2011-09-23

Belum tentu kau cream forever

Nak tergelak aku baca twitter sorang budak ni yang terang-terang memperlekehkan UiTM.
One word - POYO.

Tapi heran kan, apesal orang pandang rendah sangat dengan graduan UiTM?

Adekah sebab dulu dia ITM, bila dinaik taraf kepada UiTM maka korang tak puas hati?

Just like zaman aku dulu, UPM masih lagi dipanggil Universiti Pertanian Malaysia.
Ramai taknak masuk UPM sebab ada perkataan PERTANIAN.
Konon graduan UPM (dulu) kalau keluar sok pegang cangkul jugak.

Gila batak pemikiran kau kan?
Kot ye pun nak bergurau.
Benda-benda macam ni bagi aku sensitif. Jangan dibuat gurau.
Cuba yang kena 'gurau' tu kau. Agak-agak best tak rasa?

Bila aku baca orang 'bergurau' dengan student and graduan UiTM like 'Ala, takyah la blaja sungguh-sungguh sangat SPM ni, UiTM kan ada'.

Wadehellllllllllll??

Kau yang SPM cream pun belum tentu grad first class nanti.
Kalaupun grad first class, belum tentu dapat keje.
Kot dapat keje pun, belum pasti gaji kau tinggi.
Sometimes gaji tinggi pun belum tentu kau boleh tanggung diri sendiri, apetah lagi nak tanggung keluarga. Silap-silap spender tak berganti.

Memangla kita kena blaja rajin-rajin supaya boleh dipilih/dihantar ke U. Siapa taknak masuk U yang best-best, yang dah ada nama. Tapi itu bukan syarat untuk kau berjaya. Just stepping stone je.

Macam ada satu budak ni dulu, dapat masuk USM. Result takde la gempak mana pun tapi sebab dia 'terselamat' tak dipilih masuk UPM or ITM (malu nak masuk ITM tapi kau jugak yang apply. Bodo kan?), bila dapat surat masuk USM tu, gigih menge-check aku dapat mana.

Bila aku cakap aku dapat UNIMAS, biasa la kan, respond mesti kerek punya.

'Boleh dapat keje ke kalau habis besok?'

Babi kan.

Seminggu lepas aku daftar kat UNIMAS, Pak Aji cakap surat panggilan dari USM sampai, tapi matrik setahun kat Labuan. Gila bapak jauhhhhhh. Lagipun masa tu aku pikir matrik UNIMAS dah dapat scholar, masuk USM kang kena apply lain, so takyah la.

Aku ingat lagi time semester break matrikulasi, aku keje kejap kat UKM, jaga budak-budak exam. Budak-budak yang aku jaga tu pun budak matrik UKM gak. Kira sebaya la time tu. Tugas aku macam biasa la, sediakan kertas, tolong tambah kertas, lalu-lalang sikit lebih kurang tepi meja budak-budak ni jadik la, buat syarat. Takyah la nak beria-ia sangat mundar-mandir kan. Aku pun menyampah gak pengawas peperiksaan yang asik-asik lalu kat tepi, hilang konsentrasi aku. Terus jadi bengap takleh jawab.

After every round, aku akan lepak kat blakang hall, join the tutor and a few more pegawai UKM yang sama-sama jaga exam. So ada this tutor, perempuan, tanya aku dari mana and all.

Tutor : Blaja lagi?


Aku : Ye.


Tutor : Kat mana?


Aku : UNIMAS.


Tutor : Johor?

Aku : Eh, tak. UNIMAS kat Sarawak.


Tutor : Tapi ada cawangan Johor kan?


Aku : Oh ye ke? Tak tau pulak.

Tutor : Ada matrik kat Johor jugak tak salah saya. Saya pernah ke sana. Tapi budak-budak dia tak berapa sangat lah.

Kan?
Padahal aku budak UNIMAS ada tertonggok depan dia.

Aku : Tak berapa yang macam mana?


Tutor : Entah la. Macam slow-slow je. Kita tengok pun tak seronok. Ye la kan, UNIMAS tu baru lagi, takde siapa nak apply. Dia pun main ambik je la mana-mana budak pun.

Best gilaaaaaaaaaaaaaaa aku kat tepi dengar.

Tutor : Macam budak-budak UKM ni cream. Cepat tangkap apa kita ajar. Lepas tu diorang sentiasa bertanya jadi kita pun seronok.

