2017-06-20

Mood Republik - my point of view


Hari ni ramai PM aku bagi link satu artikel tentang event Mood Republik.
Kebetulan lah pulak aku baru balik dari Mood Republik kan, so just nice la reader tumpukan story tu kat aku ðŸ˜‚.

Dalam artikel tu, banyak isu yang disuarakan.


1. Isu baling duit.
Yang ni aku pun tak setuju. Dari awal lagi aku tak suka style ni. Tapi macam yang aku selalu cakap, kita tak boleh ubah orang. Kita hanya boleh ubah diri kita. Kalau kau tak suka, kau jangan buat. Simple. Macam isu boikotlah jugak. Kau boleh ajak orang supaya boikot tapi kalau dorang taknak kau takleh buat apa. Yang kau boleh buat is teruskan memboikot kalau itu yang terbaik.

Kes baling duit ni, konsepnya, ada demand, ada supply. Kalau ramai yang tak suka, of course ia takkan berlaku lagi. Tapi memandangkan ramai yang suka, maka rasanya tahun depan insyallah ada lagi.

Teknik baling duit ni semuanya teknik marketing. Sebagai event organizer, dia kena provekan yang event dia mampu gather crowd yang ramai.
Provekan pada siapa?
Ramai.
Pada masyarakat, pada pihak potential investors dan pada pihak PWTC.

Bukan calang-calang orang boleh buat event kat tempat berprestij di PWTC.
Dia punya konsep macam ni - kalau kita nak dapat special treatment, kita kena pastikan kita layak untuk dapat special treatment tu.
Aku percaya ini antara reason kenapa Mood Republik buat marketing strategy yang pelik, terutama sekali acara baling duit. Dengan cara tu dia boleh gather crowd yang ramai. Kemampuan dia untuk buktikan dia mampu tarik ramai crowd ke PWTC akan memberikan kelebihan pada dia untuk 'block' organizer lain dari dapat tempat di PWTC. Sebab tu PWTC berani sign kontrak dengan Mood Republik untuk buat event di situ sehingga 2020.

Ini sebenarnya perkara biasa dalam mana-mana bisnes. Dua-dua pihak mesti nak untung.
Dalam mana-mana interview pun antara soalan yang pasti ditanya adalah "Kalau kami ambil kamu bekerja di sini, apa yang kamu boleh buat untuk company ni?".
Aku percaya itu jugak antara soalan yang Mood Republik dapat masa dia mohon ngan PWTC.
They are just doing their job. Ini strategi mereka.

Memang boleh je kalau nak bagi duit tu dalam goodies bag pastu pass kat setiap pengunjung kat pintu masuk. Boleh. Cuma, macam yang aku cakap tadi, ini melibatkan marketing strategy. Dan Mood Republik memilih cara itu (baling duit) sebagai salah satu strategy menarik crowd. Dan nampaknya ramai suka. Sebenarnya marketing dia tak salah, cuma kurang manis.

Yang part artikel tu tulis tentang "katanya hujan duit RM50K, sedangkan takde sape pun audit duit tu betul ke sebanyak tu yang dibaling".
Well, macam aku cakap tadi, ini part of marketing. Of cos, aku pun percaya duit yang dibaling takkan sampai RM50K pun, but who cares?
Yang datang ke sana cuma nak rebut duit. Orang taknak tau pun berapa banyak dilempar.
Orang hanya kan marah kalau dah datang berkumpul, sekali hujan duit kensel. Yang ni baru orang akan mengamuk. Tentang dia baling cukup 50K ke, tak cukup ke, itu orang tak peduli pun.


2. Keangkuhan CEO.
Yang ini tergantung kepada personal experience masing-masing. Pandai-pandailah settlekan.
Cuma aku nak share experience aku.
Aku pun pernah ada masalah di tapak Mood Republik JB dan berurusan direct dengan CEO.
Kalau siapa ingat balik dalam entry blog tahun lepas, aku pernah cerita di Johor Raya Fest, kitorang dapat booth kat tepi dan terlindung dari pengunjung.
En Wan direct jumpa CEO, CEO datang tengok booth kitorang lepas tu on the spot CEO tukarkan kitorang ke booth depan pintu masuk.
Booth yang dia ganti tu adalah booth Mood Republik sendiri, tapi dia bagi kitorang duduk situ.

