2016-09-24

Penuhkan ahli keluarga je kat opis


Semalam layan bersembang kat whatsapp ngan sorang reader/blogger.
Dia ni ada buat bisnes juga.
Dia bagitau dia ada masalah sikit dalam berniaga sebab staff dia semua di kalangan adik-beradik dan cousin.
Bila bekerja dengan ahli keluarga ada banyak benda yang dia terpaksa tutup sebelah mata sebab banyak hati nak dijaga.
Lama-lama dia cakap dapat penat je, untung tak seberapa.

Aku tanya dia, apa sebab kau ambik staff di kalangan ahli keluarga?
Sebab bajet ke?

Dia kata bukan.
Kebetulan adik-adik menganggur, so nak tolong dorang.

Inilah sebenarnya perkara yang awal-awal lagi kena fikir sebelum run bisnes.
Aku pernah blog about this dulu.
Share-partner dan dengan siapa kita bekerja adalah sangat penting.
Sebab kita akan habiskan banyak masa dalam 1 hari bersama-sama dorang.
Jadi pastikan yang bekerja tu boleh diharap.

Dalam berkerja, kita kena tahu yang kita dibayar untuk buat kerja.
Kita bukan dibayar sebab company tu bapak kita punya.
Walaupun in some cases ada anak orang kaya yang passkan jawatan syarikat pada anak, tapi anak itu masih perlu bekerja supaya syarikat akan terus hidup.
Bukannya buat keje macam duit syarikat tu kau punya sorang.

Bukan tak boleh ambil ahli keluarga bekerja.
Kalau boleh memang ahli keluarga lah yang kita nak work with sebab setidak-tidaknya masalah TRUST tu dah boleh settle.
Susah nak trust orang luar. Lega kalau boleh letakkan trust pada keluarga sendiri.
Tapi, dalam banyak keadaan, bila dah bersangkut-paut dengan duit, masalah akan timbul.

This lady bagitau, yang bekerja dengan dia adalah di kalangan adik-beradik.
Gaji jalan.
Tapi dalam masa yang sama adik-adik dia nak menjual produk jugak (jadi agen dia).
Ok fine, dia bagi jadi agen.
Tapi yang best tu, adik-adik dia nak beli dengan harga kos, taknak harga agen.
Harga kos okeh.
Jadi, kat mana syarikat nak untung?
Dah la gaji kau tetiap bulan jalan.
Pastu kau ambik stok dengan harga kos je.
Kalau tetiap hari kau ambik stok dengan harga kos, lama-lama celah mana nak cekau duit untuk bayar gaji kau hujung bulan?

Bila dia bagitau macam tu kat adik-beradik, semua adik sentap.
Ditambah lagi masalah bila mak bapak masuk campur.
"Kau ni dengan adik-adik pun nak berkira!"

Inilah sebenarnya masalah paling besar kau akan hadapi bila bawak keluarga masuk dalam bisnes.
Sebab hujung-hujung akan ada mainan emosi yang berlebihan.
Hujung-hujung, bisnes kau ni dah macam khidmat masyarakat.
Buat bisnes untuk bagi orang lain untung. Yang kita? Macam nak menggila carik sale sebab nak pastikan dapat 'tolong' lebih ramai orang.

Kadang-kadang kalau mak mertua or Mak Aji cerita pasal sedara tu takde keje, sedara ni menganggur, aku diam je. Tapi nama aku nak offer keje dalam company aku memang berat sikitlah.
Bukan aku berlagak, cuma aku taknak sesakkan kepala di kendian hari.

Bukan satu benda yang senang bila kita nak bagi arahan pada kaum keluarga.
Some people tak tau beza waktu bekerja dengan waktu tak bekerja.
Ada yang masuk keje ikut suka. Rehat ikut suka. Time keje nak keluar pi bank lah, pi bayar bil letrik lah.
Kang nak ditegur serba-salah. Ditegur kang sentap.
Macam kes lady ni tadi lah.
Bila ditegur, pi mengadu kat mak bapak pulak. Alahai comel nau.

Nak mintak stay back pun takut.
Kita pulak yang takut nak arah dia stay back.
Sebab nanti dia bagitau mak bapak dia aku suruh stayback.
Pastu mak bapak dia nanti call mak bapak aku pulak mengadu anak dia keje ngan aku asik kena balik lambat. Eh malas aku.

Lagi satu yang paling penting aku always cakap ngan En Wan kalau boleh elakkan ambik sedara-mara keje sebab apa-apa hal jadi kat kampung, kita dan dia konfem sama-sama kena balik kampung.
Dah kalau dalam opis tu penuh ngan sedara je, tak kena bila jadi hal kat kampung nanti, satu opis pun balik kampung?
Dah tu sape nak jaga opis?

Kadang-kadang mudah untuk orang lain cakap "Nama je ada bisnes, tapi taknak ambik sedara sendiri bekerja".

Biarlah.

Bagi aku, nak tolong orang ada banyak cara.
Kau nak aku tolong kau?
Meh jadi agen. Meh jadi dropshipper.
Aku boleh bagi kelonggaran kau ambik stok dulu dan bayar kendian. Tapi mesti beli dengan harga agen jugak.
Tapi, percayalah cakap aku.
Berapa kerat je yang nak ambik offer tu nanti. Taknak. Nak keje senang.
Lepas tu ada hati merungut sedara taknak tolong sedara. Eh tak kuasa aku.

Aku kan kalau boleh dalam company ni aku nak penuhkan ngan keluarga je.
Tapi bila aku pikir-pikir balik, susah.
Sebab kalau adik-beradik atau cousin kita sentap ngan kita sorang je takpe.
Ni karang tak pasal-pasal laki bini dorang pun ikut sentap dengan kita.
Padahal kita ni sefamili.
Dah tu macamana kita nak berjumpa sekeluarga dalam satu rumah kalau sentap-menyentap tu dibawak berpanjangan?

Eh, dah lah.
Aku lagi rela orang tuduh aku "Nak senang sorang-sorang" daripada kendian hari aku bermasam muka dengan ahli keluarga and sedara-mara.
Yang penting, kita tau apa kita buat.
Keluarga pun tahu kita tak aniaya dorang.
Keluarga tahu kita tolong dorang dalam cara yang lain.
Tu dah memadai.
Lain-lain hal mohon benarkan aku buat-buat pekak.

Siapa yang nak bawak family kerja sekali dalam syarikat, pikir habis-habis.
Kalau kau jenis hati kering, silakan.
Aku jenis yang tak sampai hati.
Jadi, sebelum aku makan hati, better aku jangan start apa-apa.