyan belum pernah sampai sini lagi. Redza ngan mak mertua aku dah pernah masuk rumah ni dulu. Kalau aku balik nanti, aku nak snap setiap bahagian bilik, laman, sampai laman belakang sekali. Nanti aku cerita memori aku kat setiap tempat tu.



Raya Haji hari tu aku balik Tganu.
Ni rumah mak mertua aku. Pun sejenis rumah tinggal jugak sebab dah 7 tahun mak duduk ngan kitorang. Tapi elok je ha. Takde pun huru-hara. Ni cara-cara tinggal terus tau. Yang rumah nenek aku tu ada orang tinggal kat dalam tapi dia punya berkerak macam hape je.



Balik Tganu pi UTC u ollss.
Nak buat kat Shah Alam or Putrajaya konfem beratur panjang. Silap-silap pukul 10am nombor dah habis Buat kat Tganu jugak best. Jam tu ambik nombor, jam tu jugak kena panggil. Setel renew passport.



Lambang cucu Tganu sejati. Bawak balik penyu seketul dari Pasar Payang.
Rayyan ada fish pet kat rumah - ikan laga. 
Hari-hari bagi ikan makan.
Bila dah beli penyu ni dia cakap kat bapak dia "Takpelah Pa. Papa ambik la fish adik. Adik nak jaga turtle ni je"



Petang raya (Khamis), En Wan ada gathering ngan kawan-kawan dia.
Kali ni buat kelainan katanya. Sewa bot nelayan. Bot tu bawak dari Manir sampai ke Masjid Kristal nun. Feeling-feeling naik yacht la giteww. Nak beli yacht belum kesampaian lagi jadi kita naiklah bot nelayan. Discuss bisnes dalam bot nelayan feeling-feeling bisnes juta-juta. Jadiklahh. Mbhahahahha.
Aku tak ikut, tak kuasa la berpanas berdenting kat dalam bot.
Jadi, En Wan bawak Rayyan and cucu dia, Sabil.



Inilah 'yacht' jutawan En Wan Mohd Ridzuan itu.



Eh macam best pulak aku tengok dorang bertenggek atas bot.
Lalu bawah jambatan sungai Manir sampailah ke sungai belakang Masjid Kristal. Jauh jugak ni.
Berbaloi la sewa bot. At least ada la pengalaman baru pi town naik bot.



Makan minum disediakan. Aku rasa maybe dah ada dalam pakej sewa.



Mula-mula aku tak tau pun bot ni akan bawak dorang sampai ke Masjid Kristal.
Alih-alih dapat gamba ni dari whatsapp En Wan.
Laa...jauh rupanya anak aku pegi. Ingatkan pusing-pusing kat sungai Manir je.

Lepas tu senyap sepi takde berita.
Sampai dah masuk waktu berbuka laki aku tak balik-balik.
Aku dari lepas Asar tu melepak dalam bilik tak keluar-keluar.
Bila mak panggil makan, aku tanya mak "Mak, Abang ni tak balik-balik dah Maghrib, Risaunya. Call tak angkat".

Pastu mak aku cakap "Eh, dia talipon bagitau bot dia mati enjin tengah jalan. Yi (anak sedara) pi ambik kejap".

Patut la taknak call aku, takut kena bahan ngan aku lettew. 
Nak sangat gathering atas bot, hamekkk.

Bukan habis minyak, tapi air sungai surut.
On the way balik ke Manir, bot sangkut. Terpaksa panggil anak sedara kutip dorang balik.



Hari raya.
Gambar raya takde. Sebab memang tak plan nak ambik gamba raya pun.
Tengahari sikit baru start potong-potong daging korban.
Yang ni set-set kena potong tulang.

Hari raya tu lepas breakfast, aku maraton tengok 2 movie kat dalam bilik.
Aku layan Schindler's List and October Sky.
Meleleh-leleh airmata aku tengok Schindler's List. Aku tau lama dah cerita ni best gila tapi takde masa nak melayan. Bertahun peram dalam external drive, baru raya tu hari tengok.

Berjurai-jurai airmata aku.
Especially part Oskar Schindler menangis bila dia kata kalau dia jual kereta dia mesti dapat selamatkan lagi 10 orang Jews. Kalau jual cincin emas dia mesti dapat selamatkan lagi 2 oarng Jews. Sedih bila akhirnya dia habiskan duit dia untuk selamatkan lebih 1000 Jews dari kekejaman puak Hitler. Part last sekali time generation Jews yang dia selamatkan tu ramai-ramai ziarah kubur memang sedih sangat.

Pastu sambung dengan October Sky, another true story engineer NASA. Sebab pelakonnya Jake Gyllenhaal, jadi aku gigih layan sampai habis.
Aku kalau movie true story, true event, biography memang aku layan.
Tapi kalau Batman ke, Wonder Woman ke, Harry Potter ke, payah sikit lah walaupun rating IMDB 9.0.




Aku and the ladies potong daging. Banyak gila kot.
Jenuh. Dah la pisau jarang berasah sebab rumah tu takde orang duduk.
Jenuh nak mengasah and potong daging dengan pisau yang tak berapa nak tajam.
Macam nak tersiat kulit sendiri je.



Half way potong daging, mak mintak aku goreng daging.
Aku macam "Omigod, mak aku ni tak tau ke aku goreng apa pun mesti hitam?"
Tapi takpelah, #siscuba.
Dengan penuh hati-hati dan fokus, aku goreng daging kunyit dan tadaaaaaaaaaaaaa. Tiada lagi kehitaman. Sukses!



Geng-geng pengupas jagung.
Ni malam BBQ, hari raya haji.
Aku di mana? Aku kat dapur menggoreng fries and mihun.



Ayam entah berapa ekor aku tak tau.



Udang galah



Sosej cheese



Sotong and jagung



Sweet potato



Yang ni habuan untuk orang dalam rumah


Raya Haji tahun-tahun sudah ada gak la gamba raya walaupun huru-hara, tahun ni lansung takde. Masing-masing takde mood nak beraya sebab malam tu jugak balik PH so lagi semangat nak balik PH dari nak beraya kot. Rasanya start tahun depan aku nak activate balik raya haji bergilir-gilir lah. Sebab balik Tganu on raya haji pun bukannya beraya mana pun. Paling-paling pun BBQ. 16 tahun kot aku balik raya haji setiap tahun ke Tganu. Jadi apa kata untuk 16 tahun berikutnya tiap kali raya haji balik Tampin? *mohon copy paste kat En Wan*

Semalam aku tepek testimoni Cleansing Gel kan, hari ni ramai yang hantar testimoni.
Tapi yang paling best adalah testimoni kat bawah ni.
Testimoni dari penghidap Psoriasis.
Happy gila aku dapat testi ni pagi ni.
Memang aku tunggu-tunggu je kot-kot ada Psoriasis yang guna produk GreenAard. Rupanya ada.

Kalau ekzema tu dah banyak positif testimoni kitorang dapat.
Tapi psoriasis ni rare sikit.



TADA!!!

I is happy happy baca testi ni.
Psoriasis ni lebih teruk dari ekzema.
Dia datang dengan pakej menggelupas, berkerak and kulit berserpih macam salji.
Happy sangat psoriasis pengguna ni makin baik.
Siapa ada psoriasis boleh cuba Cleansing Gel GreenAard.

I is happy happy.

KLIK SINI kalau nak beli.