2016-11-30

Kau tunjuk dulu kau dah ready, nanti DIA bagi kemudian.


Semalam kat FB aku update status ni :

Sebelum Subuh buat tahajud, taubat, hajat. 
Lepas tu baca Yassin sementara solat Subuh. 

Masuk Subuh buat solat sunat Subuh dan solat Subuh. 
Lepas solat Subuh, baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 

Lepas solat Isyraq, baca Al-Mathurat. 
Then sambung Dhuha. 

Lepas solat Zuhur baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 
Then buat solat hajat. 

Solat Asar. 
Then baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 

Lepas solat Maghrib baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 
Lepas tu sambung dengan solat hajat. 
Then baca Al-Waqiah. 

Lepas isyak, baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 
Sambung dengan solat taubat. 
Witir (paling malas buat 1 je). 
Lepas tu baca Al-Mulk dan Sajadah. 
Sambung dengan Ratib Al-Attas (boleh download kat apps). 

Good nite. 

Note : 
Tasbih = Subhanallah 
Takbir = Allahuakbar 
Tahlil = Laailaahaillallah 
Tahmid = Alhamdulillah 
Istighfar = Astagfirullahaladzim

Then ada yang komen amalan ni semua boleh dilakukan dengan senang semasa ibadat umrah/haji sebab kat sana fokus hanya pada ibadat. Kalau nak buat semua ni boleh cuba ambil cuti beberapa hari untuk fokus pada ibadat ni saja.

Fine.
No problem with the komen.
Aku berterima kasih dengan komen tu kerana setidak-tidaknya bila Tuhan gerakkan dia menulis komen macam tu, maka ada ruang untuk aku explain.

To be honest, itu adalah apa yang aku buat everyday.
Sebab tu aku share. Kalau ada yang nak buat, ikutlah.
Moga bila ada buat, aku pun boleh tumpang pahala sekali.

Aku cerita apa yang pernah aku lalui ya.

Dulu, beberapa tahun yang lepas, aku always rasa macam tu (macam yang pengkomen tu cakap).
Aku always anggap buat yang wajib je dulu, kalau ada masa baru buat yang sunat.
Masalahnya, nak tunggu ada masa tu bila?

Dulu, masa aku bekerja makan gaji, aku always terkejar-kejar nak cari masa bersolat.
Aku always curi masa bersolat masa on the way nak buat sales/appointment dengan customer.
Kalau app kat universiti, aku tumpang surau atau masuk masjid.
Walaupun masa tu ramai mata-mata memandang apehal minah ni masuk masjid takde adab pakai skirt?
Tapi aku tolak ketepi pandangan tu, bagi aku solat dulu pastu nanti aku pikir balik.
Always macam tu.
Sometimes kalau keje kat Bangi, singgah rumah Mak Aji semata-mata nak solat, pastu zassss keluar balik jumpa customer.
Sampaikan aku mengeluh bila la nak boleh solat bertenang-tenang? Jangan kata nak berzikir, nak berdoa pun tak sempat!

Lama keadaan ni berlaku.
Sampailah masa aku kerja kat company terakhir, aku dah mula rasa 'letih' nak kejar waktu solat.
Kebetulan kat opis tu aku sorang je Islam. Ruang solat pun takde. Tapi dia benarkan aku solat dalam stor. But disebabkan jadual aku pack, jadi aku always solat masa keluar buat sales. Ikutlah berhenti mana yang sempat. RnR ke, surau kat pejabat customer ke, masjid universiti ke.
Aku dah jadi letih.
Rasa macam always tak cukup masa nak beribadat. Keje macam nak mati. Gaji terakhir aku waktu tu RM4500 (2008). Boleh tahan la, gaji banyak tu untuk 8 tahun lepas tapi always rasa apesal macam tak cukup je?

One day, weekend. Masa tu year 2009.
En Wan gi keje.
Sekali kat rumah black out.
Mati kutu aku tak tau apa nak buat.
Dah tak tau apa nak buat tu, aku kemas-kemas bilik.
Kemas laci, ternampak Kitab Majmuk Syarif Kamil.
Kitab majmuk Syarif Kamil ni ada surah-surah pilihan antaranya Yassin, Al-Kahf, Waqiah, Mulk, Rahman, Sajadah, and  a few more.
Aku baca dari mula sampai habis.

