2012-03-28

Fokus

Lukisan Redza malam tadi


Redza ada satu keajaiban.
Kalau dia lukis guna pensil, lukisan dia akan jadi macam lukisan mintak pelempang.
Nanti kejap-kejap dia padam, kejap-kejap dia padam.
Tapi kalau lukis guna pen, macam rilek je takde salah. Kalau ada salah pun nanti dia oter sikit-sikit sampai nampak macam takde salah.

Buatkan aku terfikir satu benda.

Manusia pun sebenarnya macam ni.
Kalau diberi pilihan (pensil, kertas and pemadam) mesti ada je benda yang kita akan tangguhkan, kita akan buat silap and buat sambil lewa. Tapi kalau dah takde pilihan (kertas and pen without pemadam/liquid paper), kita akan lebih fokus dan sedaya upaya untuk tidak buat silap sebab kita tau kita takde pilihan lain. Apa yang ada depan mata ni saje lah pilihan yang kita ada.

Macam aku ni la, bukan orang lain pun.
Kalau kena submit sales forecast, mesti macam lembab je. Padahal semua data ada je dalam laptop ni. Tapi bertangguh sebab aku tau data semua ada, anytime boleh buat. Sekali nak dijadikan cerita hari tu laptop aku buat pasal taknak on. Gabra la kan, principal aku dah set meeting lagi 4 jam, satu apa pun aku takde ni. Data semua dalam laptop. Sehelai kertas pasal sales pun aku tak simpan as hardcopy, semua main masuk laptop.
Masa tu pulak aku kat luar, iPAD tak bawak. Apa lagi la kan, tot tet tot tet kat blackberry je la. Gigih ok buat sales report guna blackberry. Itulah komputer, itulah excel, itulah calculator. Masa ni toksah kata nak stop makan ke minum, nak kentut pun tak sempat.

Tapi bila terdesak and takde pilihan, boleh la pulak siap keje aku. Dengan tools yang limited, aku managed to siapkan report aku. Toksah kata sales forecast, siap dengan sales post-mortem sekali aku buat. Rasa bersyukur gila ada blackberry. Walaupun kamera aku dah retak and blakberry ni ada kesan gigi Rayyan, aku kensel la nak tukar Galaxy Note. Berjasa sungguh BB ni.

Sebab tu la kita ni perlukan deadline gamaknya.
Takde deadline tak best ok.
Bila ada deadline baru best glabah-glabah buat keje.
The feeling of berdebar-debar kejap-kejap tengok jam, kejap-kejap tengok jam sometimes adelah perkara yang sangat best untuk dikenang dan digelakkan beramai-ramai satu hari nanti.


Bos aku yang dulu, suka bagi deadline.
And deadline lni memang gap besar. Ada sorang colleague aku ni suka buat keje last minit. Konon lebih produktif. Tapi dia lupa, bila bos tu bagi masa yang lama untuk kau siapkan satu keje, dia tak expect kau submit report setakat 5 helai. So this kawan kena buat sales report untuk instruments side, aku punya bahagian reagents and kits. Instruments lagi la ko kena tunjuk bukti demo, feedback, after-sales service, bla bla bla......sekali dia bentangkan 8 helai je. Bos aku kiraikan sehelai-sehelai report tu depan kitorang semua. Aku yang tengok pun rasa seriau gila. Kalau toreh tangan aku pun tak keluar darah agaknya. Pastu dia suruh kawan aku bentangkan report secara live, no paper and data apa-apa. Sebab dia kata, kalau kawan aku betul-betul ambik masa yang cukup untuk buat report, data-data tu akan ada dalam kepala dah. Pehhhhhhh!!! Aku yang nak terkencing. Cepat-cepat aku kira balik report aku berapa helai ada. Hahah.

Bos aku sengaja je drag-kan presentation tu sampai 4-5 jam. Padahal kawan aku kena fly pi Kuching pukul 6 lebih petang tu. 4.45pm still ada kat opis lagi! Padahal bos aku tau schedule kitorang semua, dia tau kawan aku kena pi Kuching. Kul 5.05pm macam tu kot baru dia lepaskan kawan aku keluar. Dah bengkak-bengkak mata amoi tu kena torture buat presentation. Bos aku cakap dia boleh je hantar aku je pegi Kuching petang tu (macamkan Kuching dengan Kelana Square tu sebelah-menyebelah kan?) tapi dia nak kawan aku pegi jugak sebab nak dia rasa sendiri akibatnya.

Since that day baru aku tau apa maksud deadline.
Deadline bukan sekadar tarikh akhir untuk ko buat submission but lebih dari tu.
Lepas-lepas dari tu everytime bos aku cakap deadline lagi 2 minggu, kitorang mesti mintak "Ala, deadline lusa je la". So that dia takleh expect banyak sebab masa pun singkat. Haha.