2007-09-18

Kepada orang yang rajin nak tau my whereabouts, sila rentikan. Aku menyampah okk.


Semalam aku and KM gi UPM for Majlis Penyampaian Geran Penyelidikan 2007. Nak buat research takde duit, so mintakla duit kerajaan sket. Duit tax mak bapak korang la yang aku guna ni. Tapi takde la banyak sangat 140K++ je. The rest tu kena guna duit company. Nak harap semua orang tanggung lemak la kan.


Bersama baju pinjam. Sebab aku malas nak bawak baju berbondong-bondong dari rumah, apa kata kalau aku pinjam baju Mak Aji? Kasut pun Mak Aji punya gak. Time kaseyyyyyy. Dan maleh nak pakai lipstick takut terjilat-jilat.

Tajuk research kitorang : Development of Semi-Nested PCR-based Kit for Detection of Iridovirus in Infected Fish.


Seronok gak dengar JJ ngan Tok Pa berucap pasal biotech ni. Tapi aku rasa macam aku la manusia paling bangang kat dalam tu. Yang terima grant semua tak Dr, Prof. Aku ngan KM je yang bertittle. Tittle Puan je.



Sampai awal sangat, orang pun takde lagi.



Bodo punya kamera. Ni la shot paling cun aku boleh ambik. Dengan blurnya.




Tapi tak sempat nak rasa lauk apekah untuk makan malam semalam. Masa berbuka aku CUMA makan bubur lambuk (first time makan), popia and onde-onde SAHAJA. Dengan kuantiti satu each. Sangat bertatasusila dan mencerminkan gaya seorang wanita okkk walaupun perut aku meletup-letup kelaporanggg.
Dah sah-sah la MOSTI yang anjurkan, so terpaksa la aku jumpa Zana.
Tapi tak puasla tak dapat jumpa lelama, member sibuk jadik sekretariat, aku lak sibuk nak kena tunggu lam dewan.
Disebabkan KM bos, jadi dia lagi layak naik pentas tu. Kalau aku layak pun, aku tak rasa aku nak naik. Aku ada stage fright. Kang ada saje bencana menimpa atas pentas tu, terpijak kain la, tertiarap la. Penah dulu punyala gabra nak naik pentas, orang sebut nama lain, aku menonongggg je pi ambik hadiah orang tu. Faktor ni la yang membuatkan cita-cita aku untuk bergelar superstar tak kesampaian.

Now aku dah ada kat rumah balik.
Tengah wat keje ni, sambil blogging, sambil download lagu. Kol 3 kang aku nak pi opis baru tengok orang renovate. Saje sibuk-sibuk berangan jadik kontraktor.



Ima, saksikanlah dinding bilik ko, yang telah dimuralkan oleh Wan Muhammad Redza Farrel. Mural berkonsepkan abstrak.
(nanti aku suruh Abg Wan cat balik la, tak pun paksa je laki ko catkan)