Experience kitorang dengan dia, alhamdulillah setakat ni masih ok. Jadi, aku tak nak komen pasal isu keangkuhan dia sebab nampaknya ini bukan masalah yang semua vendor hadapi.
Perkara yang melibatkan attitude ni sebenarnya perlu dipandang pada pelbagai sudut.
Tekanan yang dia hadapi untuk handle beratus vendor, at the same time nak handle own staff, syarat yang dikeluarkan oleh pihak premis, belum lagi ribuan pengunjung punya hal - menjadi faktor kepada perubahan mood dia.
Alah, kita pun kadang-kadang mengamuk juga, sikit-sikit merempan kat FB, merempan kat twitter. Cuma kita bernasib baik sebab kita bukan sape-sape. Takde sape nak viralkan.


3. Speaker kuat
Masalah speaker ni pun aku tak reti nak komen. Aku rasa artikel ni tahun lepas punya (referring to apa yang dia tulis, surat terbuka tu patut dihantar tahun lepas). Jadi, maybe ini referring to tahun lepas punya isu. Tahun ni aku join MR Penang, MR Ipoh, MR PWTC - takde masalah speaker kuat pun. Maybe isu ni dah diperbaiki.


4. CEO tengking pengunjung.
Aku tak sure bila jadinya ni. Tahun ni En Wan kata takde apa pun berlaku. Elok je si Kimi tu bergambar-gambar ngan En Wan. Menengking pengunjung memang rude tapi kita kena tengok situasi juga. Dalam keadaan orang bersesak-sesak, bertolak-tolak, nasihat slow-slow memang dah tak boleh pakai time ni. Maybe jalan paling sesuai adalah tinggikan suara and sound terus. Kena tengok juga apa yang membuatkan dia tengking customer. Boleh jadi customer merempuh, boleh jadi bertolak-tolak sampai booth nak roboh (kes booth BellaAmmara dulu) - semua benda ni ada kemungkinan penyebabnya.


5. Booth terlalu mahal.
Rata-rata penyebab kenapa tahun ni sewa booth Mood Republik lebih mahal berbanding tahun lepas adalah kerana big brands 'merajuk'. Aku sendiri berada di Open Day Mood Republik, masa tu kalau tak salah CEO Bella Ammara bagi talk. Dia kata dia pernah boikot Mood Republik sebab Mood Republik dah tak ekslusif. Dah jadi macam pasar malam sebab rata-rata yang join semua peniaga kecil yang jual produk harga macam pasar malam. Some big players berpendapat, tak berbaloi berkongsi tempat dengan small players yang jual harga pasar malam. Ini boleh membuatkan nilai brand mereka jatuh. Jadi aku rasa antara penyebab kenapa Mood Republik naikkan sewa booth adalah untuk eliminate peniaga 'pasar malam'.

Kat sini sebenarnya ada konflik sikit. Mungkin juga Mood Republik tersepit.
Antara nak menjaga hati big players yang juga 'umpan' besar untuk pancing pengunjung dan dalam masa yang sama nak buka peluang kepada peniaga kecil berkongsi crowd dengan big players.

Dulu, tahun pertama Mood Republik beraksi, ramai vendor adalah di kalangan big players.
Kenapa?

Of cos waktu tu Mood Republik pancing big players to join sebab itulah caranya nak panggil crowd datang ke first event mereka.
Kalau pancing brand yang tak dikenali, sape yang nak datang?

Dan waktu tu, booth sekitar RM500-RM800 saja.
Tapi disalahgunakan oleh orang-orang kita juga. Orang-orang kita kan bijak pandai.
Bila booth murah, ramai yang beli booth pastu jual kat orang lain dengan harga yang lebih tinggi. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, tahun seterusnya CEO naikkan harga booth.
Ini untuk mengelakkan berlakunya penindasan dan untung atas angin oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Plus, bila vendor sedar yang dia bayar mahal untuk tapak, secara otomatik mereka akan bermati-matian bekerja. Kalau murah sangat sewanya, ada vendor yang berniaga sambil lewa - booth pun dah rupa hidup segan mati tak mau, tutup bukak sesuka hati, etc.

True, sekarang ni kebanyakkan yang join Mood Republik bukan dari well known brands.
But, come to think of it, itulah tujuannya pun kenapa brand yang tak well known nak join Mood Republik. Sebab di situlah tempat untuk mereka create awareness.
The beauty of Mood Republik adalah  crowd mereka dipancing oleh ramai celebrities.
Celebrities ni influencenya kuat. Jadi, tujuan artis dipancing untuk join Mood Republik adalah untuk gather crowd. Kita peniaga kecil menumpang crowd ini. Of course yang datang tu belum tentu nak beli brand kita, but mana tahu dalam 100 orang at least 5 orang notice signage kita.


