walk on wings, tread in air: Masak sampai bleeding. Korang ada? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Masak sampai bleeding. Korang ada?
2010-08-13

Semalam aku gatal nak masak.
Ni semua sebab puasa day 1 tu hari tekak sangat teringin nak makan nasi kerabu sekali nasi kerabu yang amat hampeh aku dapat. Tapi habis jugak la. Disebabkan aku paham tukang jual pun puasa gak, so malas nak mengkondem lelebih maka semalam aku telah melakukan kerahan tenaga di dapur. Tengah-tengah masak, kantoi pulak dengan Mak Aji. Dia call.

Mak Aji : Makan apa hari ni?

Aku : Daging masak steak, udang cili api, and sayur.

Mak Aji : Ok.

Aku : Ma, mama simpan asam keping Diana kat mana?

Mak Aji : Kau nak buat apa ngan asam keping?

Aku : La, nak taruk lam lemak cili api ni la.

Mak Aji : KAU MASAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK????


Gila berdengung telinga aku dengar dia terpekik.

Jadi, sudah kantoi di situ.
Lama gak la dia bagi kuliah asar kat aku lam phone, boleh merekah tulang osikel kau.

Aku rasa takde la renyah mana pun kalau takat nak masak untuk 3 orang, tapi lepas habis masak tu aku rasa kaki aku krem. Maybe sebab berdiri lama sangat. Aku ni kalau memasak, memang tak sempat nak duduk, sebab ada je benda aku nak buat. Siap mengemop lantai lagi pastu. Lagi setengah jam nak pukul 7pm, aku mandi jap.
Masa ni dah rasa lain macam je kat perut, rasa sakit macam nak period. Tapi tak terfikir apa-apa lagi.

Sekali bukak panties, ha kauuuuuuu, ada stain kat pantyliner.
Agak menggelupur jugak la dalam bilik air tu sorang-sorang. Sempat gak termenung 5-6 minit pikir apa nak buat. Lepas mandi, landing jap atas katil sambil letak kaki atas bantal. Konon dah habis efektif la ni.

Alhamdulillah, pagi ni sakt dah hilang, bleeding pun takde, cuma kaki je krem. And kepala pun berdengung sikit maybe sebab efek ubat. Semalam lepas berbuka kebetulan demam. Bentan kot.


Bahan-bahannya....


Hasilnya...

Udang masak lemak cili api yang sendiri masak, sendiri takleh makan sebab aku bubuh sampai 30 ketul cili api. Bila aku nampak En Wan terbeliak-beliak bijik mata hirup kuah ni aku dah boleh bajet aku takkan boleh makan punya.
Betul pun.
Aku siap basuh balik udang tu before makan sebab pedas sangat.

Yang kaler hitam tu is daging masak steak.
Aku dapat makan 2 ketul je daging, yang lain En Wan perabiskan
.

  Tapi gambaran sebenar atas meja adelah begini....

Macam makan 7 orang, padahal 2 orang je.
Apa yang pentingggggggg, semalam dapat makan roti jala!!!!
Dan roti jala dia sangatlah best! Agaknya hari ni dah masuk hari kedua, so tukang msak dah boleh bajet berapa banyak nak letak garam segala.

And kerang bakar....yang aku perabiskan hingga ke titisan sambal yang terakhir.


Ini adelah pinggan saya.



posted by aveo757 @ 10:21 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER