2011-01-14

Kalau nak mata cantik....



Create your own banner at mybannermaker.com!

Kau nampak mata tu??
Nampak apa kaler mata dia?
Biru hokeyyyy.
Kau ada?

Kalau takde, klik banner tu and order.


Tuan punya kedai kata, harga dia adelah RM47 termasuk postage. Boleh pakai sampai 3 bulan. 3 bulan tau! Aku punya ni pun boleh pakai sebulan je. Tapi kalau bulan tu aku sengkek, aku carry forward sampai bulan depan. Tapi selalunya tak sempat sampai sebulan aku dah beli lain. Sebab manjang je lupa bukak contact lense time tido. Bangun-bangun tido tengok selepet melekat kat bantal. Sodoqallahualazimmm.

Setakat ni, aku belum ada nafsu nak pakai color contact lense.
Lagipun aku tak yakin aku kelihatan gojes bila pakai mata berkaler.

(pakai color lense untuk nampak gojeskah?)

Habis tu? Kalau bukan untuk nampak gojes baik pakai clear lense je. Alangkan clear lense pun asal-asal tujuannya nak bagi nampak gojes.

Tak caya???

Meh aku bentangkan evolusi seseorang yang dahulukalanya memakai spek.

.

.

.

.

.

.

.

.


Ni tahun 1989. Darjah 6.


Laksamana je yang duduk macam ni tau. Kau ada? Kalau takde, diam.

Ko ada rambut macam ni dulu?
Aku adaaaaaaaaaa.
Bukan calang-calang makhluk yang berani kuar rumah dengan rambut senget-benget tang depan tu.

Takut kan tengok muka aku?
Gengster pun boleh gostan balik kalau nampak muka aku time ni.

Tapi aku bukan nak cerita pasal muka or rambut. Aku nak citer pasal spek.
Ni spek pertama aku, kaler pink.
Biasa la, girls next door katakan.

Tahun 1993 - Form 4.


Spek sudah tukar kaler biru. Spek panca sitara nama dia.
Ntah hapa perasaan aku masa pilih spek ni ntah. Perasan cun kot.

Masa ni trend remos.
Biar kaki pendek beb, janji remos tinggi.

1997 - First year


Masa ni dah pandai pakai spek bingkai besi.
Konon nak bagi nampak efek bijak dan juga cantik (sikit la).
Padahal....

Tapi aku rasa dah habis cun dah time ni, sebab masa ni aku dah ada pakwe. Orang cun-cun je yang ada pakwe hokey?? Pakwe aku PALAPES lagi. Abang askar tau. Gagah perkasa. Disebabkan gagah la maka habis aku dilempangnya. Saiko!

Oh dem! Aku tengah pegang jacket si Tungau rupanya masa ni.



Aku tergerak nak pakai contact lense bila one time tu aku bergamba dengan member, tapi aku bukak spek. Gila eyebag okkkkkkkk. Macam kena penumbuk.
Dah la kulit kau hitam kan, pastu mata lak lebam.
Tapi berangan nak pakwe hensem.
Boleh?
Boleh blah.

Lalu, aku pun menggatalkan diri pi beli contact lense.
Hasilnya....boleh tengok muka aku kat header blog.
Begitulah hasilnya.
Takde la gojes sangat mata tu, tapi kira ok la kan takde kesan lebam dah bawah mata.
Tapi rabun tetap rabun.


Baru-baru ni aku try sample Acuvue free Nuffnang blue kaler. Hasilnya aku mabuk sampai muntah sebab tak biasa dengan persekitaran yang biru. Biru filem aku biasa.

So, pada sesiapa yang dah biasa pakai, or teringin nak pakai, bolehlah tanya-tanyakan pada tuan punya kedai.

1. Yang belum biasa pakai contact lense berkaler, sila hati-hati. Anda mungkin boleh muntah seperti saya. Ke, aku je yang muntah?

2. Yang tak rabun tapi teringin nak menukar mata menjadi hijau, sila dapatkan nasihat pakar dulu sesuai ke tak mata kau pakai contact lense walaupun takde power. Kang ilangkan nak dapat mata hijau terus dapat mata kaler putih. Nanti aku hantarkan tongkat satu.

3. Yang tak penah lansung pakai contact lense tapi nak blaja pakai, sila tanya tuan punya kedai kot-kot la dia boleh ajarkan cara nak pakai. Jangan tanya aku. Aku punya cara pakai ikut mazhab lain.

Dulu, masa memula pakai, Cina kedai tu yang ajar. Aku tak tau la dia ajar salah ke, or aku yang tak makan dek ajar ke, sakit gilaaaaaaaaaa. Sampai berair-air mata tapi aku pakai jugak sebab aku ingatkan itu efek biasa untuk orang memula pakai contact lense. Kejap-kejap aku gosok mata, sampai merah-merah bengkak-bengkak. Last-last mata aku luka sebab rupanya masa aku gosok tu lense tu dah terkoyak kat dalam. Ngeri tak?? Ngeriiiiiiiiiii.

Eh, aku ni tengah promote kan?
Apesal aku citer macam ni?

Dah, dah.
Pergi klik kat banner tuan punya kedai yang ala-ala Ayat-Ayat Cinta tu, dan beli!