6. Artis tak perlu bayar booth.
Ini yang aku dengar-dengar juga.
Artis tak perlu bayar booth. Vendor lain yang kena 'bayarkan' booth artis dengan harga sewa yang mahal.
Mula-mula aku rasa macam tak aci juga marketing macam ni.
Tapi bila aku pikir-pikir balik, takde beza kot kita guna artis untuk bergambar selfie dengan produk kita.

Apesal kita guna artis untuk promote produk?
Bayar RM2K hanya untuk berselfie je pun kat IG.
Belum tentu ada orang beli. But why nak guna artis jugak?

Sebab, artis ada crowd yang besar!
Kita guna artis bukan nak suruh orang beli produk kita jam-jam tu jugak. Tapi, untuk create awareness.

Itulah juga yang Mood Republik buat.
Mereka menggunakan artis sebagai umpan untuk tarik crowd.
Jadi, secara tak lansung kita yang tak well known ni tumpang crowd yang ditarik oleh artis tadi. Sama lah konsepnya maca kita upah artis promote produk kita di IG. Di Mood Republik, seolah-olah kita 'upah' artis tarik crowd juga.

Kalau tanya pendapat aku tentang ni, aku rasa ok dah tu, booth RM8K untuk 3 hari (PWTC). 72 jam pulak tu non-stop. Crowd siang malam masuk berbanding bagi RM2K kat artis untuk selfie produk kita kat IG untuk beberapa jam je. At least di Mood Republik, kita boleh promote sendiri produk kita kat orang yang lalu lalang. Kalau kat IG artis nak promote kat mana? Ruangan komen? Sape nak baca ruangan komen artis oiii, penuh ngan spam!


7. Crowd berkurangan
Crowd ramai atau sikit banyak dipengaruhi oleh faktor lain juga.
Bukan semata-mata sebab "dah tak ramai big players join Mood Republik sebab tu crowd tak ramai".
Hello..? Bukan Mood Republik saja yang tak ramai big players, kalau tengok event lain, bukan ramai sangat big players yang join pun.

Kebanyakkan big players dah ada nama besar, dorang dah boleh berdiri dengan sendirinya. Tak perlu join event-event ni untuk perkenalkan brand mereka.
Buat je sale kat premis masing-masing.
Itu antara yang mempengaruhi kurang crowd ke Mood Republik.
Ditambah lagi dengan saban tahun event organizer pun dah makin ramai, jadi crowd dah berpecah. Benda ni normal lah, pecah crowd.
Macam mengundi juga, semakin banyak parti, semakin pecahlah undi.

Di Terengganu baru-baru ni. rata-rata vendor kata crowd Tganu sangat ramai tapi ramai tak membeli pun. Ramai datang nak tengok artis je. Hahahaha.

Lagipun mak mertua aku penah cakap "Toksoh jual kat Tganu la. Orang Tganu nok hok muroh-muroh je. Kalau baju kurung RM100 3 helai buleh jual kat org Tganu. Kalau RM100 sehelai orang Tganu tak mboh beli".
Mbahahahah. Itu bukan aku cakap eh. Tu mak mertua aku orang Tganu sendiri cakap.

Itu menunjukkan organizer tak boleh jamin kita boleh dapat sales, mereka hanya boleh jamin untuk tarik crowd je. Beli atau tak beli bergantung pada pengunjung dan marketing yang kita buat untuk tarik pelanggan.

Tapi crowd di Ipoh awesome. Walaupun kali ni Mood Republik tak buat di Meru macam selalu, tapi crowd tetap mengganas.
PWTC aku tak reti nak compare sebab ini tahun pertama aku di PWTC. Tahun lepas aku ambik JB. Aku rasa crowd macam ok je. Budak-budak yang jaga booth aku cakap kalau tengah malam tu dari pukul 12 pagi sampai 4 pagi dorang tak sempat nak duduk punyalah ramai customer datang booth.


8. Sales berkurang
Jangan salahlah organizer semata-mata kalau takde sales.
Kena tengok, adakah semua orang pun rugi atau kita saja yang rugi.
Kalau ada yang boleh buat untung, kita tengok apa faktor yang ada pada dia sampai dia boleh buat untung. Kita kaji and perbaiki mana yang boleh perbaiki.

Aku bukan pertama kali join event. Banyak event yang aku dah join - karnival Kraftangan, karnival Masjid, Karnival Mega Sales, Eh Eh Bazaar, Karnival Kilang Bateri, Mood Republik, Vendeur Festival, Timor Fest, Zizan Razak punya festival pun aku belasah join.
Banyak yang aku dapat belajar and bandingkan.
Aku join event awal-awal dulu pun bukan niat nak untung, tapi niat nak create awareness, supaya orang nampak brand aku. Tio show them I am doing real bisnes, bukan berselindung di sebalik online.

