2011-01-14

Tudung berVirus



Agak-agak kalau aku promote tudung ada orang nak beli tak?

Pastu orang yang beli tudung tu hadiahkan kat aku pulak.
Baru padan muka aku kan?

Ok camni.
Aku bukan jual tudung.
Aku tolong kawan promote online shop dia yang menjual tudung.
Padahal dia ni dah glemer dah, takyah mintak tolong aku pun takpe.

Ke, modus operandi kau nak bagi aku insaf, Jemah????

Sila klik banner ni untuk kelajuan maksima ke kedai dia.



Tudung-tudung dia not bad, very stylo-mylo one.
Takde la jenis yang serbah serbih tu.
Yang Jemah jual ni ala-ala tudung wanita korporat gitu.
Ada ropol-ropol lagi.
Tak sure pulak if tudung ni pesen baru, or aku yang baru tengok pesen ni. Al-maklumlaaaa, orang tak pakai tudung. Mana nak tau. Tudung yang ada kat rumah aku pun telekung je. Selendang pun rembat Mak Aji punya.



Aku promote tudung ye, bukan orangnya.
Melainkan kau nak rasa pelempang En Laloque.

Tengok harga-harga kat gamba Jemah tu, murah-murah kan?
Tudung dia cantik especially yang kotak-kotak belah kanan atas tu.
Aku teringin nak belikan untuk Mak Aji tapi hati mesti mau tabah la.
Sebab konfem dia akan sembur aku balik 'Yang kau ni bila nak pakai tudung agak-agak? Nak mati sok baru nak pakai?'

Pehhhhh. Makan dalam okkk.
Kalau kau tak cekal, elok-elok kau sihat, terus boleh mati.

Ok, kepada sesape yang nak beli tudung, boleh klik ke Shop-Pink Viruspadu.