Aku iye kan aje la.
Sebab apa yang dia kata tu ada betulnya.
Tapi budak ada semangat nak blajar, cepat or pambat pick-up, slow tak slow, bukan berdasarkan pada di mana tempat dia blaja. Tapi bergantung pada effort pelajar tu sendiri and tenaga pengajarnya, makcik!

Elok je dis kata student dia cream, ada budak angkat tangan.
Aku pun pergi la sebab ingatkan budak tu nak kertas lagi.
Rupanya dia nak tanya soalan.
Aku ingat lagi budak tu macam cina-cina sikit muka dia, cara dia cakap ada sleng Sarawak/Sabah, free hair, pakai glass, badan plump sikit (ha, check. Check. Matrik 1995/96).

Dia mintak aku tanyakan kat pegawai yang ada satu soalan ni ada 2 jawapan yang sama.
Aku pun tengok, oh yes. Memang ada dua jawapan yang sama.
Tapi pastu aku notice, jawapan memang sama, tapi kurang tepat. Jawapan tricky.

Contoh :

Bacillus Thuringiensis
Bacillus thuringiensis

Mana yang lebih tepat?

Aku cakap kat budak tu 'Tak sama kot', sambil aku bulatkan huruf T. Terus dia 'Owhhhhhhhhhhhh. Tengkiu! Tengkiu!'

Tak pasal aku bagi kau jawapan kan.

Bukan aku nak kata budak tu tak bijak. Budak tu bijak.
In fact, dia tau jawapan soalan tu cuma dia tak peka perbezaan antara dua jawapan tu je.

Maksudnya kat sini, cream tak cream-nya budak tu adelah berdasarkan result SPM/STPM dia je. Kalau kau dah masuk U, kau punya cream time SPM tu dah tak relevant sangat. Blaja kat U ni bukan setakat baca buku okkk. Kat skolah boleh la, cikgu sumbatkan kau dengan nota, buku teks, buku latihan. Kat U, kau nak tunggu makan suap macam tu memang keras la kau kat exam hall nanti.

Notes buat sendiri.
Takde de lecturer nak tulis kat white board sebijik-sebijik untuk kau 'Ok, sila salin ye apa saya tulis ni'.
Kalau dia bagi kau copy of slides pun dah besar rahmat.
Ada yang lagi legend, masuk hall terus bercakap je bek bek bek bek. Kau takleh beza mana satu ayat bersembang, mana satu ayat ada isi penting. Pandai-pandai kau. Tau-tau kelas dah habis.

Nak lulus?
Bukan setakat ambik exam lagi dah.

Attendance dikira.
Aktiviti senggang dikira.
Assignment dikira.
Kuiz dikira.
Exam memang sah-sah la dikira.

Dulu, time skolah, masuk je Form 5 masing-masing tolak pegang jawatan, taknak aktif dalam sukan persatuan segala konon nak exam besar (bangang jugak ujung-ujung aku tengok), but kat U, kau jangan nak buat kepala kau taknak join itu ini ok? Ni bukan kira buku-buku dah. Skarang ni kita kira kredit cukup ke tak ye? Jangan nak buat pasal.

Sebab tu ko pernah dengar tak, budak time SPM result gempak, A bersepah-sepah. Tapi kat U, tak sempat masuk 2nd year, kantoi.

Sebab takleh cope dengan course.
Stress banyak sangat workload.
Tu belum diduga lagi dengan masalah luaran like putus cinta la apa la segala.

So bila aku tengok skarang ni ramai yang mempersendakan graduan UiTM, aku pun pernah rasa situasi yang sama.
UNIMAS la katakan.
Bak kata Tutor tu, UNIMAS ni tempat letak budak-budak yang Universiti lain rejek.
Padahal TNC UNIMAS time aku dulu Prof Charlie. Asal UKM jugak.
Dean aku Prof Azib Salleh. Asal UKM jugak.
Time tu UNIMAS still baru, so of cos kebanyakkan lecturer dia datang dari universiti-universiti yang sedia ada.

So apa bezanya UNIMAS, UiTM, UPM dengan UKM, UM, and USM?

Pada aku, bezanya hanya pada kemampuan pelajar tu sendiri.
Bukan pada di mana dia blaja.
So plis janganlah poyo sangat.

Masa dapat sambung kat UKM, aku nak sangatttttttttttttt carik balik Tutor Matrik yang perlekehkan student UNIMAS dulu tapi aku lupa nama dia. Tapi takyah la aku nak jadi poyo macam dia jugak kan.