2007-09-19

Orang minyak


Venue : Shell LDP arah ke Shah Alam.
Time : 8.15am
Objek yang difokuskan : Wanita dan kereta ijaunya.

Objek yang diklasifikasikan sebagai malang : Budak laki penjaga petrol pump.

Wanita itu bercadang untuk mengisi minyak ketanya. Minyak kaler hijau. Kang kalau isi kaler merah tak pasal keretanya terbang di awan biru dek kewibawaan minyak itu memecut dengan kuasa berganda.

Wanita tersebut telah setkan pump kepada mode autofill, seperti biasa.
Semasa filling, wanita itu pun bersandar di keretanya sambil mengelap Rayban, lepas tu sangkut balik atas kepala. Barula nampak cam duta spek itam.

Tetapi aksinya bak model spek itam itu tidaklah lama.
Aksinya itu telah dicemari oleh petrol yang melimpah-limpah keluar dari tangki minyak ketanya secara tiba-tiba.
Sangat bodoh sekali tuan punya Shell itu.
Nozzle dah nak mampus pun taknak repair.

Habis baju aku la bangangggggggggg.
Sikit punya gila aku sembur perfume. Masuk opis, orang dok tanya 'Bau apa ni? Lab terbakar ke?'

Oh, ya. Aku ada kat opis ni. Tapi lepak kat lab sebab bilik aku dah tinggal kenangan. datang pun sebab nak kena sign final cheque untuk salary bulan ni. Kalau tak, tak kosser aku nak bangun pagi redah jam, kena mandi minyak bagai. Habis wat keje ni, aku nak buat kacau sikit, pastu blah balik umah tido.

Bodo punya Shell. Dah melambak-lambak minyak tu melimpah, pastu semua buat-buat tak nampak aku. Ingat aku malu nak jerit panggil korang ke?
Terpekik-pekik aku kat situ 'Excuse me, excuse me'. Boleh buat bodo masing-masing. Aku panggil 'Kiss me, Kiss me' kangg.

Aku pekik kuat sikit sampai satu customer tu suruh budak yang tengah isi minyak keta dia settlekan pompuan gila ni dulu. Aku dah la lambat ni, pose lagi, pagi-pagi kena siram ngan minyak, ko boleh buat-buat pekak. Nampak aku tengah pegang nozzle ni? Kang aku sumbat nozzle ni lam telinga ko agak-agak boleh dengar tak?

Budak tu datang sengih-sengih kat aku. 'Nozzle tak benti ke kak?'
Amboi sajaknya ko bertanyaaaaaaa.
'Ye la, sebab tak benti la saya panggil'.

'Nozzle ni tak rosak kak. Rasanya, cara akak letak nozzle ni tak betul, jadik gas tak dapat nak tolak nozzle ni benti. Dia kan kak, petrol ni dia ada gas. Gas ni nanti terkumpul kat dalam.....'

Sadappppppppppppppppppp!!
Banyak ko punya taklimat pasal gas????
Ko nampak tak nozzle ni ada lagi kat tangan aku?
Kang ada yang bukak pose ngan gas.
Aku dah isi petrol ni sejak ko belum lahir lagi, takyah ko nak kondem lak cara aku letak nozzle.

Aku dah membebel lebih kurang, pastu masuk keta.

'Jangan marah kak, bulan pose ni'. Sengih-sengih lagi.

'Lain kali, kalau taknak kena marah, jangan menyusahkan orang. Cakap kat boss awak macam tu'.

Bodo.


Aku tengah dok lam lab ni la. Budak yang dok kat sini MC today. Ni preparation lab.



Budak pompan kat bilik sebelah tu tengah wat primer synthesis. Kat Lab oligo.


Ni aku kat preparation lab, tengah wat...hmmm...nampak tu? Blogginggggg sambil dengar lagu.