2010-11-06

Discharge today

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Mengupdate blog dari hospital....(macam la baru fisrt time buat keje ni).

Alhamdulillah, sangat lega akhirnya boleh bergerak macam biasa semula walaupun terbongkok-bongkok. Jalan dari ward aku ke ward kelas ketiga pun dah boleh dah. (Ward dua and ward tiga boleh tahan jauh okkk).

Aku kan mana boleh setempat.
Dulu time skolah kalau cikgu PJ cakap "Berlari setempat!", aku still akan bergerak ke kiri ke kanan. Pada aku, istilah setempat tu tak wujud.

Kiranya, cuma 2 hari je la aku menghentikan lawatan tapak, semalam, aku dah start melawat balik mangsa-mangsa tahanan dalam ward sebelah-menyebelah. Saje je, nak bertanya khabar, nak eksyen kat semua orang aku dah beranak, ko belum lagi. Hahahahah.

Tapi masa first day lepas bersalin tu hazabulahh okkkkkkkk. Hazab!!!

Ok, kronologi dimulakan...

Kul 12 pagi (Rabu) tu, dua dokter lelaki datang check jenis darah and masukkan segala tiub-tiub. Kemain lagi time datang jumpa aku tu bagi nasihat suruh cool la apa la....tapi kau yang tak cool sebenarnya. Masukkan jarum pun menggigil.

Hasilnya.......


Pernah nampak tak kapas basah kuyup dengan darah macam ni sekali?
Tau sebab apa?

Sebab dokter yang sangat menyuruh aku COOL tu salah cucuk!!!!!
Dari kul 12 tengah malam tu sampai ke pukul 6 pagi esoknya, aku tahan azab sakit sebab tangan aku dah bengkak. Jarum tu terjungkit bawah kulit okkkk.
Itupun nurse yang masukkan air perasan yang jarum ni macam salah masuk. Bila dia on drip, meraung aku. Konfem la meraung kan, air masuk kat laluan yang salah. Kebetulan, En Wan ada kat tepi aku masa tu. Sikitttttttttt je lagi dia nak terbalikkan tiang drip tu sebab bengang dokter (DOKTER okkkk) boleh salah cucuk??!!
Bila nurse tu cabut jarum, maka terhasillah darah yang membuak macam ni.
Pastu lepas cabut jarum, pi ambik blood pressure aku, boleh lak buat-buat terperanjat 'Awat akak punya blood pressure tinggi sangat ni? Takut nak operate ke kak?'.

TAKDE LAH TAKUTTTTTTTTTT.
TAKAT KOREK PERUT APELAH SANGATTTTTTTTTTTTTTTTT.

Lepas tu dokter pelatih lagi sorang datang (yang salah cucuk tu berani la datang kalau nak kena lempang ngan laki aku), and cucuk kat tangan kanan pulak. Kali ni baru betul.

Tapi kannnnnnnnn.
Sampai kesudah, belah kanan tu remain untouched.
Aku tak tau apa motifnya kau cucuk kat situ tapi bila masuk OT, Dr bius pi cucuk tiub baru kat tangan belah kiri.
Adekah jarum kat tangan kanan tu sebagai aksesori tambahan kasik nampak lebih vogue????


Ni bekas kesan cucuk kat tangan belah kanan yang akhirnya aku tak tau apa fungsi kau cucuk kat sini. Dah la cucuk 2 kali sebab kali pertama punnnnnnnnnn salah cucuk.

Boleh?

Ni tangan belah kiri, kesan cucuk oleh Dr Bius. Tapi Dr bius dia cantik okkkk. Memang cantik!!! Walaupun dalam OT aku kena bukak contact lens, aku tetap boleh mengklasifikasikan kecantikkan seseorang. Kira dokter bius ni aku bagi cantik tahap A-. (nak jugak letak 'minus', dengki dengan orang. Ngagagagagagaga)




Ini adelah hasil dari cucukan pada hari rabu SAHAJA.

Kalau dorang buat aktiviti mencucuk ni hari-hari, kemungkinan hari ni aku dah mati akibat dicucuk secara berlebihan oleh dokter yang tak berapa nak bertauliah. Harapkan baju dokter je lebih. Aku nasihatkan dokter-dokter pelatih ni, kalau nak berlatih meng-enjek, sila enjek diri sendiri terlebih dulu. Tak pun, rajin-rajin la jahit butang baju dulu ok? Jangan buat pesakit macam guinea pig boleh tak? Nurse pun tak injek macam ni punya teruk okkk.

Ada satu dokter pelatih kat sini, suka benar buat keje sendiri-sendiri as if nak tunjuk kat specialist macam dia sorang je yang buat keje. Asal masuk ward aku je, dia akan terus check jantung baby, padahal aku cakap dah baru 5 minit lepas nurse datang check. Jantung baby was fine. Ohhhhhh, taknak terima okkk. Dia nak check jugak.

Tapi 10 minit letak manual CTG tu atas perut aku tekan macam nak tembus, tak dengar-dengar jugak heart beat baby, then buat conclusion 'I rasa alat ni dah nak habis bateri'.

Whatever!!!!

Pastu asik la tertinggal gel atas katil aku.
Ini macam punya dokter kalau ko bawak masuk OT, ada harapan gunting tertinggal dalam perut.

Diorang schedule aku operate at 8.30am kan, tapi last-last aku masuk 11.45am. Sebab dorang ada briefing apa ntah. Seb baik aku tak sawan kat luar.
Cuma yang aku regret adelah bius tulang belakang adelah MENYAKITKAN!
Padahal dulu pun aku ambik half-sedation gak tapi takde la perit macam ni.
Dia injek 4 kali baru boleh start rasa kebas. Kali pertama and ketiga tu, injek tapi tak mengebaskan.

Azab takkkkkkkk??

Sampai jerk-jerk kaki aku okkk.
Dia suruh peluk bantal sekuat-kuat hati pun aku still rasa sakit yang amat.

Operation took only half an hour je.
Cuma lepas tu dia sidai aku kat bawah aircond untuk monitoring.
Aku punya menggigil Tuhan je la yang tahu.
Sampai aku berdoa, ni elok-elok tak mati dalam dewan bedah, ada yang aku mati sebab tahan sejuk. Kau dah bogelkan aku, pastu kau letak aku betul-betul bawah aircond ye? Mentang-mentang la laki aku tak nampak.

Kul 2.45pm baru lah aku dibawak keluar.
Aku kuar-kuar nampak En Wan tengah tunggu kat depan dewan bedah sambil angguk kepala - tanda Rayyan ok. Aku memang pesan dia bagi signal macam tu je. Signal-signal lain aku taknak tengok.

Alhamdulillah, Rayyan lahir dengan selamat.
Walaupun sebenarnya aku sedih, aku tak macam orang lain.
Orang lain beranak, baby ada kat tepi. Aku tak.
Memang sedih yang teramat sangat.

Tapi bak kata Mak Aji, maybe ada hikmahnya Rayyan masuk NICU, sebab keadaan aku lepas bersalin memang sangat-sangat teruk. Aku tak boleh nak angkat tangan pun, macamana aku nak angkat Rayyan kalau dia nak menyusu?

En Wan menangis tengok keadaan aku sebab dia kata dia tak expect aku jadi selemah ni. Dulu, masa bersalin Redza, esoknya aku boleh bangun mandi sendiri lagi. Tak harap sesape pun. But this time, bangun pun tak boleh. Nak pegang sudu suap bubur kat mulut sendiri pun tak larat. Betul-betul vegetable.

Dua kali dia cucuk morphin sebab darah aku mencanak naik sampai 170/120, sakit punya pasal. Esok pagi, En Wan datang lapkan aku dari atas katil. Gosokkan gigi aku, (melampau punya sakit eh?), pakaikan pad.....dah macam orang lumpuh.

Bila specialist datang, aku cakap aku betul-betul tak larat sebab sakit sangat. Blood pressure dah naik meninggi. Barulah dokter tu cakap, 'Ok, kita tukarkan painkiller awak'.

Semalam aku tanya dokter, apa nama painkiller yang dia bagi tu sebab better sikit aku rasa, at least boleh la urusan diri sendiri. Dia kata 'Ohhh, kita bagi awak tu painkiller yang mahal. So kita memang tak bagi sebarangan. Sekali sehari je bagi. Sebab painkiller tu mahal. Before this, kita bagi PCM'.

Aku macam PCM????

Setau aku PCM tu painkiller biasa aku ambik nak hilangkan migrain or senggugut.
Adekah berbaloi sembelih tang perut dan pakai painkiller yang sama nak tahan senggugut?????

Pasrah gila.

Tapi nasib aku mungkin baik sikit la, walaupun prosedure bius tu sangat lah horror, but dokter yang bedah aku tu kebetulan dokter yang rajin melayan aku bersembang malam-malam. And the nurses kat dalam OT tu semua baik-baik.
Nurse kat ward ni pun semua layan aku ok gila, daripada salinkan baju, salinkan pad, cabutkan tiub kencing, drip, bla bla bla dengan lemah lembut sekali tanpa kesakitan lansung. Alhamdulillah.

Mungkin Tuhan bagi aku rasa sakit yang amat sangat masa bedah, so that aku tak berpeluang rasa sakit hati melayan karenah staff.


Ini adelah En Wan.
Masa ni aku tengah perah susu sambil mak mertua mengurut tetek aku.
(kelas okkkk, keje aku perah je, ramas tetek adelah tugas org lain)

Masa ni breast aku bengkak gila sebab tetiba susu melambak-lambak, En Wan jadi takut tengok tetek aku mengembang, terus dia landing belakang aku sambil selimut muka.
Elehhhh..mentang-mentang la mak ko ada sekali kannnnnn.
Buat-buat la macam tak berapa berminat dengan tetek besar, padahallllllllllll kau memang tunggu-tunggu je aku discharge sebab nak lancarkan serangan terhadap tetek aku tol tak???



Ok, ini adelah susu pertama.
Ok la untuk permulaan, dapat 10ml.
Terus hantar pi NICU.

Tapiiiii Rayyan dipuasakan buat sementara waktu atas alasan perut dia buncit masa kuar dulu so diorang nak susutkan sikit. Aku pun tak tau sebab apa, jap lagi nak pi tanya dokter dia. Tapi pagi ni En Wan bagitau Rayyan dah tak pakai bantuan pernafasan and dan berak.

Alhamdulillah.

Sama-sama doa Rayyan cepat sihat ye.

Terima kasih atas doa semua.