Lepas tu aku realized something.
Eh, sebenarnya aku ada masa nak baca rupanya.
Tapi aku yang buang masa selama ni!
Aku always cakap kalau nak buat ibadat ke, nak baca Quran ke, kena tunggu dah tua, kena tunggu kalau ada time freedom (keje sendiri) baru boleh buat. Padahal weekend aku tak keje, tapi aku tak buat pun ibadat tambahan tu.

DANGGGG!
Perkara tu betul-betul hit aku.

Dalam tak sedar sebenarnya Tuhan sedang perli aku.
Aku macam terasa Dia cakap "Kau ni cakap je lebih. Nak buat ibadat tunggu ada masa bagai tapi hari cuti kau mengangkang, pergi shopping, tengok movie. Sebenarnya Kau bukan buat pun kalaupun ada masa!"

Ingat tak previous entry aku ada cakap tentang rezeki?
Aku tulis "Kalau kita nak rezeki lebih, kita kena tunjuk kat Allah yang kita dah bersedia untuk terima rezeki lebih".
Caranya macamana?

Kita kena tunjuk yang kita memang layak untuk dapat rezeki lebih.
Banyakkan sedekah
Banyakkan memberi.
Rajin belanja anak buah, belanja family, kawan-kawan.
Rajin buat jamu makan untuk jiran, anak yatim.
Apa salahnya sumbang lebih untuk PIBG skolah.
Belikan harta wakaf untuk surau.
Setiap kali sedekah tu submit doa - Ya Allah, moga permudahkan urusan aku untuk bla bla bla bla..

Bila kita tunjuk kat Allah I am ready to receive more, di waktu itulah DIA akan besarkan 'tangki' kita.

Same goes to ibadat.
Tunjuk kat Tuhan yang kita dah bersedia untuk buat banyak ibadat.

Caranya, hujung minggu, takde kerja, waktu tu buat ibadat lebih dari hari biasa.
Tuhan nak tengok apa yang kita cakap tu selaras tak dengan perbuatan kita.
Kita kata kalau nak ibadat lebih tunggu ada masa lebih, waktu tak kerja kan?
Ok buktikan pada hujung minggu,
Tunjuk kat DIA, nak beribadat lebih, tak semestinya tunggu dah tak bekerja.

Wajar ke buat ibadat lebih hanya time pergi umrah/haji?
Wajar ke tunggu bila dah work from home?

Belum tentu lagi kita akan buat kalau kita asik nak tunggu tunggu dan tunggu.
Belum tentu.
Aku cakap berdasarkan apa yang aku dah lalui.

Dulu aku always rasa manalah ada masa nak baca Waqiah lepas Maghrib, nak solat Hajat pulak bagai.

Tapi lama-lama aku dah semakin nampak apa yang buatkan aku tak sempat dan always takde masa untuk buat ibadat tambahan selama ni.

Memang la tak sempat kalau asik nak berkejar tengok cerita pukul 7.
Lepas tengok cerita pukul 7, aku nak masak pulak.
Lepas masak, aku nak menggosok pulak.
Lepas tu nak melipat-lipat baju lagi.
Banyak gila alasan aku.

Padahal melipat baju tu kerja 30 minit tapi sebab melipat sambil tengok Cerekerama, jadi kerja melipat yang elok-elok boleh settle cepat akhirnya selesai sama macam cerita tu habis - 2 jam.

Keje menggosok elok 1 jam jadi 2 jam, sebab habis gosok satu baju, stop jap tengok henfon. Lepas habis gosok selai tudung stop jap tengok henfon.

Kan dah nampak dah kat mana yang buatkan aku always tak sempat tu?
Banyak buang masa.

Mungkin ada yang kata, Kak Di keje sendiri, boleh lah ada banyak masa nak buat ibadat.

Wrong!

Belum tentu lagi kalau kita ada free time kita buat.
Kalau sekarang satu hari cuti pun kita tak boleh buat, apa jaminannya kita akan buat bila kita ada 7 hari cuti?

Kita semua ada masa yang sama.
Mungkin tak dapat buat hari-hari lagi buat masa ni, tapi Ahad ni?
Contohnya Ahad ni, tak kerja.
Tanya diri, boleh tak kita buat semua tu hari Ahad nanti?

Sometimes kita always macam tu.
Always tunggu peluang tu sampai baru nak buat.
Jarang kita buat dulu untuk dapatkan that peluang.

