2007-09-03

Happy Birthday Redza!


Today birthday Redza yang ke tiga. Tapi celebration dah buat last Friday, kira double la, sekali ngan Merdeka. Since we all balik Bangi, so buat kat umah nenek dia terus. Dan nenek ngan atuk dia jugak la yang kena kuar belanja. Ngahngahngah.

Seperti biasa, kitorang TAKNAK jemput orang lain sebab family je dah 10 tan.

Kali ni kek tak sedap. Sebab last week aku MC sepanjang minggu so tak sempat nak plan nak tempah kek apa, kat mana, tu pasal la decide buat kat umah nenek je. Janji buat birthday party.
This year, Redza dapat kek gitar. Luar je cantik tapi rasa macam sialpalis. Dan untuk tahun ketiganya jugak, aku tak sentuh kek Redza sebab bukan cheese cake.

And, from today sampai 22 Sept, aku kegersangan, kerinduan, kesunyian, kemandoman dan ketakdemoodan sebab laki aku dah fly gi Japan malam tadi. Derita okkkkkkkkk.


Gitar yang aku soh tampal gambar SpongeBob. Kalau tak,dia taknak potong kek.



Seperti biasa, anak aku akan bentan time birthday party. Muka masam gila sampai ke sudah. 


Nampak tu Zie, aku pakai baju haper????????


Dan akuuuuuuu jugak yang kena tiup lilin tu.



Dah lama-lama sikit baru boleh potong kek. Syarat dia...semua kena pandang tempat lain.  



Ye jemput..sila sila..padahal satu family je datang. Satu lagi lepas Maghrib sampai, birthday boy pun dah balik. Tinggal atuk birthday boy je.



Posing seorang pakcik nak ambik angle terbaik. Pun blurrr jugak gambo. Sila tukar henpon anda.




Sampai mendada aku, punyala nak tunjuk baju.



The Neneks


Me, Ibal and Redza. Ni la Acu kesayangan dia.



Tau anak aku tengah wat pe nih? Haaaaaa..dia tengah kalerkan kuku kalau ko nak tau. Elok je kitorang bebual dia buat capai krim conteng kat tangah termasuk la kat baju Acu dia tanpa Acu dia sedar. Diam-diam dia buat keje.







Cousins














Gambar ni takde kene-mengena. Ni gambar lam keta otw nak gi kenduri kawan aku kawen kat Bahau. Tapi gambar pengantin takde, gambar aku je..:)