Cubalah join event dari pelbagai organizer, and compare. Adekah betul sales kita tak banyak disebabkan event organizer tak bagus atau kita yang belum betul-betul bagus?
Dan kita kena tengok juga samada produk yang kita jual tu sesuai ke tak untuk event yang kita join.
Contohnya PWTC baru-baru ni. Ada vendor jual beg, jual gadjet. Dia cakap sales kurang, crowd tak ramai. Tapi aku yang duduk depan booth dia boleh je hit sales more than expected.
Jangan salahkan crowd 100%. Orang tengah dalam mood raya, of course nak beli baju raya. Yang kita pi jual gajet, mana nak datang sale. Orang tengah semangat nak raya bro, mood gajet ni belum sampai lagi.


9. Dipaksa menderma
Yes, ini salah satu perkara wajib. CEO akan bagi utusan untuk menderma.
Tapi derma seikhlas hati. Takde nilai tetap pun. Rasa nak bagi RM50 saja, bagilah.
Rasa nak bagi lebih, apa salahnya.
Tak payah la nak persoalkan "Apa yang dia nak buat dengan duit derma tu?"
Amboii kemain lagi orang kita question apa yang 'orang kaya' nak buat dengan derma..
Kalau dengan orang yang susah, ringan je kita hulur derma atas dasar simpati.
Apa ingat orang kaya-kaya ni semua takde hati perut ke. Dia ada salurannya sendiri. Setahu aku, CEO ni ada pusat tahfiz khas yang dia always biaya. Boleh jadi derma-derma dari vendor ni disalurkan ke situ.


10. Dipaksa bagi gift pada pengunjung
Yang ni pun antara perkara yang diwajibkan.
Goodie bags yang pengunjung dapat kat pintu masuk tu semua adalah pemberian dari vendor.
Vendor diminta untuk sediakan lebih kurang 70-80 goodie bags untuk diagihkan kepada pengunjung.
Ini macam satu tarikan. Sebab tu tahun lepas aku dah prepare 2000 helai shawl. Yang ni memang khas untuk bagi gift je. Mana-mana event aku pergi memang shawl ni aku jadikan gift. Senang cerita. Tapi, Mood Republik tak kisah pun kita nak bagi kat tangan dia, atau kita nak bagi sendiri kat customer. Macam aku, aku pilih untuk bagi sendiri kat customer. Siapa datang booth aku beli barang aku, aku bagi free gift. Itu lebih bijak daripada aku bagi kat organizer. Nanti organizer pass kat pengunjung, pengunjung ambik pastu blah macam tu je. Macam masa kitorang kat Vender Festival tahun lepas. Depan mata tengok orang masuk kat depan, pastu straight lalu kat tepi booth kitorang (booth kitorang belakang sekali) and keluar ikut pintu belakang, siap mintak kawan beratur balik semula kat depan, boleh?


Apa yang aku dapat katakan, Mood Republik bukanlah event yang benar-benar hebat. Ada flaws sini sana but they are learning.
Tapi Mood Republik adalah antara event yang boleh bantu kita menjual produk dan menaikkan brand dengan lebih mudah.
Kalau player kecil macam aku ni, sesuai sangat join event-event like Mood Republik dan event-event lain. Sebab aku takde butik. Kedai yang aku ada now ni lebih kepada nak display produk and simpan stok je. Jadi bila ada event-event macam ni, sesuai lah kita join supaya customer boleh rasa sendiri kain and cuba sendiri di situ. Itulah kelebihannya join event ni. Lainlah kalau esok aku dah ada butik sendiri, nama dah terkenal, mungkin aku boleh join pulak grup-grup kerek yang boikot Mood Republik.

Tak adil nak salahkan Mood Republik hanya kerana sewanya mahal.
Belum tentu lagi kalau sewa tapak murah, kita boleh buat untung.
Sewa murah ke, sewa mahal ke, kalau marketing kita bagus, insyallah ada sales.
Aku bercakap bukan berdasarkan tengok-tengok atau dengar-dengar orang cakap. Tapi aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri berada di tempat itu.

Macam ni lah.
Kalau kita pergi tempat orang, kita ikutlah undang-undang orang.
Kalau rasa tak sesuai, kita jangan datang lagi. Simple.
Atau maybe kita boleh cuba-cuba untuk jadi event organizer pula, mana tau kalau kita lebih bagus dari dia. Bagus juga kalau ada banyak pilihan, kan?


KLIK SINI UNTUK TENGOK PRINTED SHAWL BATCH 3