Dulu masa aku bekerja makan gaji, aku pun ada plan macam tu.
"Tunggulah esok, aku dah keje sendiri, aku buat solat malam"

Pap! Tuhan bagi aku rezeki kerja sendiri.
Aku ada banyak gila masa. Masuk kerja boleh anytime kalau aku nak.
Tapi aku tak bangun solat malam pun. Dhuha pun tak buat.
Isyraq apetah lagi, tak pernah tau pun ada waktu Isyraq.
Solat fardu pun hujung waktu. Dah nak Asar baru buat Zuhur. Senang, sekali jalan ambik wuduk.
Nak baca Quran bila? Oh tunggu bulan puasa nanti. Sebab mood Ramadhan.

Ok takpe.
Tuhan perli aku lagi sekali, tahun 2012 dia bawak aku ke Mekah buat umrah first time.
Umrah pertama, aku buat ibadat lebih sikit lah dari aku buat kat rumah.
Tapi tetap aku tak boleh khatamkan Quran pun kat sana.
Aku iktikaf kat masjid tak lama mana.
Eh kata tadi nak tunggu hari tak kerja baru boleh buat semua ni
Tapi kat Mekah yang sah-sah aku tak bekerja pun, tetap aku tak boleh buat. Apa cerita?

Balik dari umrah pertama, aku slowly upgrade sikit waktu aku untuk DIA.
Buatlah sikit-sikit tapi pastikan konsisten.

Agaknya berkat konsistensi tu membuatkan Tuhan bagi aku reward sikit.
Dia hadiahkan masa aku.
Slowly, aku terasa yang aku dah mula ada banyak masa.
Betullah kata sorang ustaz, kalau kita bagi masa kita kat DIA, DIA akan bagi sebanyak mana masa yang kita nak.

Lama-lama aku rasa makin lama aku makin ada masa untuk DIA.
Masa tu tak bertambah, sama je 24 jam.
Tapi aku perasan aku dah mula rasa malas tengok TV.
Rupanya DIA bagi masa lebih tu dengan menutup sikit minat untuk aku melayan TV.
Bila aku takde rasa nak tengok TV, takde rasa nak membuta banyak sangat macam dulu, dengan otomatiknya masa tu ada untuk DIA.

Tahun lepas aku pasang impian, kalau aku dapat lagi peluang ke Mekah, aku nak cuba khatam Quran kat sana.
Start bulan Oktober 2015 aku dah mula pratikkan khatam sebulan sekali.
Aku tunjuk kat DIA I am doing this right now sebagai satu persediaan untuk khatam di Mekah nanti. Padahal waktu tu belum book apa-apa pun ke umrah. Aku nak tunjuk yang I am ready untuk khatam di Mekah jugak. Please penuhi impian aku.

Dec 2015, DIA bagi satu lagi peluang untuk aku ke umrah.
Kat sana aku tunaikan janji and impian aku untuk khatam.
Alhamdulillah, aku dapat buat.

Dulu kan, aku always rasa kalau tido lambat pukul 1am konfem takde tenaga nak bangun malam ni.
Kalau bangun solat pukul 3.30am, mesti nanti siang kat opis mengantuk.
Rupanya hukum lojik tu tak terpakai pun dalam urusan Allah.
Allah punya konsep - Kalau kau betul nak buat, AKU akan bagi kau buat.

Lama-lama aku dah semakin faham.
Nak buat ibadat dan murah rezeki semuanya gunakan konsep yang sama.
Kau buat dulu, bagi DIA tengok kesungguhan kau, baru nanti kau dapat apa kau nak.
Dengan Tuhan jangan kerek.
"Aku tunggu Kau bagi aku time freedom dulu baru solat mengaji banyak banyak".
"Aku tunggu Kau bagi aku duit banyak dulu baru aku sedekah banyak".

NO.
Dengan Tuhan konsepnya kita buat dulu, DIA bagi kemudian.

Maaf kalau ada yang terasa.
Niat entry ni bukan nak membangga apetah lagi nak merendahkan.
Aku nak sampaikan pengalaman dan apa yang aku belajar dari hikmah yang tersembunyi.
Aku cuma nak mintak kongsi pahala, mana tau ada di antara yang baca ni tergerak nak buat juga, aku harap dapat share pahala korang untuk aku bawa bekal ke sana nanti.