2007-09-13

Selamat Berpuasa Guys!! (wish untuk guys saje..ngahngahngah)


Aku berjaya!!!!!!
Ye, aku sangat berjaya hari ni menahan diri dari lapar dan dahaga walaupun aku sebenarnya dikategorikan dalam golongan yang tak layak berpuasa.

Kureng sikit la puasa kali ni.
Hari pertama je dah out. Hari Ahad kot baru aku leh puasa ni.

Tapi walaupun tak layak puasa, aku puasa gakkkk.
Nak makan pun bukan buleh, baik aku puasa terus.
Disebabkab aku berlagak puasa, haruslah jugak aku sama-sama memberi sokongan kepada peniaga pasar ramadhan. Jadi kol 4 aku dah terpacak depan gerai nasi kerabu.
Nasi kerabu untuk mak metua aku. Aku tak reti makan nasik blue ni. Dah la aku tak tau apa lauk nak letak. Suruhla kakak tu letak la apa pun janji nasi tu meriah.

Untuk aku, nasi ayam + tahu sumbat + roti jala.
Nama pun puasa kan, sukatila aku nak makan banyak mana.
Tapi agak sengsara jugak la sebab puasa tanpa niat ni lapar dia satu macam.
Seb baik aku sedar diri badan dah gemuk, jadi dengan semangat yang tinggi aku teruskan berpuasa. Dan disebabkan aku sedar diri jugakla maka menu aku 3 jenis je. Kalau aku lupa diri tadi, mau tigablas jenis atas meja.

Esok mak metua aku balik Tganu. So tinggal la aku ngan Redza kat umah.
Tapi esok aku balik Bangi sebab aku malas masak. Lepas balik keje, hantar mak aku balik, pastu aku bawak keta slow-slow, bajet sampai Bangi cun-cun orang tengah bang. Takyah tolong masak. Wakakakka. Anak contoh.

Semalam and hari ni aku habiskan tengok 2 lagi VCD Leslie : Happy Together (cerita gay) and Days of Being Wild (cerita bohjan).
Taknak cerita panjang-panjang. Dah boring dengar nama tu kan?

Best jugak working from home ni.
Bangun pagi-pagi cam biasa terus dok depan laptop buat keje, pastu Redza bangun breakfast sesama (ini kondisi seblom bulan pose), pastu sambung buat keje, tengahari makan, pastu lepak ngan Redza sambil tengok tv. Bila dia dah tido, aku sambung balik wat keje sampai petang. Petang benti tengok Manjalara. Si Manjalara pun dah habis, aku tak tau apa nasib aku petang-petang pasni. Dah la takde cerita best, mak metua dah balik, laki pulak tak reti-reti nak balik. Boring okkkk.

Esok aku masuk opis jap sebab nak buat aktiviti Finale : Membungkus dan Mengangkut.
Esok nak pack semua porcelin, lilin, bunga, folder-folder, catalogue, pastu bawak balik lemari and shelf segala. Tu la gatal, kompeni bagi lemari nak beli lemari sendiri, folder kelabu tanak, nak pakai folder Pooh gak, pastu skang aku tengah pikir boot keta saper aku nak sumbatkan barang-barang aku sok. Dan kat mana pulak aku nak bubuh segala menatang ni kat umah. Ada jugak aku meniaga barangan terpakai kat pasar ramadhan kang.

Ada orang tanya gambar aku ngan En Wan pejam mata tu ambik masa bila?
Jawapan kepada soklan anda : Itu gamba masa kitorang jadik model tilam Slumberland. Boleh??