2011-02-18

Apekah yang aku lihat tadi?



Aku telah buat satu keje gila.
Iaitu check out dari hotel pukul 3am.
Sebabnya adelah aku boring dan juga takut tido sorang. Nak tido kat lobby nampak sangat bataknya so aku decided untuk balik je la.
Aku tak sure masa aku pack-pack baju nak balik tengah-tengah malam aku dalam keadaan waras ke tak. Sebab memang aku rasa numb while driving, bila ada road block baru aku tersedar yang aku memang tengah driving.

Pukul 3.15am!

Dan perjalanan tu ambik masa lebih kurang a few hours, tu pun kalau aku bawak constant 110 km/h. Tapi lojik ke nak bawak 110 je tengah-tengah malam dengan hiway pun takde orang? Konfem la aku pecut sampai 150 km/h. Harap takde la saman sampai hujung bulan.

Dah la aku period, so ketakutan tu berada pada level yang agak tinggi dari biasa. Tapi aku machokan diri jugak.
Payah betul nak nampak sebijik keta tengah jalan. Yang banyak cuma pada oppoiste direction. Yang satu jalan dengan aku, ada la dalam sebijik kereta every 2km.

Dah tau takut, tapi pasang mp3 rock kapak. Masa tu la baru aku nak bersumpah beli CD mengaji la apa la.
Tau je la suara rock-rock kapak ni semua jenis memekik. Dapat lak time tu lagu kumpulan May. Suara si Mus ni gila punya rempit, meremang je bulu roma aku. Kang tetiba suara rempit tu lagi panjang dari biasa. Tak ke kejang aku dalam tu?

Sampai kat area Selama, aku sorang je atas jalan!!
Oh, cuak.
Ni apehal sebijik lori pun takde ni?
Tapi aku cool kan diri jugak. Padahal mata melilau kejap-kejap pandang side mirror, kejap-kejap pandang belakang.

Tetiba kan aku nampak something.
Bukan nampak benda putih berdiri kat tepi jalan.
But the benda putih melayang betul2 depan windscreen aku.
Tak percaya?
Tolong lah percaya.

Terkejut jugak nampak benda melayang.
Dia melayang style slow dan berpusing-pusing.
Mujur dia tak berenti kat tengah-tengah. Mau makan asap Shumaker kalau race ngan aku masa tu.
Tapi surprised jugak la aku leh slow down kan keta aku sikit sebab aku nak toleh belakang carik mana dia pergi.
Lepas dia hilang tu, aku nampak lori dari hala bertentangan nyalakan high beam.
Ah, sudah!!
Benda ni ada atas bumbung keta aku ke apa??
Masa ni aku dah start takut gila.
Apa lagiiiiiiiiii. Ayat Qursi 100 kali la.
Dari Selama sampai ke exit ELITE hiway mulut aku tak benti-benti baca ayat Qursi. Tapi mp3 rock kapak tetap bukak.

Cuma mujur dia tak tunjukkan muka.
Kalau masa diua melayang tu dia toleh kat aku, aku rasa mesti aku dah terbabas.
Silap-silap aku pulak yang jadi hantu kat situ sok. Ha, kauuuuuuu.

Pastu masa kat area Gua Tempurung pun takde kereta gak lalu-lalang.
Heran betul.
Apesal kat tempat-tempat yang disyaki ada hantu ni mesti payah jumpa kereta?
Selalu tengok citer hantu mesti aku bengang kat jalan ada satu keta je. Takde keta lain. Macam tak lojik. Macam sengaja je pengarah ni nak buat elemen seram.
Sekali kena kat aku tadi, baru tauuuuu.

Tapi pastu aku nampak satu kereta ni. Tapi ni bukan citer hantu la.
Gila selowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww keta ni.
Lampu pun macam nyala tak nyala je. Buruk gila la jugak kereta tu. Aku nak overtake pun takut. Sekali takde orang bawak, camne???

Tapi aku ni punya perangai. Penakut. Tapi sifat ingin tau tu menebal.
Eh, bukan ingin tau. Tapi kepoh.

So aku overtake kereta tu.
Eh siap turunkan tingkap lak tu!
Selamba je aku tengok pakcik tu bawak selow sambil isap rokok. Macam takde rasa apa. Ni kalau hantu sergah, macamana agak-agak kau nak lari dengan kereta kau yang semput macam tu? Mau tertanggal enjin kalau dia pecut jugak. Sebab kereta dia uzur sangat-sangat.

Respek la kat pakcik ni sebab berani.
Dah la selow, siap bukak tingkap lagi. Hantu nak masuk pun pikir namblas kali, ni sape yang hantu ni, aku ke dia.

Alhamdulillah, aku selamat sampai rumah pukul 6.15am.
Sampai skang aku dok terfikir lagi, menatang apa yang melayang tu.