2017-02-27

Syarat



Aku baru terperasan komen ni belum respond.

Jawapannya sangat simple - itu rezeki dia.
Tak dinafikan salah satu faktor utama yang melayakkan kita ke mana-mana boarding school atau Uni adalah result. Tapi bila ada yang dapat straight A's tetap tak dapat ke mana-mana walau merayu, kita terpaksa akui semua ni soal rezeki.

En Wan kata dalam group parents yang dia join tu, ada sorang budak dapat 6A tapi pelik tak dipanggil ke mana-mana. SBP pun tak dapat, tak tau kenapa. Mungkin ada kesilapan kat mana-mana dalam sistem pengambilan pelajar sebab mustahil nau dapat 6A tak dapat masuk boarding school kan. Inilah maksud aku tadi, kena berbalik pada rezeki. Usaha tu memang kena buat tapi kalau dah cuba tapi tak capai sasaran nak buat camana kan. Tuhan tu kan adil, kalau semua yang berjaya tu harus score dalam exam maknanya tak adil lah pada budak-budak disleksia atau orang miskin yang tak berkemampuan nak hantar anak blaja tinggi. Pak Aji bagitau aku, dulu dia penah dapat tawaran masuk U. Tapi sebab waktu tu dia sendiri dibela oleh pakcik (sebab orang tua susah), jadi dia sorokkan surat tawaran and pilih untuk jadi cikgu. Nak dijadikan cerita pakcik dia terjumpa surat tawaran tu and marah kenapa tak bagitau. Tapi alhamdulillah, hidup Pak Aji ok je pun.

Aku bukannya cream sangat pun.
Aku pernah dapat nombor 21 masa Darjah 5, diiringi dengan beberapa sebatan time tunjuk buku rekod kat Mak Aji. Menyesal pulak aku tunjuk rekod book. Kalau aku tau, aku sign sendiri je.

Masa Darjah 6, exam pertengahan tahun aku dapat nombor 10.
Dah putus harap mak bapak aku na imagine aku dapat 5A UPSR.
Padahal subjek UPSR semua aku dapat A, cuma yang buatkan nombor aku banyak sebab subjek bukan UPSR tak berapa nak score like muzik, Seni, agama, alam dan manusia.

Dan bila aku dapat 5A, aku plan nak apply masuk Maahad je.
Zaman dulu skolah agama kena apply, tapi kalau SBP macam MCKK, STAR, STF, SSP - yang tu semua tunggu kementerian offer. Kiranya kalau dapat skolah yang kementerian offer ni kau memang power lah. Disebabkan aku rasa ramai lagi kawan skolah yang power-power so aku tak target tinggi. In fact, nak apply masuk Maahad tu pun aku rasa macam tak layak je sebab ramai gila kot dapat 5A. Lagipun subjek agama tak power sangat - aku fikir macam tu la.
Tapi dapat Maahad.
Lepas tu dapat TKC.
Masa dapat TKC ni jangankan aku, mak bapak aku pun tak percaya.
Like kamon lah kan, takkanlah aku yang dapat kot. Yang dapat nombor 2,3,4 pun tak dapat ke mana-mana.

Kebetulan kerani sekolah rendah tu jiran kitorang.
Masa dia bagitau Pak Aji yang surat tawaran ke TKC sampai kat pejabat, bapak aku mintak kerani tu check lagi sekali sebab dia pun tak caya aku dapat.
Kerani tu beria-ia cakap ya, sebab dari sekolah rendah aku yang dapat TKC cuma 3 orang je. 2 orang first in take. Aku second. Surat tu sampai sekali dengan surat tawaran untuk sorang lagi budak ke Sekolah Sains. Malam tu Pak Aji excited bagitau kitorang aku dapat sekolah sains. Punyalah dia tak caya aku dapat TKC. Dia ingat kerani tu salah nampak. Esoknya bila dia ambik surat tu barulah percaya.

So, kat sini jelas - straight As hanyalah stepping stone untuk ke skolah berasrama. Belum pasti dapat tapi memang ada kelebihan. Apetah lagi dah terlampau ramai manusia bijak sekarang sebab tu now, nak masuk skolah asrama kena lalu interview. Zaman aku dulu mana ada. Purely tengok result je. Aku rasa kelebihan Redza mungkin time interview tu dia excel sikit. Kebetulan interview conduct in English. Kalau Malay sadaqallahulazim aku rasa.

Tapi ye lah kan, nak salahkan mak bapak kenapa pulun anak tusyen sana sini pun takleh gak. Sebab dah sistem negara kita memang exam oriented. Nak tak nak, kena hadap. Walaupun setiap kali keputusan exam diumumkan, macam-macam artikel dari motivator cakap "Keputusan exam bukan penamat cita-cita" - tapi hakikatnya grading sistem ni masih lagi jadi syarat utama kemasukkan ke mana-mana. Tetap orang tengok berapa ketul A ko ada. Tetap orang tengok berapa pointer kau dapat. So, nak tak nak, terpaksa jugak paksa anak-anak pulun.

Even masa Redza dulu pun kalau nak ikut history - macam konfiden je boleh dapat straight As.
Dari darjah 1 kelas pertama.
Dari darjah 1 sampai Darjah 6 semua subjek dia A dan B je, kecuali BM.
BM tu jangankan C, D pun pernah.
Trial 5A1B (B of cos lah BM).
Tapi last-last 3A3B.
Tu pun habis bersyukur dah aku BM dapat B. Aku ingatkan D.
Tapi alhamdulillah, dia dapat dua-dua SBP and MRSM.
Ada jugak kawan-kawan dia yang dapat result lebih ok dari tu tapi belum dapat ke mana-mana lagi setakat ni.
So, aku rasa ni semua rezeki. Payah nak cerita. Janji usaha je lah.

Kalau bab belajar ni kan, aku always jadikan En Wan contoh terbaik.
En Wan ni salah satu contoh manusia yang tak ikut 'standard' hukum lojik manusia.

Orang kata budak yang minum susu lebih cergas.
Dia lansung tak minum susu, elok je sport sana sini.
Aku yang dari kecik sampai ke tua togok susu, satu sport harammmmm.

Orang kata kalau hantar skolah bagus, anak boleh jadi bagus.
En Wan skolah kampung je, tak ternama lansung skolah tu.
Persekitaran pun so and so je En Wan kata.
Dia yang skolah kampung sampai Form 5, dah la tadika tak pergi, tapi dia yang akhirnya fly pi luar negara. Aku? Kahkahkah.



Dah, ni aku nak cerita pasal promo ni.
Rasanya emaiul dah blast, so ni aku just highlitekan lagi kat blog.

🍏 OFFER 1 : 1 kotak Ephyra kolagen (30 sachet) dengan tambahan FREE 10 sachet, RM197 (Semenanjung)

🍏 OFFER 2 : 1 kotak Ephyra kolagen (30 sachet) dengan percuma Cleansing Bar, RM185 (Semenanjung)

 🍏 OFFER 3 : 2 kotak Inteemor dengan percuma Cleansing Bar, RM90 (Semenanjung)

40 sachet for just RM197 u olllssss 😍 😍.


 Promosi ini sah dibeli hanya di : 

1. KLIK SINI UNTUK BELI ATAU 

2. Whatsapp 012-7728976

Tarikh tutup 5 Mac 2017 (anjakkan sikit sebab ada yang kata gaji dapat 1st Mac).




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools