2010-08-02

The family gathering


Aku cakap aku kena torture kat rumah korang tak caya kannnnnn.
Sangap okkkk. S.A.N.G.A.P.

Ini adelah kerana, selain saya tak dibenarkan keluar rumah saya juga tak dibenarkan :

1. membawak kereta

2. menaiki kereta (kalau naik pun kena letak dua alas kusyen kat bontot, tetiba je aku lagi tinggi dari driver)

3. Takleh turun naik tangga. Pagi turun untuk breakfast pastu naik atas buat keje jangan turun-turun dah selagi Mak Aji tak panggil makan. Lepas makan naik atas jangan turun-turun dah sampai petang.

4. Tak boleh mandi berdiri. Orang tua ni siap belikan aku bangku kecik untuk duduk. Punyala takut aku tergelincir (sebab dia kata aku bangsa menggelupur, semua benda aku nak langgar)

5. mengemas rumah, basuh toilet pun tak boleh.

6. masak jangan harap lahhhhhh. Basuh pinggan sendiri pun dia tak kasik. Macam tenat sangat bunyiknya kan?

Haishhh!! Lagi sebulan macam ni, aku mati kejang.
Memang la aku dijaga dengan sangat baik. Kalau En Wan nak sambung keje kat Jepun lagi seblas tahun pun orait lagi ni, sebab konfem bini dia dijaga. Tapiii, aku merasakan diri ini semakin bengap la pulak lama-lama terperap. Orang kata dok dalam rumah tak kuar-kuar makin berseri, aku rasa aku makin berkepam lagi ada.


Errr...bawah-bawah meja tu sekali ye, Pak?


Dr House
(over kan bapak aku mengemas bilik anakanda, macamkan berabuk sangatlahhhhhh)


Khamis lepas, Pak Aji buat rawatan sket kat perut aku, nak kasi uri ni balik ke tempat asal. Tak tau la dah ok ke belum, aku lom scan. Tapi malam tu memang perut aku keras satu macam, siap termuntah belahak bagai. Harap-harap itu petanda ok.
Bapak ye ye je tengah baca doa, anak siap bersekongkol ngan mak men-snap gamba....


Pak Aji yang khusyuk membaca doa sambil pejam-pejam mata and tangan pusing-pusing kat perut. Risau je teraba tetek aku pulak. Maka aku pun men-cover tetek dengan tangan.



Agak double chin di situ. Jadi sila jangan tenung lama-lama atau anda bakal mengalami mimpi ngeri malam ini.
Pakai baju kaftan okkkk semenjak makbapak dok rumah ni. Kalau takkkk, jangan harap!! Kalau boleh telanjang lama aku telanjang dah.
Sabtu lepas Ima and Ibal berkumpul kat rumah aku. Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Agenda utama : GOSSIPPING.
Padahal masing-masing mengandung ni, tapi mengumpat tak agak-agak. Lepas mengumpat boleh la pulak cakap 'Janganlah kena kat anak aku. Nauzubillah!'. Tau pulak takuttt.
Dah la takyah tolong Mak Aji buat satu keje pun kan, (dia yang tak kasik), kitorang tolong tengok dia masak je and jadi tukang rasa sambil bergossip. Gila best dapat jumpa partner mengumpat. Apa aku cerita semua dia sokong hundred persen. Yeah!


Baby Jane yang dah semakin laju ber-racing.


Padahal kat hall tu luas kan, laki bini ni nak jugak bersila kat dapur semata-mata nak dengar aku tengah up satu cerita best.


Tiada istilah pembaziran makanan kalau dia ni ada kat rumah.





Gambar yang tiada penjelasan...




Bila dah ramai-ramai ni, towel pun kena la kuarkan banyak-banyak. Masa Ibal mintak towel, baru la aku perasan ada satu lagi khazanah pemberian tungau masih aku simpan?????????? Like WTF benda ni ada lagi kat sini??? (ewahh, padahal kau yang susun baju kannn)
Pabila terpandangkan towel ini maka terimbaulah kenangan......

Dia bagi aku towel ni masa jemput aku balik ke Kuching kat aiport. Padahal masa tu aku dah official break ngan dia and dia tau aku balik KL sebab nak jumpa En Wan tapi bak kata pepatah 'belum try belum tau'. Jadi atas sebab pepatah itulah maka dia terus-menerus menekel aku. Jangan harap la kan, aku nak kat ko balik. Tapi ko bagi towel tu aku ambik la jugak sebab gamba Tweety itu sangatlah cute.

Memula memang aku taknak ambik. Tapi gila berani kau nak tolak hadiah dia kat airport??? Sekali aku rejek, tak pasal dia bukak tarian naga dia kat situ jugak aku makan pelempang. So, aku pun ambiklah. Dah kau beria-ia bagi kan.

Boleh la pulak petang tu siap jemput aku dinner, supper as if macam aku ni dah jadi gf dia balik. Bila aku cakap En Wan pesan supaya tak kuar dengan dia lagi, wahhhhh, bersilat lah member kan. Kat situ jugak dia tuduh aku materialistik. Hoih! Setakat towel yang kau beli kat Parkson 2 helai RM15 tu apa ingat aku hadap sangat? Bila aku nak pulangkan balik, dia taknak terima. Mati-mati dia suruh aku simpan dengan alasan dia sedih bila tengok barang-barang tu kat bilik dia nanti. Padahal aku tau sangatttt. Dia taknak ambik balik barang-barang tu so that dia boleh terus menerus pukul canang yang aku memang mengikis duit dia. Haloooo. Duit apa sangat yang kau ada nihh???
Kan dah terbabas.
Elok-elok aku nak cerita happy-happy terus kuar cerita stress.
Disebabkan Ibal takde towel nak pakai Sabtu lepas and dia dengan takde segan silunya 'Towel **** bagi pun kau simpan lagi ke? Bagi aku la!'. Maka, towel kini bertukar tangan.


Kepada awek Ibal (kot ye ada la..) tolonglah pikir dua kali sebelum nak jadikan dia ni laki kau. Pikir duablas kali pun takpe. Macam ni punya tebiat, aku nak pi pinangkan anak orang pun segan okkk.


Gamba ni memang sengaja di'stretch'kan tang muka tu.



Aku hilang kata-kata bila tengokkan aksi ni. Sian Pak Aji. Dapat menantu pun yang pelik-pelik.